Sunday, June 28, 2009


Labels:

Koleksi gambar sekitar Majlis Makan Gulai Kawah Kambing

0 comments
28 Jun 2009 - Ketua Pemuda, Ust Nasrudin Hasan Tantawi menerima simbolik pelancaran Tabung Kebajikan PAS Lembah Pantai dari Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, Ust Adlin sempena Program Makan Gulai Kawah Kambing bersama Ketua Pemuda PAS di Surau Al Falah Lama,Pantai Dalam hari ini.
















Read more...

Labels:

“Genggam bara biar sampai jadi abu”

0 comments
“Genggam bara biar sampai jadi abu”. Itulah ungkapan yang begitu menusuk ke dalam lubuk hati aku sewaktu diminta menghadiri satu majlis tamrin.

Ia membawa aku kepada satu nostalgia lama sewaktu aku berbaiah kepada perjuangan ini demi mendaulatkan Islam. Ungkapan Tok Guru Haji Hadi sememangnya tepat, “PAS mempunyai kekuatan sendiri dalam berhadapan dengan masalah lompat parti iaitu BAIAH”.

Sememangnya sistem baiah wujud dalam arena gerakan Islam yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Mari kita renungi ayat al-Quran berikut;
” Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia (baiah) kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.” (Surah Fath:10)

[Nota ringkas; Pada bulan Zulkaidah tahun keenam Hijriyyah Nabi Muhammad s.a.w. beserta pengikut-pengikutnya hendak mengunjungi Mekkah untuk melakukan 'umrah dan melihat keluarga-keluarga mereka yang telah lama ditinggalkan. Sesampai di Hudaibiyah beliau berhenti dan mengutus Utsman bin Affan lebih dahulu ke Mekah untuk menyampaikan maksud kedatangan beliau dan kamu muslimin. Mereka menanti-nanti kembalinya Utsman, tetapi tidak juga datang karena Utsman ditahan oleh kaum musyrikin kemudian tersiar lagi kabar bahwa Utsman telah dibunuh. Karena itu Nabi menganjurkan agar kamu muslimin melakukan bai'ah (janji setia) kepada beliau. Merekapun mengadakan janji setia kepada Nabi dan mereka akan memerangi kamu Quraisy bersama Nabi sampai kemenangan tercapai. Perjanjian setia ini telah diridhai Allah sebagaimana tersebut dalam surah al-fath ayat 18, karena itu disebut Bai'atur Ridwan. Bai'atur Ridwan ini menggetarkan kaum musyrikin, sehingga mereka melepaskan Utsman dan mengirim utusan untuk mengadakan perjanjian damai dengan kaum muslimin. Perjanjian ini terkenal dengan Shulhul Hudaibiyah.]

“Sesungguhnya Allah telah ridha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)”.
(surah al-Fath:8)

Begitulah antara peristiwa baiah yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W. Itulah kekuatan umat Islam, dengan adanya baiah dan janji setia telah membuatkan mereka beramal dengan lebih bermotivasi. Kita juga pernah membaca coretan-coretan sirah berkenaan baiah dalam perjuangan nabi seperti baiah para sahabat dari kalangan kaum ansar dalam Aqabah 1&2. Natijah dari baiah ini, Islam telah diberi kemenangan atas asbab kesungguhan dan pengorbanan para sahabat ini.

Sebelum aku menghadiri majlis baiah tersebut, sempat aku membelek serba sedikit pendapat-pendapat ulama’ berkenaan hal ini. Dengan harapan aku dapat memahami dengan lebih mendalam akan tuntutan baiah. Aku berharap lafaz-lafaz baiah ini dapat difahami oleh para peserta dengan sebaik mungkin kerana mereka telah melafazkan janji setia yang menuntut kepada terlaksananya rukun-rukun baiah tersebut dalam diri mereka.

Sedikit perkongsian berkenaan syarat-syarat baiah yang perlu kita perhatikan supaya tidak berlaku penyelewengan dalam usaha kita untuk mentaati perjuangan ini;
a. Ia dilakukan bagi perkara yang syar`ii.
b. Ia dilakukan atas keperluan yang wujud secara yakin.
c. Ia tidak menyanggahi, menyalahi atau mengganti Bai`ah Kubra, jika ada.

10 Rukun Baiah Imam Hassan Al-Banna begitu hebat dan teliti pada padangan aku kerana ia telah menggariskan asas-asas yang perlu ada pada diri seorang pejuang/amilin untuk menggerakkan sebuah gerakan Islam. Bermula dengan rukun faham dan berakhir dengan Thiqah.

Baiah boleh dikategori kepada dua bahagian;
1. Baiah Kubra (besar)- iaitu kepada pemimpin/khalifah negara Islam yang dilantik secara sah.
2. Baiah Sughra (kecil)- iaitu baiah untuk bersepakat dan berjanji bersama melakukan sesuatu kewajipan atau amalan.

Aku ingin mengingatkan diri sendiri dan juga rakan-rakan seperjuangan yang telah berbaiah bersama-sama suatu ketika dahulu supaya mengambil berat soal baiah ini, kerana ia menuntut kepada menunaikan janji. Walaupun baiah yang telah kita lafazkan itu tidak dikategorikan sebagai baiah Kubra, tetapi janji-janji yang telah kita lafazkan bersaksikan Allah itu mesti ditunaikan sebaik yang mungkin.

“Wahai orang-orang yang beriman! Tunaikanlah janji-janji kamu.” (Al-Maidah : 1)

Janganlah sesekali kita berbaiah tanpa berfikir. Berfikirlah dengan akal dan iman seterusnya beramallah dengan janji setia yang telah dibuat. Yakinlah kita kepada janji Allah, dan sesungguhnya Allah tidak mungkin memungkiri janji-Nya. Percayalah kita kepada adanya azab neraka Allah, yakinlah kita kepada adanya nikmat syurga Allah. InsyaAllah, dengan keyakinan ini akan memberi kekuatan untuk kita menunaikan janji setia yang telah kita lafazkan.

Walaupun tuntutan kepada baiah itu berat menimpa, perjuangan ini masih mempertimbangkan kemampuan masing-masing. Kemampuan setiap individu itu berbeza, tetapi aku berharap setiap kali kita menilai kemampuan diri, pastikan dengan adil dan beriman bukan kerana ingin melepaskan batuk di tangga semata-mata. Buat yang terbaik untuk pejuangan ini, InsyaAllah redha Allah kita perolehi.

“Berkata Maimunah binte Raqiqah ‘Aku mendatangi Rasulullah s.a.w bersama kaum wanita. Kami membai`ahnya atas Islam. Lalu kami berkata ‘Wahai Rasulullah! Kami membai`ah kamu untuk tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, kami tidak akan mencuri, kami tidak akan berzina, kami tidak akan membunuh anak-anak kami dan kami tidak akan mendatangi cerita bohong yang kami reka di antara dua tangan dan kaki kami, kami tidak akan melakukan maksiat terhadap kau dalam perkara yang makruf’ Berkata Rasulullah s.a.w, ‘Pada kadar yang kamu mampu dan berupaya’…..” (Riwayat Malik & At-Turmuzi)

Wahai pejuang, terimalah title AMILIN ini untuk kita melangkah terus memperjuangkan kalimah Allah hingga “BARA jadi ABU”.

Takbir! Takbir! Takbir!
Wassalam

Read more...

Friday, June 26, 2009


Labels:

Gambar sekitar penamaan Calon PAS Manek Urai

0 comments

Read more...

Labels:

Fauzi calon PAS di Manek Urai

0 comments
Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.

Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu cermah di Kampung Manek Urai Lama pada kira-kira jam 11 malam ini.

Fauzi yang berusia dalam lingkungan 50-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Turut hadir di ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa; pakar strategi PKR, Saifuddin Nasution dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu, BN pula dijangka mengumumkan calonnya Ahad ini.

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian. Dua lagi ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.

Read more...

Wednesday, June 24, 2009


Labels:

Dasar Fikrah Perjuangan Islam

0 comments
MUQADDIMAH

Perjuangan Islam pada hari ini merupakan warisan perjuangan dari Rasulullah SAW. Semasa hayatnya, baginda telah melaksanakan tugas perjuangan dengan penuh tabah dan ketaqwaan. Apa yang diimpikan oleh baginda tidak lain ialah untuk mempastikan Islam terus terbela, berkembang dan memerintah dunia ini.

FIKRAH PARA PEJUANG ISLAM

Sehubungan dengan itu, kita bertanggungjawab memahami tugas dan tanggungjawab serta membuat persiapan rapi bagi mempastikan kemenangan Islam. Firman Allah SWT “Dan siapkanlah bagi menghadapi mereka (musuh), hendaklah membuat persiapan yang secukupnya sedaya upaya kamu dengan segala kekuatan yang perlu”.(Al-Anfaal: 60) “Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa”. (Surah An-Nur: 55).Sementara Rasulullah SAW pula bersabda, Diriwayatkan daripada Said bin Burdah dari ayahnya, dari neneknya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah mengutusnya bersama Mu’az pergi ke Yaman. Sebelum berangkat Rasulullah s.a.w berpesan, "Permudahkanlah dan jangan mempersulitkan. Sampaikanlah khabar gembira dan janganlah menakut-nakuti. Dan bertimbang rasalah dan jangan selalu berselisih". Daripada Abu Hurairah sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda, "Janganlah kamu mengharapkan bertemu dengan musuh. Tapi jika kamu bertemu dengan mereka maka bersabarlah".Dan Saidina Ali Karramallahu Wajhah berkata, "Perjuangan yang benar dengan tidak mempunyaj strategi yang teratur akan tewas apabila berhadapan dengan perjuangan yang batil yang tersusun rapi rapi".

MANHAJ PERJUANGAN ISLAM

Fikrah perjuangan Islam merujuk kepada manhaj (sistem) perjuangan Islam yang menepati ciri-ciri Islami. Perjuangan Islam adalah bermatlamat untuk menegakkan u’budiyyah kepada Allah dan menolak toghut sepenuhnya. Proses perjuangan ini hendaklah dilaksanakan mengikut manhaj yang mengandungi ciri-ciri yang tertentu iaitu:

a. Rabbaniyyah: Rabbaniyyah adalah ciri utama Islam. Ini jelas kepada kita kerana Islam sendiri dari Allah yang bersifat Rabb. Para dua’at merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam menyeru kepada Islam. Allah menjelaskan selagi dua’t berada dalam manhaj Rabbani, mereka terus berada dalam pemelihraanNya:“dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhan, maka seungguhnya kamu berada dalam penglihatan kami” (at-Thur:48).Manhaj Rabbani mampu melahirkan mukmin bersifat Rabbani dari segi i’tikad, pemikiran, cita-cita, percakapan dan perbuatan. Bersifat Rabbani bermaksud beriltizam kepada dasar-dasar perjuangan Islam sepenuhnya.

b. Syumuliyyah: Islam adalah lengkap dan sempurna, tidak terdapat padanya walaupun sedikit kekurangan atau ketidakseimbangan kerana agama ini diturunkan oleh Pencipta Yang Maha Agung.

c. Inqilabiyyah: Inqilabiyyah menurut Harakah Islamiyyah ialah melaksanakan perubahan dengan mencabut jahiliyyah dari akar umbinya, meruntuhkannya dan menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu.

d. ‘Alamiyyah: Islam merupakan dakwah ‘alamiyyah merangkumi semua manusia di muka bumi ini. Daulah Islamiyyah tidak akan tertegak jika Harakah Islamiyyah di negara ini tidak mempunyai sifat ‘alamiyyah dalam melaksanakan manhaj mereka sama ada dari sudut keselarasan perancangan, strategi yang menyeluruh, kesepaduan dalam bidang tarbiyyah, kemahiran tenaga kerja dan seumpamanya.

PRINSIP-PRINSIP UMUM DALAM MANHAJ PERJUANGAN ISLAM

Dalam Sirah Rasulullah SAW, terdapat pelbagai bentuk tindakan yang telah dilakukan untuk mencapai matlamat menegakkan Daulah Islamiyyah. Berikut adalah beberapa prinsip umum dari perjuangan Rasulullah SAW:

a) Risalah Dan Jalan Penyampaian Yang Jelas: Firman Allah SWT:“Maka sampaikanlah oleh mu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan kepada mu dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik” (al-Hijr:94) Sirah Rasulullah SAW membuktikan bahawa Rasulullah menyampaikan ajaran Islam secara lansung dan jelas menyatakan bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Justeru itu, manhaj harakah Islamiyyah mestilah berpegang kepada kejelasan risalah dari segi matlamat, kandungan dan cara penyampaian.

b) Bergerak Mengikut Kemampuan: Harakah Islamiyyah hendaklah bergerak mengikut kadar kemampuan tanzim. Kekuatan dan persediaan yang mantap dan bersungguh-sungguh perlu dirancang dan dilaksanakan untuk memenuhi tuntutan al-Qur’an:“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan kuda-kuda yang ditambat (dengan persiapan itu) kamu akan menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang lain selain mereka yang kamu tidak ketahui”. (al-Anfal:60)

c) Melaksanakan Hazar (Waspada): Kaedah ini berdasarkan firman Allah SWT:“Wahai orang-orang yang beriman ambilah langkah-langkah kewaspadaanmu dan majlah berkelompok atau majulah beramai-ramai”. (an-Nisa’:71)

d) Menimbang Kemaslahatan Dakwah Demi Tuntutan Syari’at: Para Ulama’ usul telah menta’rifkan tujuan umum penetapan hukum-hukum syari’at iaitu: “maksud umum daripada syara,’ dalam menetapkan hokum-hukum ialah untuk mewujudkan kemaslahatan manusia dengan memelihara perkara yang dhoruriyyat (tidak boleh tidak) bagi mereka dan menyempurnakan perkara haajiyyat (keperluan) dan tahsiniyyat (kebaikan) bagi mereka”.

Berpandukan kepada maksud umum syari’at Islam ini, maka setiap tindakan yang dilakukan hendaklah menetapi dua prinsip khusus iaitu menolak kemudharatan dan menghilangkan kesempitan. Untuk menepati prinsip ini, Harakah Islamiyyah hendaklah melaksanakan amar ma’aruf nahi mungkar dalam masyarakat dengan menekankan dua faktor penting iaitu berhikmah dalam segala tindakan dan mengambil kira waqi’ (keadaan semasa).

PENUTUP

Demikianlah fikrah dan manhaj perjuangan Islam yang disandarkan daripada tuntutan Nas dan Syara’ untuk sesebuah harakah Islamiyyah mencapai matlamat dan keredhaan Allah SWT dalam menegakkan Daulah Islamiyyah di muka bumi ini.

Read more...

Monday, June 22, 2009


Labels:

Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS

0 comments

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno. Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.



Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

ImageTurut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

ImageMenyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan

Read more...

Labels:

Kembali bertaut..rapatkan saff..Mara Memimpin Perubahan

0 comments
KEMBALI BERTAUT..."Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair"

Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.

nik aziz nik mat special meetingBerikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.

Read more...

Thursday, June 18, 2009


Labels:

Berubahlah Untuk Memimpin Perubahan

0 comments
ISLAM memimpin perubahan.

Tetapi MUSLIM itulah yang merealisasikan slogan tersebut.

Justeru cita-cita PAS untuk memimpin perubahan yang sedang pesat melanda kehidupan semasa kita, amat bergantung kepada sejauh manakah integriti dan daya kompetensi pendukungnya yang MUSLIM itu.

Sesungguhnya tidak mudah untuk mengendalikan sebuah gerakan sebesar PAS di Malaysia. Dengan keahlian mencecah sejuta, sebahagiannya menyertai PAS dengan kefahaman Tarbiyah, manakala sebahagian yang lain menyertainya dengan kesedaran Siasah. Sebahagiannya naik kapal dengan rasional, sebahagian lain pula emosional. Dari profesor di menara gading, hinggalah serendah-rendah pendidikan manusia, tetapi ada sesuatu yang difikirkannya.

Kedua-duanya berkumpul di bawah satu hasrat dan cita-cita, tetapi dengan kapasiti yang amat luas kepelbagaiannya.

Justeru sesuai dengan saiz PAS yang semakin besar, jiwa dan pemikiran pendukungnya juga harus membesar sama. Pandangannya perlu besar, dan bersedia untuk berdepan dengan cabaran-cabaran yang datang akibat saiz yang sebegitu besar.

Setelah pemerintahan Islam bukan lagi di kejiranan Madinah, berubah kepada sebuah Daulah yang bersempadankan dua lautan dan benua, kaedah bai’ah bukan lagi berjabat tangan seorang demi seorang di minbar masjid. Ada perkembangan yang berlaku, dan perkembangan itu perlu.

KOMUNIKASI GENERASI EMAS

Sebagai perbandingan, nilaikanlah keberkesanan komunikasi di era Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dalam memindahkan satu berita atau maklumat daripada seorang kepada seorang yang lain, berbanding dengan komunikasi di era Umar al-Khattab r.a, Ali bin Abi Thalib r.a, membawa kepada era Bani Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah.

Tidak perlu menunggu hingga ratusan tahun selepas kewafatan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Hanya kira-kira 25 tahun selepas kewafatan Baginda, umat Islam sudah teruji dengan Perang Saudara di medan Siffin, berpunca daripada beberapa sebab, terutamanya soal KOMUNIKASI.

Muawiyah radhiyallaahu ‘anhu bukan pemberontak sebagaimana yang dikehendaki imej sebegitu oleh musuhnya. Muawiyah selaku ahli keluarga kepada Uthman radhiyallaahu ‘anhu menghendaki supaya pembunuh Uthman diheret ke muka pengadilan. Hal tersebut harus menjadi keutamaan tertinggi pada ketika itu. Ali radhiyallaahu ‘anhu pula melihat, urusan menghukum pembunuh Uthman adalah sulit sekali untuk dilakukan kerana kucar kacir umat Islam tanpa pemimpin akibat terbunuhnya khalifah Islam ketiga itu. Malah lebih memburukkan keadaan, kumpulan yang memberontak terhadap Uthman hingga membawa kepada pembunuhannya telah membai’ah Ali secara licik dan meletakkan diri mereka di tengah posisi tentera Ali.

Sungguh membingungkan.

Ali berada di Madinah.

Muawiyah berada di Syam.

Jarak ribuan batu yang memisahkan mereka tidak memungkinkan suatu bentuk komunikasi yang efektif untuk masing-masing saling mengetahui sisi pandangan masing-masing.

Persengketaan Perang Siffin menjadi lembaran sejarah yang hitam untuk dikenang oleh umat Islam zaman berzaman. Biar pun Muawiyah dan Ali, masing-masing mempunyai hujah yang tersendiri, kebenaran tidak cukup untuk menyekat perpecahan. Benar sekali sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Tidak akan datang Hari Kiamat sehingga dua kumpulan yang besar saling berperang. Berlaku antara kedua-duanya pembunuhan yang dahsyat padahal seruan kedua-dua kumpulan tersebut adalah satu (yakni kebaikan Islam dan umatnya).” [Sahih Muslim – hadis no: 157]

Ya, perpecahan boleh berlaku di dalam kelompok yang batil. Perpecahan juga boleh melanda kelompok yang benar. Asasnya ialah pada cara pengendalian mereka, sama ada menetapi hukum Sunnatullah atau sebaliknya.

Kita sangat berlapang dada dalam memahami asas kesukaran berkomunikasi yang berlaku di antara Muawiyah dan Ali. Jarak memisahkan mereka. Teknologi masih terbatas.

Namun apakah pula alasan untuk sebuah komuniti di era siber ini mengalami pengurusan maklumat yang tunggang langgang?

KOMUNIKASI GENERASI SEMASA

PAS seharusnya sedar dirinya sudah berada di tengah arus perdana. PAS tidak boleh lagi berfikir seolah-olah mereka hanya sekumpulan individu yang boleh bertemu di sebelah pagi untuk merancang, dan bertemu kembali di sebelah petang untuk muhasabah. Dengan keahlian mencecah sejuta, PAS sedang diuji dengan keupayaannya menguruskan penyebaran maklumat. Bukan sahaja di kalangan pendukungnya, malah rakyat jelata juga mahu tahu.

“Kita sabar dulu. Tunggu penjelasan daripada Tuan Presiden”

“Jangan percaya dengan manipulasi Utusan Malaysia malah Malaysiakini. Kita mesti berbaik sangka”

“Kami ada maklumat yang kami perolehi daripada sumber tertinggi tetapi tidak boleh didedahkan secara terbuka”

“Salah satu petanda Takwin yang sempurna, adalah pada ketaatan yang mutlak kepada arahan atasan”

Kesemua kenyataan di atas, menggambarkan yang PAS masih berfikir kecil ketika tubuhnya sudah membesar bagai raksasa. Masih menganggap, penyampaian maklumat dari mulut ke mulut, menanti pimpinan turun ke akar ubi untuk membuat penjelasan untuk mencerahkan pegangan, sebagai cara untuk menjaga keharmonian jamaah dan parti.

Apakah ini petanda yang PAS masih belum memfakihkan diri dengan bentuk peperangan semasa yang dirinya sedang berada? Bahawa peperangan hari ini adalah peperangan maklumat. Kegagalannya menguasai maklumat bererti mereka berperang tanpa senjata, atau masih berkeris ketika peluru berpandu menembak jauh dari ribuan batu.

Utusan Malaysia tetap Utusan Malaysia. Sentiasa ‘istiqamah’ dalam tingkah laku buruk kewartawanan mereka.

Begitu juga dengan sekalian pihak yang sudah secara tradisinya tidak berpihak kepada mereka.

Tetapi bagaimana dengan Harakahdaily? Bagaimana dengan halaman web rasmi PAS? Bagaimana dengan blog peribadi masing-masing? Mengapa tidak digunakan kesemuanya itu untuk menjelaskan apa yang perlu diperjelaskan kepada massa yang ramai ini.

Ketika segala propaganda UMNO dan Barisan Nasional bertebaran di media semenjak Isnin, apakah di tahun 2009 ini PAS masih mengharapkan ahlinya menunggu hujung minggu untuk mendengar maklumat tersahih dari usrah atau roadshow dan ceramah perdana?

AMBILLAH IKTIBAR DARI KISAH MEREKA

Saya masih ingat, kejadian di era Reformasi 1998 dahulu, apabila Setiausaha Agung UMNO datang ke England. Slogannya ialah, rakyat Malaysia di perantauan jangan percaya dengan propaganda media asing yang memberikan liputan bias tentang perkembangan di Malaysia. Media asing diletakkan di hujung telunjuk sebagai pesalah yang memporak perandakan pandangan rakyat Malaysia tentang negaranya sendiri.

Lalu Setiausaha Agung UMNO diminta menjelaskan secara ‘live‘ apakah sebenarnya yang berlaku sehingga mantan Timbalan Perdana Menteri lebam matanya ketika berada di dalam tahanan Polis. Jawapan sambil lewa Setiausaha Agung UMNO (berserta dengan kesungguhan melarang percaya kepada media asing) memanaskan kepala setiap yang hadir sehingga ada yang hampir menumbuk beliau.

Sungguh membuang masa.

Ya, jangan percaya media asing.

Tetapi ruang yang diberikan tidak dimanfaatkan untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Sama jugalah dengan PAS. Jangan percaya Utusan Malaysia. Jangan percaya dengan Malaysiakini. Jangan percaya dengan ‘bloggers’ (bukankah ini kata-kata BN di ambang kekalahan mereka Mac 2008 yang lalu?), jangan percaya dengan TV3… habis mahu percaya dengan siapa?

Harakahdaily tiada maklumat.

Laman web rasmi PAS tiada maklumat.

Usrah masih bertatih untuk mengecap nilai efisyensi.

Dan dalam masa yang sama Mursyidul Am berkata sesuatu manakala Tuan Presiden berkata sesuatu yang lain.

Alasan manipulasi media sudah tidak laku kerana PAS serta sesiapa sahaja mempunyai 1001 ruang untuk menyatakan apa yang tidak boleh dinyatakannya di media milik UMNO atau Barisan Nasional. Mana mungkin penjelasan dilewat-lewatkan, berulang-ulang kali… tanpa menjangkakan kerugian dan kemalangan menimpa PAS akibat sikap tidak kompeten seperti ini.

Jangan nanti alasan ‘ada benda yang orang tidak boleh tahu’ diulang berkali-kali sehingga massa pun sudah malas untuk ambil tahu.

Era perang digital, jangan lagi membawa sikap analog yang membinasakan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Read more...

Labels:

Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi

0 comments
SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Bersandarkan nas syara'

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat_

Read more...

Labels:

'Mesyuarat ukhuwah' - Alhamdulillah..inilah yang sebaiknya..

0 comments
Sementara itu di Kota Bharu, Nik Aziz merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

"Saya sendiri akan menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian.

"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini.

"Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," Nik Aziz dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan hari ini.

sumber, Malaysiakini

[[ Alhamdulillah..penulis menarik nafas lega..saranan dan harapan berkali2 penulis sebelum ini agar penyelsaian sesuatu maslaah da kemelut melalui meja rundingan, bertemu mata, face 2 face, musyawarah, akhirnya termakbul...

Walaupun agak terlewat sedikit, tapi penulis merasakan inilah yg terbaik dan sebaiknya..seperti yg pernah penulis katakan, biarlah acap kali siri perbincangan dan perjumpaan dilakukan dikalangan pemimpin, apatah lagi jika wujud isu2 besar sebegini..lebih banyak, lebih baik...jangan ada perasaan atau rasa bosan, puas, malas untuk bertentang mata, berdiskusi bersama teman2 kepimpinan..

Teguran si ayah kpd si anak...

Ternyata TGNA seorang yg tenang dan bertindak rasional..penulis tetap menganggap, kenyataan beliau yg mahukan Nasyarudin meletak jawatan kelmarin ibarat satu nasihat tegas dari seorang ayah kepada anaknya.."ikut cakap ayah, jika tak, keluar dari rumah"..tetapi jauh disudut hati si ayah, terlalu sayang dan kasihkan si anak tadi, jauh sekali mahu menghalau si anak tadi keluar dari rumah..

Begitulah perumpamaan penulis berdasarkan kes yg berlaku..bukanlah niat TGNA mahu menghalau Nasyarudin keluar daripada PAS, cuma mahu menegur dan menasihat Nasyarudin supaya sedar dan cukuplah dgn gagasan mahupun agenda berkaiatan 'kerajaan perpaduan'..kukuhkan PAS, kukuhkan Pakatan Rakyat, seperti kata seorang ahli Kelab penyokong PAS pada muktamar baru2 ini, biarlah PAS menjadi. "PAS the only choice"..penulis terharu kenyataan ini keluar dari mulut seorang rakan bukan Muslim..

Nasihat buat teman...

Jadi, kepada sahabat2 dan rakan2, baik dikalangan blogger, pengendali laman web mahupun pelayar biasa, bertenang dan bersabarlah..kita serahkan kepada kepimpinan atasan untuk menyelesaikan kes dan isu ini..janganlah kita menjadi batu api melaga2kan kumpulan2 tertentu di dalam jemaah, jangan terikut emosi dan nafsu ammarah kita..waktu dan ketika inilah kita mudah mengecam dan meneka, siapakah yg sebenarnya berpura2 menyamar penyokong2 PAS, mengambil kesempatan merosakkan ukhwah sesama kita, siapakah yg cuba menjadi batu api menghasut dan melaga2kan sesama kita..

Ingat! kita bukan seperti parti 'mereka', jauh sekali mahu menjejaki dan menuruti cara2 mereka...jika ayahanda 'mereka' (Tun M) , langsung tidak mahu berpaling muka mengadap anaknya (Pak Lah), 'ayahanda' kita (TGNA) tetap berusaha bertentang mata merapatkah ukhawah sesama mereka...jadi, kita contohi kepimpinan kita..jika pemimpin kita memilih jalan untuk berdamai, maka kita turutinya...insyaallah, disana ada hikmahnya..

Kerapkan jadual perbincangan...

Akhir kalam, penulis mendoakan agar natijah dari siri perbincangan ini nnti, akan membuahkan hasil yg baik lagi berkah kpd PAS dan Islam itu sendiri..keraplah mengadakan siri pertemuan dan perbincangan sesama kita..jangan asyik memikirkan perbincangan dan rundingan dgn orang atau parti lain, tetapi lupa untuk berbincang dan berunding sesama jemaah sendiri...

Pada saf kepimpinan, kami ahli, penyokong dan pendokong bawahan sentiasa mendoakan yg terbaik buat kalian..semoga Allah merahmati kita dan perjuangan kita...Allahuakbar !

Wallahua'lam...]]

Read more...

Labels:

Mahfuz, Salahuddin minta Ustaz Nasharudin jumpa Tok Guru

0 comments
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Dua Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub meminta Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dalam masa terdekat.Beliau menasihatkan Nasharudin bertemu dengan Tok Guru bagi meredakan isu berhubung gesaan Tok Guru agar beliau melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Bachok semalam.

Mahfuz yang ditemui di Dewan Rakyat hari ini berkata, sejak pagi tadi beliau cuba menghubungi Nasharudin bagi membincangkan cadangan bertemu dengan Tok Guru, bagaimanapun gagal.

"Saya cuba telefon beliau tetapi tidak berjaya, namun saya telah mengirimkan SMS kepadanya menyatakan cadangan agar beliau bertemu dengan Tok Guru.

"Sebagai orang muda beliau kena lihat positif bahawa apa yang diluah Tok Guru adalah untuk lihat masa depan beliau dan parti lebih baik.

"Saya percaya Tok Guru tidak ada sifat kebencian terhadap beliau sebab apa yang dilakukan Tok Guru atas dasar kasih sayang sepertimana sifat seorang ayah yang kadang menegur dan memukul anak atas dasar kasih sayang dan bukan kerana benci," katanya.

Mengulas isu yang sama, Salahudin Ayub turut mahu Nasharudin bertemu dengan Tok Guru dalam masa terdekat.

Penyelesaian secara 'anak beranak' adalah penting dalam hal ini bagi meredakan ketegangan, ujarnya.

Beliau berharap harap Nasharudin boleh melakukan demi kebaikan beliau dan redakan keadaan dan keresahan dalam parti.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada mesyuarat khas sekembalinya Presiden PAS dari luar negara hujung minggu ini bagi membincangkan isu terbabit.- wann/mks. _

Read more...

Labels:

Jadilah pendengar terbaik, kurangkan bercakap - Dr Azhar Yaacob

0 comments
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Dalam mendepani cabaran yang mendatang, selain bersederhana dalam tindakan, umat Islam dianjurkan supaya menjadi 'pendengar terbaik' daripada banyak berkata-kata sehingga boleh mencetuskan suasana yang tidak harmoni di antara sesama manusia.

Pendakwah bebas Dr Azhar Yaacob berkata ciptaan Allah SWT terhadap tubuh badan manusia mempunyai hikmahnya yang tersendiri yang wajib diambil iktibar oleh umat Muhammad.

"Kenapa Allah jadikan anggota badan berpasangan seperti dua mata, dua telinga namun hanya satu mulut sahaja?

"Itu untuk menjadi iktibar supaya umat Islam lebih banyak mendengar daripada banyak berkata-kata. Lagi banyak bercakap, lebih banyaklah kelemahan dan kesalahan akan terungkai.

"Secara tidak langsung, orang lain akan melihat umat Islam ini begitu rapuh dalam melaksanakan amalan dan tindakan yang dituntut oleh agama dan seringkali bertelingkah," katanya yang merujuk secara umum isu-isu dan polemik yang berlaku mutakhir ini.

Tambahnya sebarang pertikaian atas sesuatu isu, perlu diselesaikan secara amanah dan berbincang termasuk menggunakan pendekatan syura dan bukan dengan kaedah yang mana musuh sentiasa mengambil kesempatan atas kelemahan yang berlaku, kata Azhar lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah agama kepada warga kerja Harakah di pejabat media itu tengah hari tadi yang bertajuk "Mengingati Mati."

"Sungguhpun begitu, apa jua polemik atau isu...tentunya ada hikmah di sebaliknya. Malah mungkin merupakan kafarah atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini.

"Selain itu apa yang terjadi merupakan proses Tasfiyah (saring, tapis) untuk melihat siapa yang yang tulen ataupun sebaliknya dalam perjuangan menegakkan agama Allah ini," katanya.

Sementara itu, dalam kuliahnya itu beliau turut mengupas peringkat-peringkat seorang manusia menghadapi kematian antaranya sakit tenat, nazak dan sakaratul maut di mana ianya perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak kerana itulah saat kritikal seseorang diuji keimanannya kepada Allah SWT.

"Saat itu, kita yang hidup perlu membantu yang pesakit agar mudah mengucap kalimah syahadah dengar membisikkan ke telinganya termasuk berdoa.

"Namun, akhir hayat atau saat menghadapi mati seseoarang bergantung kepada amalan-amalan sepanjang hidupnya. "Jika baik, mudahlah dia menghadapi mati, mungkin 5 minit. Jika sukar, ada yang ambil masa 24 jam," katanya yang pernah membentang kertas kerjanya yang bertajuk " Dying Management" di Kubang Kerian, Kelantan baru-baru ini.- azm

Read more...

Tuesday, June 16, 2009


Labels:

Pelancaran Usrah Kawasan Lembah Pantai

0 comments
Lembah Pantai, 16 Jun - Usrah Kawasan Lembah Pantai telah dilancarkan dengan rasminya oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Azman Syafawi di Surau Al Falah di sini semalam. Lebih 60 orang pemuda menghadiri majlis tersebut yang turut dihadiri Naib Ketua Pemuda PAS Wilayah, Sdr. Lokman dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Lembah Pantai, Sdr. Kamzuri.




Read more...

Monday, June 15, 2009


Labels:

Kuan Yew mahu tahu apa jadi jika PAS perintah Malaysia

0 comments

KOTA BHARU: Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew membuat kunjungan bersejarah ke Kelantan dan bertemu dengan rakan sejawatnya dalam PAS iaitu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lee yang turut disertai oleh anggota kabinet Singapura menemui Nik Aziz di pejabat Menteri Besar Kelantan, Kota Darul Naim.


Mereka bertukar-tukar fikiran di samping bertanya khabar antara satu sama lain. Fokus utama Lee nampaknya adalah apa akan berlaku kepada rakyat berbilang kaum di negara ini jika parti Islam itu memerintah.

Nik Aziz menjelaskan, PAS akan menjadi pembela kepada semua kaum kerana itulah slogan PAS iaitu “PAS untuk semua”.

Rasa ingin tahu Lee mungkin sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi ekoran kemenangan besar PAS bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

Tambahan pula Umno sejak akhir-ahkir ini dilihat semakin hilang pengaruhnya. Muktamar PAS baru-baru ini pula semacam mengambil pendekatan untuk PAS memimpin perubahan bersama Pakatan Rakyat.

Kata Nik Aziz, rakyat pelbagai bangsa di negara ini akan mendapat layanan sama rata dari pemimpin PAS sekiranya parti itu menguasai negara pada masa akan datang.

Pada masa yang sama, hubungan antara kerajaan dengan Republik Singapura juga akan berjalan baik sebagaimana biasa walaupun negara pada waktu itu ditadbir oleh pemimpin yang mentadbir secara Islam.

Jaminan yang diberikan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu diberikan apabila Lee mahu mendengarnya sendiri dari mulut pemimpin utama PAS itu sekiranya PAS menguasai pucuk pimpinan negara pada masa akan datang sempena lawatan rasminya hari ini ke negeri itu.

Nik Aziz memberitahu, contoh harmoni yang dilaksanakan terhadap masyarakat minoriti di negeri ini seperti Cina dan India serta lain-lain bangsa sudah cukup menjadi bukti.

Katanya lagi, kehadirannya ke rumah ibadat masyarakat Buddha sebelum ini termasuk menerima rombongan pemimpin pelbagai agama termasuk Kristian di negeri itu juga turut menjadi bukti dasar hubungan baik dan mesra menurut Islam telah diamalkan oleh parti Islam itu di negeri berkenaan hampir 20 tahun lalu.

Bahkan, menurutnya antara negara pertama yang dilawatinya sewaktu mendapat mandat sebagai Menteri Besar adalah Negara China yang berbanding negera lain memandangkan negara tersebut menerima Islam sejak awal berbanding Tanah Melayu.

Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung hampir sejam di pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim itu Menteri Kewangan Singapura, Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pelajarannya, Ng Eng Hen di samping beberapa orang pegawai dari Kedutaan Singapura.

Turut hadir mengiringi Nik Aziz selain Setiausaha Politik, Haji Annual Bakhri Haroun dan Setiausaha Sulit Khas, Rosdi Abdullah ialah, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco, Datuk Husam Musa, Datuk Mohd Amar dan Datuk Anuar Tan Abdullah.

~ Siasahdaily

Read more...

Sunday, June 14, 2009


Labels:

Al Fatihah Untuk Pejuang Islam Ustaz Fathi Yakan

0 comments
"AlFadhil Ustaz Fathi Yakan telah meninggalkan kita pada Sabtu 13 Jun (1933 – 2009), pd usia 76tahun. Jasanya sangat besar dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada'

Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950.

Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.-Al-Fatihah

Read more...

Friday, June 12, 2009


Labels:

PAS kutuk serangan di Selatan Thailand

0 comments
Harakah - KUALA LUMPUR, 12 Jun (Hrkh) - PAS mengutuk keras serangan yang dilakukan ke atas umat Islam di selatan Thailand.

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendesak agar tindakan tegas diambil ke atas pihak-pihak yang melakukan keganasan tersebut.

"PAs mengutuk serangan yang berlaku di Selatan Thailand dan amat kecewa dengan apa yang berlaku.

"Kami juga mendesak agar siasatan segera dilakukan dan satu tindakan tegas perlu diambil ke atas pihak-pihak yang melakukan serangan ini," tegas Hadi.

Beliau juga menjelaskan, PAS bersedia untuk memainkan peranan penting untuk menyelesaikan konflik di Selatan Thailand jika mendapat jemputan.

PAS, kata Hadi, tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana pihak di Selatan Thailand.

Selatan Thailand bergolak lagi pada 9 Jun lalu bila 11 jemaah ditembak ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, Sungai Golok kira-kira pukul 8.50 malam (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka. - mns_

Read more...

Thursday, June 11, 2009


Labels:

Presiden PAS umum saf kepimpinan baru

0 comments
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi mengumumkan perlantikan Dato' Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Dato' Kamaruddin Jaffar.

Pengumuman dibuat pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sejurus selesai Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang bermula jam 10 pagi tadi.
Pada sidang itu, Ustaz Hadi mengumumkan Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan mengekalkan Dr. Mohd Hatta Ramli sebagai Bendahari.

Tinbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik menggantikan tempat Mustafa sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

ImageBekas-bekas Naib Presiden, Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tambahan.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Wan Ubaidah Wan Omar ialah dua muka baru yang dilantik.

Dr Mariah Mahmod dan Anuar Tahir turut dilantik semula. - tmj/tajdid _

Read more...

Labels:

Penjelasan Kerajaan Perpaduan Oleh Naib Presiden Pas

0 comments
Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Bilamana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan. Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternative bagi rakyat.

Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada presiden disamping mengikuti penjelasan daripadanya. Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya. Saya suka jelaskan bahawa YB Dato’ Sri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan. Namun bagi mengurangkan sedikit polimik yang sengaja dibesarkan oleh media arus perdana, saya suka menggambarkan beberapa prinsip yang ujud dalam gagasan ini.

Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah “ dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Konsep taawun yang melahirkan muafakat yang disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan Negara perpaduan. Kita mesti membina Negara berasaskan kepada al-bir( Kebaikan ) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat. Kita mesti menyedari pembinaan Negara perpaduan tidak akan lahir dari sistem yang kelam kabut, rasuah dan penyelewengan, pimpinan yang tidak berakhlak, sistem yang penuh dengan kezaliman, dan akta yang digunakan bagi menindas rakyat. Apakah al-bir dari sistem begini. Kita mesti letakkan asas al-bir ini untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini dittuntut oleh Allah, apakah ada diantara kita yang tidak inginkan kebaikan?

Asas kedua ialah taqwa. Negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang kita urus bukan hanya selamat melalui al-bir ( kebaikan sistemn Negara ) tetapi mestilah ujud elemen taqwa. Pemimpin mestilah bertaqwa kepada Allah. Asas al bir bersifat umum, tetapi asas taqwa bersifat khusus bagi pimpinan yang ingin menerajui kepimpinan Negara perpaduan. Semua parti p[olitik yang pimpinannya terdiri dari mereka yang menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul hendaklah sedar bahawa kehidupannya tidak berakhir di dunia. Bagaimana kita ingin melahirkan rakyat yang baik, seandainya kita sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat. Kepimpinan gagal menjadi model bagi rakyat, isteri pimpinan menjadi elemen yang meruntuhkan akhlak dan jati diri bangsa. Hidup tanpa batasan agama dan kawalan wahyu. Negara yang baik lahir dari kepimpinan yang baik, dan taqwa adalah asas bagi semua kebaikan. Rakyat mestilah menyedari betapa Negara kini sangat-sangat memerlukan pemimpin yang bertaqwa bagi memandu Negara.

Kami menawarkan asas yang Allah menyuruh kita berpegang; apakah ada panduan yang lebih baik dari panduan Ilahi?. Apakah parti-parti politik bersedia kearah itu, dan seandainya tidak bersedia apakah alasan dihadapan Allah nanti di akhirat bila Allah meminta kita menjelaskan kenapa dan mengapa.

Asas ketiga ialah kita menyatakan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini sabuah kerjasama kearah durhaka kepada Allah. Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan. Kita sebagai pimpinan mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat. Kita perlu membina Negara yang soleh melalui pemimpin dan rakyat yang soleh. Kita mesti meletakkan asas utama agar semua elemen yang mendatrangkan dosa bagi rakyat dihapuskan; kerana kebaikan tidak akan lahir dari maksiat dan munkar.

Setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, pelbagai sistem yang mendedahkan dosa dipaksakan ke atas rakyat. Amalan riba yang berterusan, pusat-pusat meksiat diberi ruang yang luas oleh pemerentah, program maksiat mendapat tempat di hati rakyat sehingga lahirlah pelbagai gejala social, jenayah dan penyelewengan. Akibat Negara yang tidak diasas kepada benteng kawalan yang menjadi syarat utama kebaikan bagi rakyat. Inilah syarat kami bahawa kami tidak akan berkompromi dengan perkara dosa dan durhaka kepada Allah yang diizinkan oleh pemimpin Negara perpaduan. Apa makna perpaduan, kelau untuk durhaka kepada Allah, kerana tiada makna kemajuan dan perpaduan kalau ia dibentuk kea rah maksiat dan dosa.

Asas keempat yang dinyatakan oleh Allah ialah kami tidak akan berkerjasama kearah permusuhan. Kita mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong ujudnya jurang antara kaum di Negara ini. Kecintaan kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia. Islam tidak menghalang setiap kaum menyintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain. Kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia.

Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen kearah permusuhan, samada di kalangan kaum melayu, cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap keum akan merugikan Negara. Kita tidak akan membiarkan permusuhan antara orang melayu sebagaimana kita tidak akan izinkan permusuhan sesama kaum India dan cina. Ini asas kita. Tindakan mengapi-api permusuhan, elemen genstarism dan kongsi gelap, gerakan anti perpaduan serta membiarkan jurang kaya dan miskin melampau, elemen penindasan dan kezaliman golongan kaya berpengaruh ke aras rakyat miskin dan tertindas akan menjurus ke arah permusuhan.

Saya ingin tegaskan bahawa inilah antara beberapa asas dalam kerajaan perpaduan. Andainya ada pihak yang menentangnya, apakah alasan kalau inilah yang digariskan oleh Allah dalam konsep al-taawun. Taawun sebagai satu gagasan, bukan hanya terikat dengan taawun fardiyyah; tetapi satu gagasan besar yang hebat dari Allah. Di samping asas tersebut, terdapat beberapa asas lain yang akan dijelaskan kamudian.


Read more...

Labels:

Hentikan kenyataan keliru, tiada hasrat bawa PAS kepada BN – Timbalan Presiden PAS

0 comments
Oleh Nyza Ayob | Foto Wan Zahari Wan Mohd Salleh

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) – Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya sewaktu dihubungi Harakah hari ini, isu kerajaan perpaduan ini telah menimbulkan banyak salah faham pelbagai pihak.

“Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa dan tidak pula menyebut hendak membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional.

“Jadi, akibat daripada kekeliruan kenyataan ini, saya ingin menyebut sebagaimana saya nyatakan dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS, PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional,” tegasnya.

Nasharudin menjelaskan PAS tidak pernah membesarkan mengenai Kerajaan Perpaduan ini dan sehubungan itu katanya, tumpuan PAS ialah untuk memperkukuh parti dan Pakatan Rakyat serta bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Manik Urai. Image

Sementara itu, Mustafa dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini merayu seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat supaya menghentikan kenyataan yang berkait dengan isu-isu yang boleh memberi kekeliruan kepada penyokong PAS khususnya berkaitan dengan kerajaan perpaduan.

“Saya menggunakan perkataan merayu kerana saya tidak ada autoriti untuk arah. Jadi saya merayu khususnya pimpinan PAS agar tidak ada sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan yang akan memberikan barangkali gambaran serta persepsi negatif.

“Tugas saya hari ini bersama jentera pilihan raya PAS ialah lawan dengan Barisan Nasional. Berbicara mengenai Kerajaan Perpaduan adalah tidak relevan pada waktu ini. Sebab apabila kita menggunakan apa istilah pun mengenai kerjasama ini, ia ‘misleading’.

“Sebab kerjasama kita hari ini adalah dengan Pakatan Rakyat. Kalau ‘engagement’ ya. Kita nak bercakap dengan MCA dan MIC tidak ada masalah. Bercakap tidak salah,”katanya.

Dalam pada itu beliau turut memberi respons kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta PAS memberi penjelasan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan.

“Saya tidak salahkan Guan Eng membuat kenyatan itu. Saya tahu memang ada dilontarkan oleh Presiden PAS mengenai Kerajaan Perpaduan ini. Tapi ia hanya satu teori dan konsep. Pada saya sekadar melontarkan itu tidak salah,”katanya.

Jelas Mustafa, isu mengenai Kerajaan Perpaduan pernah dilontarkandalam mesyuarat PAS tetapi tidak pernah dibincangkan sehingga menjadi satu keputusan.

Mustafa juga menyatakan beliau dimaklumkan ada perbincangan antara Abdul Hadi dengan Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tentang konsep Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut difahamkan Abdul Hadi, Anwar dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memberi penerangan mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak tahu apa respons Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas itu. Dan selepas itu berlaku peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib.

“Sebab itu, bagi saya mungkin Tuan Guru Abdul Hadi apabila beliau maklumkan perkara tersebut kepada Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, mungkin dia mengandaikan maklumat tersebut sampai kepada DAP.

“Tetapi apabila DAP mengatakan tidak tahu mengenai perkara ini, maknanya maklumat tersebut tidak sampai kepada DAP,” jelasnya.

Beliau berpandangan, kenyataan yang timbul adalah disebabkan berlaku salah faham mengenai isu Kerajaan Perpaduan ini. Bagaimanapun katanya, isu ini tidak akan berbangkit setelah diberi penjelasan.

Justeru katanya, dalam perjumpaan dengan pemimpin Pakatan Rakyat akan datang, isu mengenai Kerajaan Perpaduan ini akan dapat diterangkan oleh Presiden PAS. – azm

Read more...

Labels:

Pemuda bertekad pelihara ketulinan manhaj perjuangan

0 comments
SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) – Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan menaruh kepercayaan dan harapan terhadap Ucapan Dasar Presiden PAS yang menggalakkan Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat.

Beliau yang berucap dalam membahaskan penggulungan muktamar berkata 103 perkara penting yang disebut dalam Ucapan Dasar Presiden itu memerlukan buruh untuk berkerja.

Justeru katanya, barisan Pemuda PAS bersedia menjadi pejuang-pejuang dan petugas yang akan membawa Islam memimpin perubahan.

“Saya ingin menegaskan tentang harapan Presiden itu. Harapan tersebut telah diikat oleh Rasulullah. Pemuda pada zaman Rasulullah bersama-sama berjuang dengan Baginda.

“Pemuda PAS sentiasa menjadi penyokong yang hebat dalam perjuangan Rasullullah. Mereka menyatakan, kami tidak akan menjatuhkan air muka Rasullullah. Justeru Pemuda juga tidak akan mencemar wajah Presiden dan Mursyidul Am.

“Dewan Pemuda PAS akan memelihara manhaj ketulinan perjuangan dan akan menjaga indentiti dan jati diri parti dengan dakwah, tarbiyah, siasah, fundamental, kontemporari dan futuristik,” katanya.

Dalam pada itu, Nasruddin turut menegaskan Pemuda PAS akan sentiasa segar dan tegar untuk memberi kritikan kepada pemimpin yang mana dalam masa yang sama kami juga bersedia untuk dibimbing.

“Saya tertarik dengan ingatan PAS Kelantan bahawa Umno berpecah belah dan dikenali sebagai spesis yang berbahaya tidak diberi ruang untuk menghancurkan perjuangan,” katanya.

Sementara itu, Nasruddin turut mengingatkan seluruh ahli PAS, walaupun benci kepada Umno dan Barisan Nasional, jangan keciciran daripada menyampaikan dakwah.

“Kalau Allah pernah mengutuskan Nabi Musa untuk bertemu dengan Firaun, kita juga berharap dapat mengembangkan dakwah untuk mereka kembali kepada Islam bagi mengemuka perubahan,” katanya. – mns

Read more...

Labels:

Gambar Sekitar Muktamar

0 comments






Read more...

Labels:

Ekspedisi Mendaki Gunung Ledang

0 comments
ZAINI (terbaring) dan Shahril (kiri) dibawa turun oleh pasukan penyelamat dari Gunung Ledang selepas parah disengat lebah.

Alhamdulillah Program Ekspedisi Gunung Ledang anjuran Pemuda PAS Lembah Pantai dari 15-17 Mei yg lalu berjaya diadakan..seramai 21 peserta dikalangan belia kaw. Lembah Pantai menyertai ekspedisi kali ini..namun "Allah merancang..manusia merancang..tp perancangan Allah lebih hebat"..AJK merancang modul ukhwah n tarbiyah..tp modul Tarbiyah n Ukhwah Tuhan lebih hebat n lebih berkesan dihati para peserta..

Walaupun diuji..Alhamdulilla h 10 org peserta ekspedisi samapi ke puncak Gunung Ledang..walaupun santai namun program begini memberikan impak yg besar terhadap kseluruhan peserta..

* Terima kasih byk2 kpd ahli UKP yg menyumbang kewangan ke arah menjayakn program tersebut..doakan shbt kita yg parah disembuhkan oleh Allah..syukran juga atas bantuan dr PAS Kawasan Asahan n PAS Kawasan Tangkak..wassalam

Radzi Zawawi
Pengarah Program

2 pendaki parah disengat lebah-Bharian

Mangsa kena 50 sengatan ketika panjat Gunung Ledang

TANGKAK: Dua daripada 21 pendaki Gunung Ledang, parah selepas diserang lebah selama hampir sejam berhampiran puncak gunung itu di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Zaini Abdul Aziz, 24, dan Shahril Izar, 25, yang terkena sekurang-kurangnya 50 sengatan, terpaksa dibawa turun pasukan penyelamat untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tangkak di sini, hampir 10 jam kemudian.

Seorang renjer Taman Negara Johor, Azman Ithnin, 47, turut cedera di dada selepas terjatuh ketika dalam perjalanan menyelamatkan mangsa dan terpaksa mendapat rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.


Kumpulan dari Kuala Lumpur itu dikatakan mendaki gunung itu melalui Asahan, Melaka, mulai kira-kira jam 9 pagi kelmarin dan sepatutnya bermalam di lokasi hentian yang dikenali sebagai Padang Batu sebelum meneruskan pendakian ke puncak keesokannya.

Seorang daripada pendaki itu yang juga kakitangan Universiti Malaya (UM), Rosdi Nawi, 45, berkata, kumpulannya berada berhampiran hentian Padang Batu apabila secara tiba-tiba mereka diserang sekumpulan lebah walaupun mereka tidak menemui sebarang kesan sarangnya.

Katanya, serangan lebah itu menyebabkan semua anggota kumpulan itu melarikan diri termasuk berguling ke tanah dan terjun ke anak sungai berhampiran, namun usaha itu tidak berhasil apabila lebah berkenaan terus menyengat mereka.

"Kepala saya sendiri disengat dengan sekurang-kurangnya 30 sengatan, manakala yang lain ada yang hanya terkena beberapa sengatan, tetapi Zaini dan Shahril terkena sekurang-kurangnya 50 sengatan," katanya ketika ditemui untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tangkak.

Katanya, kejadian itu menyebabkan ramai anggota pendaki itu yang muntah dan cirit birit akibat bisa sengatan dan serangan lebah itu hanya terhenti selepas hampir sejam kemudian.

Rosdi yang kali ketiga menyertai ekspedisi mendaki gunung berkata, pihaknya kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk mendapat bantuan berikutan dua daripada anggota kumpulannya itu cedera parah dan perlu dirawat segera.

Katanya, beliau bersama empat lagi rakannya termasuk dua yang cedera itu, mengambil masa kira-kira dua jam sebelum tiba di hentian tujuh yang dikenali sebagai Gunung Rundok sebelum diselamatkan oleh pasukan menyelamat.

"Mereka menggunakan laluan jalan berturap ke menara telekomunikasi berhampiran lokasi berkenaan sebelum menghantar kami ke hospital," katanya.

Beliau bersyukur kerana selain dua pendaki itu, semua anggota kumpulannya yang lain hanya cedera ringan dan masih boleh meneruskan perancangan mereka untuk bermalam di gunung itu.

Read more...

Friday, June 5, 2009


Labels:

Usrah Pemuda Kawasan Lembah Pantai

0 comments
Lembah Pantai,2 Jun - Buat pertama kali Pemuda Lembah Pantai telah berjaya mengadakan usrah bulanan Pemuda PAS Kawasan Lembah Pantai yang diadakan secara berkala pada hari Selasa pada setiap awal bulan di PASTI As Salam. Dalam usrah bertajuk "Akidah Perjuangan" disampaikan oleh Ust.Fauzi Husain, Ketua Penerangan Dewan Ulama Kedah dihadiri oleh semua pimpinan diperingkat kawasan dan cawangan. Semoga program bermanfaat ini dapat mengukuhkan kefahaman dan iltizam para pimpinan pemuda Lembah Pantai.


Read more...

Monday, June 1, 2009


Labels:

Gambar Ekspedisi Gunung Ledang

0 comments












Read more...
Blog Widget by LinkWithin