Tuesday, November 17, 2009


Labels:

Kota Seputeh: Mahyudin Tebal Muka, SPR Tergadah

Keputusan mahkamah tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan dun Kota Seputeh kosong dan mesti diadakan pilihanraya ibarat tamparan pedih ke muka Mahyudin Yasin timbalan Presiden Umno. Ini kerana hanya beberapa hari sebelum itu sahaja Mahyudin mengeluarkan kenyataan supaya bekas Adun Kota Seputeh, Dato Abu Hasan diarah menghadiri sidang dun walaupun tidak dibenarkan Speaker.

Kata Mahyudin, siapa Speaker nak halang adun masuk dewan sedangkan SPR putuskan kerusi itu tidak kosong? Saya mahu bertanya balik, siapa Mahyudin hendak arahkan Abu Hasan masuk dewan. Kamu tidak ada kena mengena dengan dewan undangan negeri Kedah. Menteri Besar pun tidak, Speaker pun tidak malah bentara dewan atau 'cleaner' dewan pun tidak. Tiba-tiba berlagak seperti berkuasa nak arahkan Abu Hasan masuk dewan hari isnin semalam.

Namun apabila mahkamah memutuskan sememangnya kerusi dun Kota Seputeh kosong, Mahyudin diam seribu bahasa. Kata Umno, mereka akan merayu ke mahkamah rayuan. Sudah pasti Mahyudin akan mencari jalan bagaimana hendak memadamkan merah mukanya akibat malu setelah angkuh mengarahkan Abu Hasan masuk dewan undangan negeri Kedah.

Sejauhmana mahkamah rayuan akan bertindak adil, kita tridak pasti. Dalam kes MB Perak, sebaik dibawa ke mahkamah rayuan, keputusan mahkamah tinggi sebelumnya yang mengistiharkan Nizar sebagai Menteri Besar dibatalkan. Kini keputusan mahkamah tertinggi, mahkamah Persekutuan pula tergantung. Mengapa jadi begini? Mahkamah belum bebas. Adakah ini persepsi atau realiti. Dua-duanya benar.

Lebih penting lagi, Umno BN khuatir dengan keputusan mahkamah tinggi ini akan mengancam kerajaan haram Zamri Perak. Ini kerana dalam kes yang sama SPR telah mencampuri urusan Speaker Sivakumar yang mengistiharkan dun Behrang, Cangkat Jering dan Jelapang kosong. Jika keputusan mahkamah dalam kes 3 dun ini disemak, maka kemungkinan pilihanraya kecil di tiga dun ini boleh terjadi. Makanya juga, kemungkinan kerajaan haram BN akan goyah kerana mereka hanya bergantung kepada tiga adun ini.

Ketiganya, kita faham kes ini adalah diantara Speaker DUN Kedah melawan SPR yang dikatakan mencampuri kuasa speaker. Dengan keputusan mahkamah tinggi ini, ia menyebabkan SPR malu besar dan rosak teruk reputasi mereka. Ketelusan mereka dipertikaikan kerana mahkamah memutuskan SPR melanggar undang-undang. SPR begitu angkuh sebelum ini menyerang pembangkang dengan katanya kerap membuat persepsi buruk kepada SPR. Namun kini mahkamah yang memutuskan SPR sememangnya melanggar undang-undang sekaligus menzahirkan kepada masyarakat umum, SPR alat BN dalam semua kes sebelum ini.

Untuk menutup malu besarnya, SPR sekali lagi angkuh seperti tidak mahu menerima keputusan mahkamah apabila mengeluarkan kenyataan untuk merujuk peguam negara berkenaan keputusan mahkamah tersebut. Padahal untuk apa dirujuk lagi kerana kalausanya sudah jelas tanpa pertikaian, bahawa SPR mesti mengadakan piliharaya kecil di Kota Seputeh. Itu arahan hakim.

Namun jika benar-benar pilihanraya terpaksa diadakan, jentera Pas dan Pakatan harus berhati-hati dan lebih ketat dan tegas kerana tidak mustahil SPR membalas dendam seperti yang berlaku sebelum ini. Apapun, kesimpulan yang jelas, BN sebenarnya sangat takut jika pilihanraya kecil diadakan di sini kerana mereka merasakan untuk mempertahankan kemenangan sebelum ini amat sukar. Jika kalah, moral pendokong BN seluruh negara yang baru pulih sedikit selepas Bagan Pinang akan kembali hancur dan longlai.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin