Friday, October 30, 2009


Sawah Padi Kerajaan Kedah Bertukar Menjadi Lombong Emas!

Beberapa bulan yang lalu kerajaan Pakatan Rakyat Kedah telah memajak tanah yang luas di Timor Leste bagi menanam padi. Tanah yang dipajak ini akan dijadikan tapak baru aktiviti penanaman padi yang kosnya jauh lebih murah berbanding di negara kita. Hasil padi ini dijangka akan dipasarkan dipasaran tempatan dan juga untuk eksport ke negara yang memerlukan.

Pemajakan tanah yang luas ini merupakan insetif kerajaan negeri bagi menangani kekurangan beras yang kerap berlaku di negeri ini dan negeri lain di Malaysia. ia juga sebagai persiapan menghadapi keberangkalian permasalahan ekonomi yang akan menghimpit negara membangun seperti Malaysia.

Kerja-kerja awal dijalankan di kawasan di Timor Leste ini. Namun ada satu perkara yang menakjubkan ialah penemuan emas yang begitu banyak sekali di kawasan yang menjadi milik kerajaan Kedah sekarang. Menurut perjanjian dengan kerajaan Timor Leste, setiap apa yang terkandung di tanah yang dipajak tersebut menjadi milik Kedah. Maka penemuan emas yang bernilai besar ini menjadi satu rezeki baru yang tidak disangka-sangka.

Oleh itu kerajaan Kedah dikatakan akan memulakan operasi pelombongan emas di kawasan ini tidak lama lagi. Demikianlah berkatnya bumi apabila diperintah oleh parti Islam. Begitu juga dengan penemuan terbaru bijih timah yang besar jumlahnya di Bukit Kinci, Sintok berhampiran UUM. Di zaman pemerintahan BN dahulu tidak timbulo semua hasil-hasiul bumi ini. Namun takdir Allah menemukan hasil ini ketika Kedah diperintah oleh Pakatan Rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin