Monday, November 30, 2009


Labels:

Gambar sekitar Hari Keluarga Pemuda LP

0 comments

Read more...

Saturday, November 28, 2009


Makan Malam Bersama Nizar di Lembah Pantai 15 Disember

0 comments
Pas Kawasan Lembah Pantai akan mengadakan majlis makan malam bersama Dato Seri Haji Nizar Jamaludin, ajk Pas Pusat. Majlis akan diadakan pada 15 disember 2009 di Dewan Orang Ramai Jalan Gasing Indah berdekatan Pantai Dalam. Majlis akan bermula jam 8 malam.

Orang ramai dijemput hadir. Tiket majlis ini boleh didapati daripada wakil-wakil pas kawasan dengan harga RM10. Orang awam boleh mendapatinya di kedai burger Man John depan pintu gerbang kedua Pantai Hillpark atau mendapatkannya di pintu masuk pada hari tersebut.
Read more...

Labels:

MCA: Najib Liabaliti Buat BN

0 comments
Pengumuman Raja Petra berkenaan Balasubramaniam yang akan pulang ke Malaysia menambah beban BN. Bala yang dikaitkan dengan kes Altantuya menyimpan banyak rahsia Perdana Menteri dan isterinya. Setelah membuat pendedahan penglibatan Rosmah dan Najib dalam kes Altantuya, Bala kemudiannya hilang.

Beberapa hari lalu, dia mula mendedahkan bahawa adik Najib yang juga orang kuat CIMB yang terlibat melarikannya ke luar negara. Beberapa salinan cek juga didedahkan bagi membuktikan dia diupah oleh kroni Najib untuk keluar negara. Namun sehingga ke hari ini tiada penafian oleh keluarga Najib. Najib pula lama berada di luar negara dengan harapan isu panas ini akan berlalu sahaja tanpa dijawab. Targetnya apabila pulang ke Malaysia, dia segera menyerang pakatan rakyat supaya isunya akan dialihkan.

Walaupun isu Altantuya kelihatan seperti sudah sejuk setelah Najib membawa imej baru dalam pemerintahannya, namun ia kembali panas. Bala bersedia untuk membuat beberapa pendedahan lagi berkenaan isu ini sebagaimana didakwa Najib. Bermakna imej Najib akan kekal buruk dimata dunia dan rakyat Malaysia. Sebelum itu Najib menegur pemimpin MCA dengan mengatakan konflik terbuka MCA akan menyebabkan rakyat menolak BN dalam pilihanraya akan datang. Namun bagi sesetengah orangf MCA yang ditemui penulis, dia mengatakan Najivb juga adalah masalah besar bagi BN. Najib menjadi liabiliti buat BN untuk memenangi p[ilihanraya akan datang. Rumusannya, kedua-dua pihak adalah liabiliti dan BN akan terkubur.
Read more...

Labels:

Malang MCA Melantik Mahyudin Penyelesai Konflik

0 comments
MCA seperti jatuh ditimpa tangga berkali-kali dan bukan sahaja lebam-lebam badan, namun akan mati terus apabila Mayudin Yasin menjadi orang tengah menyelesaikan konflik mereka. Konflik dalaman yang berterusan diantara tiga puak dalam MCA diantara Ong Tee Kiat, Chua Soi Lek (walaupun dilihat sudah bersatu) dan Tiong Lai menjerumus parti itu kearah kemerosotan.

Berdasarkan kepada EGM yang diadakan sebelum ini, undi yang diterima oleh Soi Lek dan Tee Kiat tidak jauh berbeza. Bolehlah dikatakan kekuatan mereka 50-50. Namun selepas EGM itu yang menyaksikan undi tidak percaya kepada Tee Kiat sebagai Presiden, salah seorang naib presiden pro Tee Kiat telah mengkhianatinya dengan menubuhkan kumpulan baru terdiri daripada 16 ajk pusat MCA untuk menggulingkan Tee Kiat. Ini menyebabkan kem mereka berpecah dua. Secara mudahnya kita akan melihat konflik ini membantutkan usaha Najib memulihkan sokongan kepada BN khususnya dikalangan orang bukan Melayu. Jika orang Melayu, Najib sangat selesa kononnya sekarang. namun konflik MCA ini adalah pukulan maut yang akan menenggelamkan BN dalam pilihanraya akan datang.

Maka lahirlah suara dalam MCA yang memohon Najib campur tangan menyelesaikan konflik ini. Najib masih cuba dilihat berkecuali. Lalu datanglan Mahyudin Yasin atas kapasiti timbalan pengerusi BN untuk selesaikan. Kata Mahyudin, dia akan menemui semua pihak yang bertelagah dan akan menyelesaikannya dalam masa seminggu. Sekarang sudah hampir seminggu dan poenyelesaiannya belum dilihat. Walaupun EGM yang akan dibuat dibatalkan, namun perhimpunan khas puak-puak naib presiden anti Tee Keat sangat panas pada hari ini. Kehadiran yang sangat ramai dalam perhimpunan itu menampakkan bermulanya perang secara terbuka daripada peringkat akar umbi terhadap Ong Tee Keat. Mengapa hal ini berlaku.

Jawabnya pendamai yang dihantar itu juga adalah seorang yang bermasalah, gagal dan lembab. Sebelum menyelesaikan konflik MCA ini Mahyudin juga telah ke Terengganu untuk menyelesaikan konflik tiga puak Umno Terengganu. Jelas gagalnya dia di sana apabila sebahagian ketua bahagian memboikot majlis beliau. Konflik terus berlarutan dan sebahagian puak di Terengganu menolak keras kedatangan seterusnya Mahyudin Yasin. Jadi kalau dalam parti sendiri dia gagal, bagaimana hendak selesaikan masalah MCA. Kemudian kepada siapa lagi hendak diharapkan. Najib?

Najib juga sebenarnya gagal dalam menyelesaikan konflik Umno Terengganu dan Perlis. Mahyudin hanya dip[eralatkan untuk menyelesaikan konflik ini supaya kelembapan Najib tidak kelihatan. Maklumat yang diterima, sejak awal lagi, beberapa kumpulan yang bertelagah di terengganu telah datang ke Putrajaya menemui Najib. Ada yang merayu dan ada yang mengugut akan bubarkan dun jika dia diketepikan. Najib tidak dapat menyelesaikannya.

Oleh itu tidak ada lagi pengharapan kepada kedua-dua orang ini melainkan MCA dan Umno sendiri akan larut ditolak rakyat Malaysia. Sebelum mereka ditolak rakyat, Najib dan BN merangka strategi kedua iaitu memburukkan lawannya daripada Pakatan Rakyat. Caranya ialah m,engadu dombakan parti-parti Pakatan, memburukkan pemerintan di negeri Pakatan dan memburukkan imej pemimpin. Setelah mereka berjaya burukkan imej Anwar, Haji Hadi dan Kit Siang, mereka tertinggal seorang di Kelantan. Kajian yang diumumkan ahli akedemik bahawa tahap sokongan rakyat kepada Pakatan disebabkan juga imej Tok Guru Nik Aziz yang hebat. Kemudian satu badan dunia juga mengumumkan Nik Aziz sebagai pemimpin ke-42 paling berpengaruh di dunia jauh meninggalkan Najib dan Mahyudin yang tidak masuk rekod. Lalu mereka menumpukan serangan memburukkan imej Mursyidul Am Pas itu.

Namun Pakatan Rakyat tetap meneguhkan ikatan mereka terutamanya dengan mengadakan konvensyen Pakatan Rakyat pada bulan 12 ini yang dilihat sangat membahayakan BN. BN khuatir dengan Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor akan terlepas ke tangan Pakatan akibat kemelut dalaman Umno dan MCA ini. Kesimpulannya Najib dan Mahyudin kian menjadi liabaliti buat BN.
Read more...

Siri 3: BTN Tanamkan Malaysia Negara Islam

0 comments
Diantara siri-siri kursus BTN ialah menanakmkan kepada peserta bahawa Malaysia adalah negara Islam. Pelbagai hujah diberikan supaya peserta menyokong kepimpinan BN tanpa ragu-ragu lagi hanya semata atas alasan Malaysia negara Islam.

Alasannya ialah Perdana Menteri beragama Islam, adanya Majlis Agama Islam, Jakim, UIA, Bank Islam dan lain-lain. Dikeluar juga kenyataan ulama dunia khususnya Dr Said Ramadhan AL Butti yang bersetuju dengan Islam Hadhari yang dibawa BN Malaysia. Namun dalam satu pembentangan di Syria yang dibuat oleh Dr Hamid Osman, Sheikh Butti menafikan dia menulis buku tentang Islam Hadhari dengan maksud menyokong Islam Hadhari. Dia menulis buku tetang Hadharah Insaniah (pembangunan manusia), tetapi BN Malaysia menyelewengnya. Secara berdepan dalam majlis itu, beliau menyebut tidak akan bertanggungjawab dengan buku tersebut. Jelas BN berbohong dengan hujah ulama.

Seterusnya apabila ada peserta yang bangun dalam mana-mana kursus BTN dalam hal negara Islam ini, mereka tidak mampu menjawabnya.
Read more...

Siri Dua: Ramadhan Fitri Pelajar Cemerlang Yang Disekat BTN Keluar Negara

0 comments
Saya ingin berkongsi cerita kursus-kursus yang dianjurkan Biro Tata Negara sebagai balasan kenyataan Mahyudin yang menyatakan Kursus BTN ini baik. Sahabat saya Ustaz Ramadhan Fitri Elias terkenal dengan kecemerlangannya dalam pelajaran dan kepimpinan. Diakhir pengajiannya di Universiti Malaya pada tahun 2005, dia kekal dengan first degree dalam keadaan sibuk sebagai presiden Gamis, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UM dan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM. Dia juga berjaya menghabiskan pengajiannya satu semester lebih awal daripada biasa.

Sepatutnya beliau terpilih menerima anugerah daripada universiti pada hari konvokesyen dan dia juga lulus untuk mendapat biasiswa bagi menyambung pengajian peringkat master ke luar negara. namun semuanya disekat akibat hasutan pihak 'berkenaan'. Seterusnya beliau menyambung pengajiannya ke UIA dalam bidang Syariah dan Muamalat (Perbankan Islam) dan lulus dengan cemerlang juga dua tahun berikutnya. Perancangan seterusnya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di peringkat PhD. Semua permohonan telah dibuat dan selesai segalanya. Panggilan ke United Kingdom dan Australia juga telah diperolehinya. Beberapa permohonan tajaan biasiswa juga dibuat.

Namun diantara syarat untuk memperolehi biasiswa ini perlu melalui kursus BTN. Dia akur dan mengikuti kursus tersebut. Namun diakhir kursus tersebut, dia dikatogerikan sebagai gagal. Sedangkan sebelum ini tidak ada istilah gagal atau lulus. Yang wajib hanya menyertainya sahaja. Namun itulah nasibnya. Dia diberi peluang untuk merayu dan dalam rayuan tersebut dia menghadap pengarah BTN Malaysia, timbalan menteri ketika itu Dato Noh Omar dan beberapa pegawai BTN lebih daripada tiga orang. Dalam pertemuan tersebut dia diasak oleh pengarah BTN dengan mengatakan dia ini lawan kerajaan sebelum ini. Dato Noh juga memujuk dia menyertai Umno. Inikah kursus kenegaraan?

Namun selesai proses itu, sehingga ke hari ini dia gagal ke luar negara akibat kerja 'kenegaraan ala Mahyudin' BTN ini. Sedangkan inilah anak bangsa yang pintar dan cemerlang yang sepatutnya diberi galakkan kerana akan mendatangkan hasil kepada negara, namun mereka sanggup menyekatnya semata-mata nafsu buas mahu semua orang menyokong BN. Dalam kursus-kursus yang dianjurkan untuk pelajar-pelajar master dan phd ke luar negara, mereka digambarkan dengan terang-terang bahawa bapa-bapa cina inilah (sambil menunjukkan kepada peserta-peserta cina dalam program itu) yang telah membunuh nenek moyang kita semasa darurat dahulu. Nak jelas perkauman secara berdepan dibuat oleh BTN. Bukan sekadar itu, dia juga memerli peserta yang dikatakan pro kepada Pas atau parti pembangkang lain. Inilah kerja kenegaraan yang Mahyudin maksudkan.

Kalaulah BTN pro Melayu sangat, kenapa disekat anak melayu pintar untuk melanjutkan pelajaran. Inilah kejahatan dan kezaliman BTN. Tidak ada alasan bodoh lagi untuk Mahyudin pertahankan BTN melainkan memansuhkan segera BTN ini.
Read more...

Siri 1: Pendedahan Kejahatan BTN

0 comments
Kursus BTN yang menjadi polimik selama ini jelas menghasut dan merosakkan perpaduan negara. Penafian yang dibuat oleh Mahyudin Yasin adalah penafian yang bodoh dengan menganggap rakyat semuanya jahil sepertinya. Beliau merasakan yang pergi kem BTN tersebut hanyalah ahli Umno yang boleh diumpan.

Penulis pernah mengikuti dua kursus anjuran BTN di Malaysia dan di luar negara. Pertamanya kursus yang diadakan untuk pelajar baru universiti selepas pilihanraya 2004 dahulu. Dalam kursus tersebut beberapa penceramah membangkitkan soal 13 mei dengan menyalahkan pemimpin mahasiswa pro pembangkang lah punca 13 mei. Antara nama yang disebut ialah Hamid Ali dan rakan-rakannya. Kemudian ditunjukkan juga imej Tok Guru Haji Hadi, Anwar dan Kit Siang yang dilebalkan boleh memecah belahkan perpaduan.

Ditonjol lagi imej Ustaz Zaharudin Abdul Rahman, Nazri Chik, Ustaz Ramadhan Fitri, Khairul Anwar Mat Zuki, Hishomudin Bakar, Fuad Ikhwan (kesemuanya mantan pimpinan PMIUM), us Nazri Din (UPM), Abdullah Abdul Karim (UKM) dan lain-lain pemimpin dan bekas pimpinan Mahasiswa. Mereka ditonjolkan menjadi alat kepada Pas dan mahasiswa perlu menjauhkan diri dareipada mereka. Dalam erti kata lain, menghasut mahasiswa menjauhkan diri darpada menyertai Persatuan Mahasiswa Islam di kampus masing-masing. Sedangkan kesemua PMI ini berdaftar dengan Universiti. Ditonjolkan juga tentang Dewan Tunku Canselor terbakar, tangkapan dua buah bas ahli PMIUM zaman ustaz Ramadhan yang kononnya hendak pergi bantu Pas dalam pilihanraya. Padahal kesemua kes ini ditutup dan tidak ada seorang pun ahli atau pimpinan PMIUM yang dihukum terlibat atau bersalah. Di sini lah lambang kejahatan BTN.

Keduanya di Syria, kursus dibuat atas nama kursus kepimpinan. Walaupun watak-watak yang hadir adalah daripada BTN. Mereka datang atas tiket Kementerian Pengajian Tinggi. Sampai ke Syria, disamping mengadakan kursus di Maahad Abu Nur, mereka juga mengadakan perjumpaan dengan kelab Umno Syria. Saya punya bukti dan saksi yang ramai dalam kes ini. Mengapa datang atas tiket kerajaan, kemudian bertemu UMNO Syria.

Dalam ceramah seorang yang menggelarkan dirinya sebagai 'Pak Su' berceramah bab perkauman. Dia mengatakan sekarang cina sudah menguasai Perak. Nizar digambarkan boneka Cina. DAP amat berbahaya kepada negara Malaysia. Dia juga memberi contoh berapa banyak tanah, biasiswa dan pelbagai hak istimewa orang Melayu yang terhakis. Dan secara lajunya dia mengatakan bahawa Anwar 'Waathi'. Maknanya peliwat. Ini tuduhan sebelum mahkamah buktikan. Apabila kami bertanya (Kalau BTN baca tulisan ini, tentu dia ingat siapa saya), dia nafikan. Padahal ramai yang mendengar. Kemudian apabila kita mengatakan punca hak istimewa orang Melayu dan penghinaan kepada raja-raja Melayu ini puncanya adalah Umno BN yang ajar dan mulakan, dia tidak tahu jawab dan gelabah. Lalu mengatakan itu dahulu. Jadi kita mahu ke depan. Masalahnya dalam kursus itu dia asyik menyalahkan parti-parti pembangkang yang digambarkan sebagai punca ini semua. Seterusnya menyeru menyokong kerajaan pusat (BN lah). Ni bukan dakyah ke Mahyudin woi. Bukan lagi dakyah, tapi sesat dan menyesatkan.

Mana ilmu kenegaraannya Mahyudin Yasin? Ilmu menghasut membenci pembangkang itu kenegaraan? Balik ke Pagoh, ambil PMR semula lebih baik buat TPM.
Read more...

Tuesday, November 17, 2009


Rehlah Pemuda Lembah Pantai Kukuhkan Ukhuwah

0 comments
Program Rehlah Dewan Pemuda Pas Lembah Pantai yang diadakan di Congkak Forest, Hulu Langat ahad lalu telah berjaya mengikat ukhuwah sesama ahli pemuda Pas Lembah Pantai. Program yang dijalankan sehari itu bermula sekitar jam 9 pagi dan tamat jam 6 petang,

Program ini melibatkan ahli-ahli pemuda dan keluarga. Antara acara yang berjaya dijalankan ialah pengisian oleh Ketua Pemuda Pas Wilayah saudara Kamaruzzaman Muhammad dan Ketua Pemuda Kawasan. Selebihnya program diisi dengan BBQ dua ekor kambing, ramah mesra berkeluarga, wehdah dan aktiviti santai.

Program ini telah berjaya menghimpunkan ahli keluarga pemuda dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli dan isteri-isteri dan anak-anak pemuda.
Read more...

Labels:

Bekas Adun Seputeh Buat Kecoh di Dun Kedah

0 comments
Permulaan sidang dun Kedah isnin lalu kecoh dengan tindakan Dato Abu Hasan bekas adun Kota Seputeh yang masuk ke dewan walaupun dihalang Speaker. Speaker dun Kedah Dr Abdul Isa sebelum itu memutuskan bahawa Abu Hasan tidak diiktiraf lagi sebagai adun kerana kesalah-kesalahannya yang melanggar undang-undang tubuh negeri Kedah.

Malah kerusi Kota Seputeh pun telah dialihkan dalam dewan undangan negeri sebelum persidangan. Namun terdapat 'orang dalam' dikalangan pegawai kerajaan yang masih menjadi alat Umno telah memasukkan kembali kerusi tersebut. Ini membolehkan Abu Hasan memasuki dewan setelah diarahkan oleh Mahyudin.

Berlaku kekecohan apabila Speaker menghalau Abu Hasan sehingga menyebabkan sidang terganggu. Beberapa trak FRU juga kelihatan di sekitar bangunan dun Kedah. Kesudahannya amat memalukan apabila mahkamah mengistiharkan sememangnya dia bukan lagi adun.

Harap-harap tidak ada campur tangan dalam rayuan seterusnya. Kepada ahli-ahli Pas dan Pakatan Rakyat, sama-samalah kita berdoa kepada Allah moga perancangan Umno BN digagalkan.
Read more...

Labels:

Kota Seputeh: Mahyudin Tebal Muka, SPR Tergadah

0 comments
Keputusan mahkamah tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan dun Kota Seputeh kosong dan mesti diadakan pilihanraya ibarat tamparan pedih ke muka Mahyudin Yasin timbalan Presiden Umno. Ini kerana hanya beberapa hari sebelum itu sahaja Mahyudin mengeluarkan kenyataan supaya bekas Adun Kota Seputeh, Dato Abu Hasan diarah menghadiri sidang dun walaupun tidak dibenarkan Speaker.

Kata Mahyudin, siapa Speaker nak halang adun masuk dewan sedangkan SPR putuskan kerusi itu tidak kosong? Saya mahu bertanya balik, siapa Mahyudin hendak arahkan Abu Hasan masuk dewan. Kamu tidak ada kena mengena dengan dewan undangan negeri Kedah. Menteri Besar pun tidak, Speaker pun tidak malah bentara dewan atau 'cleaner' dewan pun tidak. Tiba-tiba berlagak seperti berkuasa nak arahkan Abu Hasan masuk dewan hari isnin semalam.

Namun apabila mahkamah memutuskan sememangnya kerusi dun Kota Seputeh kosong, Mahyudin diam seribu bahasa. Kata Umno, mereka akan merayu ke mahkamah rayuan. Sudah pasti Mahyudin akan mencari jalan bagaimana hendak memadamkan merah mukanya akibat malu setelah angkuh mengarahkan Abu Hasan masuk dewan undangan negeri Kedah.

Sejauhmana mahkamah rayuan akan bertindak adil, kita tridak pasti. Dalam kes MB Perak, sebaik dibawa ke mahkamah rayuan, keputusan mahkamah tinggi sebelumnya yang mengistiharkan Nizar sebagai Menteri Besar dibatalkan. Kini keputusan mahkamah tertinggi, mahkamah Persekutuan pula tergantung. Mengapa jadi begini? Mahkamah belum bebas. Adakah ini persepsi atau realiti. Dua-duanya benar.

Lebih penting lagi, Umno BN khuatir dengan keputusan mahkamah tinggi ini akan mengancam kerajaan haram Zamri Perak. Ini kerana dalam kes yang sama SPR telah mencampuri urusan Speaker Sivakumar yang mengistiharkan dun Behrang, Cangkat Jering dan Jelapang kosong. Jika keputusan mahkamah dalam kes 3 dun ini disemak, maka kemungkinan pilihanraya kecil di tiga dun ini boleh terjadi. Makanya juga, kemungkinan kerajaan haram BN akan goyah kerana mereka hanya bergantung kepada tiga adun ini.

Ketiganya, kita faham kes ini adalah diantara Speaker DUN Kedah melawan SPR yang dikatakan mencampuri kuasa speaker. Dengan keputusan mahkamah tinggi ini, ia menyebabkan SPR malu besar dan rosak teruk reputasi mereka. Ketelusan mereka dipertikaikan kerana mahkamah memutuskan SPR melanggar undang-undang. SPR begitu angkuh sebelum ini menyerang pembangkang dengan katanya kerap membuat persepsi buruk kepada SPR. Namun kini mahkamah yang memutuskan SPR sememangnya melanggar undang-undang sekaligus menzahirkan kepada masyarakat umum, SPR alat BN dalam semua kes sebelum ini.

Untuk menutup malu besarnya, SPR sekali lagi angkuh seperti tidak mahu menerima keputusan mahkamah apabila mengeluarkan kenyataan untuk merujuk peguam negara berkenaan keputusan mahkamah tersebut. Padahal untuk apa dirujuk lagi kerana kalausanya sudah jelas tanpa pertikaian, bahawa SPR mesti mengadakan piliharaya kecil di Kota Seputeh. Itu arahan hakim.

Namun jika benar-benar pilihanraya terpaksa diadakan, jentera Pas dan Pakatan harus berhati-hati dan lebih ketat dan tegas kerana tidak mustahil SPR membalas dendam seperti yang berlaku sebelum ini. Apapun, kesimpulan yang jelas, BN sebenarnya sangat takut jika pilihanraya kecil diadakan di sini kerana mereka merasakan untuk mempertahankan kemenangan sebelum ini amat sukar. Jika kalah, moral pendokong BN seluruh negara yang baru pulih sedikit selepas Bagan Pinang akan kembali hancur dan longlai.
Read more...

Monday, November 9, 2009


Labels:

Najib Khuatir Bukan Melayu Tetap Menolak BN

0 comments
Dato Seri Najib Razak mula bersuara berkenaan krisis kepimpinan yang berlaku dalam MCA. Katanya jika krisis ini berlarutan, pengundi cina sukar untuk memilih BN sebagai parti pilihan mereka. Dalam keadaan Najib cuba menonjolkan dirinya sebagai pemimpin pelbagai kaum dengan tema 1 Malaysia, disatu pihak lagi dalam BN masih lagi berseteru sesama mereka.

Pelan damai yang dibuat MCA diantara Ong Tee Keat dengan Chua Soi Lek hanya bertahan satu hari. Ini kerana timbul konflik baru apabila 16 ajk pusat MCA mahukan diadakan EGM kedua bagi menentukan perlunya pilih pimpinan baru dalam MCA. Kelompok 16 ini mahukan seboleh-bolehnya kedua-dua pimpinan MCA yang ada diatas itu berundur.

Jika EGM ini berlaku, ia akan mencipta sejarah baru perpecahan parti kompenen BN apabila setahun tiga kali mesyuarat agung terpaksa dibuat termasuk dua daripadanya mesyuarat agung khas (EGM).

Masalah kedua pula krisis diantara pemimpin Umno dengan Presiden Gerakan yang dikritik teruk di parlimen oleh MP Seri Gading. Ia mengundang kemarahan buat pemimpin Gerakan yang mendesak Najib mengambil tindakan terhadap MP Seri Gading. Namun Najib tersepit di sini sama ada mahu mengambil tindakan menjaga hati parti kompenennya atau menjaga sokongan asas daripada Umno kepadanya.

Umum mengetahui Gerakan Pulau Pinang pernah mengambil tindakan memboikot Umno Pulau Pinang selepas berkrisis dengan salah seorang ketua Umno Bahagian di sana. Jadi jika krisis ini berlarutan, tidak mustahil tindakan yang sama boleh terjadi diperingkat pusat.

Tidak cukup dengan itu, krisis yang berlaku dalam MIC dan PPP juga merumitkan gerak kerja Najib. Perebutan jawatan dan cantas mencantas yang berlaku menyebabkan Najib hilang harapan lagi kepada kedua parti kaum India ini. Sebab itulah Najib bersedia dilihat seolah-olah sebagai penaja parti baru kaum India iaitu Makkal Sakti Party menjelang pilihanraya Bagan Pinang.

Namun harapan Najib untuk melihat parti ini berjaya menjadi alternatif kepada kaum India untuk menyokong BN tidak terjadi. Ini kerana selepas pelancaran Makkal Sakti Party ini, ianya tidaklah diterima dengan terbuka oleh kaum India. Lebih daripada itu bocor maklumat di Bagan Pinang, apabila ada dikalangan pemimpin parti baru ini mengedarkan risalah supaya masyarakat India tidask mengundi BN dan Pas di Bagan Pinang. Ini dilihat sebagai kesetiaan yang sementara sahaja diberikan kepada Najib selaku pengerusi BN.

Sebab itulah dalam retreat Umno, mereka mahu Umno menjadi 'Big Brother' yang mengatasi parti-parti lain dalam tulisan saya sebelum ini. Namun adakah dalam pilihanraya akan datang 'Big Brother' ini akan bertanding di kawasan MCA dan MIC? Jika bertanding, ia akan menambahkan lagi krisis besar Barisan Nasional ini. Dalam masa yang sama Najib terpaksa memikirkan pelan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat dengan memecah belahkan kesatuan mereka. Maka kesimpulannya, Najib tidak berupaya untuk melakukan pilihanraya umum ke 13 lebih awal seperti dijangka. Maka Pakatan Rakyat masih punya masa untuk lakukan reformasi dalam tindakan dan strategi bagi memulihkan keyakinan dan mengekalkan kemenangan yang ada ke arah menuju kemenangan lebih besar menawan kerajaan pusat.
Read more...

Dr Dzul dan Wiliam Leong di Forum Budjet 2010 di Bangsar

0 comments
Pakatan Rakyat Lembah Pantai akan mengadakan satu forum membincangkan budjet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri di parlimen minggu lalu. Antara ahli panel yang akan turut serta ialah Yb Wiliam Leong (MP Selayang merangkap Bendahari PKR), Yb Dr Dzulkifli Ahman (MP Kuala Selangor/Ajk Pas Pusat) dan Yb Liew Chin Tong (DAP).

Majlis ini akan diadakan pada 14 november hari sabtu jam 3 petang di Bangsar Seafood Restaurant, Jalan Ara, Bangsar Baru. Kepada pendokong Pakatan Rakyat Lembah Pantai dijemput hadir.
Read more...

Saturday, November 7, 2009


Labels:

Umno Jadi Big Brother Ketepikan Parti Kompenen

0 comments
Umno telah memutuskan untuk menjadi big brother yang mengatasi semua rakan-rakan gabungan Barisan Nasional. Ini kerana mereka tidak mengharapkan lagi peranan parti kompenen untuk mendapatkan undi bukan Melayu kepada BN. Oleh itu semua aktiviti dan tindakan Umno ke arah seolah-olah merekalah MCA, MIC dan Gerakan.

Parti-parti lain tidak akan dihiraukan lagi kerana mereka bagi Umno gagal mendapatkan undi dan berhadapan dengan masalah kepimpinan yang serius. Seorang pemimpin gerakan merasakan sikap Umno itu menunjukkan keangkuhan mereka. Mereka hanya pandai menyalahkan parti kompenen atas masalah yang berlaku. Sedangkan punca BN ditolak oleh bukan Melayu dalam pilihanraya yang lalu disebabkan kenyataan dan tindakan Umno sendiri yang bersifat 'resist' terhadap bukan Melayu.

Jadi kesalahan ini yang besar sekali terletak kepada Umno. tetapi mereka tidak sedar yang asyik menyalahkan parti kompenen sahaja. Kehadiran Najib merasmikan parti Makal Sakti membuktikan dia sanggup mengenepikan parti kompenen yang setia berpuluh tahun dengan BN.

Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil akan ada satu dua parti kompenen Barisan Nasional yang akan mengambil tindakan bersendirian dan keluar daripada Barisan Nasional.
Read more...

Jangan Leka Dengan Pujian, Berjiwa Besar Terhadap Kritikan: Dato Tuan Ibrahim

0 comments
Seluruh pendokong Pas disemua peringkat mesti berjiwa besar dengan kritikan yang dilakukan terhadap parti. Menurut naib presiden Pas Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, pendokong Pas tidak boleh leka dengan pujian, malah mengharapkan pujian juga tidak digalakkan. Ini kerana kritikan adalah untuk membina parti dan jemaah.

Beliau merujuk kepada sejarah Sultan Harun Ar Rasyid dengan seorang ulama bernama Fudail bin I'yad. suatu haru khalifah Harun Ar Rasyid meminta menterinya memanggil Fudail ke istana. apabila sampai ke istana, Fudail menegur khalifah tentang satu hal. Menteri pengiring berang dengan tindakan Fudail. Dia memarahi Fudail kerana katanya tidak menghormati khalifah.

Lalu Fudail bertanya kepada Khalifah, siapakah yang memarahinya itu. Lalu khalifah memberitahu beliau ialah menteri pengiringnya. maka Fudail berkata kepada khalifah,
"Hati-hatilah dengan dia, kerana mungkin dia boleh menggembirakan kamu di dunia, tetapi tidak dapat menyelamatkan kamu di akhirat. Khalifah berbesar hati menerima teguran Fudail.

Lalu dia mengikut Fudail pulang ke rumahnya. Sampai di rumah, Fudail menutup lampu rumahnya dan mereka berada dalam kegelapan. Lalu khalifah Harun bertanya, mengapa rumah kamu gelap? Fudail menjawab, "aku melihat kamu siang malam dalam cahaya dunia, sengaja aku memberi kamu duduk dalam kegelapan."

Khalifah tidak memarahi Fudail dan menerima maksud teguran Fudail kepadanya. Begitu juga dengan peperangan Badar, Rasulullah mendengar teguran sahabat-sahabat sehingga membuahkan kejayaan. Oleh itu kata Dato Tuan Ibrahim, ahli Pas hendaklah berlapang dada apabila dikritik. Kerana kritikanlah yang membantu meningkatkan kemajuan sesebuah parti. Beliau berkata demikian ketika berucap di seminar memperkasakan pas di Taman Melewar semalam.
Read more...

Seminar Khas Pas: Buktikan Pas Terbuka

0 comments
Walaupun banyak kritikan yang dilemparkan oleh Pas sejak akhir-akhir ini, namun ia dipandang positif oleh pimpinan parti. Menurut Dr Abu Hasan Hasbullah salah seorang panelis luar jemputan ke seminar khas semalam, apa yang dilakukan oleh pas semalam mencatat satu sejarah. itulah kali pertama dan satu-satunya parti politik di Malaysia sedia memanggil tokoh luar parti untuk bercakap secara terbuka kepada dalam majlis parti menegur, mengkritik dan mencadang sesuatu untuk parti tersebut.

Keduanya ia menggambarkan bahawa Pas diharapkan oleh masyarakat luar untuk menjadi alternatif dan seterusnya menggantikan parti-parti dalam Barisan Nasional. Jika peranan pas tidak diperlukan dan harapan tidak diletakkan kepadanya, tidak akan ada pihak yang ingin mengambil perhatian dengan mengkritik atau menegur parti tersebut. Dalam menghadapi kedewasaan dan kesediaan untuk menggantikan pemerintah yang ada, Pas bersikap terbuka dengan teguran tersebut.

Malah dalam ucapan penutup Presiden, beliau menyatakan pendiriannya yang terbuka dan menerima kritikan yang dikemukakan terhadap parti khususnya dirinya sendiri. "Kita akan lakukan perubahan terhadap kritikan yang sememangnya kena pada kita. Manakala kritikan yang tidak betul pula, kita akan menjawabnya."

Malah presiden tidak berkecil hati sekalipun dengan telahan terhadap pas dan dirinya, sebaliknya menyeru kepada semua pendokong pas untuk terbuka dan berjiwa besar dalam melakukan perubahan kearah mendewasakan pas. Resolusi seminar ini menyebut dengan tegas perancangan Pas seterusnya untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat, meningkatkan usaha menarik sokongan pengundi muda dan menambahkan usaha meluaskan penubuhan kelab penyokong pas di semua peringkat.
Read more...

Thursday, November 5, 2009


Ustaz Ahmad Basri Kembali Kerahmatullah

0 comments
Pendakwah bebas Ustaz Ahmad Basri telah kembali kerahmatullah pagi tadi. Sebelum itu beliau telah koma selama tiga hari selepas terbabit dengan kemalangan jalan raya. Ketika itu almarhum pulang dari menyampaikan kuliah dengan menaiki motorsikal. Dia telah dilanggar oleh sebuah lori dan koma di tempat kejadian.

Almarhum terkenal dengan kuliah agamanya sekitar Lembah Pantai khususnya di Masjid Ar Rahman UM dan surau Al Falah Bukit D. Jenazah beliau dikebumikan di kampungnya di Klang.

Yang Dipertua Pas Lembah Pantai Ustaz Adlin Soleh mengucapkan takziah buat keluarga almarhum. Menurut beliau, almarhum berjasa besar dalam membangunkan masyarakat Lembah Pantai khususnya melalui kuliah-kuliahnya.
Read more...

Monday, November 2, 2009


MP BN Sabak Bernam Didakwa SPRM: Pelengkap Konspirasi Jatuhkan PR di Selangor

0 comments
Dimahkamah Seksyen Shah Alam pagi ini, kelihatan Ahli Parlimen Sabak Bernam Dato Rahman Bakri didakwa atas kesalahan berkaitan rasuah atau penyelewengan. Turut sama didakwa ialah Yahya Saari bekas pegawai khas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga Wong Chua How pembantu exco Dap Selangor Ronnei Liew.

Menurut Ronnei, 20 wakil rakyat di Selangor telah disiasat SPRM dan dijangka pembantunya hanya pemula kepada yang didakwa. Bermaksud akan ada banyak lagi pendakwaan yang melibatkan exco, adun dan pegawai-pegawai mereka. Sekali pandang kita melihat SPRM membuat pendakwaan yang adil kerana MP BN turut didakwa.

Kejadian yang sama berlaku diawal pemerintahan Pak Lah apabila dua jerung ditangkap iaitu Tan Sri Eric Chia dan seorang menteri dari Sabah. Rakyat melihat betapa bersungguhnya kerajaan membenteras rasuh sehinggkan pemimpin BN sendiri turut ditahan. Namun apa jadi dengan tangkapan tersebut. Kedua-dua mereka bebas hari ini tanpa tindakan. Malah Pak Lah juga sudah tidak berkuasa lagi di dalam kerajaan.

Umum mengetahui wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. SPRM digunakan untuk menangkap beberapa wakil rakyat Pakatan dan didakwa atas kesalahan menyeleweng. Namun konspirasi ini terencat apabila gempar kes kematian Teoh Beng Hock salah seorang pembantu exco kerajaan negeri yang disiasat. Semua pihak menunding jari kepada SPRM. maka terbongkarlah sedikit demi sedikit konspirasi yang berlaku seperti surat layang yang mengaitkan timbalan pengarah SPRM dengan konspirasi bersama Khir Toyo untuk jatuhkan Selangor. Kemudian tersebar pula berita Khir Toyo diancam bunuh oleh satu surat layang. Umum mengetahui ini satu tektik lama untuk mendatangkan simpati kepada yang kononnya diugut dan untuk memberi gambaran umum lawannya iaitu Pakatan Rakyat sebagai jahat. Jadi ada yang berpendapat, sendiri buat, sendiri ugut, sendiri lapor.

Setelah kejadian ini adakah konspirasi ini terhenti. Tentunya tidak kerana bekas Menteri Besar itu dan puak-puaknya semakin khuatir rahsia mereka sepanjang pemerintahan hari demi hari akan terbongkar. Maka ia akan membunuh kerieh politik Khir Toyo yang belum tua itu. Untuk mencantikkan konspirasi ini, maka didakwa sama Ahli Parlimen Sabak Bernam yang kebetulan diberitakan tidak disukai Khir Toyo. Maka akan riuhlah dunia mengatakan SPRM tidak memilih bulu. maka imej SPRM cuba hendak digilap kembali menjadi bersih.

tentu saudara pembaca mendengar kenyataan pemimpin tertinggi BN sehari dua ini supaya SPRM dan Polis dilihat bersih. Maka terjawablah sudah tektiknya apabila mereka mengorbankan seorang MP BN untuk didakwa SPRM. Namun umum tidak perlu percaya sangat dengan tektik ini. Kerana selepas mewar-warkan dakwaan terhadap MP BN Sabak bernam ini, giliran adun-adun DAP dan PKR pula akan didakwa beramai-ramai. Tunggulah saat yang akan berlaku ini sebagai pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Seorang sahabat dari Hulu bernam memberitahu, BN sudah kalah mati apabila Pakatan memberikan air percuma dan takaful percuma untuk warga emas. jadi buruk macamana sekalipun digambarkan Pakatan Rakyat Selangor, ia sukar dijatuhkan. Maka digunalah cara diluar proses demokrasi untuk jatuhkan Pakatan di Selangor.
Read more...

Sunday, November 1, 2009


Umno Terengganu Berpecah Tiga

0 comments
Kemelut politik BN Terengganu semakin memuncak selepas kedatangan Timbalan Presiden Umno Mahyudin Yasin untuk mendamaikan mereka. Kedatangan Mahyudin diboikot oleh sebahagian besar pemimpin-pemimpin bahagian Umno di Terengganu.

Kem Umno Terengganu yang berpecah dua asalnya diantara nbekas Menteri Besar Dato Idris Yusuf dengan Menteri Besar sekarang semakin melebar. Kini kem mereka berpecah tiga apabila orang kuat Idris Jusuh iaitu Rosol Wahid menjadi kem ketiga. Selama ini Rosol lah yang banyak bersuara dan bertindak bagi mempertahankan Idris Jusuh. Namun Idris sendiri menyepikan diri.

Menurut sumber, berkemungkinan Rosol kecewa dengan sikap Idris itu dan dia yang bergerak bersendirian dilihat seolah-olah 'kuli' kepada Idris. Akhirnya dia membuka kem sendiri yang dituruti oleh bekas-bekas pengikut-pengikut Idris Jusuf.

Antara kekecewaan mereka ialah, MB yang ada sekarang menganak tirikan mereka dalam pembahagian projek. Malah JKKK yang tidak menyokong MB sekarang juga ditukar. Nasib yang mereka hadapi sama seperti nasib yang menimpa penyokong-penyokong Pas pasca kekalahan pilihanraya 2004.

Apa yang mereka mahukan ialah MB Ahmad Said sekarang ditukar. Namun Najib dan Mahyudin tidak dapat menuruti kehendak itu kerana Ahmad Said telah memberi amaran akan membubarkan dun jika kedudukannya dikacau.
Read more...

S/U Pas Lembah Pantai Akan Ke Mekah

0 comments
Setiausaha Pas Kawasan Lembah Pantai Sdr Zamri Abd Karim akan berlepas ke Mekah bagi menunaikan fardu haji 4 november ini. Beliau akan pergi bersama dengan isterinya. Dewan Pemuda Pas Kawasan Lembah Pantai mengucapkan tahniah kerana dipilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini.

Semoga kedua mereka selamat menunaikan ibadah dan selamat perjalanan pergi dan balik ke Saudi.
Read more...
Blog Widget by LinkWithin