Monday, August 31, 2009


Labels:

Krisis Besar Kompenen BN: Umno BN Hampir Lumpuh

0 comments
Usaha Barisan Nasional hendak mengkucar kacirkan Pakatan Rakyat gagal, malah ianya kembali kepada pakatan politik mereka Barisan Nasional. Pelbagai usaha digunakan melalui rundingan, ugutan, rasuah, lompat parti, beli adun, sorok adun dan terkini serangan ditumpukan kepada negeri Selangor dengan menggunakan SPRM untuk 'mensiat-siat' adun-adun DAP dan PKR bagi memecah belahkan Pakatan dan seterusnya menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Selain itu, pelbagai ngo bercambah bagaikan 'rumput' selepas hujan yang mendakwa mewakili orang Melayu. Pelbagai isu dimainkan yang berkait dengan perkauman sempit bagi memerangkap Pakatan Rakyat.

Di dalam isu demonstrasi ISA, seorang 'kepala' ngo yang menyokong ISA diteruskan mendakwa dia seorang ahli Pas di kawasan Sungai Ramal. ROS pun naik pelik kerana dalam pendaftaran pertubuhan tidak ada Pas kawasan Sungai Ramal. Yang ada Pas cawangan Sungai Ramal. Sudahlah 'kantoi' berbohong disiang hari, alih-alih setiausaha agung Pas umumkan nama dia tidak ada dalam senarai ahli Pas. Rupanya berlakon atau pun pembohong. Dia ingatkan sistem keahlian Pas ini dicatitkan dalam rekod dengan pensil 2B agaknya sehingga mudah-mudah hendak mengaku ahli Pas.

Terkini mereka memainkan isu pembinaan kuil di Shah Alam yang masih dalam rundingan. Diarak kepala lembu berdarah yang membakar sentimen perkauman dan wakil kumpulan ini mengaku dia sebagai ahli Pas. Banyak betul orang mengaku ahli Pas akhir-akhir ini. Logiknya, kalau Pas yang adakan demonstrasi, tidak perlu mengaku ahli Pas, kerana semua orang kenal orang Pas. Tidak ada yang bersongkok ketuai demonstrasi. Tetapi mengapa mereka ini mengaku ahli Pas seperti dalam kes ngo penyokong ISA? Sebabnya ialah untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat di Selangor.

Namun usaha mereka ini digagalkan oleh Allah apabila pemimpin Pas tidak melatah dengan menyokong tindakan mereka. Malah lebih teruk lagi sehari dua ini, Umno dan BN lah yang berpecah teruk. Rata-rata masyarakat awam melihat, pemecatan Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden MCA sebagai kemuncak perpecahan BN. Sebelum itu PPP bergaduh sesama pemimpin sehinggakan wujudnya dua Presiden dalam satu parti. Kemudian MIC pula sedang bergaduh merebut jawatan Timbalan Presiden. Kemudian daripada itu, bekas Naib Presiden MCA Chua Jui Meng keluar MCA dan sertai PKR. Terkini perbalahan diantara pemimpin sebuah Parti Cina Sarawak dengan Ong Tee Kiat (Presiden MCA) dalam isu Port Klang Free Zone (PKFZ). Isu ini sangat membahaya kepada Umno BN kerana dalam tangan Dato' Tiong adanya senarai berpuluh pemimpin MCA, MIC dan Umno sendiri yang menerima 'habuan' daripada penyelewengan PKFZ ini.

Ditambah pula dengan kekalahan dalam pilihanraya Pengkalan Pasir baru-baru ini yang mencukupkan jumlah kekalahan di Semenanjung 7 x 0, maka Umno BN sebenarnya berada dalam keadaan lumpuh. Dalam Umno sendiri perbalahan terbuka sedang berlaku di Terengganu dan Perlis sehingga membuatkan adanya usaha sebotaj yang akan dan telah dilakukan sesama mereka. Jika diambil perkiraan ini, tidak mustahil pilihanraya akan datang, BN akan tumbang di Perlis dan Terengganu. Di kedah pula, maklumat yang diperolehi, kes adun Kota Seputeh itu ada kaitan dengan masalah dalaman. Adun Kota Seputeh dikatakan bosan dengan gelagat pemimpin Umno negeri dan Pusat yang lebih pentingkan habiskan peruntukan untuk beli adun Pakatan Rakyat daripada membantu adun BN yang berbaki di Kedah. Mereka berada dalam kesusahan apabila peruntukan tidak diberikan dan mereka terpaksa berhadapan dengan rakyat dan kemungkinan hutang yang dibuat semasa pilihanraya. Sebab itulah sumber ini mengatakan beliau malas untuk hadiri sidang dun kerana tidak ada faedah.

Oleh itu, usahan Umno BN hendak pulihkan sokongan mereka akan terbantut dan memakan masa. Ini kerana perbalahan dan perpecahan besar telah pun berlaku di hampir kesemua kompenen utama Barisan Nasional yang sukar untuk dipulihkan. Jadi buat pendokong Pakatan Rakyat khususnya Pas, teruskanlah usaha mengadu kepada Allah dalam keadaan kita dihimpit kiri dan kanan dengan sama-sama tidak putus-putus bacakan doa qunut nazilah.

Read more...

Saturday, August 29, 2009


Labels:

Amalan Firaunisme Dan Hammanisme Subur Dalam BN

0 comments
Fahaman Firaunisme dan Hamanisme telah lama bercambah dalam negara kita. Walaupun Firaun dan Hamman yang sebenar sudah tiada, namun amalan dan perwatakan mereka diamalkan oleh parti pemerintah hari ini. Demikianlah kata Haji Muhammad Sabu ajk Pas pusat.

Firaun mengamalkan kuku besi, menindas rakyat, menahan dan menyiksa tahanan tanpa bicara, membunuh rakyat yang tidak berdosa dan berlawan dengan Nabi. Begitu juga dengan Hamman yang berlawan dengan Nabi Ibrahim, membunuh rakyat, memeras kekayaan rakyat dan menyuruh rakyat menyembahnya yang dikatakan memberi rezeki kepada mereka semua.

Umno dan BN setiap kali pilihanraya kecil dan umum, sering menjaja kepada pengundi bahawa merekalah yang memberi pembangunan, memberi kesejahteraan kepada rakyat dan hanya BN sahajalah yang boleh memerintah negara ini. Mereka lupa mereka hanyalah pengurus sahaja, sedangkan rezeki dan kekayaan negara itu milik Allah. Mereka juga lupa bahawa setiap kerajaan akan bertukar ganti seperti janji Allah dalam AL Quran. Dakwaan hanya mereka boleh memerintah seolah-olah mereka merasakan merelah yang memiliki negara ini atau boleh disebut mereka merasakan seolah-olah seperti Tuhan. Baik sedikit daripada Firaun yang mengaku Tuhan.

Umno BN juga memeras wang rakyat dan membina mahligai dan kemewahan. Pemimpin mereka yang menjadi menteri besar dua penggal boleh memilik banglo mewah berbelas juta. Pemimpin MCA dengan mudah boleh menerima wang RM10 juta. Kroni PM diberikan komisyen Kapal Selam RM500 juta. Sikap ini sama dengan Firaun dan Hamman.

Umno BN mempertahankan ISA. Menahan pemimpin pembangkang dan seteru mereka tanpa bicara. Amalan yang sama dilaksanakan oleh Firaun di Mesir dahulu. Jadi rakyat perlu menolak Umno dan BN sebagaimana mereka menolak Firaun dan Hamman.

Read more...

Labels:

Baner Umno Bercambah: Bila DBKL Hendak Buang?

0 comments
Bersempena dengan sambutan kemerdekaan dan bulan Ramadhan ini, Umno bahagian Lembah Pantai memasang puluhan banernya sekitar kawasan Lembah Pantai. Pemasangan sejak seminggu yang lalu diletakkan dipersimpangan jalan, di bawah jejambat, bahkan di tepi-tepi pokok pembahagi jalan yang sepatutnya tidak elok dipasang kerana mengganggu pemandangan pemandu.

Namun peliknya sampai ke hari ini tidak ada sebarang rampasan baner oleh 'dua lelaki' bervan putih DBKL. Keadaan ini sangat aneh kerana jika diletakkan baner ceramah Pas, tidak sampai 24 jam akan dicabut. Pengalaman bulan lalu, baner pas dipasang di bawah jejambat NPE berhadapan perumahan pantai Permai dicabut oleh dua lelaki yang menaiki van DBKL. Begitu juga dengan Baner program anjuran PKR Bahagian dan baner Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai yang sering dicabut.

Baner pas yang dicabut di bawah jambatan digantikan pada malamnya dengan baner satu Ngo Pro Umno yang mengadakan satu program yang akan dirasmikan oleh Raja Nong Chik. Peliknya Baner ini bertahan berminggu-minggu tidak dibuang. Inilah sikap doble standard, kuku besi yang berlaku di zaman Menteri Wilayah yang baru. Tinjauan di kawasan-kawasan lain di Kuala Lumpur tidak berlaku kejadian seumpama ini. Malah ceramah anjuran Pas kawasan yang dibuat di dalam markaz sekalipun cuba hendak diganggu. Maklumat pihak poilis yang berkawal di markaz Pas pada ceramah tersebut, mereka mengatakan orang ramai @ ada penduduk yang mengadu.

Persoalannya siapa yang mengadu kalau bukan Umno. Jika penduduk sekalipun mengadu, apa masalahnya. kami tidak mengganggu satu inci pun tanah atau rumah penduduk. Malah habuk daripada rumah mereka pun kami tidak curi. Majlis di adakan dalam markaz Pas kawasan yang dibina tanpa satu sen pun peruntukan kerajaan atau wang Umno. Kenapa berdengki dan takut sangat dengan program Pakatan. Umno bahagian mengadakan perasmian persidangan Umno cawangan berkelompok menggunakan dewan Pusat Komuniti milik DBKL? Tetapi jika Pas dan Pakatan hendak guna tidak dibenarkan. Malah menjadikan pejabat TEKUN agensi kerajaan sebagai pejabat UMNO. Kesian sungguh dengan kemiskinan Umno yang tidak mampu memiliki premis sendiri.

Pemuda Lembah Pantai ingin bertanya kepada Raja Nong Chik, mengapa kamu gentar sangat dengan lambang dan program Pakatan Rakyat di Lembah Pantai? Jika hendak bertanding sekali pun dalam PRU akan datang, gunalah cara yang berhemah dan anak jantan. Jangan menjadi pondan yang memperalatkan jentera kerajaan untuk kepentingan Umno. Seriklah dengan hukuman rakyat dalam PRU lepas.

Kamu boleh berseronok dan jaja kepada rakyat dengan baner dan lambang Umno yang banyak tanda Umno prihatin dengan ramadhan dan merdeka, tidak seperti Pas dan PKR. Tetapi di belakang kamu mengarahkan DBKL membuang baner Pas dan PKR. Inilah amalan politik drakonian yang akan dihukum rakyat lebih teruk lagi dalam PRU akan datang.

Read more...

Labels:

Merdeka: Bebaskan Diri Dari Jajahan UMNO

0 comments
Bersempena dengan sambutan kemerdekaan negara kali ke 52, Pemuda Pas Kawasan Lembah Pantai mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan kepada semua warga negara Malaysia. Sambutan pada tahun ini kebetulan berlaku pada bulan Ramadhan yang pernuh dengan keberkatan.

Eloklah sebagai rakyat Malaysia kita memahami makna kemerdekaan sebenarnya daripada sudut Islam. Imam Al Ghazali memberikan beberapa difinisi kemerdekaan yang sebenar. Pertamanya perlu untuk kita memerdekakan diri kita daripada manusia. Keduanya memerdekakan diri kita daripada dunia dan harta benda dan ketiganya merdeka daripada hawa nafsu.

Panglima tentera Islam Rustom yang melakukan perlusan wilayah ke Parsi telah pun memberi tahu penduduk Parsi bahawa tujuan kedatangan kami ialah untuk memerdekakan kamu daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah swt. Hamman dan Firaun menitahkan rakyat menyembahnya.

Hari ini kita merdeka daripada penjajah British, Belanda, Jepun dan Portugal. Kebetulan kesemua penjajah ini bukan beragama Islam dan dalam salah satu misi jajahan mereka ialah untuk meluaskan pengaruha agama bukan Islam kepada orang Islam dan untuk mengambil kekayaan Tanah melayu untuk dibawa balik ke negara mereka. Maka menjadi kewajipan kepada kita untuk menghalau mereka daripada menjajah negara mereka.

Namun bagaimana jika penjajah itu sebagaimana tentera panglima Rustom atau pun sebagaimana tentera Islam Madinah yang ingin memasuki Mekah. Adakah kita ingin menghalau atau melawan mereka semata-mata kerana Tanah Melayu ini bumi asal kita. Jawapannya ialah tidak, kerana jika kedatangan orang asing sekalipun dengan tujuan untuk menyebarkan Islam dan menegakkan agama ini kita harus menyokongnya. Sama lah dengan Nabi Muhammad rakyat Mekah tetapi menjadi Presiden @ Khalifah di negara orang (Madinah).

Hari ini penjajah sudah pergi. Yang memerintah ialah Umno dan Barisan Nasional. Dibawah pemerintahan Umno sehingga ke hari ini tidak tertegaknya Syariat Islam. Berlaku banyaknya rasuah dan penindasan kepada rakyat. Bahasa ibunda kita dipermainkan dan digantikan dengan bahasa Inggeris. Tulisan Jawi dihapuskan. Pemimpin memeras cukai daripada rakyat dan dibazirkan dengan projek-projek mewah yang banyak terbengkalai. Isu Broga yang merugikan puluhan juta wang rakyat, isu jambatan bengkok yang dibatalkan, keretakan MRR2, beratus makmal komputer di sekolah-sekolah runtuh, keruntuhan bumbung stadium Gong Badak, rampasan royalti rakyat Terengganu, sekatan saluran kewangan wajib kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan, penyembunyian wang royalti 1 bilion untuk Kelantan, penahanan ISA tahan tanpa bukti dan tanpa bicara, semuanya berlaku dibawah kepimpinan anak tempatan Melayu berparti Umno.

Oleh itu rakyat hari ini masih lagi dijajah oleh Umno BN yang memerintah dengan cara penjajah. Walaupun mereka anak jati, anak tempatan, penduduk asal dan sebagainya, mereka sama teruk dengan penjajah. Oleh itu, wajib kita berusaha menumbangkan Umno bagi memerdekakan rakyat dan negara daripada pengkhianatan anak bangsa sendiri.

Read more...

Sunday, August 23, 2009


Labels:

Tazkirah Ramadhan bersama Mat Sabu..

0 comments
Pemuda PAS Lembah Pantai akan mengadakan Tazkirah Ramadhan bersama Tuan Haji Mohd Sabu pada 27 Ogos 2008 bersamaan 6 Ramadhan 1430H, Khamis di Madrasah Al Falah, Pantai Dalam anjuran Jawatankuasa Surau Al Falah dengan kerjasama DPP Lembah Pantai..Semua dijemput hadir..
Read more...

Labels:

Salam Ramadhan buat semua..

0 comments
Photobucket

Read more...

Thursday, August 20, 2009


Labels:

Gambar :Sekitar Bengkel UPSR '09

0 comments

Read more...

Labels:

KP Wilayah rasmikan Bengkel UPSR '09

0 comments
9 Ogos 2009, Markas PAS Lembah Pantai - Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Sdr. Kamaruzzaman Mohammad telah merasmikan Bengkel Peperiksaan UPSR bagi pelajar tahun 4,5 dan 6 yang dianjurkan oleh Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Lembah Pantai dengan kerjasama PASTI Wilayah Persekutuan hari ini.

Seramai 120 pelajar telah mengikutinya yang bermula jam 8.30pagi hingga 5.00 petang.Dalam bengkel kali ini telah diadakan lima slot penting sebagai persediaan terutama kepada pelajar tahun 6 yang akan menduduki Ujian Penilaian Menengah Rendah (UPSR) pada tahun ini.


Para pelajar didedahkan dengan lima slot yang berdasarkan lima sabjek teras UPSR dengan dikendalikan oleh guru-guru pakar sekitar Wilayah Persekutuan.


Read more...

Wednesday, August 19, 2009


Labels:

Sheikh Ahmad Bas 25 Tahun Di Penjara

0 comments
Siri Tarbiyah 1.

Kedatangan Ramadhan semestinya satu kegembiraan buat umat Islam. Disamping menjadi bulan berpuasa, ramadhan juga adalah bulan mentarbiyah jiwa pejuang-pejuang Islam. Sebagai mengisi ruangan maya ini, penulis akan sertakan secara berkala kisah-kisah kader-kader pejuang Islam sebelum ini yang telah melalui ujian yang besar dalam menempuhi perjuangan ini untuk mendidik kita.

Buat pertamanya, penulis akan membicaraan berkenaan Ustaz Ahmad Bas seorang pemimpin kanan Ikhwan Muslimin di Mesir yang telah merengkok di dalam penjara rejim Mesir selama 25 tahun. Satu tempoh yang sangat panjang yang penuh dengan penyiksaan yang sangat dasyat.

Apabila masuk ke dalam penjara, Ahmad Bas diarahkan menanggalkan pakaiannya. Lalu dipukul bertubi-tubi tubuhnya. Selepas itu, dia diturunkan ke tingkat bawah penjara dan diarahkan berlari ke tingkat atas sambil dipukul dengan cemeti. Setiap hari dia dipukul dengan alat pemukul dan cemeti. Habis satu badan penuh dengan luka-luka dan bengkak akibat siksaan.

Beberapa kali di penjara , beliau telah diarahkan menanggalkan pakaiannya tanpa sehelai pakaian pun. Lalu diambil parang yang telah dipanaskan diatas api dan diletakkan ditubuh dan kemaluan beliau. Maka melecur habis badannya dek kepanasan parang besi panas tersebut. Apabila parang ini kembali sejuk, maka digantikan dengan parang lain sehinggalah berkali-kali. akibatnya satu badan Ahmad Bas menggelembung dan melecur.

Lama kelamaan badan beliau bernanah akibat siksaan ini. Suatu hari beliau dan beberapa tahanan ikhwan yang lain telah diminta untuk berlari turun dan naik bangunan penjara. Ketika dalam perlarian turun naik tersebut, seorang pengikutnya cuba memegang punggungnya kerana suasana gelap dan bagi memastikan pergerakan mereka tidak putus. Sahabat ini juga menyangka Ahmad Bas memakai pakaian.

Apabila terpegang sahaja belakang Ahmad Bas, serta merta tersirat kulit belakangnya dari tengkuk hingga ke punggung yang sudah sedia melecur dan bernanah. Beliau kesakitan. Kebetulan bersama beliau ialah seorang tahanan Ikhwan yang pernah menjadi doktor perubatan. Doktor inilah yang merawat Ahmad Bas. Ini adalah sebahagian siksaan yang beliau alami disebabkan dendam kesumat pemerintah Mesir kepada pejuang Ikhwanul Muslimin di Mesir. Bersambung.....

Read more...

Tuesday, August 18, 2009


Labels:

Presiden PAS : Wabak satu ujian

0 comments
Penularan wabak H1N1 yang melanda seluruh dunia dan negara kita Malaysia secara khususnya telah menyebabkan satu suasana yang sangat membimbangkan seluruh rakyat pada waktu ini. Ternyata virus ini tidak mengenal mangsa, samada tua atau muda atau kaya miskin seseorang itu. Sesungguhnya ini adalah ujian Allah SWT kepada kita.

Dalam hal ini, pertamanya PAS ingin merakamkan ucapan takziah kepada rakyat yang telah kehilangan anggota keluarga mereka dalam siri serangan virus ini. Semoga mereka akan terus memperkuatkan semangat dalam berhadapan dengan suasana yang menekan ini.

Kedua, agensi kerajaan yang mendepani dalam menghadapi wabak ini iaitu Kementerian Kesihatan juga seharusnya diberi pelbagai ruang dan sumber yang secukupnya supaya kakitangan kementerian ini dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh professional dan selamat. Segala nasihat yang disampaikan dan tindakan yang diambil oleh mereka ini perlu dipandang dengan serius oleh semua pihak. Dalam pada itu juga, segala prosedur dan proses bagi mendapatkan bahan ubatan untuk menghadapi wabak ini yang dijangka berada di pasaran dalam tempuh beberapa bulan lagi juga seharusnya dipermudahkan.

ImageKetiga, PAS menyeru supaya pihak-pihak institusi pendidikan di semua peringkat yang menempatkan golongan pelajar dalam kelompok yang ramai ini juga untuk mempermudahkan segala proses membuat keputusan untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap penularan ini.

Keempat, sekiranya diperlukan untuk membantu mana-mana pihak atau sesiapa sahaja dalam suasana sebegini, maka PAS telah bersedia untuk menggerakkan seluruh tenaga sukarelawan menerusi Unit Amal, Lajnah Kebajikan, tenaga doktor dan kaunseling serta alim ulama untuk membantu rakyat dalam menghadapi wabak ini. Ini adalah sumbangan PAS kepada seluruh rakyat supaya kita sama-sama dapat menghadapi suasana ini secara bersama tanpa mengira fahaman politik.

Read more...

Labels:

Dr Lo' Lo' kini stabil, dalam proses pemulihan

0 comments
KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan dalam peringkat pemulihan setelah selamat menjalani pembedahan di Intitut Jantung Negara (IJN).

Menurut Pegawai Operasi Parlimen Titiwangsa,Mohd Ehsan Mohd Surur, Dr. Lo' Lo' dimasukkan ke IJN pada minggu lepas dan kini masih menjalani rawatan fisioterapi di situ. Beiau turut menjalani rawatan secara allopathy,alternatif dan ruqyah.

"Dr tidak mempunyai apa-apa masalah selepas pembedahan dan sekarang dalam proses pemulihan. Beliau menjalani pembedahan biasa sahaja,"jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Sementara itu, suaminya, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim berharap orang ramai mendoakan kesihatan beliau.

Dalam masa yang sama, beliau juga memaklumkan buat masa ini pihak keluarganya menghadkan lawatan dan kunjungan ke atas Dr Lo' Lo' memandangkan wabak influenza A H1N1 semakin membimbangkan.

"Kita harap orang ramai tolong doakan beliau. Tapi buat masa ini tidak digalakkan sangat untuk melawat sebab wabak H1N1,"katanya. - mks. _

Read more...

Thursday, August 13, 2009


Labels:

Asri Rabbani 'pergi tak kembali'

0 comments
Pemuda PAS Lembah Pantai mengucapkan "..innalillah hiwa inna ilaihiroji'un..", dan takziah atas pemergian mengejut penyanyi nasyid terkenal, ustaz Asri, 40 tahun dari kumpulan Rabbani sebentar tadi semasa berada di RTM. Jenazah dijangka akan dikebumikan selepas Maghrib ini.

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."http://asrirabbani.blogspot.com/

Semoga ALLAH meletakkan beliau dalam golongan soleh dan mengampuni beliau, dan menjadikan segala sumbangan beliau dalam bidang dakwah nasyid sebagai 'ibadah bagi beliau. Moga juga ALLAH berikan kesabaran kepada keluarga dan sahabat handai yang ditinggalkan.


Read more...

Sunday, August 9, 2009


Labels:

Amaran Rasulullah Kepada FRU?

0 comments
OLeh: Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden Pas)

Tragedi 1 Ogos merupakan pengulangan beberapa tragedi menyayat hati yang dapat dilihat di negara kita. Peristiwa tindakan ganas pihak polis, khususnya FRU bertindak ke atas himpunan aman rakyat, merupakan malapetaka kepimpinan BN yang masih tidak belajar dari kesilapan lampau. Tindakan rakus menyembur gas pemedih mata, semburan air kimia ke atas himpunan aman tersebut ternyata mengundang kemarahan masyarakat di negara ini dan badan-badan hak asasi antarabangsa.

Himpunan yang berjalan secara aman dengan kawalan Unit Amal bagi memastikan tidak berlaku tindakan diluar batas yang dibenarkan oleh pihak penganjur. Himpunan hari itu tentulah akan berjalan dengan santai dan berakhir dengan baik seandainya mereka tidak disembur gas pemedih mata serta tindakan ganas pihak FRU. Sayang, himpunan aman ini akhirnya bertukar kelam kabut, bilamana sebilangan rakyat yang berhimpun dikejar, ditangkap, digari dan dijemur dalam trak berjam-jam lamanya.

Tembakan gas pemedih mata dan semburan air kimia menyaksikan kanak-kanak, remaja dari pelbagai kaum terpaksa berlindung di mana sahaja. Mungkin bagi pihak FRU dan polis, tindakan ini adalah lambang keegoan dan kemegahan. Megah kerana berjaya menghalang himpunan, berjaya memecahkan himpunan rakyat. Namun apakah ianya berakhir di situ sahaja?


Persoalannya, salahkah rakyat berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap akta yang zalim ini, setelah pelbagai cara dilakukan bagi menentangnya. Rakyat telah gunakan seluruh saluran lain. Bantahan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat, surat, kenyataan, seminar, resolosi bengkel bahkan tandatangan rakyat telah dibuat. Apa lagi bagi rakyat untuk menentang akta yang zalim ini. Kezaliman tiada kompromi dalam Islam, Nabi tidak mengaku umat mereka yang menyokong kezaliman, sehingga Baginda memberi amaran:

“Sesiapa yang berjalan bersama orang yang zalim bagi membantunya, sedang ia mengetahui kezaliman orang tersebut, maka telah terkeluar ia dari Islam” - Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi.



Kerana itu Imam Nawawi dalam syarahnya dalam juzuk 17, hal 190 sewaktu menghuraikan hadis :


“Ada dua golongan dari ahli neraka, yang belum aku saksikan iaitu suatu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka bertelanjang, yang menanggalkan tutup kepala, yang menarik kepada maksiat. Kepala (rambut) mereka diikat seperti bonggol unta. Mereka ini tidak akan memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan bauannya dapat dihidu dari jarak sekian-sekian”. -(Hadis Muslim)



Imam Nawawi menyatakan yang dimaksudkan dengan golongan yang keluar rumah ditangannya ada cemeti, mengejar dan memukul manusia ialah polis ( FRU). Wallahu a'lam. Apakah itu sebenarnya dimaksudkan, namun mari kita meneliti sifat yang dinyatakan oleh Rasulullah dengan tidak menuduh sesiapa, kalau bukan FRU siapa lagi.

Lihat pula sebuah hadis yang juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah sabda Baginda:

“Hampir sahaja sekiranya kamu panjang umur, maka kamu akan melihat sekelompok orang yang pada tangan mereka ada cemeti (cota) yang diikat seumpama ekor sapi mereka berangkat keluar dari rumah dengan kemarahan Allah dan mereka kembali ke rumah mereka dalam kemurkaan Allah”.

Apakah hati kamu puas bilamana kamu berjaya memukul orang-orang tua, membelasah kanak-kanak, menangkap muslimat dan menyemburkan gas kepada para ulamak. Demi Allah kalaupun kezaliman ini tidak dibalas oleh Allah di dunia, kita pasti bertemu di akhirat.

Apa yang berlaku di hadapan mata kita menyaksikan bagaimana rakyat yang tidak berdosa diterajang, dipukul dengan cota, digari, diheret setelah mereka ditembak dengan gas pemedih mata hanya kerana berhimpun untuk membantah akta yang zalim ini. Tindakan ini tentunya akan mengundang kemarahan rakyat, namun sekalung tahniah diucapkan kerana rakyat kerana tidak membalas bantahan dengan kekerasan, tiada satu pun tingkap kedai pecah, tiada sebuah kereta pun yang diserang, tiada sebarang kerosakan harta awam. Inilah akhlak yang dipamir oleh rakyat.

Lalu demi membenarkan tindakan kejam meraka dicari pelbagai alasan luar, kononnya demonstrasi tersebut menyebabkan berlakunya kesesakan jalan yang teruk. Sebenarnya puluhan himpunan yang dianjurkan melibatkan berlaku kesesakan jalan raya. Kalau kerajaan boleh mengisytiharkan penutupan jalan semata-mata bagi memberi laluan kepada pelumba basikal, pelumba jalan kaki, pesta perayaan pelbagai agama, perarakan pesta hiburan, bahkan beberapa orang artis pernah membuat konsert di tengah Chow Kit Road, apa payah pula untuk memberi laluan sekadar dua jam kepada rakyat untuk berhimpun menyerahkan memorandum rakyat kepada Istana, kamudian mereka bersurai dengan aman. Menyaksikan tindakan ganas yang ditunjukkan ini, maka benarlah kata-kata A. Samad Said:

“Kalau kerajaan tidak melayan tuntutan rakyat di jalan raya, kita mesti terjemahkannya dalam pilihanraya”.

Read more...

Labels:

7 Kali Khairi Gagal Hadiri Debat Dengan Pas

0 comments
Jika Wacana Ilmiah (debat) dengan Pemuda Pas gagal diadakan, menunjukkan untuk kali yang ketujuhnya Khairi gagal menghadiri dan menyertai debat yang dianjurkan untuk beliau.

Dengan Us Nasarudin Tantawi sahaja beliau telah pun gagal berdebat sebanyak enam kali dan ketujuhnya beliau gagal mengahadiri debat dengan Dr Mujahid Yusuf AJK Pas Pusat. Kali pertama sewaktu menjawat jawatan timbalan Ketua Pemuda, Nasarudin telah menghantar surat mengajak Khairi berdebat isu siapakah yang sebenarnya memperjuangkan kemerdekaan Malaysia. Ketika itu Khairi Naib Ketua Pemuda Umno dan sering melaung-laungkan bahawa Umno sahaja pejuang kemerdekaan dan Pas serta pembangkang tidak berjuang. Namun tawaran debat ini tidak disambut beliau.

Kali kedua Nasarudin menulis surat menjemput beliau berdebat tentang isu siapakah yang menderhaka kepada raja-raja Melayu. Ketika itu hangat isu ramapasan kuasa di Perak dan Khairi mendakwa Pas pengkhianat dan penderhaka raja-raja. Namun Khairi tidak membalasnya. Kali ketiga sekali lagi Us Nasarudin mengajak beliau berdebat tentang isu agama, namun beliau tidak membalasnya.

Ketika berlangsungnya pilihanraya kecil Manek Urai, Khairi sepatutnya menghadiri debat bersama Dr Mujahid Yusuf di Pulau Pinang. Namun beliau hanya menghantar wakil sahaja. Sebelum ini persatuan Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah Kedah cuba menganjurkan debat Khairi dengan Nasarudin. Us Nasarudin menerimanya, namun Khairi menolak. Terbaru khabarnya Gerakan Anti Rasuah dan Kuropsi (GERAK) juga akan menganjurkan debat Khairi dengan Us Nasarudin. Ustaz Nasarudin menerimanya, namun khabar sekali lagi untuk kali keenam beliau tidak menerimanya.

Oleh itu jika debat ketujuh yang menggunakan bahasa lembut ‘Wacana Ilmiah’ yang sepatutnya sudah diadakan juga tidak jadi. Bermakna untuk kali yang ketujuhnya Khairi gagal atau boleh diistilahkan sebagai takut berdebat dengan Pemuda Pas. Suatu tindakan yang pelik kerana sebelum ini beliau berani berdebat dengan Dato Husam.

Mungkin Khairi merasakan dirinya tidak mampu berhujah dalam isu-isu dasar parti yang sememangnya Umno gagal melaksanakannya atau pun boleh jadi beliau telah diberi amaran oleh bos no satunya yang tidak mahu berdebat dengan Tok Guru Nik Aziz. Jika Khairi hadir debat, bermakna dia lebih berani daripada Najib dan ini akan memalukan Presiden Umno itu.

Jika tidak kerana hal ini pun, umum mengetahui sememangnya Khairi jaguh sebelah pihak sahaja kerana di Parlimen pun beliau sering berucap menggunakan teks dan membuat pelbagai tuduhan kepada Pakatan tetapi tidak memberikan peluang untuk mencelah. Sudah tiba masanya ahli-ahli Pemuda Umno mengemukakan usul tidak percaya kepada Khairi yang gagal ini.

Read more...

Monday, August 3, 2009


Labels:

Sumbangan Diperlukan Untuk Bantu Unit Amal Yang Cedera

0 comments

PULAU PINANG, 2 Julai (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah merayu orang ramai yang bersimpati dengan dua orang anggota Unit Amal Negeri Pulau Pinang yang terlantar di Hospital Sungai Buloh akibat bas ekspres terbalik di Bukit Berutung ketika perjalanan menghadiri perarakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) pagi semalam menyumbangkan sedikit derma untuk pembedahan menghindarkan lumpuh separuh tubuh.

Kemalangan tersebut menyebabkan dua daripada dua puluh anggota Unit Amal yang menaiki bas ekspres Konsortium bertolak dari Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam jam 1,15 tengah malam terbabas dan seterusnya berbalik bila melanggar penghadang jalan.



"Dewan Pemuda PAS Negeri merayu orang ramai untuk membantu dua orang anggota Unit Amal yang parah sehingga menyebabkan kemungkinan lumpuh separuh badan. Kos rawatan mereka berdua ialah RM10 ribu," jelasnya.

Menurut Ustaz Yusni lagi, hari ini doktor terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang Abdul Razak bagi mengantikan beberapa elemen saraf yang rosak.

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan boleh terus kepada akaun Bank Islam Dewan Pemuda PAS Negeri 07016010059732 atau menghubunginya (Ustaz Yusni) untuk mendapatkan keterangan lanjut di talian 0194500660. - mns_

Read more...

Sunday, August 2, 2009


Labels:

3 ahli PAS Lembah Pantai di tahan

1 comments

Kuala Lumpur, 1 Ogos - 3 ahli PAS Lembah Pantai telah ditahan ketika demontrasi mansuhkan ISA yang berlangsung di beberapa tempat di Kuala Lumpur.Antara yang ditahan adalah Sdr. Kamaruzaman (Man John) dari Kerinchi, Haji Rosdi dari Taman Datuk Harun dan seorang lagi yang belum dikenali juga dari Kerinchi.

Mereka semua ditahan sekitar Masjid Negara ketika cuba menyertai Perhimpunan Mansuh ISA anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) di ibu negara semalam.
Seramai 530 daripada 589 orang yang ditahan semalam kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram mansuhkan ISA di ibu negara dibebaskan hari ini.

Antara baki 59 orang yang masih ditahan ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R.Sivarasa.

Mereka kini ditempatkan di Balai Polis Bukit Jalil untuk menunggu sama ada akan dikenakan perintah reman atau dibebaskan.

Read more...

Labels:

Anti-ISA: 20,000 sertai, 589 ditangkap

0 comments

Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Mereka mula berkumpul jam 2 petang di tempat-tempat berkenaan dan anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), yang bertindak meleraikan orang ramai, termasuk menangkap.



Polis bertindak menutup semua jalan menuju ke pusat bandar dan ke Istana Negara sejak awal pagi ini.

Akibat kawalan keselamatan ketat, GMI gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, wakil kumpulan pro-ISA, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, dapat menyerahkan memorandum mereka kepada pengawal Istana Negara.

Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Dipercayai hampir 200 orang ditahan.

Dalam sidang petang tadi, pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa 100,000 orang menghadiri perhimpunan hari di beberapa tempat di tengah-tengah ibu kota.

Manaka Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula menganggarkan kira-kira 80,000 menyertai perhimpunan hari ini.

Para saksi pula menganggarkan lebih kurang 20,000 menyertainya.

Sehingga lewat petang ini, pihak polis masih lagi berada di sekitar SOGO dan melepaskan tembakan meriam air apabila ternampak kumpulan penyokong anti-ISA.

Berikut adalah rentetan peristiwa perkembangan hari ini:

11.58pm Seramai 589 orang termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun dan 40 wanita ditangkap perhimpunan menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di beberapa tempat di tengah Kuala Lumpur sepanjang hari ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.

7.50pm Angkatan Muda PKR mengecam tindakan polis mengganasi dan menangkap rakyat yang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman di Kuala Lumpur hari ini bagi menuntut pemansuhan akta ISA.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan tersebut di luar batasan amalan demokrasi dan hak asasi rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu, beliau - yang turut dikehendaki polis bagi menyiasat perhimpunan besar tersebut - menggesa supaya mereka yang ditahan hari ini dibebaskan segera.

7.32pm Polis dilaporkan ingin menyiasat 11 individu termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhamad Sabtu Osman dipetik berkata siasatan itu kerana mereka hadir dan berucap di depan ibu pejabat PAS sebelum demonstrasi besar itu bersurai.

7.20pm Seramai 438 orang ditahan dalam perhimpunan anti-ISA mulai tengah hari hingga 6 petang, termasuk 37 wanita dan 38 kanak-kanak.

4.50pm Pasukan polis berkenaan beredar dari situ.

4.45pm Kira-kira 20 anggota polis berada di depan ibupejabat PAS di Jalan Laut. Bagaimanapun mereka tidak dapat masuk kerana pihak PAS enggan membuka pintu. Kelihatan tiga trak FRU dekat situ.

4.20pm: Media melaporkan antara 10,000 hingga 15,000 penentang ISA berkumpul semula sekitar kompleks membeli-belah Sogo - mereka kemudian ditembak gas pemedih mata dan meriam air.

Mereka mula melaungkan slogan-slogan anti-kerajaan dan membantah akta itu sejak kira-kira 4 petang.

4.02pm Polis melepaskan dua tembakan gas pemedih mata dan tembakan meriam air ke arah penyokong anti-ISA di hadapan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut ketika mereka sedang bersurai.

3.45pm Kira-kira 5,000 penentang akta ISA yang berkumpul di atas jalan di depan ibu pejabat PAS diminta bersurai selepas mendengar ucapan pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh popular Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.

Semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat berada di dalam bangunan ibu pejabat PAS sekarang - dijangka akan mengadakan sidang media.
3.38pm Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) Rahimuddin Md Harun dihalang di depan Public Bank di Jalan Tun Sambathan pada jam 2.45 petang tadi daripada meneruskan perjalanan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum.

3.35pm Kira-kira 5,000 berhimpun di depan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut. Mereka duduk di atas jalan, dipercayai untuk menghalang kenderaan polis ke situ. Mereka turut melaungkan 'Mansuhkan ISA'.

3.30pm Ratusan orang kelihatan bergerak menuju ke arah bangunan ibupejabat PAS. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ikut sama.

3.29pm: Manakala dua penyokong anti-ISA dapat melepasi kawalan polis untuk sampai ke Istana Negara tetapi kemudiannya ditahan polis

3.25pm Tinggal 100 orang kelihatan berlegar di kawasan masjid negara. Juga kelihatan beberapa anggota polis sahaja di situ. Sebelum ini polis melepaskan tembakan meriam air.

3.20pm Sebelum itu, stesen LRT Bandaraya dekat Sogo telah ditutup. Turut ditutup ialah stesen LRT Masjid Jamek dan Pasar Seni.

3.05pm Polis menembak gas pemedih mata lagi ke arah sekumpulan orang yang berhimpun semula berdekatan Sogo.

3pm Polis melepas tembakan meriam air ke arah kira-kira 300 orang yang berkumpul semula dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.53pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di kompleks Pertama, depan Sogo.

2.53pm Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan berkumpul di Masjid Negara dahulu sebelum bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan "deklarasi rakyat".

2.50pm Asap gas pemedih mata kelihatan berkepul-kepul selepas ditembak untuk menyuraikan kumpulan penentang ISA.

2.42pm Kumpulan dari arah Sogo yang bergerak di sepanjang Jalan Raja Laut ditembak gas pemedih mata.

2.41pm Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam untuk menyuraikan perhimpunan di bulatan dekat Bank Negara.

2.39pm Kumpulan dari arah Sogo menuju sepanjang Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka selepas berhimpun dan mendengar ucapan ringkas.

2.37pm Polis melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah lebih 2,000 penentang ISA bersama pemimpin PAS Dr Hatta Ramli di bulatan dekat Bank Negara.

2.33pm Orang ramai merempuh polis untuk ke dataran ikut belakang. Kira-kira 200 terlepas bersama Dr Hatta Ramli.

2.30pm Saksi-saksi menganggarkan hampir 10,000 berkumpul dekat Sogo, simpang jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Pemimpin GMI menyampaikan ucapan dan membacakan deklarasi rakyat mendesak ISA dimansuhkan. Pemimpin PKR Tian Chua dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kelihatan di sini.

2.22pm Mereka yang berarak dari Masjid Negara menukar haluan ke Padang Merbok.

2.20pm Polis menembak gas pemedih mata bagi meleraikan lebih 2,000 orang yang berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.15pm Hampir 2,000 berkumpul di hadapan Panggung Colesium di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersorak 'Mansuhkan ISA' dan bertakbir. Mereka datang dari arah Dataran Merdeka menuju ke Sogo.

2.10pm Pewaris membatalkan perarakan ke Istana Negara tetapi tetap berkumpul di Pasar Seni. Mereka akan menghantar memorandum ke istana menggunakan kenderaan.

2.10pm Polis membuat benteng tangan untuk menghalang lebih 1,000 orang berarak ke arah Dataran Merdeka.

2.01pm Di Masjid Negara, polis membuat tangkapan sehingga berlaku pergelutan hingga ada yang koyak baju (foto kiri). Kira-kira 2,000 sedang berjalan menuju ke Dataran Merdeka.

1.50pm: Polis mengarahkan orang ramai di Masjid Jamek supaya bersurai selepas mereka selesai solat Zuhur.

1.46pm: Kira-kira 1,000 berada di Masjid Negara, termasuk Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan AJK PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman juga kelihatan di situ.

Sekurang-kurangnya 25 orang ditahan.

1.46pm: Ketua Pemuda PKR Batu, Rozan Azen Mat Rasip ditahan polis dekat Sogo.

1.45pm: Dua gadis, yang berpakaian agak menjolok mata, masuk ke perkarangan ke Istana Negara kira-kira 1.30 petang - dan terus mencuri tumpuan media dan polis yang bertugas.

1.34pm: Setengah jam menjelang saat-saat perarakan ke Istana Negara, sekurang-kurangnya 10 ditahan di Nasjid Negara.

1.33pm: Menurut polis Kuala Lumpur, empat buah bas yang dipercayai membawa penyokong untuk menghadiri perhimpunan isu ISA ditahan engah hari ini, lapor laman web Utusan Malaysia.

Kesemua bas sewa khas itu dipercayai datang dari Terengganu.

1.26pm: Dua lelaki, dalam lingkungan 30-an dan 50-an, ditahan kerana membawa lambang anti-ISA. Polis juga mengadakan pemeriksaan rambang terhadap mereka yang memasuki masjid.

Lelaki tua itu, yang membawa baju mansuhkan ISA, menangis sewaktu ditahan. Azan solat Zohor berkumandang.

1.25pm: Semakin ramai berkumpul di Masjid Negara - sekarang mereka kini berjumlah kira-kira 500 orang.

1.20pm Lapan lelaki ditahan dekat kompleks membeli-belah Sogo.

1.15pm Menurut polis Kuala Lumpur, kira-kira 200 sudah ditahan dalam percubaan terlibat dalam demonstrasi besar anti-ISA ke Istana Negara.

1.05pm: Semakin ramai berkumpul di Masjid Negara sejak sejam lalu - mereka bergerak perlahan-lahan dari stesen lama keretapi. Kira-kira 200 orang kini berada di dalam dan luar masjid.

12.50pm: Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) depan Sogo menuju ke Dataran Merdeka sejauh kira-kira 1.8 km ditutup.

12.47 pm: Masjid Jamek ditutup kepada orang ramai. Hanya anggota polis boleh masuk.

12.40pm: Menurut seorang saksi, tidak ramai orang di Padang Merbok, salah satu tempat perhimpunan bagi kumpulan pro-ISA. Tiga trak polis kelihatan di situ, Menurut seorang pegawai cawangan khas, kumpulan pro-ISA mungkin hanya berkumpul di Pasar Seni.

12.37pm: Polis juta menguna unit anjing di Dataran Merdeka. Sekurang-kurangnya dua anjing polis dilihat di situ.

12.35pm: Seorang peguam, Puspawati Rosman, dari Pusat Bantuan Guaman ditahan di luar pusat tersebut di Jalan Jalan Tun Perak, dekat Masjid Jamek.

Dipercaya Puspawati (kiri) ditahan kerana mengedar risalah mennjelaskan hak mereka yang ditahan.

12.31pm Kira-kira 20 penyokong anti-ISA masuk ke dalam Masjid Negara.

12.30pm Kira-kira 10 orang termasuk dua wanita, ditahan di kawasan Masjid India.

12.27pm Jumlah tangkapan di sekitar kompleks membeli belah SOGO ialah 17 orang. Jadi jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 67 orang.

12.20pm dua lagi itangkap di sekitar kompleks membeli belah SOGO menjadi 16 orang ditahan setakat ini. Jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 66 orang.

12.15pm Tiga lagi ditangkap di sekitar kompleks membeli belah SOGO menjadi 14 orang ditahan setakat ini. Jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 64 orang.

12.10pm Jumlah mereka yang ditangkap di Pasar Seni kini meningkatkan kepada 14 orang. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 64 orang.

12.05pm Empat lagi ditahan di Sogo - menjadikan 11 orang ditahan setakat ini di perkarangan kompleks membeli belah itu. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 58 orang.

11.50am Tujuh lagi penyokong perhimpunan ISA ditahan di perkarangan kompleks membeli belah SOGO - menjadi 58 orang ditahan setakat ini.

11.45am Seorang lagi ditahan di Pasar Seni, menjadi jumlah mereka yang ditahan setakat ini meningkatkan 51 orang. Kira-kira 100 orang penyokong anti-ISA kelihatan berkumpul di stesen KTM berhampiran Masjid Negara.

11.40am Jumlah mereka yang ditangkap di Pasar Seni meningkat kepada lapan orang, manakala enam lagi ditahan di kawasan Masjid Jamek.

Pagi tadi polis menahan 36 orang - 14 anggota Unit Amal PAS dan 22 lagi di Masjid Negara dan tiga lagi di Pasar Seni.

Menurut Suaram, 14 14 anggota Unit Amal PAS itu - 13 dari Perak dan seorang dari Melaka - yang datang untuk membantu mengawal keselamatan di perhimpunan. ditahan pada kira-kira jam 7 pagi ketika tiba di stesen KL Sentral.

Manakala 22 orang lagi ditahan di Masjid Negara.

Menurut Wong lagi, anggota Unit Amal yang ditahan itu dibawa ke ibupejabat polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Manakala 22 orang yang ditahan di Masjid Negara, dihantar ke ibupejabat polis Cheras dengan dua trak polis.

Manakala tiga lagi ditahan di Pasir Seni pada kira-kira jam 11 pagi ini.

Read more...
Blog Widget by LinkWithin