Monday, June 16, 2008


Labels:

Latar Kawasan

Kuala Lumpur (Jawi: كوالا لومڤور) (KL) atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan kehakiman di Malaysia. Kuala Lumpur pernah memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Dengan penubuhan Putrajaya pada akhir 1990-an, pusat pentadbiran (eksekutif) telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kuala Lumpur terletak di pertengahan pantai barat Semenanjung Malaysia. Di Malaysia, Kuala Lumpur umumnya dikenali sebagai KL.

Wilayah Persekutuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Wilayah Persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri melalui Kementerian Wilayah Persekutuan. Selain daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya, terdapat satu lagi Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Labuan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Lumpur dan sekitarnya.

Wilayah Persekutuan

KAWASAN Lembah Pantai merupakan salah satu dari parlimen di Kuala Lumpur. Ia bermula dari Briekfiel sehinggalah perumahan Sentosa di Jalan Kelang Lama. Di kawasan ini terdapat pusat perniagaan di Bangsar, Universiti Malaya, Institut Bahasa Lembah Pantai dan berbagai institusi pendidikan.

Penduduk Lembah Pantai terdiri daripada 70 peratus lebih berbangsa Melayu dan selebihnya bangsa India dan Cina. Mereka terdiri daripada golongan middle class yang mendiami perumahan sekitar Bukit Pantai, Bukit Bandaraya Bangsar dan Pantai Hillpark. Juga golongan rakyat biasa yang mendiami perumahan flat dan perkampungan setinggan di Kg Kerinchi, Kg Abdullah Hukum dan lain-lain.

Kawasan ini didiami oleh penduduk tempatan dan juga penduduk luar yang bekerja di Lembah Kelang serta bekas-bekas graduan Universiti Malaya. Banyak peristiwa bersejarah berlaku di kawasan ini khususnya bersangkutan dengan perjuangan rakyat bawahan. di kawasan ini kerap berlaku demonstrasi anjuran mahasiswa sejak tahun 60-an sehinggalah ke hari ini.

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 2008

NEGERI PARLIMEN DUN
BN PEMBANGKANG BEBAS BN PEMBANGKANG BEBAS
W.P. KL 1 10 0 0 0 0
W.P. PUTRAJAYA 1 0 0 0 0 0
W.P. LABUAN 1 0 0 0 0 0
PERLIS 3 0 0 14 1 0
KEDAH 4 11 0 14 21 1
PENANG 2 11 0 11 29 0
PERAK 13 11 0 28 31 0
SELANGOR 5 17 0 20 36 0
NEGERI SEMBILAN 5 3 0 21 15 0
MELAKA 5 1 0 23 5 0
JOHOR 25 1 0 50 6 0
KELANTAN 2 12 0 6 39 0
TERENGGANU 8 1 0 24 8 0
PAHANG 12 2 0 37 4 1
SARAWAK 30 1 0 0 0 0
SABAH 24 1 0 59 1 0
JUMLAH 141 82 0 307 196 2

Blog Widget by LinkWithin