Saturday, November 7, 2009


Seminar Khas Pas: Buktikan Pas Terbuka

Walaupun banyak kritikan yang dilemparkan oleh Pas sejak akhir-akhir ini, namun ia dipandang positif oleh pimpinan parti. Menurut Dr Abu Hasan Hasbullah salah seorang panelis luar jemputan ke seminar khas semalam, apa yang dilakukan oleh pas semalam mencatat satu sejarah. itulah kali pertama dan satu-satunya parti politik di Malaysia sedia memanggil tokoh luar parti untuk bercakap secara terbuka kepada dalam majlis parti menegur, mengkritik dan mencadang sesuatu untuk parti tersebut.

Keduanya ia menggambarkan bahawa Pas diharapkan oleh masyarakat luar untuk menjadi alternatif dan seterusnya menggantikan parti-parti dalam Barisan Nasional. Jika peranan pas tidak diperlukan dan harapan tidak diletakkan kepadanya, tidak akan ada pihak yang ingin mengambil perhatian dengan mengkritik atau menegur parti tersebut. Dalam menghadapi kedewasaan dan kesediaan untuk menggantikan pemerintah yang ada, Pas bersikap terbuka dengan teguran tersebut.

Malah dalam ucapan penutup Presiden, beliau menyatakan pendiriannya yang terbuka dan menerima kritikan yang dikemukakan terhadap parti khususnya dirinya sendiri. "Kita akan lakukan perubahan terhadap kritikan yang sememangnya kena pada kita. Manakala kritikan yang tidak betul pula, kita akan menjawabnya."

Malah presiden tidak berkecil hati sekalipun dengan telahan terhadap pas dan dirinya, sebaliknya menyeru kepada semua pendokong pas untuk terbuka dan berjiwa besar dalam melakukan perubahan kearah mendewasakan pas. Resolusi seminar ini menyebut dengan tegas perancangan Pas seterusnya untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat, meningkatkan usaha menarik sokongan pengundi muda dan menambahkan usaha meluaskan penubuhan kelab penyokong pas di semua peringkat.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin