Monday, November 2, 2009


MP BN Sabak Bernam Didakwa SPRM: Pelengkap Konspirasi Jatuhkan PR di Selangor

Dimahkamah Seksyen Shah Alam pagi ini, kelihatan Ahli Parlimen Sabak Bernam Dato Rahman Bakri didakwa atas kesalahan berkaitan rasuah atau penyelewengan. Turut sama didakwa ialah Yahya Saari bekas pegawai khas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga Wong Chua How pembantu exco Dap Selangor Ronnei Liew.

Menurut Ronnei, 20 wakil rakyat di Selangor telah disiasat SPRM dan dijangka pembantunya hanya pemula kepada yang didakwa. Bermaksud akan ada banyak lagi pendakwaan yang melibatkan exco, adun dan pegawai-pegawai mereka. Sekali pandang kita melihat SPRM membuat pendakwaan yang adil kerana MP BN turut didakwa.

Kejadian yang sama berlaku diawal pemerintahan Pak Lah apabila dua jerung ditangkap iaitu Tan Sri Eric Chia dan seorang menteri dari Sabah. Rakyat melihat betapa bersungguhnya kerajaan membenteras rasuh sehinggkan pemimpin BN sendiri turut ditahan. Namun apa jadi dengan tangkapan tersebut. Kedua-dua mereka bebas hari ini tanpa tindakan. Malah Pak Lah juga sudah tidak berkuasa lagi di dalam kerajaan.

Umum mengetahui wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. SPRM digunakan untuk menangkap beberapa wakil rakyat Pakatan dan didakwa atas kesalahan menyeleweng. Namun konspirasi ini terencat apabila gempar kes kematian Teoh Beng Hock salah seorang pembantu exco kerajaan negeri yang disiasat. Semua pihak menunding jari kepada SPRM. maka terbongkarlah sedikit demi sedikit konspirasi yang berlaku seperti surat layang yang mengaitkan timbalan pengarah SPRM dengan konspirasi bersama Khir Toyo untuk jatuhkan Selangor. Kemudian tersebar pula berita Khir Toyo diancam bunuh oleh satu surat layang. Umum mengetahui ini satu tektik lama untuk mendatangkan simpati kepada yang kononnya diugut dan untuk memberi gambaran umum lawannya iaitu Pakatan Rakyat sebagai jahat. Jadi ada yang berpendapat, sendiri buat, sendiri ugut, sendiri lapor.

Setelah kejadian ini adakah konspirasi ini terhenti. Tentunya tidak kerana bekas Menteri Besar itu dan puak-puaknya semakin khuatir rahsia mereka sepanjang pemerintahan hari demi hari akan terbongkar. Maka ia akan membunuh kerieh politik Khir Toyo yang belum tua itu. Untuk mencantikkan konspirasi ini, maka didakwa sama Ahli Parlimen Sabak Bernam yang kebetulan diberitakan tidak disukai Khir Toyo. Maka akan riuhlah dunia mengatakan SPRM tidak memilih bulu. maka imej SPRM cuba hendak digilap kembali menjadi bersih.

tentu saudara pembaca mendengar kenyataan pemimpin tertinggi BN sehari dua ini supaya SPRM dan Polis dilihat bersih. Maka terjawablah sudah tektiknya apabila mereka mengorbankan seorang MP BN untuk didakwa SPRM. Namun umum tidak perlu percaya sangat dengan tektik ini. Kerana selepas mewar-warkan dakwaan terhadap MP BN Sabak bernam ini, giliran adun-adun DAP dan PKR pula akan didakwa beramai-ramai. Tunggulah saat yang akan berlaku ini sebagai pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Seorang sahabat dari Hulu bernam memberitahu, BN sudah kalah mati apabila Pakatan memberikan air percuma dan takaful percuma untuk warga emas. jadi buruk macamana sekalipun digambarkan Pakatan Rakyat Selangor, ia sukar dijatuhkan. Maka digunalah cara diluar proses demokrasi untuk jatuhkan Pakatan di Selangor.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin