Friday, July 17, 2009


Labels:

Perteguh "thawaabit", berlapang dada dalam perkara "Mutaghaiyiraat"


Surau Al Falah,16 Julai - Alhamdulillah, Kuliah Haraki Pemuda PAS Lembah Pantai berlangsung dengan jayanya meskipun tetamu undangan, YB Ustaz Taib Azzamuddin, Ahli Parlimen Baling yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah tidak dapat hadir atas urusan penting di Kedah,digantikan dengan Exco Pemuda PAS Pusat, Ust Ramadhan Ilyas.

Kuliah yang bermula selepas solat Isyak itu turut dihadiri Naib.YDP PAS Lembah Pantai, Ahmad Syatola Khan, Ketua Pemuda, Sdr. Nasaie dan lebih 60 pemuda Lembah Pantai.

Program Kuliah Haraki yang diadakan secara rutin setiap bulan akan menampilkan pimpinan PAS untuk memberikan pengisian dan taujihat haraki untuk memperdalamkan kefahaman dan iltizam ahli-ahli pemuda PAS di kawasan Lembah Pantai ini.

Dalam pengisian hampir sejam setengah itu, Ust Ramadhan mengetengahkan tentang kepentingan ahli gerakan Islam kini memahami dan mempertahankan asas-asas perjuangan Islam (as thawaabit) dan berlapang dada dalam perkara-perkara yang boleh berubah (al mutaghaiyiraat).


Antara perkara-perkara asas dalam gerakan Islam adalah matlamat melaksanakan Islam sebagai cara hidup dan perlaksanaan syariat Islam dalam masyarakat di Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa PAS tidak pernah lari atau terpesong dari matlamat asal n cita-cita PAS sebagai sebuah jemaah Islam.



Perkara kedua adalah tarbiyah iaitu usaha melahirkan kader-kader dakwah yang berilmu dan kompiten sebagai persediaan turun ke medan masyarakat. Ahli-ahli PAS wajib melakukan dan menerima tarbiyaah sebagai asas persediaan fardul muslim.

Dan ketiga adalah setiap ahli wajib memelihara adab dan akhlak dalam berjemaah iaitu membabitkan hubungan sesama ahli, ahli dan pimpinan, dan juga pimpinan bersama pimpinan. Pengabaian terhadap perkara ini menyebabkan berlaku kegoncangan dalam jemaah akibat tiada lagi batas-batas perhubungan dalam jemaah.

Menerangkan mengenai perkara-perkara mutaghaiyiraat, Ust Ramadhan menekankan sikap berlapang dada dalam perkara-perkara bukan asas dan prinsip. Tindakan-tindakan pimpinan yang bersifat strategi dan pendekatan adalah perkara yang bukan prinsip dan boleh berubah-ubah mengikut penilaian Ahli Syura Ulama berdasarkan sudut pandang syariah, waqie (suasana) dan zaman.

Tindakan seumpama ini menuntut ahli jemaah berlapang dada dalam tindakan pimpinan yang telah diijtihadkan berdasarkan pernilaian-penilaian dalam pimpinan syariah.

Majlis berakhir dengan jamuan dan bersurai sekitar jam 11 malam.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin