Saturday, November 28, 2009


Labels:

Malang MCA Melantik Mahyudin Penyelesai Konflik

MCA seperti jatuh ditimpa tangga berkali-kali dan bukan sahaja lebam-lebam badan, namun akan mati terus apabila Mayudin Yasin menjadi orang tengah menyelesaikan konflik mereka. Konflik dalaman yang berterusan diantara tiga puak dalam MCA diantara Ong Tee Kiat, Chua Soi Lek (walaupun dilihat sudah bersatu) dan Tiong Lai menjerumus parti itu kearah kemerosotan.

Berdasarkan kepada EGM yang diadakan sebelum ini, undi yang diterima oleh Soi Lek dan Tee Kiat tidak jauh berbeza. Bolehlah dikatakan kekuatan mereka 50-50. Namun selepas EGM itu yang menyaksikan undi tidak percaya kepada Tee Kiat sebagai Presiden, salah seorang naib presiden pro Tee Kiat telah mengkhianatinya dengan menubuhkan kumpulan baru terdiri daripada 16 ajk pusat MCA untuk menggulingkan Tee Kiat. Ini menyebabkan kem mereka berpecah dua. Secara mudahnya kita akan melihat konflik ini membantutkan usaha Najib memulihkan sokongan kepada BN khususnya dikalangan orang bukan Melayu. Jika orang Melayu, Najib sangat selesa kononnya sekarang. namun konflik MCA ini adalah pukulan maut yang akan menenggelamkan BN dalam pilihanraya akan datang.

Maka lahirlah suara dalam MCA yang memohon Najib campur tangan menyelesaikan konflik ini. Najib masih cuba dilihat berkecuali. Lalu datanglan Mahyudin Yasin atas kapasiti timbalan pengerusi BN untuk selesaikan. Kata Mahyudin, dia akan menemui semua pihak yang bertelagah dan akan menyelesaikannya dalam masa seminggu. Sekarang sudah hampir seminggu dan poenyelesaiannya belum dilihat. Walaupun EGM yang akan dibuat dibatalkan, namun perhimpunan khas puak-puak naib presiden anti Tee Keat sangat panas pada hari ini. Kehadiran yang sangat ramai dalam perhimpunan itu menampakkan bermulanya perang secara terbuka daripada peringkat akar umbi terhadap Ong Tee Keat. Mengapa hal ini berlaku.

Jawabnya pendamai yang dihantar itu juga adalah seorang yang bermasalah, gagal dan lembab. Sebelum menyelesaikan konflik MCA ini Mahyudin juga telah ke Terengganu untuk menyelesaikan konflik tiga puak Umno Terengganu. Jelas gagalnya dia di sana apabila sebahagian ketua bahagian memboikot majlis beliau. Konflik terus berlarutan dan sebahagian puak di Terengganu menolak keras kedatangan seterusnya Mahyudin Yasin. Jadi kalau dalam parti sendiri dia gagal, bagaimana hendak selesaikan masalah MCA. Kemudian kepada siapa lagi hendak diharapkan. Najib?

Najib juga sebenarnya gagal dalam menyelesaikan konflik Umno Terengganu dan Perlis. Mahyudin hanya dip[eralatkan untuk menyelesaikan konflik ini supaya kelembapan Najib tidak kelihatan. Maklumat yang diterima, sejak awal lagi, beberapa kumpulan yang bertelagah di terengganu telah datang ke Putrajaya menemui Najib. Ada yang merayu dan ada yang mengugut akan bubarkan dun jika dia diketepikan. Najib tidak dapat menyelesaikannya.

Oleh itu tidak ada lagi pengharapan kepada kedua-dua orang ini melainkan MCA dan Umno sendiri akan larut ditolak rakyat Malaysia. Sebelum mereka ditolak rakyat, Najib dan BN merangka strategi kedua iaitu memburukkan lawannya daripada Pakatan Rakyat. Caranya ialah m,engadu dombakan parti-parti Pakatan, memburukkan pemerintan di negeri Pakatan dan memburukkan imej pemimpin. Setelah mereka berjaya burukkan imej Anwar, Haji Hadi dan Kit Siang, mereka tertinggal seorang di Kelantan. Kajian yang diumumkan ahli akedemik bahawa tahap sokongan rakyat kepada Pakatan disebabkan juga imej Tok Guru Nik Aziz yang hebat. Kemudian satu badan dunia juga mengumumkan Nik Aziz sebagai pemimpin ke-42 paling berpengaruh di dunia jauh meninggalkan Najib dan Mahyudin yang tidak masuk rekod. Lalu mereka menumpukan serangan memburukkan imej Mursyidul Am Pas itu.

Namun Pakatan Rakyat tetap meneguhkan ikatan mereka terutamanya dengan mengadakan konvensyen Pakatan Rakyat pada bulan 12 ini yang dilihat sangat membahayakan BN. BN khuatir dengan Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor akan terlepas ke tangan Pakatan akibat kemelut dalaman Umno dan MCA ini. Kesimpulannya Najib dan Mahyudin kian menjadi liabaliti buat BN.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin