Monday, July 20, 2009


Labels:

Kasihanilah Man John: Dia Hanya Mencari makan


Sudah bertahun anak muda ini berniaga burger dan nasi lemak. Dia akan membuka kedainya setiap hari kecuali ahad bermula jam 5 petang hingga 2 pagi. Itulah satu-satunya punca rezeki beliau.

Setiap hari bukanlah banyak pendapatannya, namun lepaslah untuk kehidupan beliau seorang dan membantu ibu bapa yang sudah tua. Senasib dengan beliau ada tiga lagi pemuda yang tidak punya kerja tetap. Man John mengambil mereka membantu menyediakan burger dan dia tumpu kepada nasi lemak sahaja. Tiga pemuda ini digaji beliau setakat yang mampu. Walaupun sebenarnya dia mampu untuk lakukan seorang kerja tersebut, namun kerana hati yang baik ingin tolong anak-anak muda ini, dia sanggup membahagikan kerja tersebut dan berkongsi keuntungan.

Dalam keadaan ramai yang menganggur hari ini, ramai anak muda yang memilih menjadi penjenayah. Merompak, mencuri dan menyamun. Namun atas dasar tanggungjawab, Man John tidak melepaskan rakan-rakannya menganggur tanpa kerja.

Namun kini, gerai burger Man John telah diberi notis untuk dirobohkan oleh pihak berkuasa atas alasan mengganggu lalu lintas. Memang itu peraturan pihak berkuasa untuk tidak benarkan berniaga tanpa kebenaran terutama diatas laluan. Namun perikemanusiaan haruslah melebihi peraturan semata-mata. Bukan niat Man John untuk berniaga di tepi jalan. Kalau dia punya modal besar, awal-awal lagi dia miliki kedai sendiri. Namun dia belum berkemampuan.

Oleh itu, kami sebagai pemerhati merayu pihak berkuasa bertimbang rasa dengan nasib Man John. Jika ditutup gerainya hari ini, dimana lagi dia mahu mencari rezeki? Bagaimana pula nasib tiga pekerjanya? Semua ini harus difikirkan.

Doa penulis, semoga Man John dan rakan-rakan dimurahkan rezeki dan lebih maju dalam perniagaannya dimasa depan.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin