Saturday, November 28, 2009


Siri 1: Pendedahan Kejahatan BTN

Kursus BTN yang menjadi polimik selama ini jelas menghasut dan merosakkan perpaduan negara. Penafian yang dibuat oleh Mahyudin Yasin adalah penafian yang bodoh dengan menganggap rakyat semuanya jahil sepertinya. Beliau merasakan yang pergi kem BTN tersebut hanyalah ahli Umno yang boleh diumpan.

Penulis pernah mengikuti dua kursus anjuran BTN di Malaysia dan di luar negara. Pertamanya kursus yang diadakan untuk pelajar baru universiti selepas pilihanraya 2004 dahulu. Dalam kursus tersebut beberapa penceramah membangkitkan soal 13 mei dengan menyalahkan pemimpin mahasiswa pro pembangkang lah punca 13 mei. Antara nama yang disebut ialah Hamid Ali dan rakan-rakannya. Kemudian ditunjukkan juga imej Tok Guru Haji Hadi, Anwar dan Kit Siang yang dilebalkan boleh memecah belahkan perpaduan.

Ditonjol lagi imej Ustaz Zaharudin Abdul Rahman, Nazri Chik, Ustaz Ramadhan Fitri, Khairul Anwar Mat Zuki, Hishomudin Bakar, Fuad Ikhwan (kesemuanya mantan pimpinan PMIUM), us Nazri Din (UPM), Abdullah Abdul Karim (UKM) dan lain-lain pemimpin dan bekas pimpinan Mahasiswa. Mereka ditonjolkan menjadi alat kepada Pas dan mahasiswa perlu menjauhkan diri dareipada mereka. Dalam erti kata lain, menghasut mahasiswa menjauhkan diri darpada menyertai Persatuan Mahasiswa Islam di kampus masing-masing. Sedangkan kesemua PMI ini berdaftar dengan Universiti. Ditonjolkan juga tentang Dewan Tunku Canselor terbakar, tangkapan dua buah bas ahli PMIUM zaman ustaz Ramadhan yang kononnya hendak pergi bantu Pas dalam pilihanraya. Padahal kesemua kes ini ditutup dan tidak ada seorang pun ahli atau pimpinan PMIUM yang dihukum terlibat atau bersalah. Di sini lah lambang kejahatan BTN.

Keduanya di Syria, kursus dibuat atas nama kursus kepimpinan. Walaupun watak-watak yang hadir adalah daripada BTN. Mereka datang atas tiket Kementerian Pengajian Tinggi. Sampai ke Syria, disamping mengadakan kursus di Maahad Abu Nur, mereka juga mengadakan perjumpaan dengan kelab Umno Syria. Saya punya bukti dan saksi yang ramai dalam kes ini. Mengapa datang atas tiket kerajaan, kemudian bertemu UMNO Syria.

Dalam ceramah seorang yang menggelarkan dirinya sebagai 'Pak Su' berceramah bab perkauman. Dia mengatakan sekarang cina sudah menguasai Perak. Nizar digambarkan boneka Cina. DAP amat berbahaya kepada negara Malaysia. Dia juga memberi contoh berapa banyak tanah, biasiswa dan pelbagai hak istimewa orang Melayu yang terhakis. Dan secara lajunya dia mengatakan bahawa Anwar 'Waathi'. Maknanya peliwat. Ini tuduhan sebelum mahkamah buktikan. Apabila kami bertanya (Kalau BTN baca tulisan ini, tentu dia ingat siapa saya), dia nafikan. Padahal ramai yang mendengar. Kemudian apabila kita mengatakan punca hak istimewa orang Melayu dan penghinaan kepada raja-raja Melayu ini puncanya adalah Umno BN yang ajar dan mulakan, dia tidak tahu jawab dan gelabah. Lalu mengatakan itu dahulu. Jadi kita mahu ke depan. Masalahnya dalam kursus itu dia asyik menyalahkan parti-parti pembangkang yang digambarkan sebagai punca ini semua. Seterusnya menyeru menyokong kerajaan pusat (BN lah). Ni bukan dakyah ke Mahyudin woi. Bukan lagi dakyah, tapi sesat dan menyesatkan.

Mana ilmu kenegaraannya Mahyudin Yasin? Ilmu menghasut membenci pembangkang itu kenegaraan? Balik ke Pagoh, ambil PMR semula lebih baik buat TPM.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin