Friday, October 30, 2009


EGM Pas Kuala Kedah Malam Ini?

Kehangatan isu EGM yang Pas yang dicadangkan mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz disambut terlebih dahulu oleh Pas Kawasan Kuala Kedah. Tetapi apakah isunya sehingga dibuatv EGM tersebut. Umum mengetahui ramai pimpinan besar Pas Kedah terlibat secara langsung dengan kawasan Kuala Kedah. Antaranya Exco kanan Dato Ir Fakhrulrazi, Dato Hj Amirudin Hamzah dan adun Kubang Rotan Nasir Mustafa.

Tinjauan skuad DPPLP yang kebetulan berada di Kompleks Pas Kedah malam ini melihat kehadiran sekitar 400 orang perwakilan dan pemerhati mesyuarat agung khas ini. Kebetulan di sini juga sedang berlangsungnya mesyuarat dewan Ulama Pas Pusat. Setelah menemui beberapa pimpinan Kuala Kedah seperti TYDP sendiri Dato Haji Amirudin Hamzah, Ketua Penerangan Kawasan Ustaz Fauzi Husin dan Saudara Rashidi Razak ajk Pas kawasan, mereka memaklumkan EGM Pas Kuala Kedah ini dibuat khusus bagi membincangkan usul berkenaan mewujudkan pelan tindakan 5 tahun Pas Kedah 2009 - 2015.

Ia sebenarnya sebagai satu tindakan pantas Pas Kuala Kedah untuk mendesak dan melajukan gerak kerja Pas negeri kearah mempertahankan dan memperbesarkan lagi kemenangan Pas Kedah dalam pilihanraya yang akan datang. Namun persoalannya mengapa sehingga perlu EGM. Jawapannya supaya segala bentuk tindakan kearah persiapan menghadapi pilihanraya yang akan datang digerakkan dengan begitu serius daripada sekarang.

Tinjauan daripada beberapa pemerhati yang hadir seperti dari kawasan Pokok Sena, Baling dan lain-lain, berkemungkinan EGM Pas Kuala Kedah ini akan dituruti oleh EGM Pas kawasan-kawasan yang lain sama. Tahniah Pas Kedah kerana tidak lena dibuai kemenangan sebaliknya sentiasa melicinkan jentera utama parti untuk mempertahankan kemenangan.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin