Saturday, November 7, 2009


Jangan Leka Dengan Pujian, Berjiwa Besar Terhadap Kritikan: Dato Tuan Ibrahim

Seluruh pendokong Pas disemua peringkat mesti berjiwa besar dengan kritikan yang dilakukan terhadap parti. Menurut naib presiden Pas Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, pendokong Pas tidak boleh leka dengan pujian, malah mengharapkan pujian juga tidak digalakkan. Ini kerana kritikan adalah untuk membina parti dan jemaah.

Beliau merujuk kepada sejarah Sultan Harun Ar Rasyid dengan seorang ulama bernama Fudail bin I'yad. suatu haru khalifah Harun Ar Rasyid meminta menterinya memanggil Fudail ke istana. apabila sampai ke istana, Fudail menegur khalifah tentang satu hal. Menteri pengiring berang dengan tindakan Fudail. Dia memarahi Fudail kerana katanya tidak menghormati khalifah.

Lalu Fudail bertanya kepada Khalifah, siapakah yang memarahinya itu. Lalu khalifah memberitahu beliau ialah menteri pengiringnya. maka Fudail berkata kepada khalifah,
"Hati-hatilah dengan dia, kerana mungkin dia boleh menggembirakan kamu di dunia, tetapi tidak dapat menyelamatkan kamu di akhirat. Khalifah berbesar hati menerima teguran Fudail.

Lalu dia mengikut Fudail pulang ke rumahnya. Sampai di rumah, Fudail menutup lampu rumahnya dan mereka berada dalam kegelapan. Lalu khalifah Harun bertanya, mengapa rumah kamu gelap? Fudail menjawab, "aku melihat kamu siang malam dalam cahaya dunia, sengaja aku memberi kamu duduk dalam kegelapan."

Khalifah tidak memarahi Fudail dan menerima maksud teguran Fudail kepadanya. Begitu juga dengan peperangan Badar, Rasulullah mendengar teguran sahabat-sahabat sehingga membuahkan kejayaan. Oleh itu kata Dato Tuan Ibrahim, ahli Pas hendaklah berlapang dada apabila dikritik. Kerana kritikanlah yang membantu meningkatkan kemajuan sesebuah parti. Beliau berkata demikian ketika berucap di seminar memperkasakan pas di Taman Melewar semalam.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin