Wednesday, July 22, 2009


Labels:

'Baner Pas Dibuang': DBKL Double Standard


Empat 'baner ceramah Pas' dirampas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur petang semalam. Baner yang digantung tidak sampai sehari itu dicabut oleh dua lelaki berpakaian biasa tetapi membawa van DBKL berwarna putih.

Seorang lelaki ini bertubuh rendah dan seorang lagi tinggi sedikit. Saksi yang melihat kerja-kerja berkenaan melihat mereka mencabut 'baner pas' tersebut di persimpangan Lebuhraya NPE pada jam 7 petang. Baner itu dipasang untuk mewar-warkan program ceramah perdana oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan man, Yb Solehudin Ayub dan Yb Sivakumar di Taman Melewar sabtu ini.

Rentetan tindakan tersebut, Dewan Pemuda Pas kawasan Lembah Pantai mengutuk tindakan DBKL tersebut. Tindakan ini dilihat sebagai berat sebelah. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Dewan Pemuda Pas kawasan malam tadi, Pemuda mempersoalkan mengapa baner persidangan Umno cawangan-cawangan di sekitar Lembah Pantai yang digantung hampir sebulan tidak dibuang malah dibiarkan.

"Apabila Umno membuat persidangan di Pusat Komuniti, ratusan bendera dan baner dipasang tidak diganggu langsung oleh DBKL. Namun apabila lambang Pakatan Rakyat diletakkan sama ada Baner Pas atau PKR, ianya akan dibuang."

"Lebih aneh lagi, selepas 'baner pas dibuang pada jam 7 petang, sekitar selepas isyak hari yang sama, satu baner baru dipasang di tempat yang sama dengan baner Pas yang dibuang. Baner tersebut berkaitan dengan program sukan yang dianjurkan oleh dua buah Ngo yang tertera nama Menteri Wilayah Dato Raja Nong Chik yang akan merasmikannya."

Bukanlah hasrat Pemuda Pas untuk mempertikaikan mana-mana pemasangan baner baik ngo atau pun parti politik. Namun jika pihak Umno dan lain-lain ngo tidak diganggu apabila publisiti program mereka dipasang, layanan yang sama harus diberikan kepada parti-parti Pakatan Rakyat.

Sebelum ini jarang berlaku baner parti-parti Pakatan dibuang, namun semenjak Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai menjadi Menteri Wilayah, tindakan ini semakin menjadi-jadi. Pemuda Pas memohon Raja Nong Chik untuk berpolitik secara terbuka. Benarkan Pakatan Rakyat turut sama menggunakan mana-mana premis milik DBKL dan menggantung baner di sekitar Wilayah Persekutuan sebagaimana yang Umno gunakan.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin