Monday, August 31, 2009


Labels:

Krisis Besar Kompenen BN: Umno BN Hampir Lumpuh

Usaha Barisan Nasional hendak mengkucar kacirkan Pakatan Rakyat gagal, malah ianya kembali kepada pakatan politik mereka Barisan Nasional. Pelbagai usaha digunakan melalui rundingan, ugutan, rasuah, lompat parti, beli adun, sorok adun dan terkini serangan ditumpukan kepada negeri Selangor dengan menggunakan SPRM untuk 'mensiat-siat' adun-adun DAP dan PKR bagi memecah belahkan Pakatan dan seterusnya menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Selain itu, pelbagai ngo bercambah bagaikan 'rumput' selepas hujan yang mendakwa mewakili orang Melayu. Pelbagai isu dimainkan yang berkait dengan perkauman sempit bagi memerangkap Pakatan Rakyat.

Di dalam isu demonstrasi ISA, seorang 'kepala' ngo yang menyokong ISA diteruskan mendakwa dia seorang ahli Pas di kawasan Sungai Ramal. ROS pun naik pelik kerana dalam pendaftaran pertubuhan tidak ada Pas kawasan Sungai Ramal. Yang ada Pas cawangan Sungai Ramal. Sudahlah 'kantoi' berbohong disiang hari, alih-alih setiausaha agung Pas umumkan nama dia tidak ada dalam senarai ahli Pas. Rupanya berlakon atau pun pembohong. Dia ingatkan sistem keahlian Pas ini dicatitkan dalam rekod dengan pensil 2B agaknya sehingga mudah-mudah hendak mengaku ahli Pas.

Terkini mereka memainkan isu pembinaan kuil di Shah Alam yang masih dalam rundingan. Diarak kepala lembu berdarah yang membakar sentimen perkauman dan wakil kumpulan ini mengaku dia sebagai ahli Pas. Banyak betul orang mengaku ahli Pas akhir-akhir ini. Logiknya, kalau Pas yang adakan demonstrasi, tidak perlu mengaku ahli Pas, kerana semua orang kenal orang Pas. Tidak ada yang bersongkok ketuai demonstrasi. Tetapi mengapa mereka ini mengaku ahli Pas seperti dalam kes ngo penyokong ISA? Sebabnya ialah untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat di Selangor.

Namun usaha mereka ini digagalkan oleh Allah apabila pemimpin Pas tidak melatah dengan menyokong tindakan mereka. Malah lebih teruk lagi sehari dua ini, Umno dan BN lah yang berpecah teruk. Rata-rata masyarakat awam melihat, pemecatan Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden MCA sebagai kemuncak perpecahan BN. Sebelum itu PPP bergaduh sesama pemimpin sehinggakan wujudnya dua Presiden dalam satu parti. Kemudian MIC pula sedang bergaduh merebut jawatan Timbalan Presiden. Kemudian daripada itu, bekas Naib Presiden MCA Chua Jui Meng keluar MCA dan sertai PKR. Terkini perbalahan diantara pemimpin sebuah Parti Cina Sarawak dengan Ong Tee Kiat (Presiden MCA) dalam isu Port Klang Free Zone (PKFZ). Isu ini sangat membahaya kepada Umno BN kerana dalam tangan Dato' Tiong adanya senarai berpuluh pemimpin MCA, MIC dan Umno sendiri yang menerima 'habuan' daripada penyelewengan PKFZ ini.

Ditambah pula dengan kekalahan dalam pilihanraya Pengkalan Pasir baru-baru ini yang mencukupkan jumlah kekalahan di Semenanjung 7 x 0, maka Umno BN sebenarnya berada dalam keadaan lumpuh. Dalam Umno sendiri perbalahan terbuka sedang berlaku di Terengganu dan Perlis sehingga membuatkan adanya usaha sebotaj yang akan dan telah dilakukan sesama mereka. Jika diambil perkiraan ini, tidak mustahil pilihanraya akan datang, BN akan tumbang di Perlis dan Terengganu. Di kedah pula, maklumat yang diperolehi, kes adun Kota Seputeh itu ada kaitan dengan masalah dalaman. Adun Kota Seputeh dikatakan bosan dengan gelagat pemimpin Umno negeri dan Pusat yang lebih pentingkan habiskan peruntukan untuk beli adun Pakatan Rakyat daripada membantu adun BN yang berbaki di Kedah. Mereka berada dalam kesusahan apabila peruntukan tidak diberikan dan mereka terpaksa berhadapan dengan rakyat dan kemungkinan hutang yang dibuat semasa pilihanraya. Sebab itulah sumber ini mengatakan beliau malas untuk hadiri sidang dun kerana tidak ada faedah.

Oleh itu, usahan Umno BN hendak pulihkan sokongan mereka akan terbantut dan memakan masa. Ini kerana perbalahan dan perpecahan besar telah pun berlaku di hampir kesemua kompenen utama Barisan Nasional yang sukar untuk dipulihkan. Jadi buat pendokong Pakatan Rakyat khususnya Pas, teruskanlah usaha mengadu kepada Allah dalam keadaan kita dihimpit kiri dan kanan dengan sama-sama tidak putus-putus bacakan doa qunut nazilah.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin