Monday, November 9, 2009


Labels:

Najib Khuatir Bukan Melayu Tetap Menolak BN

Dato Seri Najib Razak mula bersuara berkenaan krisis kepimpinan yang berlaku dalam MCA. Katanya jika krisis ini berlarutan, pengundi cina sukar untuk memilih BN sebagai parti pilihan mereka. Dalam keadaan Najib cuba menonjolkan dirinya sebagai pemimpin pelbagai kaum dengan tema 1 Malaysia, disatu pihak lagi dalam BN masih lagi berseteru sesama mereka.

Pelan damai yang dibuat MCA diantara Ong Tee Keat dengan Chua Soi Lek hanya bertahan satu hari. Ini kerana timbul konflik baru apabila 16 ajk pusat MCA mahukan diadakan EGM kedua bagi menentukan perlunya pilih pimpinan baru dalam MCA. Kelompok 16 ini mahukan seboleh-bolehnya kedua-dua pimpinan MCA yang ada diatas itu berundur.

Jika EGM ini berlaku, ia akan mencipta sejarah baru perpecahan parti kompenen BN apabila setahun tiga kali mesyuarat agung terpaksa dibuat termasuk dua daripadanya mesyuarat agung khas (EGM).

Masalah kedua pula krisis diantara pemimpin Umno dengan Presiden Gerakan yang dikritik teruk di parlimen oleh MP Seri Gading. Ia mengundang kemarahan buat pemimpin Gerakan yang mendesak Najib mengambil tindakan terhadap MP Seri Gading. Namun Najib tersepit di sini sama ada mahu mengambil tindakan menjaga hati parti kompenennya atau menjaga sokongan asas daripada Umno kepadanya.

Umum mengetahui Gerakan Pulau Pinang pernah mengambil tindakan memboikot Umno Pulau Pinang selepas berkrisis dengan salah seorang ketua Umno Bahagian di sana. Jadi jika krisis ini berlarutan, tidak mustahil tindakan yang sama boleh terjadi diperingkat pusat.

Tidak cukup dengan itu, krisis yang berlaku dalam MIC dan PPP juga merumitkan gerak kerja Najib. Perebutan jawatan dan cantas mencantas yang berlaku menyebabkan Najib hilang harapan lagi kepada kedua parti kaum India ini. Sebab itulah Najib bersedia dilihat seolah-olah sebagai penaja parti baru kaum India iaitu Makkal Sakti Party menjelang pilihanraya Bagan Pinang.

Namun harapan Najib untuk melihat parti ini berjaya menjadi alternatif kepada kaum India untuk menyokong BN tidak terjadi. Ini kerana selepas pelancaran Makkal Sakti Party ini, ianya tidaklah diterima dengan terbuka oleh kaum India. Lebih daripada itu bocor maklumat di Bagan Pinang, apabila ada dikalangan pemimpin parti baru ini mengedarkan risalah supaya masyarakat India tidask mengundi BN dan Pas di Bagan Pinang. Ini dilihat sebagai kesetiaan yang sementara sahaja diberikan kepada Najib selaku pengerusi BN.

Sebab itulah dalam retreat Umno, mereka mahu Umno menjadi 'Big Brother' yang mengatasi parti-parti lain dalam tulisan saya sebelum ini. Namun adakah dalam pilihanraya akan datang 'Big Brother' ini akan bertanding di kawasan MCA dan MIC? Jika bertanding, ia akan menambahkan lagi krisis besar Barisan Nasional ini. Dalam masa yang sama Najib terpaksa memikirkan pelan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat dengan memecah belahkan kesatuan mereka. Maka kesimpulannya, Najib tidak berupaya untuk melakukan pilihanraya umum ke 13 lebih awal seperti dijangka. Maka Pakatan Rakyat masih punya masa untuk lakukan reformasi dalam tindakan dan strategi bagi memulihkan keyakinan dan mengekalkan kemenangan yang ada ke arah menuju kemenangan lebih besar menawan kerajaan pusat.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin