Saturday, August 29, 2009


Labels:

Merdeka: Bebaskan Diri Dari Jajahan UMNO

Bersempena dengan sambutan kemerdekaan negara kali ke 52, Pemuda Pas Kawasan Lembah Pantai mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan kepada semua warga negara Malaysia. Sambutan pada tahun ini kebetulan berlaku pada bulan Ramadhan yang pernuh dengan keberkatan.

Eloklah sebagai rakyat Malaysia kita memahami makna kemerdekaan sebenarnya daripada sudut Islam. Imam Al Ghazali memberikan beberapa difinisi kemerdekaan yang sebenar. Pertamanya perlu untuk kita memerdekakan diri kita daripada manusia. Keduanya memerdekakan diri kita daripada dunia dan harta benda dan ketiganya merdeka daripada hawa nafsu.

Panglima tentera Islam Rustom yang melakukan perlusan wilayah ke Parsi telah pun memberi tahu penduduk Parsi bahawa tujuan kedatangan kami ialah untuk memerdekakan kamu daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah swt. Hamman dan Firaun menitahkan rakyat menyembahnya.

Hari ini kita merdeka daripada penjajah British, Belanda, Jepun dan Portugal. Kebetulan kesemua penjajah ini bukan beragama Islam dan dalam salah satu misi jajahan mereka ialah untuk meluaskan pengaruha agama bukan Islam kepada orang Islam dan untuk mengambil kekayaan Tanah melayu untuk dibawa balik ke negara mereka. Maka menjadi kewajipan kepada kita untuk menghalau mereka daripada menjajah negara mereka.

Namun bagaimana jika penjajah itu sebagaimana tentera panglima Rustom atau pun sebagaimana tentera Islam Madinah yang ingin memasuki Mekah. Adakah kita ingin menghalau atau melawan mereka semata-mata kerana Tanah Melayu ini bumi asal kita. Jawapannya ialah tidak, kerana jika kedatangan orang asing sekalipun dengan tujuan untuk menyebarkan Islam dan menegakkan agama ini kita harus menyokongnya. Sama lah dengan Nabi Muhammad rakyat Mekah tetapi menjadi Presiden @ Khalifah di negara orang (Madinah).

Hari ini penjajah sudah pergi. Yang memerintah ialah Umno dan Barisan Nasional. Dibawah pemerintahan Umno sehingga ke hari ini tidak tertegaknya Syariat Islam. Berlaku banyaknya rasuah dan penindasan kepada rakyat. Bahasa ibunda kita dipermainkan dan digantikan dengan bahasa Inggeris. Tulisan Jawi dihapuskan. Pemimpin memeras cukai daripada rakyat dan dibazirkan dengan projek-projek mewah yang banyak terbengkalai. Isu Broga yang merugikan puluhan juta wang rakyat, isu jambatan bengkok yang dibatalkan, keretakan MRR2, beratus makmal komputer di sekolah-sekolah runtuh, keruntuhan bumbung stadium Gong Badak, rampasan royalti rakyat Terengganu, sekatan saluran kewangan wajib kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan, penyembunyian wang royalti 1 bilion untuk Kelantan, penahanan ISA tahan tanpa bukti dan tanpa bicara, semuanya berlaku dibawah kepimpinan anak tempatan Melayu berparti Umno.

Oleh itu rakyat hari ini masih lagi dijajah oleh Umno BN yang memerintah dengan cara penjajah. Walaupun mereka anak jati, anak tempatan, penduduk asal dan sebagainya, mereka sama teruk dengan penjajah. Oleh itu, wajib kita berusaha menumbangkan Umno bagi memerdekakan rakyat dan negara daripada pengkhianatan anak bangsa sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin