Friday, October 30, 2009


Sawah Padi Kerajaan Kedah Bertukar Menjadi Lombong Emas!

0 comments
Beberapa bulan yang lalu kerajaan Pakatan Rakyat Kedah telah memajak tanah yang luas di Timor Leste bagi menanam padi. Tanah yang dipajak ini akan dijadikan tapak baru aktiviti penanaman padi yang kosnya jauh lebih murah berbanding di negara kita. Hasil padi ini dijangka akan dipasarkan dipasaran tempatan dan juga untuk eksport ke negara yang memerlukan.

Pemajakan tanah yang luas ini merupakan insetif kerajaan negeri bagi menangani kekurangan beras yang kerap berlaku di negeri ini dan negeri lain di Malaysia. ia juga sebagai persiapan menghadapi keberangkalian permasalahan ekonomi yang akan menghimpit negara membangun seperti Malaysia.

Kerja-kerja awal dijalankan di kawasan di Timor Leste ini. Namun ada satu perkara yang menakjubkan ialah penemuan emas yang begitu banyak sekali di kawasan yang menjadi milik kerajaan Kedah sekarang. Menurut perjanjian dengan kerajaan Timor Leste, setiap apa yang terkandung di tanah yang dipajak tersebut menjadi milik Kedah. Maka penemuan emas yang bernilai besar ini menjadi satu rezeki baru yang tidak disangka-sangka.

Oleh itu kerajaan Kedah dikatakan akan memulakan operasi pelombongan emas di kawasan ini tidak lama lagi. Demikianlah berkatnya bumi apabila diperintah oleh parti Islam. Begitu juga dengan penemuan terbaru bijih timah yang besar jumlahnya di Bukit Kinci, Sintok berhampiran UUM. Di zaman pemerintahan BN dahulu tidak timbulo semua hasil-hasiul bumi ini. Namun takdir Allah menemukan hasil ini ketika Kedah diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Read more...

EGM Pas Kuala Kedah Malam Ini?

0 comments
Kehangatan isu EGM yang Pas yang dicadangkan mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz disambut terlebih dahulu oleh Pas Kawasan Kuala Kedah. Tetapi apakah isunya sehingga dibuatv EGM tersebut. Umum mengetahui ramai pimpinan besar Pas Kedah terlibat secara langsung dengan kawasan Kuala Kedah. Antaranya Exco kanan Dato Ir Fakhrulrazi, Dato Hj Amirudin Hamzah dan adun Kubang Rotan Nasir Mustafa.

Tinjauan skuad DPPLP yang kebetulan berada di Kompleks Pas Kedah malam ini melihat kehadiran sekitar 400 orang perwakilan dan pemerhati mesyuarat agung khas ini. Kebetulan di sini juga sedang berlangsungnya mesyuarat dewan Ulama Pas Pusat. Setelah menemui beberapa pimpinan Kuala Kedah seperti TYDP sendiri Dato Haji Amirudin Hamzah, Ketua Penerangan Kawasan Ustaz Fauzi Husin dan Saudara Rashidi Razak ajk Pas kawasan, mereka memaklumkan EGM Pas Kuala Kedah ini dibuat khusus bagi membincangkan usul berkenaan mewujudkan pelan tindakan 5 tahun Pas Kedah 2009 - 2015.

Ia sebenarnya sebagai satu tindakan pantas Pas Kuala Kedah untuk mendesak dan melajukan gerak kerja Pas negeri kearah mempertahankan dan memperbesarkan lagi kemenangan Pas Kedah dalam pilihanraya yang akan datang. Namun persoalannya mengapa sehingga perlu EGM. Jawapannya supaya segala bentuk tindakan kearah persiapan menghadapi pilihanraya yang akan datang digerakkan dengan begitu serius daripada sekarang.

Tinjauan daripada beberapa pemerhati yang hadir seperti dari kawasan Pokok Sena, Baling dan lain-lain, berkemungkinan EGM Pas Kuala Kedah ini akan dituruti oleh EGM Pas kawasan-kawasan yang lain sama. Tahniah Pas Kedah kerana tidak lena dibuai kemenangan sebaliknya sentiasa melicinkan jentera utama parti untuk mempertahankan kemenangan.
Read more...

Thursday, October 29, 2009


Anak Ahli Diseru Sertai Unit Amal

0 comments
Sejajar dengan hasrat Pas untuk mewujudkan negara berkebajikan selaras dengan kehendak Islam, Unit Amal Pas kawasan akan diperkasakan. Ini kerana unit amal merupakan badan sukarela di bawah Pas yang terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti melibatkan kebajikan rakyat.

Oleh itu penambahan keahlian dan kualiti Unit Amal akan diusahakan daripada semasa ke semasa. Oleh itu dewan pemuda Pas Kawasan Lembah Pantai menyeru kepada seluruh ahli Pas Lembah Pantai untuk mendaftarkan anak-anak sebagai anggota unit amal. Ini bagi membiasakan mereka dengan aktiviti sukarelawan dan memastikan kesinambungan ibu bapa dalam berjemaah di dalam Parti Islam SeMalaysia Pas.
Read more...

Dua Wakil Pas Lembah Pantai Ke Misi Kemanusiaan di Padang

0 comments
Gempa Bumi yang berlaku di Padang, Indonesia 30 september yang lalu mendapat perhatian Pas Lembah Pantai. Tiga wakil daripada Lembah Pantai telah menyertai misi bantuan kemanusian di kawasan ini selama lima hari. Mereka ialah Ketua Pemuda Pas Kawasan Nasaie semail, Nasir Hasan ajk Pas kawasan dan aktivis parti Dr Herman.

Misi yang disertai oleh pemuda pas seluruh Malaysia ini telah berjaya membantu membuat 14 telaga tiub bagi membekalkan air bersih kepada penduduk di tiga buah kampung. Selain itu rombongan ini juga terlibat dalam memberi rawatan kesihatan dan juga membuka pusat Trauma untuk memulihkan trouma mangsa-mangsa gempa yang kehilangan keluarga.

Insya Allah di masa akan datang, kita akan meneruskan misi-misi seperti ini bagi membantu saudara-saudara kita di mana sahaja dan merealisasikan hasrat parti untuk menjaga kebajikan ummat.
Read more...

QORBAN PERDANA DI KEMBOJA

0 comments
Dewan Pemuda Pas Kawasan Lembah Pantai akan mengadakan satu program ibadah Qorban di Kemboja pada hujung bulan november ini. Perlaksanaan program ini dibuat bagi membantu saudara seIslam kita di Kemboja yang hidup dalam kemiskinan. Ia juga bagi memberi peluang kepada umat Islam di Malaysia khususnya Lembah Pantai bagi menunaikan ibadah qorban dengan kos yang kecil. Satu bahagian qorban dikenakan sebanyak RM250 sahaja jauh lebih murah berbanding di negara kita. Oleh itu peluang qorban dengan kos yang rendah ini diharap dapat menggalakkan umat Islam di kawasan ini untuk menunaikan ibadah ini.

Kepada yang berminat untuk menyertai ibadah qorban ini bolehlah mendapatkan borang penyertaan di beberapa tempat. Antaranya di Kedai Burger Abang Man John, Kedai Gunting Ts Winda di Jalan Gasing dan wakil-wakil daripada dewan pemuda Pas kawasan. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20 November 2009. Kami juga bersedia menerima penyertaan untuk aqiqah.
Read more...

Rehlah Pemuda 15 November

0 comments
Dewan Pemuda Pas Lembah Pantai akan mengadakan satu rehlah khas yang melibatkan seluruh ahli pemuda dan unit amal kawasan Lembah Pantai pada 15 november ini. Rehlah ini akan diadakan di satu kawasan khas di Hulu Langat. Ia bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli pemuda dan juga mengisi salah satu modul tarbiyah dalam mendepani cabaran perjuangan masa kini.

Selain ahli pemuda, keluarga peserta juga dijemput untuk turut serta. Satu program khas akan dibuat untuk merapatkan tautan sesama isteri dan anak-anak peserta rehlah ini. Yuran sebanyak RM5 dikenakan bagi setiap keluarga. Program ini akan diisi dengan tautan ukhuwah, BBQ, games dan pengisian daripada pimpinan. Dijangka Setiausaha Dewan Pemuda Pusat Sdr Kamaruzzaman Muhammad akan turut serta sebagai tetamu dan juga pengisi program.

Kepada yang ingin menyertai, boleh mendapatkan borang penyertaan di kedai Abang Man John.
Read more...

Saturday, October 10, 2009


Labels:

Bagan Pinang..Mencapai kemenangan

0 comments



Read more...

Monday, October 5, 2009


Labels:

Sekitar Rumah Terbuka Citrawarna 3 Budaya

0 comments

Read more...
Blog Widget by LinkWithin