Tuesday, September 29, 2009


Bagan Pinang: 20 Tahun Kerja Estet Gaji RM300

KP.
Sepetang penulis merayau ke kawasan estet sekitar dun Bagan Pinang menemukan beberapa aci dan appa yang bekerja sebagai boroh di ladang tersebut. Ada diantara mereka yang sudah 20 tahun bekerja di ladang tersebut. Mereka diberikan penginapan sementara milik Sime Darby GLC kerajaan pusat di kawasan ladang tersebut.

Setiap hari mereka akan keluar pagi ke ladang sawit bagi mengecop atau mengawit buah sawit serta memungutnya. Kerja berat yang dilakukan tidak kira lelaki atau perempuan ini hanya dibayar upah sebanyak RM300 sebulan. Jika mereka kerja lebih masa sampai ke petang, maka dapatlah sekitar RM450.

Bayangkan sebulan kerja berat, hanya digajikan sebanyak itu. Mereka akan bekerja sehingga usia 55 tahun. Kemudian mereka tidak boleh lagi bekerja dan digantikan dengan pekerja yang baru. Bayangkan ada diantara mereka yang bekerja lebih dua puluh tahun di ladang tersebut, namun gaji masih lagi jauh daripada takat kemiskinan.

Berbeza dengan peneroka felda yang bekerja di ladang-ladang milik mereka. Dalam tempoh 20 tahun mereka menjadi peneroka, ladang tersebut akan menjadi milik mereka setelah membayar hutang yang dipotong setiap bulan. Begitu juga dengan rumah yang akhirnya menjadi milik mereka. Inilah jasa Tun Razak membantu rakyat susah berbanding anaknya Najib yang menghentikan penagmbilan peneroka. Sebaliknya diluaskan felda Palntation yang hanya menggunakan tenaga boroh seperti di estet.

Berbalik kepada estet di Port Dickson tadi. Setelah dua tiga puluh tahun berkhidmat di estet, gaji mereka masih rendah dan ditahap orang miskin. Kemudian cukup umur, mereka akan terpaksa keluar estet dan mencari rumah untuk disewa. Jika bernasib baik, boleh lah tumpang di rumah anak-anak yang kerja lebih baik di luar kawasan estet. Mereka tidak mampu membeli rumah sendiri kerana gaji yang sangat kecil. Bak kata kais pagi makan pagi, kais petang, makan malam pun tak cukup.

Kajian yang penulis hitungkan peneroka sawit di Jengka. Sebulan mereka akan bekerja selama empat hari sahaja untuk menghambil buah sawit di kebun seluas 10 ekar. Kebiasaannya mereka akan bekerja dua orang satu kebun. Pendapatan bersih bagi pokok berusia sekitar 5 ke 10 tahun sebanyak RM4000 satu bulan. Bermakna nilai kerja seorang pekebun sawit sebanyak RM2 ribu selama empat hari. Tetapi aci dan appa di estet bekerja sebulan sekitar 20 hari. Bermakna setiap seorang pekerja estet akan bekerja dengan nilai 5 kali ganda peneroka di Jengka atau dalam jumlah RM10 ribu seorang.

Namun pendapatan mereka perolehi sekitar RM450 sebulan. Manakala pihak kerajaan melalui GLC nya memperolehi RM9550 sebulan. Benarlah kata aci di akhir pertemuan, kami lama-lama akan mati di estet ini. Hari-hari majikan isap darah kami. Mereka gemuk, kami kurus dan mati.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin