Friday, July 31, 2009


Labels:

ADUN Permatang Pasir Pulau Pinang meninggal dunia

0 comments

ADUN Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

Mohd Hamdan, 60, meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Permatang Pasir - salah satu kerusi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - adalah kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Dua bulan lalu, pilihanraya kecil diadakan bagi DUN Penanti - juga dalam parlimen Permatang Pauh - ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Fairus Khairuddin.

Pilihanraya kecil itu dimenangi calon PKR, Dr Mansor Othman di mana jumlah pemilih yang keluar mengundi adalah yang terendah dalam sejarah, ekoran Umno tidak meletakkan calonnya bertanding di situ.

Read more...

Tuesday, July 28, 2009


Labels:

Ketua Penerangan Pemuda kemalangan

0 comments
Salam...Takziah buat Sdr. Rifauddin (Ketua Penerangan Pemuda Lembah Pantai) yang kemalangan jalan raya malam tadi dalam perjalanan untuk mempengerusikan Ceramah Perdana bersama Dato' Mahfuz Omar di Markaz PAS Lembah Pantai...

Beliau sekarang ditempatkan di Hospital Pantai dan mengalami patah tulang bahu dan kecederaan lain..sesiapa berkesempatan boleh menziarahinya dan doakan keselamatan dan kesembuhannya..wassalam

Read more...

Friday, July 24, 2009


Labels:

Ceramah Perdana Mansuhkan ISA Sabtu ini..

0 comments

Pemuda PAS Lembah Pantai dengan kerjasama Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Ceramah Perdana Mansuhkan ISA sempena Perhimpunan 200 000 Rakyat Mansuhkan ISA pada 25 Julai 2009 di Markaz Tarbiyah Taman Melewar, Gombak bermula jam 9.00 malam.

Antara penceramah jemputan adalah TG Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS), YB Sallehuddin Ayub (Naib Presiden PAS) dan Speaker DUN Perak YB V. Sivakumar.

Semua Pendokong dan Penyokong Gerakan Mansuhkan ISA dijemput hadir untuk mendengar butir-butir motivasi untuk menyemarakkan sokongan Perhimpunan Mansuh ISA pada 1 Ogos ini.
Read more...

Thursday, July 23, 2009


Labels:

Wacana Dakwah : Ahli PAS perlu persiapkan diri..

0 comments

Pantai Dalam, 23 Julai - Ahli-ahli PAS diingatkan supaya melakukan persiapan diri untuk bergerak sebagai daie yang lebih berkesan apabila berdepan dengan sasaran yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Perkara itu adalah kesimpulan yang dapat dijelaskan melalui program Wacana Dakwah anjuran PAS kawasan Lembah Pantai yang telah diadakan hari ini di Markaz PAS Kawasan di Kampung Pasir.

Ahli panel wacana terdiri daripada Sdr. Ann Wan Seng (MACMA), Dr. Azhar (Ahli Akademik) dan Haji Shuib (Aktivis PAS) dan dipengerusikan oleh Ust. Adlin (YDP PAS Kawasan Lembah Pantai).

"Ahli PAS yang ingin terjun ke medan dakwah memerlukan persiapan dari sudut ilmu (hujah) dan akhlak (dakwah bil hal), melalui penghujahan secara ilmiah dan logik menyebabkan orang bukan Islam lebih faham tentang tuntutan dan ajaran Islam".

"Namun begitu, bukanlah penghalang kepada sebahagian ahli PAS untuk tidak berdakwah hanya kerana tiada ilmu dan tiada kepakaran berhujah, dengan menonjolkan akhlak Islamiyyah sahaja orang bukan Islam akan mudah tertarik dan menimbulkan rasa hormat kepada Islam", jelas Dr. Azhar.

Menurut Haji Shuib, budaya sokong menyokong di kalangan umat Islam adalah punca kelemahan umat Islam terutama bangsa Melayu di Malaysia. Akibat budaya dan sikap umat Islam yang tidak melaksanakan ajaran Islam, maka orang bukan Islam tidak tertarik dengan Islam.

"Satu perkara yang sangat penting dalam berdakwah adalah kita mengenali siapa sasaran kita, contohnya bangsa Cina..seorang pendakwah perlu mengenali apakah latar belakang bangsa Cina, adat-adatnya, tata pergaulannya dan sikap-sikapnya terlebih dahulu supaya dakwah boleh disampaikan dengan lebih berkesan" jelas Ann Wan Seng.

Salah persepsi di kalangan bangsa Melayu Islam terhadap bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India menyebabkan usaha dakwah menjadi gagal dan terbantut.

Read more...

Labels:

3 Tindakan Pelik Pewaris Sokong ISA

0 comments

Tindakan Pertubuhan Pewaris untuk berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini bagi menyatakan sokongan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA suatu tindakan yang pelik. Ini kerana kebiasaannya, pihak yang menghantar memorundum ini merupakan kumpulan yang membantah. Manakala kumpulan yang menyokong sesebuah undang-undang tersebut tidak perlu berarak, kerana undang-undang ISA tersebut telah pun berjalan dan sedang dilaksanakan.

Keduanya, tindakan Pewaris untuk berarak di jalan raya bagi menyatakan sokongan kepada ISA dilihat ramai pihak seolah-olah sudah menjadi kegemaran mereka berdemonstrasi. Hal ini berlaku kerana apabila diminta untuk berdebat secara terbuka dengan wakil Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) beberapa bulan yang lalu, mereka tidak hadir dengan pelbagai alasan. Sepatutnya Pewaris bersedia untuk berhujah secara ilmiah dan fakta bagi mempertahankan ISA.

Namun setakat yang berlaku, ramai pihak melihat Pewaris lebih kepada mengambil tindakan ‘tidak matang’ menggertak, memberi amaran dan berdemonstrasi dalam menghadapi sesuatu isu. Budaya ini jauh tersasar daripada kesopanan rakyat Malaysia dan ditolak oleh majoriti rakyat di negara ini. Walaupun seseorang itu penyokong kerajaan, namun dizaman serba canggih dan peredaran maklumat begitu cepat ini, masyarakat mahukan justifikasi yang sarat dengan fakta dan hujah-hujah yang benar untuk menyokong atau membangkang sesuatu.

Oleh itu mana-mana pihak yang mengambil tindakan di luar batas-batas keilmuan dan fakta, malah gagal menghadirkan diri di pentas debat terbuka dilihat sebagai golongan ketinggalan zaman dan takut berhadapan dengan realiti. Hal ini berbeza dengan Gerakan Mansuhkan ISA yang tidak meletakkan demonstrasi sebagai satu-satunya jalan menyatakan penentangan. Sudah berbelas tahun penentangan terhadap ISA ini dibuat dengan rundingan, mahkamah, memorundum, dialog dengan Perdana Menteri, penulisan, kempen tanda tangan, wacana ilmiah, debat (walaupun sebelah pihak) namun ianya tidak berhasil. Maka berdemonstrasi sebagai pilihan terakhir.

Ketiganya Pewaris mewar-warkan tema mempertahankan hak istimewa orang Melayu pada perhimpunan ini juga mendatangkan tanda tanya. Sejak bila pula ISA ini dikira sebagai hak istimewa orang Melayu. Apakah istimewanya orang Melayu dengan adanya ISA. Walhal majoriti yang ditahan ISA sejak zaman berzaman itu adalah orang-orang Melayu. Ulama-ulama Melayu seperti Tuan Guru Haji Daud Meranti, Tuan Guru Pak Nik Lah Arshad itu juga pernah ditahan ISA. Adakah dengan menahan orang tanpa dibicarakan ini sebagai hak istimewa orang Melayu.

Adakah memenjarakan orang tanpa diberikan hak membela diri di mahkamah, dipisahkan secara paksa dengan anak isteri, disiksa di dalam tahanan ini dikira hak istimewa orang Melayu. Sedangkan hal yang berlaku ini jelas bertentangan dengan agama Islam itu sendiri. Tidak malukah kita dihadapan Allah Taala esok apabila di dunia mempertahankan undang-undang yang bercanggah dengan Syariat Allah swt? Inikah hak istimewa kita? Melawan syariat Allah!

Read more...

Wednesday, July 22, 2009


Labels:

'Baner Pas Dibuang': DBKL Double Standard

0 comments

Empat 'baner ceramah Pas' dirampas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur petang semalam. Baner yang digantung tidak sampai sehari itu dicabut oleh dua lelaki berpakaian biasa tetapi membawa van DBKL berwarna putih.

Seorang lelaki ini bertubuh rendah dan seorang lagi tinggi sedikit. Saksi yang melihat kerja-kerja berkenaan melihat mereka mencabut 'baner pas' tersebut di persimpangan Lebuhraya NPE pada jam 7 petang. Baner itu dipasang untuk mewar-warkan program ceramah perdana oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan man, Yb Solehudin Ayub dan Yb Sivakumar di Taman Melewar sabtu ini.

Rentetan tindakan tersebut, Dewan Pemuda Pas kawasan Lembah Pantai mengutuk tindakan DBKL tersebut. Tindakan ini dilihat sebagai berat sebelah. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Dewan Pemuda Pas kawasan malam tadi, Pemuda mempersoalkan mengapa baner persidangan Umno cawangan-cawangan di sekitar Lembah Pantai yang digantung hampir sebulan tidak dibuang malah dibiarkan.

"Apabila Umno membuat persidangan di Pusat Komuniti, ratusan bendera dan baner dipasang tidak diganggu langsung oleh DBKL. Namun apabila lambang Pakatan Rakyat diletakkan sama ada Baner Pas atau PKR, ianya akan dibuang."

"Lebih aneh lagi, selepas 'baner pas dibuang pada jam 7 petang, sekitar selepas isyak hari yang sama, satu baner baru dipasang di tempat yang sama dengan baner Pas yang dibuang. Baner tersebut berkaitan dengan program sukan yang dianjurkan oleh dua buah Ngo yang tertera nama Menteri Wilayah Dato Raja Nong Chik yang akan merasmikannya."

Bukanlah hasrat Pemuda Pas untuk mempertikaikan mana-mana pemasangan baner baik ngo atau pun parti politik. Namun jika pihak Umno dan lain-lain ngo tidak diganggu apabila publisiti program mereka dipasang, layanan yang sama harus diberikan kepada parti-parti Pakatan Rakyat.

Sebelum ini jarang berlaku baner parti-parti Pakatan dibuang, namun semenjak Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai menjadi Menteri Wilayah, tindakan ini semakin menjadi-jadi. Pemuda Pas memohon Raja Nong Chik untuk berpolitik secara terbuka. Benarkan Pakatan Rakyat turut sama menggunakan mana-mana premis milik DBKL dan menggantung baner di sekitar Wilayah Persekutuan sebagaimana yang Umno gunakan.

Read more...

Tuesday, July 21, 2009


Labels:

Peranan Raja Katak dan Inspektor Pencen dalam Kes Khalwat Mat Sabu

0 comments

Mengingatkan detik-detik awal tahun 1995 sangat mencemaskan Parti Islam Semalaysia. Manakan tidak, ayat tambatan Pas Yb Haji Muhamad Sabu ditangkap di hotel Perdana Kota Bahru atas tuduhan berkhalwat. Beliau ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kelantan bersama seorang wanita bernama Normah.

Ketika ini suasana sedikit hangat dengan persiapan pilihanraya umum yang akan diadakan pada 25 April 1995. Muhamad Sabu ketika itu merupakan Naib Ketua Pemuda Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Nilam Puri Kelantan. Tangkapan ini dilihat bonus bagi Umno yang akan berhadapan dengan Pas dalam pilihanraya. Maka berita tangkapan ini hebah dimedia-media massa milik parti pemerintah.

Manakala Hj Muhamad sabu pula telah mengadap Tok Guru Nik Aziz menjelaskan keadaan. Beliau menafikan telah berkhalwat dan menyatakan tangkapan itu satu konspirasi untuk memburukkannya menjelang pilihanraya. Atas tanggungjawab tidak mahu membebankan jemaah, Muhamad Sabu meletakkan jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda Pas sehingga kesnya selesai. Manakala pihak penerangan Pas Pusat telah telah mengatur program penerangan untuk menangkis isu ini di setiap negeri. Haji Muhamad Sabu bersama isterinya yang juga bernama Normah Alwi bersama dengan tertuduh wanita yang ditangkap bernama Normah dan suaminya Bukhari setiap malam berpentas ke seluruh negara menerangkan isu ini.

Penulis teringat ketika itu masih dibangku sekolah bersemangat memberi sokongan kepada Haji Muhamad Sabu ketika beliau memberikan ceramahnya di Markaz Pas Darul Amin Sungai Gau Temerloh. Kehadiran pada malam itu sekitar 10 ribu orang. begitu juga sambutan di negeri lain khususnya di Kelantan dan Kedah menjangkau lebih 30 ribu orang disetiap ceramah beliau. Bukhari yang juga suami Normah tersebut merupakan kawan baik Muhamad Sabu. Dia dikatakan mengirim ubat kepada Haji Muhamad Sabu melalui isterinya di Hotel Perdana. Apabila sampai sahaja di pintu hotel, sepasukan penguatkuasa menangkap mereka. Pelik juga, bagaimana penguatkuasa sudah bersedia di hotel tersebut. Maka dijajalah di dalam ceramah-ceramah mereka bahawa perkara itu dirancang pihak Umno. Namun persoalannya merancang bagaimana? Oleh kerana fanatik Pas ketika itu dan thiqah yang tinggi pada Mat Sabu, semua ahli-ahli bersetuju bahawa ini perancangan kotor Umno untuk menjatuhkan Pas dekat pilihanraya.

Selepas kes dibicarakan, Haji Muhamad Sabu menang dan dibebaskan. Beliau gagal dibuktikan bersalah oleh pihak pendakwa. Kebetulan kes ini berjalan cepat dan keputusannya diumumkan sebelum pilihanraya umum 25 April 1995. maka dalam pilihanraya berikutnya beliau yang bertanding di Parlimen Kubang Kerian menang sekali lagi untuk kali yang kedua.

Selepas itu, heboh pula pengakuan seorang penguatkuasa yang menangkap Haji Muhamad Sabu bahawa mereka telah diarahkan oleh seorang 'Datok' untuk melakukan tangkapan tersebut. Beliau mendedahkan bahawa 'Datok' ini telah menjanjikan habuan besar kepada mereka untuk melaksanakan konspirasi 'mengenakan' Mat Sabu itu. Turut didedahkan, selain 'Datok' ini, ada seorang lagi terlibat dalam kes ini iaitu bekas seorang 'Inspektor'.

Siapakah Datok dan bekas Inspektor ini? Maklumat yang diberikan bahawa Dato ini merupakan bekas pimpinan Parti Semangat 46 yang menyertai Umno dan menjadi pemimpin Umno di Pasir Mas. manakala Inspektor itu pula dikatakan ialah sahabat Mat Sabu sendiri yang bernama Bukhari tersebut. Rupa-rupanya Mat Sabu terjerat setelah berkawan lama dengan lelaki ini. Manakala Datok itu pula karier politiknya tidak menentu sehingga dipecat dari Umno. Namun beberapa tahun kebelakangan ini dia kembali bernafas setelah menang atas tiket pembangkang di Kelantan.

Dipetik daripada Pantainews.blogspot.com

Read more...

Monday, July 20, 2009


Labels:

Forum Ann Wan Seng dan Dr Azhar Khamis Ini

0 comments

Pas Kawasan Lembah Pantai menganjurkan satu forum bertajuk 'Peranan dan Tanggungjawab Muslim kepada Non Muslim.' Forum ini melibatkan tiga ahli panel iaitu Ustaz Ann Wan Seng, Dr Azhar Yaakub dan seorang ahli perniagaan Haji Syuib akan diadakan pada 23 Julai 2009 jam 9 malam di markaz Pas Kampung Pasir Baru.

Seluruh pendokong dakwah khususnya ahli-ahli Pas kawasan Lembah Pantai dijemput hadir beramai-ramai.
Read more...

Labels:

Kasihanilah Man John: Dia Hanya Mencari makan

0 comments

Sudah bertahun anak muda ini berniaga burger dan nasi lemak. Dia akan membuka kedainya setiap hari kecuali ahad bermula jam 5 petang hingga 2 pagi. Itulah satu-satunya punca rezeki beliau.

Setiap hari bukanlah banyak pendapatannya, namun lepaslah untuk kehidupan beliau seorang dan membantu ibu bapa yang sudah tua. Senasib dengan beliau ada tiga lagi pemuda yang tidak punya kerja tetap. Man John mengambil mereka membantu menyediakan burger dan dia tumpu kepada nasi lemak sahaja. Tiga pemuda ini digaji beliau setakat yang mampu. Walaupun sebenarnya dia mampu untuk lakukan seorang kerja tersebut, namun kerana hati yang baik ingin tolong anak-anak muda ini, dia sanggup membahagikan kerja tersebut dan berkongsi keuntungan.

Dalam keadaan ramai yang menganggur hari ini, ramai anak muda yang memilih menjadi penjenayah. Merompak, mencuri dan menyamun. Namun atas dasar tanggungjawab, Man John tidak melepaskan rakan-rakannya menganggur tanpa kerja.

Namun kini, gerai burger Man John telah diberi notis untuk dirobohkan oleh pihak berkuasa atas alasan mengganggu lalu lintas. Memang itu peraturan pihak berkuasa untuk tidak benarkan berniaga tanpa kebenaran terutama diatas laluan. Namun perikemanusiaan haruslah melebihi peraturan semata-mata. Bukan niat Man John untuk berniaga di tepi jalan. Kalau dia punya modal besar, awal-awal lagi dia miliki kedai sendiri. Namun dia belum berkemampuan.

Oleh itu, kami sebagai pemerhati merayu pihak berkuasa bertimbang rasa dengan nasib Man John. Jika ditutup gerainya hari ini, dimana lagi dia mahu mencari rezeki? Bagaimana pula nasib tiga pekerjanya? Semua ini harus difikirkan.

Doa penulis, semoga Man John dan rakan-rakan dimurahkan rezeki dan lebih maju dalam perniagaannya dimasa depan.

Read more...

Friday, July 17, 2009


Labels:

Perteguh "thawaabit", berlapang dada dalam perkara "Mutaghaiyiraat"

0 comments

Surau Al Falah,16 Julai - Alhamdulillah, Kuliah Haraki Pemuda PAS Lembah Pantai berlangsung dengan jayanya meskipun tetamu undangan, YB Ustaz Taib Azzamuddin, Ahli Parlimen Baling yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah tidak dapat hadir atas urusan penting di Kedah,digantikan dengan Exco Pemuda PAS Pusat, Ust Ramadhan Ilyas.

Kuliah yang bermula selepas solat Isyak itu turut dihadiri Naib.YDP PAS Lembah Pantai, Ahmad Syatola Khan, Ketua Pemuda, Sdr. Nasaie dan lebih 60 pemuda Lembah Pantai.

Program Kuliah Haraki yang diadakan secara rutin setiap bulan akan menampilkan pimpinan PAS untuk memberikan pengisian dan taujihat haraki untuk memperdalamkan kefahaman dan iltizam ahli-ahli pemuda PAS di kawasan Lembah Pantai ini.

Dalam pengisian hampir sejam setengah itu, Ust Ramadhan mengetengahkan tentang kepentingan ahli gerakan Islam kini memahami dan mempertahankan asas-asas perjuangan Islam (as thawaabit) dan berlapang dada dalam perkara-perkara yang boleh berubah (al mutaghaiyiraat).


Antara perkara-perkara asas dalam gerakan Islam adalah matlamat melaksanakan Islam sebagai cara hidup dan perlaksanaan syariat Islam dalam masyarakat di Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa PAS tidak pernah lari atau terpesong dari matlamat asal n cita-cita PAS sebagai sebuah jemaah Islam.



Perkara kedua adalah tarbiyah iaitu usaha melahirkan kader-kader dakwah yang berilmu dan kompiten sebagai persediaan turun ke medan masyarakat. Ahli-ahli PAS wajib melakukan dan menerima tarbiyaah sebagai asas persediaan fardul muslim.

Dan ketiga adalah setiap ahli wajib memelihara adab dan akhlak dalam berjemaah iaitu membabitkan hubungan sesama ahli, ahli dan pimpinan, dan juga pimpinan bersama pimpinan. Pengabaian terhadap perkara ini menyebabkan berlaku kegoncangan dalam jemaah akibat tiada lagi batas-batas perhubungan dalam jemaah.

Menerangkan mengenai perkara-perkara mutaghaiyiraat, Ust Ramadhan menekankan sikap berlapang dada dalam perkara-perkara bukan asas dan prinsip. Tindakan-tindakan pimpinan yang bersifat strategi dan pendekatan adalah perkara yang bukan prinsip dan boleh berubah-ubah mengikut penilaian Ahli Syura Ulama berdasarkan sudut pandang syariah, waqie (suasana) dan zaman.

Tindakan seumpama ini menuntut ahli jemaah berlapang dada dalam tindakan pimpinan yang telah diijtihadkan berdasarkan pernilaian-penilaian dalam pimpinan syariah.

Majlis berakhir dengan jamuan dan bersurai sekitar jam 11 malam.

Read more...

Labels:

Pemuda Pantai ucapkan takziah pada keluarga Beng Hock

0 comments

PAS Lembah Pantai mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock diatas tragedi yang menimpa beliau selepas di soal siasat selama 11 jam oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Kini ramai yang mempersoalkan sebab kematian Beng Hock yang sepatutnya mendaftarkan perkahwinan beliau pada hari ini. Oleh itu PAS mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat kematian Beng Hock secara terperinci sama ada beliau benar-benar terjatuh secara sengaja atau tidak, atau pun ada pihak lain yang menyebabkan kematian beliau.

Ketua Pemuda PAS Lembah Pantai
Read more...

Labels:

ISA Punca Pembunuhan Ibrahim Libya

0 comments

Pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pihak keselamatan terhadap 14 orang ahli Pas di Memali berpunca daripada ISA. Ustaz Ibrahim Libya yang menjadi sasaran pemerintah ketika itu akibat kelantangan beliau dalam menentang Barisan Nasional menyebabkan Umno bahagian Baling merasa terancam.

Lalu usul telah dibentangkan dalam perhimpunan agung Umno pada tahun itu supaya Ibrahim Libya ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA. Pihak pemerintah menerima desakan tersebut dan menghantar pihak keselamatan untuk menahan Ustaz Ibrahim dibawah ISA. Namun kekentalan jiwa yang ada padanya menyebabkan beliau menolak untuk menyerah diri kepada pihak keselamatan.

Bagi Ustaz Ibrahim, beliau tidak akan tunduk kepada akta yang zalim dan jauh menyimpang daripada Islam. Seseorang yang bersalah mesti dibuktikan dan dibicarakan. Sebaliknya ISA membenarkan tahanan tanpa bicara. Oleh itu usaha dilakukan oleh anak-anak muridnya kalangan ahli-ahli Pas sekitar Baling untuk memberi pelindungan kepada Ustaz Ibrahim.

Dalam masa yang sama pihak kerajaan masih berkeras berusaha untuk menangkap beliau. Setelah konflik berpanjangan, Ustaz Ibrahim pulang semula ke Memali dan meneruskan kelas agamanya setiap hari seperti biasa. Sehinggalah tanggal 19 November 1985, rumah beliau yang sudah beberapa hari dihadiri pihak keselamatan dibanjiri oleh ribuan orang anggota polis terutamanya polis hutan.

Setelah rundingan supaya menyerah diri ditolak ustaz Ibrahim, gas pemedih mata dilepaskan di halaman rumah beliau. Ramai kanak-kanak dan wanita yang mengalami kesesakan nafas akibat tembakan ini. Keadaan ini menambahkan kemarahan penduduk Memali. Tidak lama selepas itu, pihak polis melepaskan tembakan peluru hidup pula kepada penduduk kampung yang berkumpul di rumah tersebut.

Tindakan tersebut menyebabkan bumi Memali bermandi darah pada pagi tersebut setelah berpuluh-puluh mangsa ditembak polis. 14 orang telah gugur syahid ditangan pihak keselamatan atas kehendak pemerintah Barisan Nasional ketika itu. Kematian As Syahid Ibrahim Libya ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah Malaysia apabila seorang pimpinan Pas menjadi mangsa pembunuhan setelah berkeras menantang Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA.

Sempena dengan Himpunan 1 Ogos Mansuhkan ISA, sejarah Memali menjadi bukti bahawa penggunaan ISA oleh kerajaan BN lebih teruk daripada binatang dan mesti dihapuskan.

Read more...

Wednesday, July 15, 2009


Labels:

Program Kuliah Haraki PAS Lembah Pantai

0 comments

Assalamualaikum..Semua dijemput hadir ke Kuliah Haraki PAS Kawasan Lembah Pantai pada 16 Julai (Khamis) bertempat di Surau Al Falah Lama 8.00 malam. Pengisian akan disampaikan oleh YB Ust. Taib Azzamudin (Ahli Parlimen Baling).
Read more...

Tuesday, July 14, 2009


Labels:

Tahniah Manek Urai, syukur dan muhasabah..

1 comments

Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang dengan majoriti tipis 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Adnan Hussin di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, pada jam 9.01 malam.DUN tersebut mempunyai 12,293 pengundi berdaftar, termasuk 25 pengundi pos, dan 10,631 atau 87 peratus keluar mengundi hari ini.

Ketua Pemuda PAS Lembah Pantai Saudara Nasaie melahirkan kesyukuran di atas kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai semalam serta merakamkan ucapan terima kasih kepada tenaga dan jentera pilihan raya PAS yang telah bertungkus lumus sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.

Beliau berharap dengan kemenangan tersebut, jentera parti akan lebih bersungguh-sungguh pada masa akan datang agar dapat memastikan kemenangan dapat dikekalka.

Read more...

Friday, July 10, 2009


Labels:

Pemuda Lembah Pantai sertai kempen Perhimpunan Mansuh ISA

0 comments

VIDEO : Pasaraya SOGO, 6 Julai - Pemuda PAS Lembah Pantai menyertai sidang media dan pengedaran 10 000 risalah yang menyeru rakyat Malaysia beramai-ramai menyertai Perhimpunan Mansuhkan ISA yang dijangka diadakan pada 1 Ogos ini di Kuala Lumpur.

Program yang bermula jam 2 petang itu turut disertai oleh Ketua Pemuda Lembah Pantai, Saudara Nasaie dan beberapa pemuda dari Lembah Pantai. Risalah-risalah itu diedarkan disepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman, SOGO, hingga ke kawasan Masjid India.





Himpunan mansuh ISA , 1 Ogos, sasar 200,000 orang

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Walaupun diberi masa hanya sepuluh minit oleh pihak polis bagi mengadakan sidang media, ia tidak menghalang Sekretariat Himpunan MANSUH untuk menyeru seluruh rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat agar menyertai himpunan raksasa menuntut dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dijadualkan 1 Ogos akan datang.

Himpunan itu dijangka dapat menarik sehingga 200,000 orang untuk mendesak pihak kerajaan memansuhkan akta yang dikenali zalim dan tidak berperikemanusiaan itu.

Sidang media yang diadakan di hadapan kompleks membeli belah SOGO kelmarin disertai Pengerusi Sekretariat Himpunan MANSUH, Syed Ibrahim Syed Noh, Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan MANSUH, Kamaruzaman Mohamad yang juga Setiausaha Pemuda PAS Pusat serta Exco Pemuda PAS Pusat, Mohd Sani Hamzan.

Sebelum sidang akhbar dimulakan, Kamaruzzaman menggunakan pembesar suara untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai program mereka. Bagaimanapun, seorang pegawai polis menghampirinya dan meminta beliau jangan menggunakan pembesar suara tersebut.

"Hanya sepuluh minit sahaja," katanya kepada pegawai polis berkenaan. Namun pegawai polis tersebut tetap meminta beliau tidak menggunakan pembesar suara. Justeru beliau akur dengan arahan tersebut dan sidang media tetap diteruskan walaupun tanpa menggunakan pembesar suara.

Kelihatan kira-kira 30 orang anggota polis berpakaian seragam memantau keadaan di situ. Selain kehadiran jurugambar dan wartawan, sidang akhbar tersebut turut mendapat perhatian orang ramai yang berada di sekitar pusat membeli belah tersebut.

Dalam sidang media tersebut, Syed Ibrahim yang juga Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menegaskan 1 Ogos dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan himpunan tersebut sempena 49 tahun akta rimba tersebut digubal.

Jelas Syed Ibrahim, selain menggesa supaya ISA dimansuhkan, melalui himpunan tersebut satu mesej yang jelas akan disampai oleh rakyat menuntut kerajaan membebaskan semua tahanan ISA dan menutup Kem Tahanan Kamunting.

Beliau menegaskan undang-undang yang menahan individu tanpa bicara tidak sepatutnya wujud dalam sebuah negara demokrasi di Malaysia.

"Kerajaan telah menyatakan akan mengkaji semula ISA. Dato' Seri Najib Tun Razak juga sewaktu dilantik sebagai Perdana Menteri mengumumkan pembebasan beberapa orang tahanan. Namun masih berlaku penahanan terbaru pada 25 Jun lalu di mana tiga orang ditahan di bawah ISA dan ia turut disahkan oleh Ketua Polis Negara.

"Dan penahanan ini tidak diumumkan kepada media dan juga kepada rakyat. Inilah hakikat ISA iaitu 'Ikut Suka Aku'. Apabila mereka melihat ada kepentingan, mereka akan umumkan kepada rakyat mengenai pembebasan. Tetapi apabila berlaku penahanan, perkara ini tidak dihebahkan. Dan yang menjadi mangsa adalah tahanan yang tidak dapat membela diri mereka. Keluarga mereka juga menjadi mangsa kerana tidak dimaklumkan mengenai penahanan serta kesalahan yang dilakukan. Dan yang menjadi mangsa keseluruhannya ialah sistem demokrasi dan keadilan di negara ini," tegasnya.

Sementara itu, Mohd Sani bagi pihak Dewan Pemuda PAS Pusat turut menggesa golongan muda agar turun memberi sokongan kepada perhimpunan tersebut agar akta 'jakun' dan tidak bertamadun itu dapat dimansuhkan.

Kamaruzzaman pula menyatakan, kehadiran semua lapisan masyarakat dalam perhimpunan tersebut juga bagi mendesak kerajaan menghapusakan semua akta yang jelas bertentangan dengan perlembagaan serta menyekat kebebasan rakyat Malaysia untuk bersuara.

Jelasnya, pihaknya mensasarkan perhimpunan tersebut mampu menarik 150,000 hingga 200,000 orang.

Sebaik sahaja sidang media tersebut berakhir, Sekretariat Himpunan MANSUH mengedarkan risalah mengenai himpunan tersebut kepada orang ramai di sekitar pusat membeli belah tersebut dan kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahaman dan Masjid India.

Difahamkan tiada sebarang gangguan daripada pihak polis serta sebarang kejadian yang tidak diingini sewaktu risalah tersebut diedarkan. _

Read more...

Thursday, July 9, 2009


Labels:

Pesan Tok Guru di Manek Urai

0 comments

Read more...

Labels:

Semoga Ust Nasha segera sembuh

0 comments
SERDANG: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mengesahkan beliau akan turun Sabtu ini bagi membantu kempen parti itu menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Nasharudin yang sebelum ini dilaporkan dihalang daripada hadir di Manek Urai berkata, masalah kesihatan yang dialaminya sejak seminggu lalu menghalang beliau hadir lebih awal di bahagian itu.

"Sejak seminggu lalu saya mengalami masalah kesihatan... terasa sakit di bahagian usus.

"Saya datang ke sini Isnin lepas untuk dapatkan rawatan awal, kemudian doktor menasihatkan supaya saya datang semula hari ini...Alhamdulillah prosedur itu telah dibuat," katanya ketika ditemui selepas selesai pembedahan.

Beliau keluar Hospital Serdang kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Read more...

Wednesday, July 8, 2009


Labels:

Lima Rumah Setinggan Hangus Terbakar

0 comments
KUALA LUMPUR, 29 Jun - Empat keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Bukit B, Kampung Kerinchi di sini Isnin.Kejadian pada pukul 1 petang itu memusnahkan lima rumah setinggan termasuk sebuah rumah kosong.

Seorang daripada penghuni rumah terbabit, Kamaliah Marsom, 53, berkata beliau mengesyaki ada individu yang menceroboh rumah kosong berhampiran rumahnya dan berkemungkinan membuang puntung rokok di dalam rumah itu yang menyebabkan kebakaran.

"Sebelum ini, ada orang pecah masuk rumah kosong itu dan membawa lari barangan di dalam rumah itu. Jadi mungkin hari ini ada orang yang masuk ke dalam rumah itu lagi dan membuang puntung rokok di situ," katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Ketika kejadian beliau bersama cucu dan menantu perempuannya berada di rumah barunya di Kampung Chempaka sebelum dimaklumkan oleh jirannya mengenai kejadian itu.

Beliau berkata rumah itu didiaminya bersama seorang anak lelakinya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

"Semalam saya berasa tidak sedap hati lalu tidak pulang ke rumah setinggan itu. Anak saya pula selalunya bekerja pada waktu malam dan akan tidur pada siang hari namun hari ini tiba-tiba dia diminta untuk bekerja pagi...syukur kami selamat," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Norizan Abu Bakar berkata empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Pantai bersama 30 anggota termasuk pegawai mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran.

"Kami menerima panggilan pada pukul 1.20 petang dan tiba lima minit kemudian dan ketika itu kebakaran telah merebak lebih dari 70 peratus. Api dipercayai bermula dari rumah kosong itu," katanya.

Beliau berkata punca sebenar kerugian dan anggaran kerugian masih disiasat.
-- BERNAMA

Read more...

Labels:

Kebakaran Di Kerinchi: Raja Nong Chik dan Rosmah dihalau?

1 comments
Kebakaran beberapa buah rumah di kampung Kerinci seminggu yang lalu menimbulkan pelbagai konflik yang belum berakhir. Selepas kebakaran tersebut, beberapa pimpinan politik baik daripada Pas, PKR dan Umno datang menziarahi mangsa-mangsa.

Antara yang hadir ialah Menteri Wilayah yang juga ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Raja Nong Chik. Kehadiran beliau telah disambut dengan herdikan daripada seorang mangsa. Khabarnya Raja Nong Chik melarikan diri ke dalam kereta. Mangsa yang berang dengan Raja Nong Chik terus meluru dan katanya menendang kereta beliau sehingga kemik.

Keesokan harinya sekali lagi Raja Nong Chik datang bersama dengan 'puaka' (Datin Seri Rosmah Mansur). Rosmah datang membawa bantuan untuk mangsa. Namun bantuan itu diberikan kepada mangsa-mangsa tertentu sahaja dan salah seorang mangsa kebakaran tidak menerima. Akibatnya isteri kepada mangsa kebakaran ini keluar dari rumah dan berdepan dengan Rosmah sambil mengatakan 'ni barua'. Puas merah padam muka Rosmah dimaki oleh perempuan ini. Namun dia hanya mendiamkan diri. manakala juaknya Raja Nong Chik memujuk wanita ini dengan mengatakan petang nanti bantuan yang berbaki akan diberikan.

Kenapa begitu marah mangsa kebakaran ini kepada Rosmah dan Raja Nong Chik? Untuk makluman penduduk kampung Kerinchi ini merupakan sebahagian daripada penduduk yang diarahkan pindah ke perumahan PPR. Sebahagian mereka membantah kerana mereka dipindahkan ke PPR Cempaka yang berjauhan dari rumah asal. Ini mendatangkan masalah kerana anak-anak mereka semuanya bersekolah di Kerinchi. Keduanya kedudukan rumah PPR Cempaka yang berhadapan dengan loji najis amat memualkan mereka. Oleh itu mereka memohon untuk dipindahkan ke PPR berhampiran berhadapan masjid Ikhlasiah yang masih kosong satu bangunan. Namun permintaan mereka tidak diselesaikan.

Keduanya ketika hari kejadian, rumah yang berpenghuni hanyalah sebuah sahaja. Bakinya sudah tidak ada penghuni kerana sudah berpindah. jadi rumah-rumah tersebut berkunci. Pada tengahari kejadian, salah seorang mangsa melihat api menyala di tengah salah satu rumah yang terbakar. Persoalannya siapa yang membakar kerana rumah itu tidak berpenghuni. kemudian apabila api sudah naik, dilihat dua lelaki melarikan diri dari rumah tersebut. Ini bermakna seolah-olah adanya unsur-unsur sebotaj dalam kebakaran tersebut.

Ketiganya apabila bantuan diberikan, ramai muka yang tidak dikenali mengaku menjadi mangsa. Sedangkan empat buah rumah yang terbakar itu tidak berpenghuni. Manakala rumah yang ada penghuni dianak tirikan ketika penyampaian bantuan oleh Rosmah.

Mungkinkah inilah sebahagian punca kemarahan penduduk kampung Kerinchi kepada Raja Nong Chik dan Rosmah Mansu

Read more...

Monday, July 6, 2009


Labels:

Manek Urai: PAS ditentang BN!

0 comments
Manek Urai, 6 Julai (Hrkh) - Pilihan raya kecil Dun Manek Urai menyaksikan calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah, 50 akan ditentang calon daripada Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39.Status kedua-dua calon itu disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Manek Urai, Adnan Hussin sebentar tadi.Koleksi gambar Manek Urai

Lintas langsung daripada Manek Urai sebelum ini

Seawal jam 7 pagi lebih 10,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berkumpul di pekarangan Masjid Jauhar untuk memberikan sokongan kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam proses pencalonan yang sedang bermula ketika ini.

7.00 pagi: Penyokong PAS dan Pakatan Rakyat memenuhi pekarangan Masjid Jauhar.

7.35 pagi: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat Hajat. Turut kelihatan pimpinan PAS yang diketuai Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayob dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali.

8.05 pagi: Perarakan calon PAS ke Pusat Penamaan Calon, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 sejauh 1.5 km bermula. Lebih 10,000 iringi calon PAS. Kelihatan pimpinan PAkatan Rakyat, Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Zuraidah Kamaruddin, Tan Siew Giaw dan Tian Chua.

8.45 pagi: Rombongan perarakan calon tiba di pusat penamaan Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

8.50 pagi: Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah masuk ke dalam dewan diiringi pencadangnya,bekas Imam Kg Temalir, Idrus Jalal, 69 dan penyokongnya, seorang Guru, Abdul Halim Hamzah,43, dari Kampung Latereh.

8.55 pagi: Calon Umno-BN, Tuan Abdul Aziz Tuan Mat masuk ke dalam dewan. Rombongan penyokong Umno-BN dianggarkan seramai 2,000. Turut kelihatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Adnan Mansor, Dato' Seri Shafei Apdal, Dato' Mustafa Mohamad dan Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein.

9.45 pagi: Masa pencalonan masih dibuka jika masih ada pencalonan lain.

10.00 pagi: Tempoh mengemukakan borang pencalonan berakhir.Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin hanya menerima borang daripada Tuan Aziz Tuan Mat, 39, (BN) dan Mohd. Fauzi Abdullah, 50, (PAS).

10.05 pagi: Proses bantahan sedang berlangsung.

FAKTA MANEK URAI|

* PRU ke-7 sejak Mac 2008.

* Calon PAS, Ismail Yaacob menang dengan majoriti 1,352 undi tewaskan calon BN, Mohamed Zulkifli Omar.

* 14 Julai sebagai tarikh pengundian.

* Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pengundi pos layak mengundi kali ini.

* 12,197 adalah pengundi Melayu (99.2 peratus), pengundi Cina (56), India (28) dan lain-lain kaum 12 orang. - mks.

Read more...
Blog Widget by LinkWithin