Tuesday, July 14, 2009


Labels:

Tahniah Manek Urai, syukur dan muhasabah..


Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang dengan majoriti tipis 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Adnan Hussin di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, pada jam 9.01 malam.DUN tersebut mempunyai 12,293 pengundi berdaftar, termasuk 25 pengundi pos, dan 10,631 atau 87 peratus keluar mengundi hari ini.

Ketua Pemuda PAS Lembah Pantai Saudara Nasaie melahirkan kesyukuran di atas kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai semalam serta merakamkan ucapan terima kasih kepada tenaga dan jentera pilihan raya PAS yang telah bertungkus lumus sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.

Beliau berharap dengan kemenangan tersebut, jentera parti akan lebih bersungguh-sungguh pada masa akan datang agar dapat memastikan kemenangan dapat dikekalka.

1 comments:

Mohd Khairul Naim B Che Nordin on July 16, 2009 at 12:14 AM said...

semua hasil usaha yg dah dilaksanakan. yg penting tumpukan usaha perkasakan tarbiyyah, kukuhkan ikatan antara pakatan dan konsisten menentang segala kemungkaran.. teruskan usaha, jgn bersifat putus asa dan menyalahkan takdir. saidina umar bila ditanya kenapa lari dari takdir wabak taun di tempatnya.. lantas beliau berkata: aku lari dari takdir ini ke takdir Allah yg lain.

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin