Wednesday, August 19, 2009


Labels:

Sheikh Ahmad Bas 25 Tahun Di Penjara

Siri Tarbiyah 1.

Kedatangan Ramadhan semestinya satu kegembiraan buat umat Islam. Disamping menjadi bulan berpuasa, ramadhan juga adalah bulan mentarbiyah jiwa pejuang-pejuang Islam. Sebagai mengisi ruangan maya ini, penulis akan sertakan secara berkala kisah-kisah kader-kader pejuang Islam sebelum ini yang telah melalui ujian yang besar dalam menempuhi perjuangan ini untuk mendidik kita.

Buat pertamanya, penulis akan membicaraan berkenaan Ustaz Ahmad Bas seorang pemimpin kanan Ikhwan Muslimin di Mesir yang telah merengkok di dalam penjara rejim Mesir selama 25 tahun. Satu tempoh yang sangat panjang yang penuh dengan penyiksaan yang sangat dasyat.

Apabila masuk ke dalam penjara, Ahmad Bas diarahkan menanggalkan pakaiannya. Lalu dipukul bertubi-tubi tubuhnya. Selepas itu, dia diturunkan ke tingkat bawah penjara dan diarahkan berlari ke tingkat atas sambil dipukul dengan cemeti. Setiap hari dia dipukul dengan alat pemukul dan cemeti. Habis satu badan penuh dengan luka-luka dan bengkak akibat siksaan.

Beberapa kali di penjara , beliau telah diarahkan menanggalkan pakaiannya tanpa sehelai pakaian pun. Lalu diambil parang yang telah dipanaskan diatas api dan diletakkan ditubuh dan kemaluan beliau. Maka melecur habis badannya dek kepanasan parang besi panas tersebut. Apabila parang ini kembali sejuk, maka digantikan dengan parang lain sehinggalah berkali-kali. akibatnya satu badan Ahmad Bas menggelembung dan melecur.

Lama kelamaan badan beliau bernanah akibat siksaan ini. Suatu hari beliau dan beberapa tahanan ikhwan yang lain telah diminta untuk berlari turun dan naik bangunan penjara. Ketika dalam perlarian turun naik tersebut, seorang pengikutnya cuba memegang punggungnya kerana suasana gelap dan bagi memastikan pergerakan mereka tidak putus. Sahabat ini juga menyangka Ahmad Bas memakai pakaian.

Apabila terpegang sahaja belakang Ahmad Bas, serta merta tersirat kulit belakangnya dari tengkuk hingga ke punggung yang sudah sedia melecur dan bernanah. Beliau kesakitan. Kebetulan bersama beliau ialah seorang tahanan Ikhwan yang pernah menjadi doktor perubatan. Doktor inilah yang merawat Ahmad Bas. Ini adalah sebahagian siksaan yang beliau alami disebabkan dendam kesumat pemerintah Mesir kepada pejuang Ikhwanul Muslimin di Mesir. Bersambung.....

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin