Saturday, August 29, 2009


Labels:

Baner Umno Bercambah: Bila DBKL Hendak Buang?

Bersempena dengan sambutan kemerdekaan dan bulan Ramadhan ini, Umno bahagian Lembah Pantai memasang puluhan banernya sekitar kawasan Lembah Pantai. Pemasangan sejak seminggu yang lalu diletakkan dipersimpangan jalan, di bawah jejambat, bahkan di tepi-tepi pokok pembahagi jalan yang sepatutnya tidak elok dipasang kerana mengganggu pemandangan pemandu.

Namun peliknya sampai ke hari ini tidak ada sebarang rampasan baner oleh 'dua lelaki' bervan putih DBKL. Keadaan ini sangat aneh kerana jika diletakkan baner ceramah Pas, tidak sampai 24 jam akan dicabut. Pengalaman bulan lalu, baner pas dipasang di bawah jejambat NPE berhadapan perumahan pantai Permai dicabut oleh dua lelaki yang menaiki van DBKL. Begitu juga dengan Baner program anjuran PKR Bahagian dan baner Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai yang sering dicabut.

Baner pas yang dicabut di bawah jambatan digantikan pada malamnya dengan baner satu Ngo Pro Umno yang mengadakan satu program yang akan dirasmikan oleh Raja Nong Chik. Peliknya Baner ini bertahan berminggu-minggu tidak dibuang. Inilah sikap doble standard, kuku besi yang berlaku di zaman Menteri Wilayah yang baru. Tinjauan di kawasan-kawasan lain di Kuala Lumpur tidak berlaku kejadian seumpama ini. Malah ceramah anjuran Pas kawasan yang dibuat di dalam markaz sekalipun cuba hendak diganggu. Maklumat pihak poilis yang berkawal di markaz Pas pada ceramah tersebut, mereka mengatakan orang ramai @ ada penduduk yang mengadu.

Persoalannya siapa yang mengadu kalau bukan Umno. Jika penduduk sekalipun mengadu, apa masalahnya. kami tidak mengganggu satu inci pun tanah atau rumah penduduk. Malah habuk daripada rumah mereka pun kami tidak curi. Majlis di adakan dalam markaz Pas kawasan yang dibina tanpa satu sen pun peruntukan kerajaan atau wang Umno. Kenapa berdengki dan takut sangat dengan program Pakatan. Umno bahagian mengadakan perasmian persidangan Umno cawangan berkelompok menggunakan dewan Pusat Komuniti milik DBKL? Tetapi jika Pas dan Pakatan hendak guna tidak dibenarkan. Malah menjadikan pejabat TEKUN agensi kerajaan sebagai pejabat UMNO. Kesian sungguh dengan kemiskinan Umno yang tidak mampu memiliki premis sendiri.

Pemuda Lembah Pantai ingin bertanya kepada Raja Nong Chik, mengapa kamu gentar sangat dengan lambang dan program Pakatan Rakyat di Lembah Pantai? Jika hendak bertanding sekali pun dalam PRU akan datang, gunalah cara yang berhemah dan anak jantan. Jangan menjadi pondan yang memperalatkan jentera kerajaan untuk kepentingan Umno. Seriklah dengan hukuman rakyat dalam PRU lepas.

Kamu boleh berseronok dan jaja kepada rakyat dengan baner dan lambang Umno yang banyak tanda Umno prihatin dengan ramadhan dan merdeka, tidak seperti Pas dan PKR. Tetapi di belakang kamu mengarahkan DBKL membuang baner Pas dan PKR. Inilah amalan politik drakonian yang akan dihukum rakyat lebih teruk lagi dalam PRU akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin