Friday, July 17, 2009


Labels:

ISA Punca Pembunuhan Ibrahim Libya


Pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pihak keselamatan terhadap 14 orang ahli Pas di Memali berpunca daripada ISA. Ustaz Ibrahim Libya yang menjadi sasaran pemerintah ketika itu akibat kelantangan beliau dalam menentang Barisan Nasional menyebabkan Umno bahagian Baling merasa terancam.

Lalu usul telah dibentangkan dalam perhimpunan agung Umno pada tahun itu supaya Ibrahim Libya ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA. Pihak pemerintah menerima desakan tersebut dan menghantar pihak keselamatan untuk menahan Ustaz Ibrahim dibawah ISA. Namun kekentalan jiwa yang ada padanya menyebabkan beliau menolak untuk menyerah diri kepada pihak keselamatan.

Bagi Ustaz Ibrahim, beliau tidak akan tunduk kepada akta yang zalim dan jauh menyimpang daripada Islam. Seseorang yang bersalah mesti dibuktikan dan dibicarakan. Sebaliknya ISA membenarkan tahanan tanpa bicara. Oleh itu usaha dilakukan oleh anak-anak muridnya kalangan ahli-ahli Pas sekitar Baling untuk memberi pelindungan kepada Ustaz Ibrahim.

Dalam masa yang sama pihak kerajaan masih berkeras berusaha untuk menangkap beliau. Setelah konflik berpanjangan, Ustaz Ibrahim pulang semula ke Memali dan meneruskan kelas agamanya setiap hari seperti biasa. Sehinggalah tanggal 19 November 1985, rumah beliau yang sudah beberapa hari dihadiri pihak keselamatan dibanjiri oleh ribuan orang anggota polis terutamanya polis hutan.

Setelah rundingan supaya menyerah diri ditolak ustaz Ibrahim, gas pemedih mata dilepaskan di halaman rumah beliau. Ramai kanak-kanak dan wanita yang mengalami kesesakan nafas akibat tembakan ini. Keadaan ini menambahkan kemarahan penduduk Memali. Tidak lama selepas itu, pihak polis melepaskan tembakan peluru hidup pula kepada penduduk kampung yang berkumpul di rumah tersebut.

Tindakan tersebut menyebabkan bumi Memali bermandi darah pada pagi tersebut setelah berpuluh-puluh mangsa ditembak polis. 14 orang telah gugur syahid ditangan pihak keselamatan atas kehendak pemerintah Barisan Nasional ketika itu. Kematian As Syahid Ibrahim Libya ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah Malaysia apabila seorang pimpinan Pas menjadi mangsa pembunuhan setelah berkeras menantang Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA.

Sempena dengan Himpunan 1 Ogos Mansuhkan ISA, sejarah Memali menjadi bukti bahawa penggunaan ISA oleh kerajaan BN lebih teruk daripada binatang dan mesti dihapuskan.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin