Saturday, November 28, 2009


Siri Dua: Ramadhan Fitri Pelajar Cemerlang Yang Disekat BTN Keluar Negara

Saya ingin berkongsi cerita kursus-kursus yang dianjurkan Biro Tata Negara sebagai balasan kenyataan Mahyudin yang menyatakan Kursus BTN ini baik. Sahabat saya Ustaz Ramadhan Fitri Elias terkenal dengan kecemerlangannya dalam pelajaran dan kepimpinan. Diakhir pengajiannya di Universiti Malaya pada tahun 2005, dia kekal dengan first degree dalam keadaan sibuk sebagai presiden Gamis, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UM dan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM. Dia juga berjaya menghabiskan pengajiannya satu semester lebih awal daripada biasa.

Sepatutnya beliau terpilih menerima anugerah daripada universiti pada hari konvokesyen dan dia juga lulus untuk mendapat biasiswa bagi menyambung pengajian peringkat master ke luar negara. namun semuanya disekat akibat hasutan pihak 'berkenaan'. Seterusnya beliau menyambung pengajiannya ke UIA dalam bidang Syariah dan Muamalat (Perbankan Islam) dan lulus dengan cemerlang juga dua tahun berikutnya. Perancangan seterusnya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di peringkat PhD. Semua permohonan telah dibuat dan selesai segalanya. Panggilan ke United Kingdom dan Australia juga telah diperolehinya. Beberapa permohonan tajaan biasiswa juga dibuat.

Namun diantara syarat untuk memperolehi biasiswa ini perlu melalui kursus BTN. Dia akur dan mengikuti kursus tersebut. Namun diakhir kursus tersebut, dia dikatogerikan sebagai gagal. Sedangkan sebelum ini tidak ada istilah gagal atau lulus. Yang wajib hanya menyertainya sahaja. Namun itulah nasibnya. Dia diberi peluang untuk merayu dan dalam rayuan tersebut dia menghadap pengarah BTN Malaysia, timbalan menteri ketika itu Dato Noh Omar dan beberapa pegawai BTN lebih daripada tiga orang. Dalam pertemuan tersebut dia diasak oleh pengarah BTN dengan mengatakan dia ini lawan kerajaan sebelum ini. Dato Noh juga memujuk dia menyertai Umno. Inikah kursus kenegaraan?

Namun selesai proses itu, sehingga ke hari ini dia gagal ke luar negara akibat kerja 'kenegaraan ala Mahyudin' BTN ini. Sedangkan inilah anak bangsa yang pintar dan cemerlang yang sepatutnya diberi galakkan kerana akan mendatangkan hasil kepada negara, namun mereka sanggup menyekatnya semata-mata nafsu buas mahu semua orang menyokong BN. Dalam kursus-kursus yang dianjurkan untuk pelajar-pelajar master dan phd ke luar negara, mereka digambarkan dengan terang-terang bahawa bapa-bapa cina inilah (sambil menunjukkan kepada peserta-peserta cina dalam program itu) yang telah membunuh nenek moyang kita semasa darurat dahulu. Nak jelas perkauman secara berdepan dibuat oleh BTN. Bukan sekadar itu, dia juga memerli peserta yang dikatakan pro kepada Pas atau parti pembangkang lain. Inilah kerja kenegaraan yang Mahyudin maksudkan.

Kalaulah BTN pro Melayu sangat, kenapa disekat anak melayu pintar untuk melanjutkan pelajaran. Inilah kejahatan dan kezaliman BTN. Tidak ada alasan bodoh lagi untuk Mahyudin pertahankan BTN melainkan memansuhkan segera BTN ini.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin