Tuesday, December 21, 2010


Awasi kawasan flat dari gejala zina

1 comments

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ketua Sub-Unit Seksualiti, Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Hamizah Mohd. Hassan bahawa remaja yang tinggal di kawasan flat kos rendah adalah berisiko tinggi terdedah kepada perbuatan zina dan pembuangan bayi. Menurut beliau, faktor jarak rumah yang terletak berhampiran antara satu sama lain boleh mendorong kepada perbuatan tersebut.

DPPWP berkongsi kebimbangan dengan jumlah flat kos rendah atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Kuala Lumpur yang agak banyak. Dalam keadaan begini, bagaimanakah gejala seks bebas atau zina serta gejala pembuangan bayi dapat dibendung dalam masyarakat.

Faktor jarak rumah yang terlalu dekat sebagai penyumbang kepada gejala zina perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Mungkin kerajaan boleh memikirkan bagaimana agar jarak sesuatu rumah flat kos rendah tidak terlalu padat seperti sekarang dengan mengambil kira keselesaan dan kesesuaian penghuni rumah flat.

Selain itu, faktor rumah yang terlalu sempit serta bilik yang kecil dan tidak mencukupi menyumbang kepada gejala ini. Bagi keluarga yang mempunyai ramai anak, kepadatan rumah menyebabkan anak-anak remaja mereka sering keluar rumah kerana tidak tahan dengan suasana sempit dalam rumah.

Dalam hal ini, DPPWP berharap agar kerajaan menyediakan sekurang-kurangnya 3 buah bilik untuk mengasingkan antara anak lelaki dan perempuan di samping ruang rumah serta bilik yang agak selesa untuk sebuah keluarga.

DPPWP juga ingin mengingatkan ibu bapa agar lebih berhati-hati dan mengawasi pergaulan anak-anak. Jangan sesekali membiarkan anak-anak bergaul bebas antara lelaki dan perempuan serta membenarkan rumah dijadikan tempat untuk mereka berjumpa.

Ibu bapa juga perlu mengawasi telefon bimbit anak-anak, video-kamera, VCD serta komputer terutamanya akses kepada internet supaya anak-anak tidak menonton pornografi di rumah.

Selain itu, DPPWP mengharapkan Rukun Tetangga atau Persatuan Penduduk agar lebih aktif dalam menjalankan rondaan. Mana-mana aduan berhubung seks bebas atau pergaulan bebas perlu dipandang serius dan tindakan segera perlu diambil.

Program motivasi remaja dan bimbingan fardhu ain perlu kerap diadakan di kalangan remaja selain kuliah ilmu dan tazkirah dihidupkan di surau flat.

Akhir sekali, DPPWP turut mengharapkan agar jiran menjadi mata dan telinga kepada masyarakat sekitarnya. Peribahasa ‘jangan jaga tepi kain orang’ sudah tidak boleh digunapakai lagi di dalam suasana masyarakat sekarang.

Islam mengajar kita ‘amar ma’aruf nahi mungkar’ dan peka terhadap apa yang berlaku di sekitar terutamanya rumah jiran mereka. Hanya dengan cara ini gejala zina, maksiat serta pembuangan bayi dapat dibendung di kawasan flat.


FADHIL OSMAN,
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


Read more...

Wednesday, December 15, 2010


Golongan muda sebagai kuasa ketiga

2 comments

Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com

Konvensyen Pakatan Rkyat pada 19 Disember ini sangat wajar memberikan perhatian kepada trend pemikiran anak muda dalam perkembangan politik tanah air dan trend pengundi atas pagar, yang dipanggil ‘Kuasa Ketiga’, selain isu lain.

Trend itu ialah: Pertama, trend pemikiran anak muda masa kini yang dilihat sangat kritikal terhadap parti pemerintah atas beberapa sebab.

Kedua, kemunculan apa yang dipanggil ‘Kuasa Ketiga’ iaitu pengundi atas pagar yang sangat penting diperhatikan justru golongan ini dilihat memiliki critical thinking yang sangat prihatin terhadap apa yang berlaku di negara sekarang.

(Gambar hiasan: Sejauh mana Pemuda PAS dapat menjiwai kehendak anak muda)

Golongan atas pagar yang baru ini mungkin tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi mereka hanya akan mengundi parti dan calon yang memenuhi cita rasa mereka. Mereka ini melihat isu dan cara mana sesuatu parti yang bertanding itu menangani isu itu. Mereka juga meneliti rekod parti pemerintah dan pembangkang.

Dua perkembangan terbaru dalam arena politik di Malaysia ini sangat wajar diberikan perhatian oleh Konvensyen Pakatan Rakyat nanti kerana ia tentunya mempengaruhi keputusan PRU Ke-13 nanti.

Dengan itu konvensyen ini wajar melihat secara objektif akan hal ini dan bagaimana menanganinya dengan bijaksana.

Penulis politik terkenal, yang juga Ketua Pengarang Harakah dalam satu tulisannya di Harakahdaily baru-baru ini mengulas mengenai trend anak muda sekarang. Beliau menulis bahawa demonstrasi membantah kenaikan melampau tarif air di Selangor baru-baru ini menunjukkan beberapa petanda menarik.

Menurutnya, penyertaan pro-aktif golongan muda untuk turut berarak dan menuntut hak - termasuk daripada kelompok mahasiswa yang secara jelas dilarang terbabit dengan apa jua kegiatan politik dalam dan luar kampus - mencuit perhatiannya.

Tanpa kehadiran mereka, kata Lutfi, kemeriahan perhimpunan mungkin terjejas teruk. Saya amat bersetuju dengan pandangan Lutfi bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas, Pulau Pinang, hujung minggu ini wajar memberi tumpuan khas terhadap gelagat anak muda dalam berpolitik.

Kata Lutfi lagi, selain merumuskan deraf manifesto awal Pilihan Raya Umum Ke-13 dan membincangkan isu-isu kritikal yang membantut kemajuan negeri-negeri yang diperintah Pakatan, usaha menggerakkan kesedaran orang muda, sekurang-kurangnya untuk mendaftar sebagai pemilih, seterusnya terlibat aktif sebagai agen reformasi, tidak boleh dilewat-lewatkan.

Bagi saya, perkembangan dan suasana politik baru di Malaysia menuntut kebijaksanaan yang sungguh-sungguh dari pemimpin dan warga Pakatan Rakyat seluruhnya, terutama hasil dari kehadiran pelbagai media baru melalui internet dan media cetak alternatif.

Suasana tentunya sungguh berbeza dengan trend politik ketika PRU Ke-12 di tahun 2008 dulu. Ini semua, antaranya, disebabkan Umno/BN cuba ‘bangun’ kembali dari kekalahan teruknya dulu, isu perkauman yang begitu disemarakkan oleh golongan berkepentingan.

Juga tidak dapat dinafikan mengenai persepsi orang ramai kesan dari krisis yang melanda PKR – walaupun kini sudah reda, juga isu pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat serta beberapa isu lain.

Dengan itu Pakatan Rakyat, pertamanya perlu memberi perhatian sungguh-sungguh kepada golongan muda justru pengaruh mereka menyerlah kembali.

Golongan muda dan ‘Kuasa Ketiga’ ini mungkin boleh menjadi kuasa penentu akan kemenangan calon-calon dalam PRU Ke-13 nanti. Mereka ini sedang memerhatikan sungguh- sungguh perjalanan Pakatan Rakyat dan Umno/BN, terutama para calon yang akan dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Bagi kedua golongan ini mereka hanya akan memberikan undi kepada calon yang mereka lihat berwibawa, kurangnya potensi – atau tidak berpotensi sama sekali - untuk melompat, calon yang berilmu, mesra rakyat dan berfikiran terbuka serta calon yang tidak pelahap dengan pelbagai habuan atau boleh dibeli dengan wang dan ganjaran lain. Juga calon yang bukan menjadi ‘tukang sorak’ semata-mata di Dun atau Dewan Rakyat.

Boleh disimpulkan bahawa golongan generasi muda dan golongan atas pagar yang baru ini adalah golongan yang sangat kritikal. Jangan ada siapa yang berfikir bahawa mereka ini adalah ‘pengundi mainoriti’, tidak penting dan bukan penentu keputusan pilihan raya.

Seperti dikatakan tadi, kedua-dua golongan ini sangat terdedah kepada pelbagai maklumat dan sama sekali bukan ‘pelanggan’ media tradisional baik akhbar ataupun TV. Mereka golongan yang berfikir dan terbuka.

Mereka hanya mengundi calon yang boleh membawa negara ini benar-benar mengamalkan demokrasi dan adil, bersih dari segala bentuk rasuah, kronisme, nepotisme dan sebagainya serta mereka mahukan negara ini bebas dari elemen perkauman dan kelompok.

Oleh itu jika Pakatan Rakyat dapat memberikan jaminan dan menunjukkan kemampuan melaksanakan idealisme mereka ini, tidak syak lagi kedua golongan ini akan memberikan undi kepada mereka.

Di samping itu, Pakatan mestilah juga memberi perhatian sungguh-sungguh kepada pengundi tegar PAS, DAP dan PKR selama ini supaya mereka tidak lari dan dalam masa yang sama rakyat mahukan jaminan dari Pakatan Rakyat untuk memberikan komitmen sungguh-sungguh melaksanakan sebuah kerajaan yang terbaik untuk rakyat jika menang.

Sementara itu, adalah sesuatu yang tepat keputusan PAS melarang semua pihak memberi kenyataan, ulasan dan sebagainya mengenai isu negara Islam.

Kepada saya semua pihak juga perlu berhenti dari menimbulkan isu timbalan perdana menteri jika Pakatan berkuasa serta isu yang memperlihatkan perbezaan pendapat di antara pemimpin dalam dalam Pakatan, isu perkauman dan lain-lain.

Kenyataan yang keluar selama ini, walaupun tidak selalu, banyak mencederakan kewibawaan Pakatan Rakyat justru ia menjadi ‘bola tanggung’ kepada pemimpin Umno/BN dan media yang mereka kuasai untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Apa yang diharapkan ialah semua parti dalam Pakatan memberikan tumpuan serius kepada PRU Ke-13 dan tidak lagi menghabiskan masa dengan melayani masalah dalaman berlarutan.

Inilah persoalan dan hala tuju yang sangat wajar difikirkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ini. Agenda, usul, rumusan dan rangka bertindak Konvensyen ini sewajarnya tepat dan bijaksana justru rakyat sedang menanti hasilnya.


Read more...

Monday, December 13, 2010


Pemuda PAS anjur Umrah Tarbawi

1 comments
Nazri Abdullah


AMPANG, 12 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) hari ini memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat Al Quds Travel Sdn Bhd dalam usaha menganjurkan Umrah Tarbawi.

DPPP diwakili bendaharinya, Adram Musa manakala Al Quds diwakili Mohd Helmi Ibrahim.

Umrah Tarbawi adalah satu program menunaikan ibadah Umrah bersama pimpinan DPPP termasuk ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan, Timbalan Ketua, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani dan Exco, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurut Nasrudin, penganjuran program itu adalah kesinambungan amal tarbawi pemuda PAS selepas penganjuran Ijtima' Tarbawi di Rusila baru-baru ini.

"Kita mensasarkan 400 peserta ke kota suci Mekah bersama Dewan Pemuda.

"Di samping Umrah, kita juga akan ada aktiviti pembinaan tiga elemen utama iaitu pembentukan aqidah perjuangan, fikrah yang jelas dan pembentukan sahsiah yang soleh," katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini.

Biarpun anjuran Pemuda PAS, namun program tersebut adalah terbuka kepada umum termasuk muslimat.

Program 12 hari itu dijadualkan pada bulan Mac 2011 iaitu musim cuti sekolah sesi tahun hadapan.

Tiga pakej disediakan iaitu RM5,490, RM5,790 dan RM4,392 untuk kanak-kanak.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Januari 2011.

Maklumat lanjut berhubung program tersebut boleh diperolehi dengan mengakses www.umrahtarbawi.com.

"Kita akan cuba bawa Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS bersama dan sekaligus menjadi murabbi kepada aktiviti tarbiyyah kita nanti," katanya.


Read more...

Friday, December 10, 2010


Surau Al Falah diroboh Kerana Umno Gagal Kuasai

2 comments

Hafiz Baqi

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Pas Lembah Pantai tidak menolak usaha pihak berkuasa hendak meroboh surau Al Falah di Pantai Dalam kerana unsur-unsur politik kepartian dibawa oleh Umno yang dikatakan gagal untuk menguasai surau tersebut.

Yang Dipertua Pas Lembah Pantai, Adlin Soleh berkata, pihaknya percaya cadangan untuk merobohkan surau Al Falah timbul ekoran rasa tidak senang pemimpin Umno selepas gagal mengusai Surau tersebut melalui usaha Ketua Umno Lembah Pantai, Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mahu menubuhkan 'Muafakat Masjid dan Surau Lembah Pantai'.

Sehubungan itu kata Adlin, PAS Lembah Pantai memberi amaran kepada Umno dan Barisan Nasional untuk berhadapan dengan tindakan lebih tegas daripada rakyat khususnya dalam pilihan raya akan datang sekiranya usaha meroboh surau itu diteruskan.

"Isu ini perlu ditangani segera atau hadapi tindakan rakyat," katanya.

Sementara itu Pemuda Pas Lembah Pantai mendakwa pihaknya telah mengenalpasti adanya pengaruh-pengaruh politik dalam arahan perobohan oleh DBKL ke atas surau tersebut.

Kata ketua Pemuda PAS Lembah Pantai, Nasaie Ismail, berkata, antaranya terbukti apabila pihak surau menghantar memorundum dan ingin mengadakan perbincangan dengan Menteri Wilayah, mereka telah diminta hadir ke pejabat Umno Lembah Pantai kerana Umno akan memanggil DBKL, Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dan pihak pemaju bagi berunding di pejabat Umno.

"Pas mempersoalkan kenapa perlu campur tangan Umno dalam urusan DBKL dan Jawi ini. Jelas ada unsur politik dalam usaha mereka," kata Nasaie.

Selain itu Nasaie turut membidas suara-suara 'orang politik' parti lawan yang mengatakan surau Al Falah sebagai surau Pas kerana ramai orang PAS bersolat di situ.

"Apakah salah orang PAS memenuhi mana-mana masjid atau surau di negara ini sehingga tergamak hendak merobohkannya. Pelik dalam sebuah negara yang pemimpinnya beragama Islam, adanya halangan kepada orang Islam yang berlainan parti politik mereka untuk mengimarahkan masjid," kata beliau.

Isu surau Al Falah timbul apabila DBKL mengeluarkan notis untuk merobohkan surau tersebut bertarikh 10 November lalu untuk tujuan pembangunan.

Ekoran notis itu, kira-kira 80 ahli kariah surau tersebut yang bimbang surau itu akan dirobohkan telah bermalam di surau itu dan disertai beberapa kumpulan mahasiswa daripada universiti berdekatan.

Penduduk juga telah menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik supaya surau tidak dirobohkan.


Read more...

Gagal kuasai, Umno mahu surau diroboh?

1 comments

KUALA LUMPUR, 10 Dis: PAS Lembah Pantai menentang usaha pihak berkuasa hendak merobohkan Surau Al-Falah di Kampung Pantai Dalam yang diimarahkan oleh penduduk dengan baik.

Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, Ustaz Adlin Soleh berkata, usaha merobohkan surau itu dilihat adanya unsur-unsur politik kepartian yang dibawa oleh pihak lawan.

“Kita menyedari usaha Umno khususnya Datuk Raja Nong Chik menubuhkan 'Muafakat Masjid dan Surau Lembah Pantai'.

“Ada beberapa surau dan masjid yang tidak dikuasai mereka menyebabkan mungkin adanya dengki sesetengah pihak tertentu sehingga keluar cadangan untuk merobohkan Surau Al-Falah,” katanya.

Menurutnya, jika isu itu tidak ditangani segera, PAS memberi amaran BN akan menghadapi tindakan rakyat yang lebih tegas dalam pilihan raya akan datang.

Manakala Pemuda PAS Lembah Pantai mempersoalkan suara-suara 'orang politik' parti lawan yang mengatakan Surau Al-Falah sebagai surau PAS kerana ramai orang PAS bersolat di situ.

"Apakah salah orang PAS memenuhi mana-mana masjid atau surau di negara ini sehingga tergamak hendak merobohkannya.

“Pelik dalam sebuah negara yang pemimpinnya beragama Islam, adanya halangan kepada orang Islam yang berlainan parti politik mereka untuk mengimarahkan masjid," ujar ketuanya, Nasaie Ismail.

Pemuda Lembah Pantai juga mengenalpasti adanya pengaruh-pengaruh politik dalam arahan perobohan oleh DBKL.

Ini, katanya kerana apabila pihak surau menghantar memorandum dan ingin mengadakan perbincangan dengan Menteri Wilayah, wakilnya meminta pihak surau hadir ke pejabat Umno Lembah Pantai untuk menyelesaikan masalah itu.

“Umno akan memanggil DBKL, Jawi dan pihak pemaju bagi berunding di pejabat Umno. PAS mempersoalkan kenapa perlu campur tangan Umno dalam urusan DBKL dan Jawi ini. Jelas ada unsur politik dalam usaha mereka,” jelasnya.

Katanya, Pemuda PAS Lembah Pantai juga mempersoalkan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik yang kerap mengadakan majlis politik berlogokan Umno di beberapa masjid di Lembah Pantai.

"Lebih baik Umno melihat diri sendiri dahulu sebelum menghukum rakyat. Saya harap Menteri Wilayah tersebut kerap solat berjemaah di masjid dan surau di Lembah Pantai dan duduk mendengar kuliah-kuliah agama daripada sibuk berpolitik menggunakan masjid,” katanya.


Read more...

Friday, December 3, 2010


Jaulah Tarbawi Pemuda Pantai

1 comments

Pemuda PAS Lembah Pantai akan mengadakan Jaulah Tarbawi Pemuda pada 3 - 5 Disember ini ke Kedah. Antara aktivitinya ialah melawat keluarga mangsa Memali, sesi dialog bersama PAS Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah, melawat Madrasah Tarbiyatul Awladiyyah Darul Ulum dan banyak lagi.

Jaulah beserta pengisian yang julung-julung kali diadakan ini bakal memberi banyak ilmu dan manfaat kepada peserta. Semoga semua peserta yang akan menyertai Jaulah ini dilindungi dan diberkati oleh Allah perjalan pergi, semasa dan pulang. Allahuakbar!!!

Read more...

Thursday, December 2, 2010


Potong gaji pengerusi Syabas, bukan naik harga air

1 comments
KUALA LUMPUR, 3 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong sekiranya ada usaha Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sendiri memotong gaji pengerusinya untuk menampung kos operasi atau memberi bantuan keperluan asas kepada penduduk khususnya warga Selangor.

Ketua Penerangannya, Fadhil Osman (kiri) berkata pihaknya merasa terkejut dengan maklumat pendapatan Pengerusi Eksekutif Syabas mencecah RM5.1 juta setahun atau bersamaan RM425,000 sebulan.

Katanya, DPPWP hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat (PR) boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air.

DPPWP, ujarnya tidak kisah sekiranya pendapatan tersebut diperolehi oleh pengerusi atau ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat gergasi yang mempunyai keuntungan berbilion ringgit setahun dan bersifat internasional.

Tetapi, soalnya nilai pendapatan sebegitu tinggi tidak wajar diperolehi oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat.

“Apakah Syabas mahu mengambil laba berlipat kali ganda dari rakyat hasil dari sedikit jasa menguruskan air untuk keperluan rakyat?


“Meskipun air di Selangor diuruskan oleh Syabas, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah untuk manusia?” soalnya lagi.

Jelasnya, air adalah keperluan asas penduduk di mana tanpa air, tiadalah kehidupan dan DPPWP kesal bagaimana air yang sangat penting boleh diniagakan dengan nilai yang tinggi kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya melihat mungkin itulah faktor Syabas mahu menaikkan harga air sebanyak 37% kerana mahu menampung operasi mereka termasuk membayar gaji pengerusinya.

Sedangkan, ujarnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahukan kebajikan untuk rakyat dengan memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat.

Sepatutnya, tamba beliau Pengerusi Syabas perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah kerana menaikkan harga air bererti menambah beban kepada rakyat.

“Rakyat baru mendapat ‘hadiah’ dengan kenaikan harga minyak petrol RON 97 baru-baru ini, usah ditambah dengan pelbagai kenaikan lagi,” ujarnya.

Beliau menambah, Syabas perlu melihat kesan kepada ekonomi negara dengan hampir semua harga barang keperluan akan meningkat.

DPPWP juga, ujarnya menyokong usaha kerajaan Selangor yang akan mengadakan himpunan besar-besaran pada 5 Disember, Ahad ini sebagai membantah kenaikan harga air oleh Syabas.

Read more...

Tuesday, November 30, 2010


“Meneruskan Cita-cita Rakyat”

1 comments

Resolusi Persidangan Shah Alam
Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat
29 November 2010, Shah Alam, Selangor

“Meneruskan Cita-cita Rakyat”

Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran.



A. Hasrat

Setelah mengambil kira hasrat pihak Kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta Persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini Kami menegaskan:

1. Untuk terus memimpin kerajaan Negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat;

2. Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang;

3. Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti;

4. Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan

5. Untuk memastikan sumber kekayaan Negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan.

B. Janji

Kami, dengan ini berjanji di atas prinsip kesepakatan:

1. Membentuk sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat;

2. Menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tidak terlalu birokrasi dan tiada karenah pentadbiran (red-tape);

3. Melaksana apa-apa dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik;

4.Meneruskan penambah-baikan pengurusan dan pentadbiran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi menerusi penglibatan pemimpin, pembuat dasar dan pegawai-pegawai antara Negeri Pakatan Rakyat; dan

5. Memastikan amalan persefahaman dan kelunakan hubungan antara politicians dan pentadbir ke arah memantapkan hubungan kepimpinan parti dengan kerajaan Negeri.


C. Komited

Kami selanjutnya komited untuk “meneruskan cita-cita rakyat” berpandukan satu set dasar awam dan agenda bertindak:

1. Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah;

2. Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat;

3. Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat;

4. Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak;

5. Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri;

6. Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat negeri dan daerah;

7. Menjamin ‘security’ makanan Negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan penternak.

8. Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara Negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam “dana kelab” (club deal) bagi membantu Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;

9. Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya Kerajaan Tempatan menjadi kenyataan;

10. Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau.

Kami menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak Negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat; berlaku keterbatasan kuasa Negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan Negeri; dan Kami mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat.

Namun demikian, Kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi
visi dan arah tuju dalam mentadbir Negeri, maka Kami bersepakat untuk
mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan Negeri dan kemajuan rakyat.

Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing Negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat.

Adalah Kami Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat, Menerima resolusi ini untuk dilaksanakan.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
(Menteri Besar Kelantan)

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
(Menteri Besar Selangor)

Lim Guan Eng

(Ketua Menteri Pulau Pinang)

Datuk Seri Azizan Abdul Razak
(Menteri Besar Kedah)

Read more...

Sunday, October 24, 2010


Ulama muda Umno patut nasihat, bukan kipas

1 comments


KUALA LUMPUR, 23 Okt: "Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah," kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.

Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam.

"Apa yang kita bantah ialah pertunjukkan fesyen yang kita saksikan melalui satu siaran yang disiarkan oleh CNN dan juga melalui laman web IFF sendiri," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau memberitahu bahawa Pemuda PAS dan NGO Islam bukanlah bertindak melulu tetapi Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.

"Sering kali orang pertikai kenapa bantah mungkar itu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya?

“Kalau saya tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya ulama dahulu?

"Sepatutnya sebelum buat kena tanya dulu, bukan dah buat orang kena tanya mereka (penganjur dan penaung) mengapa mereka buat," katanya.

Beliau juga melihat tindakan Fathul Bari mempertahankan Rosmah itu sebenarnya akan terus mengheret pemimpin itu kekal dalam maksiat.

Ulama muda Umno tersebut juga dilihat cuba membersihkan Rosmah yang menaungi penganjuran itu agar kesalahan itu ditanggung oleh penganjur.

"IFF boleh terus berkarya menghasilkan reka fesyen selama mana ia tidak bertentangan dengan Islam dan Datin Seri Rosmah boleh menaunginya tanpa halangan selama mana ia tidak mengulangi penganjuran seperti di Monte Carlo," tambahnya.

Dewan Pemuda PAS juga, ujarnya akan memberikan pandangan bertulis yang berasaskan Islam kepada penganjur mengenai perkara itu.

Timbalan Ketua Lajnah Ulama Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Azhar Yahya dalam kenyataannya pula menganggap tindakan IFF itu secara spontan telah mengguris perasaan para pecinta Rasulullah s.a.w. dan pendokong syariat Islam.

Katanya, sekiranya Rosmah tidak mahu bertanggungjawab jangan sesuka hati hendak menjadi penaung kepada program seperti itu.

"Fathul Bari bila dikalungkan sebagai ulama muda, maka pastinya akan mempertahankan pengalungnya.

"Kini isteri pengalungnya sedang dipaliti najis yang dinamai kononnya Islamik, maka tidak hairanlah Fathul Bari muncul dengan megahnya di PWTC membelai manja para perwakilan kononnya pembangkang tidak berakhlak Islam," katanya.


Read more...

Monday, October 11, 2010


Pendaftaran pelajar PASTI sesi 2011/1432H

1 comments

Makluman kepada semua, sesi pendaftaran pelajar baru untuk ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bagi sesi 2011/1432H untuk kawasan Lembah Pantai kini dibuka. Anda boleh lah klik kepada poster di bawah untuk maklumat lanjut.


Sebarkan kepada teman-teman anda demi kemenangan Islam!

Read more...

Wednesday, September 29, 2010


Pemuda PAS perlu sertai Ijtima' Tarbawi

1 comments


Di peringkat Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai ingin mengucapkan selamat berjuang dan selamat ditarbiyyah kepada seluruh pemuda/i yang bakal mengikuti Ijtima' Tarbawi pada 1-3 Oktober ini di perkarangan Masjid Rusila, Terengganu khususnya buat pemuda dan ahli usrah Pemuda PAS Lembah Pantai. Semoga permergiaan anda semua ke medan tarbiyyah bakal membawa pulang 1001 perancangan bagi memartabatkan dan memenangkan Islam khususnya di kawasan Lembah Pantai.

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menyeru seluruh pemuda di peringkat pusat, negeri dan kawasan menghadiri Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan pada 1 hingga 3 Oktober ini di perkarangan Masjid Rusila, Terengganu.

Nasrudin berkata, amat penting untuk pemuda-pemudi menyertai ijtima' ini yang bertujuan memperkasakan penghayatan dan perlaksanaan amal tarbawi dalam Dewan Pemuda di semua peringkat.

"Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat sangat mengharapkan agar seluruh pemuda dapat menghadirkan diri atau menyertai program bersejarah ini untuk kita mengembalikan kemantapan amal tarbawi dan memperkasakan gerakannya dalam Dewan Pemuda PAS khasnya dan dalam PAS itu sendiri secara amnya," kata Nasrudin dalam blognya.

Menurutnya, setakat ini, lebih 3,000 kepimpinan pemuda di semua peringkat telah mengesahkan kehadiran ke program anjuran Akademi Tarbiyyah Pemuda itu.

Himpunan itu, katanya akan bermula pendaftarannya selepas solat Jumaat 1 Oktober dan akan berakhir dengan solat Zuhur pada 3 Oktober.

Lokasi himpunan ini ialah ruang Masjid Rusila untuk aktiviti indoor sementara perkarangan masjid untuk program yang bersifat outdoor.

Dua pucuk pimpinan tertinggi PAS iaitu Mursyidul Am dan Presiden, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turut memberikan pengisian dalam program tersebut.

Sementara itu, bercakap kepada Harakahdaily, Nasruddin memberitahu, program tersebut turut terbuka kepada muslimat yang berminat dan perlu mendaftar terlebih dahulu pejabat DPP negeri atau terus kepada Sekretariat DPP Pusat di Putrajaya.

"Penyertaan wajib dikekalkan kepada semua Exco DPPP, Exco DPP Negeri, AJK DPP Kawasan dan ianya turut dibuka kepada para pemudi dengan terlebih dahulu mendaftarkan diri ke pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri atau terus kepada Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat di pejabatnya," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan para pemuda-pemudi menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal agar dapat mengikuti segala aktiviti yang telah diatur dengan baik.

"Saya maklumkan sejak Julai lalu mengenai ijtimak ini ialah supaya semua peserta dapat membuat persiapan awal sehingga meminimumkan ruang alasan untuk tidak hadir kecuali hanya alasan yang benar-benar syarie," katanya lagi.

Ijtimak itu juga, katanya sebagai persediaan sebelum satu lagi himpunan besar yang akan menghimpunkan 30 ribu petugas dan penggerak pilihan raya pemuda pada awal tahun depan di negeri Selangor atau Kedah.


Read more...

Sunday, September 26, 2010


PAS Lembah Pantai lancar kempen anti zina

0 comments


LEMBAH PANTAI, 27 Sept: PAS Lembah Pantai melalui Lajnah Penerangannya semalam melancarkan kempen anti zina sebagai menyahut kempen sama yang dilancar Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum ini.

Program itu antara lain bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya anak muda agar tidak terjebak dengan pergaulan bebas sehingga membawa ke kancah penzinaan.

Kesan berantainya pula adalah gejala buang anak yang sedang melanda negara pada masa ini.

Pelancaran kempen tersebut semalam telah disempurnakan Timbalan Pesuruhjaya II Wilayah Persekutuan, Dr Azhar Yaakob sempena MajlisJamuan Hari Raya PAS Lembah Pantai di sini semalam.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu termasuk Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Adlin Soleh dan pengarah kempen Mohd Dzul Khairi Mohd Noor.

Dr Azhar ketika ucapan perasmiannya turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes buang anak yang semakin menjadi-jadi yang berpunca dari penzinaan.

Manakala Dzul Khairi ketika ditemui pula berkata, adalah tidak wajar jika hanya menuding jari dan menyalahkan remaja yang terlibat sebelum anggota masyarakat sendiri membuat sesuatu usaha mencegahnya.

"Jangan menyalahkan anak muda yang terjebak dalam gejala sosial sebaliknya kita mesti mencemuh diri kita yg tidak bekerja untukk menyelamatkan mereka", katanya.




Read more...

Monday, September 20, 2010


Rumah Terbuka Pas Lembah Pantai Ahad Ini

0 comments
Pas Kawasan Lembah Pantai akan mengadakan majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri pada hari ahad ini 26 September. Majlis akan diadakan di Dataran Perumahan Pantai Permai. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.
Read more...

Sunday, August 29, 2010


Dinar Dirham Kelantan

0 comments


BERITA BAIK!!!!

Buat semua peminat, pengumpul, pelabur, penyimpan DINAR dan DIRHAM Kelantan yang berada di Lembah Pantai dan di sekitarnya. Anda boleh mendapatkannya dengan menghubungi Saudara Khalil (AJK Pemuda Lembah Pantai).

Setiap pembelian adalah bergantung kepada harga semasa DINAR dan DIRHAM yang tertera di laman web Islamic Mint dengan tambahan kos handling dan delivery daripada supplier sebanyak RM20 sahaja.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi pengedar saudara Khalil di 019-400 2609.

Sekian

Read more...

Wednesday, August 25, 2010


Perlawanan separuh masa kedua

0 comments


Assalamualaikum wbt para penonton,

Tepat jam 7:24 malam nanti, bilal akan meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian, Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Tamak meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda United.

Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi David Serakah, Carlos Tamak, Mario Berahi dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari).

Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United.

Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros, Yaya TakIngatDosa dan James Maksiat yang menggunakan kaum Hawa sebagai alat menganggu konsentrasi pemain Taqwa United terutama di sudut padang sekitar pusat membeli-belah dan bazaar Ramadhan. Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho Kolo TidoLajak dan dibantu oleh Jerome BosanBeribadah, JBB.

Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti tembok besar pasukan Nafsu City itu agar gol-gol kemenangan dapat dijelmakan. Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri. Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan.

Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara. Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.

Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini ?

Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat. Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini.

Read more...

Tuesday, August 24, 2010


Pasti Baru Di Lembah Pantai

0 comments
Pasti Lembah Pantai maju setapak lagi apabila berjaya menubuhkan Pasti AsSalam Thani (dua) di kawasan perumahan Mara Bukit Kerinchi. Ia merupakan pecahan kepada Pasti AsSalam yang mendapat permintaan tinggi dari ibu bapa. Dijangka sekurang-kurangnya sebuah Pasti baru lagi akan muncul di Lembah Pantai sebelum akhir tahun ini. Ia selaras dengan hasrat memberi pendidikan Islam sejak kecil kepda kanak-kanak. Sekaligus merealisasikan hasrat menjaga kebajikan rakyat.

Pasti As-Salam

Pasti As-Salam Thani

Read more...

Ijtima Tarbawi, Tamrin dan Kempen Jauhi Zina!

0 comments
Tahun ini Pemuda Lembah Pantai sarat dengan program tarbiah dan dakwah. Bermula september ini kempen jauhi zina dan gejala sosial akan diadakan melibatkan Urusan Ulama, Dewan Pemuda, Muslimat dan Nisa Lembah Pantai akan dijalankan. Kempen ini akan meliputi program edaran risalah dan buku panduan mendidik dan mengawal anak-anak kepada seluruh warga Lembah Pantai. Dianggarkan sekurang-kurangnya sebanyak 5000 risalah dan buku akan diedarkan seluruh Lembah Pantai melibatkan 30 petugas dan 5 kawasan iaitu Bangsar, Pantai Dalam, Kerinchi, Abdullah Hukum dan Sentosa. Disampaing itu turut diadakan ceramah dan forum bahaya zina dibeberapa tempat yang dikenal pasti.


Selain itu pada 1-3 Oktober 2010 akan diadakan Ijtima Tarbawi Pemuda Pas seluruh Malaysia di Pantai Rusila Terengganu berdekatan rumah Presiden Pas. Ijtima ini merupakan program besar yang akan melibatkan pengisian ilmu dan amalan kerohanian oleh Mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz, Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi dan beberapa tokoh pimpinan lagi termasuk Muraqibul Am Ikhwanul Muslimin Jordan. Majlis juga akan diisi dengan bacaan doa Ma'thurat Qubra setiap hari, mengkhatamkan tafsir surat Al Hujurat bersama Presiden dan pelbagai lagi. Setiap pemuda kawasan di Wilayah Persekutuan diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya 20 pemuda.

Dalam masa yang sama pemuda Lembah Pantai akan mengadakan 'tamrin ziarah' khas untuk ahli-ahli pemuda yang terlibat dengan usrah sejak awal tahun lalu. Program ini akan diadakan pada 26,27 dan 28 November di negeri Kedah. Pemilihan negeri Kedah ini dibaut memandangkan terdapat banyak kesan sejarah Pas di sana dan juga peninggalan tokoh-tokoh besar Pas seperti almarhum Ustaz Fadhil Nor, Ustaz Ibrahim Libya dan Tuan Guru Haji Yahya Junid. Program ini dijangka melibatkan 30 orang ahli pemuda yang mengikuti sekurang-kurangnya 8 kali usrah pemuda. Kesemua program yang disebutkan melibatkan perbelanjaan sekitar RM5000. Kami mengharapkan para simpati kepada perjuangan ini untuk menghulurkan sumbangan kepada pemuda bagi menjayakan program tersebut.Kesemua program yang dibuat bertujuan untuk melahirkan pelapis kepimpinan yang akan menggerakkan Jemaah Pas disemua peringkat.

Read more...

Bantuan Kebajikan dan Iftar Pas Lembah Pantai Sabtu Ini

0 comments

Pas Lembah Pantai akan meneruskan acara tahunannya dalam merealisasikan hasrat menubuhkan negara berkebajikan. Pada tahun ini dianggarkan 100 orang fakir miskin dan anak yatim akan menerima sumbangan hari raya Pas Lembah Pantai. Majlis akan diadakan pada sabtu 28 Ogos 2010 di Markaz Utama Pas Lembah Pantai di Kampung Pasir Baru.

Majlis akan bermula sekitar jam 530 petang dengan tazkirah khas daripada wakil urusan ulama Pas Lembah Pantai, penyampaian bantuan dan seterusnya berbuka puasa. Seluruh ahli Pas Lembah Pantai dan penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir dan berbuka puasa bersama pimpinan Pas Lembah Pantai.
Read more...

Tuesday, August 17, 2010


30 Hadiri Iftar Usrah Pemuda Lembah Pantai

0 comments
Bersabar menanti matahari terbenam di ufuk barat


Usrah pemuda Lembah Pantai yang diadakan setiap malam selasa minggu pertama dan ketiga diteruskan seperti biasa dibulan ramadhan. Namun bentuknya berbeza sedikit apabila dimulakan dengan berbuka puasa, solat maghrib, usrah, tarawih dan tazkirah.

Seramai 30 orang menghadiri Iftar Usrah ini. Majlis bermula dengan berbuka puasa, kemudian selepas solat maghrib, usrah dibawa oleh Ustaz Zaidudin Amin dan Ustaz Dzulkhairi Mohd Nor. Solat tarawih diimamkan oleh Sdr Latip seorang ahli pemuda yang baru pulang dari Mesir. Tazkirah tarawih pula dibawa oleh naib ketua pemuda kawasan Ustaz Hafiz Habil.


Ustaz Dzulkhairi mempengerusikan usrah malam itu


Majlis juga melancarkan dana pemuda kawasan. Sejumlah RM608 berjaya didermakan oleh ahli pemuda yang hadir.

Dalam masa yang sama, dewan Muslimat Lembah Pantai juga mengadakan Iftar Usrah Muslimat di Pasti As Salam Thani. Kehadiran juga lingkungan 30 orang. InsyaAllahh dua minggu lagi kita akan bertemu dalam iftar usrah kedua pada 31 Ogos di Pasti As Salam.Qiamullail ditunda ke 28 ogos bagi menggabungkan dengan qiamullail Pas Kawasan.

Read more...

Pelancaran Dana Pemuda Lembah Pantai

0 comments

Memandangkan aktiviti tarbiah semakin rancak berjalan, beberapa program besar terpaksa dilalui. Antaranya Ijtima Tarbawi Pemuda Pas Malaysia pada 1-3 Oktober di perkarangan Masjid Rusila, Terengganu. Manakala pada 26-28 November pula akan diadakan Jaulah Pemuda ke negeri Perak dan Kedah untuk ahli-ahli usrah pemuda Lembah Pantai. Begitu juga lujnah-lujnah lain sarat dengan program sepanjang sesi ini.

Maka bersempena dengan bulan Ramadhan ini, Pemuda Lembah Pantai akan melancarkan Dana Pemuda pada malam ini di Pasti As Salam Pantai Hillpark. Terdapat 3 pakej sumbangan yang boleh diberikan iaitu:
1) Sumbangan tetap melalui potongan tetap bank secara bulanan.
2) Sumbangan terus atas program-program yang akan dibuat (penajaan sepenuhnya program).
(Program-program akan dipaparkan tidak lama lagi)
3) Sumbangan bebas mengikut kemampuan atau sekaligus.

Akaun pemuda: ‎​12047010049754 Bank Islam atas nama Dewan Pemuda Pas Lembah Pantai.
Read more...

Saturday, August 14, 2010


Ziarah Pemuda dan Muslimat Berjaya Lahirkan Aktivis Baru Pas

0 comments
Hasil daripada usrah sebulan dua kali yang dibuat oleh dewan Pemuda Pas Lembah Pantai, sejumlah muka baru berjaya dilahirkan untuk menjadi petugas Pas Lembah Pantai. Mereka terdiri daripada anak-anak muda sekitar dan juga bekas-bekas pelajar UM yang baru beberapa tahun menamatkan pengajian dan istiqamah menghadiri usrah dua minggu sekali.

Terbaru, Jabatan Pemerkasaan Tarbiyah pemuda menganjurkan siri ziarah terjah ke dua rumah bujang sekitar Lembah Pantai dan kawasan berhampiran. Ziarah pertama melibatkan pertemuan dengan 13 orang anak muda dan ziarah kedua bewrtemu 7 anak muda. Kebanyakan mereka baru memulakan kerjaya masing-masing. Sesi pengenalan Pas Lembah Pantai,situasi semasa dan keperluan keterlibatan secara langsung dengan Pas dibentangkan oleh pimpinan pemuda. Hasil ziarah terjah ini, kesemua yang ditemui menyatakan kesediaan untuk bersama dengan Pas dan sebahagian daripada mereka menyatakan komitmen untuk terlibat langsung dengan Pemuda Lembah Pantai.

Sebahagian daripada anak muda yang baru dan komited dalam usrah bulanan pemuda


Dalam masa yang sama, Dewan Muslimat Pas Kawasan juga turut mengadakan program yang sama. Pertemuan pertama muslimat ini diadakan di Pasti AsSalam dihadiri oleh 17 anak muda muslimat yang kesemuanya berpendidikan tinggi. Hasil pertemuan ini. Kesemua mereka mengisi borang keahlian Pas dan mula diletakkan dalam organisasi lujnah-lujnah dalam Dewan Muslimat Kawasan. Begitu juga dengan bahagian Urusan Ulama Pas Kawasan yang turut mendapat tenaga baru dikalangan ustaz-ustaz muda.

InsyaAllah lujnah tarbiyah Pas Kawasan dan pemuda akan meneruskan usaha menambah tenaga-tenaga baru dan juga pembinaan ahli-ahli melalui program-program tarbiyah.

Read more...

Ahad: Iftar Pas Cawangan Jalan Kubur dan Pasti AsSalam

0 comments

Pas Cawangan Jalan Kubur akan mengadakan majlis berbuka puasa di surau Jalan Kubur pada ahad 15 Ogos 2010. Begitu juga dengan jawatankuasa Pasti AsSalam Thani yang akan mengadakan iftar di Pasti baru petang ahad 15 Ogos.
Read more...

Lebih 300 Hadiri Tazkirah Anwar Di Markaz Pas Lembah Pantai

0 comments
YDP PAS Lembah Pantai bersama DSAI


Solat tarawih di Markaz Pas Lembah Pantai pada malam ini dihadiri oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Kedatangan mengejut beliau itu hanya dimaklumkan beberapa hari sahaja sebelum program.

Selesai solat tarawih, Anwar menyampaikan tazkirah Ramadhan. Lebih 300 ahli-ahli Pas dan Pakatan Rakyat yang lain hadir pada program tersebut. Program santai itu berakhir dengan jamuan more. Turut hadir Yang Dipertua Pas Kawasan Lembah Pantai Ustaz Adlin Soleh dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Antara ahli PAS yang mengikuti tazkirah dari DSAI


Selasa ini ihya Ramadhan Pas Lembah Pantai diteruskan dengan majlis berbuka puasa anjuran pemuda Pas kawasan di Pasti Assalam. Semua anak muda dijemput hadir. Majlis akan disertakan dengan solat tarawih dan sesi taujihad daripada pimpinan.

Read more...

Thursday, August 12, 2010


PKS Menang Pilihanraya Gabenor Sumatera Barat

0 comments
SUMBAR atau Sumatera Barat merupakan wilayah yang baru berhadapan dengan gempa bumi tidak sampai setahun yang lalu. Ia meliputi kawasan Padang, Bukit Tinggi, Padang Pariaman dan Padang Panjang.

Kesempatan rombongan Yayasan Amal Malaysia memberi bantuan kepada mangsa gempa ini, dua aktivis Pas Lembah Pantai turut serta iaitu saudara Nasir Hasan (Ajk Pas Kawasan) dan Nasaie Ismail (Ketua Pemuda). Kehadiran mereka ke kawasan gemba selama lima hari dapat membantu rombongan Yayasan Amal membina 12 telaga tiub yang mengeluarkan air bersih untuk kegunaan penduduk di sekitar 4 buah kampung. Bantuan ini diurus bersama ngo-ngo milik Parti Keadilan Sejahtera sebuah parti politik berorentasi Islam di Indonesia.

Berkat bantuan yang diberikan, penduduk sekitar wilayah ini memberi undi kepada PKS sebagai Gabenor(Menteri Besar) wilayah tersebut. Ini merupakan wilayah kedua dikuasai oleh PKS setelah Jawa Tengah yang meliputi kawasan Bandung. Setelah setahun lebih kawasan sekitar Bandung ini diperintah oleh PKS, ia diistiharkan sebagai wilayah paling kurang rasuah di Indonesia. InsyaAllah Padang dan seluruh SUMBAR ini akan menjadi wilayah kedua yang bebas rasuah dan mengembalikan keagungan Islam. Sebelum ini Padan dan Padang Panjang pernah mendapat jolokan serambi Madinah. Di sinilah lahirnya tokoh-tokoh negarawan Indonesia yang bersermangat Islam seperti Bapak Nasir bekas Perdana Menteri Indonesia dan ketua umum Parti Masyumi serta Prof Dr Hamka yang terkenal dengan tafsir Al Azharnya.
Read more...

Pengumuman Jamuan Hari Raya, Malam Penghayatan Fathul Mekah dan Website Baru Pas Lembah Pantai

0 comments
Setelah lama laman web bermasalah dan tidak dapat dibuka, Pas Lembah Pantai akan menampilkan sebuah website baru yang akan digabungkan bersama dengan blog Pemuda, Ulama, Muslimat dan Nisa. Setakat ini seramai 3 orang pimpinan akan bertanggungjawab mengendalikan website baru ini. Ia akan memaparkan laporan aktiviti Pas Kawasan dan dewan-dewan, isu-isu semasa dan juga bahan-bahan ilmiah berkaitan dengan tarbiyah harakiah. Ia sejajar dengan proses penambahan ilmu yang diwajibkan keatas setiap ahli Pas seperti terkandung dalam perlembagaan Pas.

Open House Pas Lembah Pantai
Disamping itu sebagaimana biasanya, Pas Kawasan juga akan mengadakan Majlis Hari Raya Pas Kawasan pada 26 september 2010. tempat akan dimaklumkan kemudian.

Malam Penghayatan Fathul Makkah (Pembukaan Mekah)
Sehari sebelum itu, satu majlis Penghayatan Fathul Makkah akan diadakan di Lembah Pantai. Program anjuran Urusan Ulama Pas lembah Pantai dengan Dewan Ulama Pas Wilayah itu akan diadakan pada 25 September 2010 bermula pukul 8 malam. Tempat akan dimaklumkan kemudian.

Majlis ini akan merangkumi Forum Perdana melibatkan tokoh-tokoh agama, persembahan Puisi Drama dan tayangan video. Ia dibuat bersempena dengan kemerdekaan negara yang baru sahaja berlepas kerana kisah pembukaan Mekah (Fathul Makkah) ini juga ada kaitannya dengan kemerdekaan negara.
Read more...

Ihya Ramadhan Pas Lembah Pantai

0 comments
Pas Lembah Pantai melalui platform tarbiyahnya, dewan ulama, pemuda dan Muslimat akan menganjurkan beberapa program khusus zepanjang bulan ramadhan ini. Berikut beberapa program yang dicatatkan:

1) Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Fakir Miskin Pas Kawasan Lembah Pantai.
28 Ogos 2010 bertempat di Markaz Pas Lembah Pantai Kg Pasir Baru. Majlis akan bermula sekitar pukul 5.30 petang.

2) Majlis Berbuka Puasa Dewan Pemuda Pas Lembah Pantai
17 Ogos 2010 (Selasa)
31 Ogos 2010 (selasa)
Tempat: Pasti Assalam.
Berbuka Puasa, Solat Tarawikh dan Usrah.
* Program ini menggantikan usrah dua minggu sekali yang dibuat sebelum ini.

3) Qiamullail Perdana Pemuda Kawasan
21 dan 22 Ogos. tempat: Madrasah Al Falah
(bermula dengan tidur pada 21 Ogos dan qiam serta sahur pada 22 Ogos)
Semua ahli dan penyokong Pas diminta hadir.

Disamping itu setiap Pas Cawangan juga mengadakan majlis berbuka puasa di cawangan masing-masing. sebarang penambahan program akan dimaklumkan kemudian.
Read more...

Sambutan Ambang Ramadhan Pas Lembah Pantai

0 comments
Pada tanggal 9 Ogos yang lalu, Pas kawasan Lembah Pantai telah mengadakan ceramah khas diambang Ramadhan bagi membuat persiapan ilmu dan pengetahuan bagi menghadapi bulan ramadhan. Majlis yang diadakan di kawasan bukit Kerinchi D itu dihadiri oleh seluruh alih PAS Lembah Pantai.

Program ini menampilkan Dr Kamil Abdul Majid sebagai penceramah.

Penceramah Dr Kamil Abd Majid


Sebahagian jemaah Muslimin yang khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan

Read more...

Labels:

Peneroka Felda Ditipu RM1800 Sebulan?

0 comments
Keputusan Mahkamah Persekutuan tahun lalu mengekalkan saman peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan yang wajib dibayar Felda berjumlah RM11 juta mula merebak kepada kebangkitan peneroka seluruh negara. Jika kes ini di Kelantan yang dikatakan negeri dikuasai Pas, maka kes kedua diikuti oleh 645 peneroka Felda Muwakil, Labis Johor negeri yang kuat Barisan Nasional. Kes di Labis ini sudah mula dibicarakan.

Isnin lepas, 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Felda Raja Alias memfailkan saman ketiga peneroka di mahkamah tinggi Seremban atas kes yang sama. Kesnya tetap sama iaitu penipuan gred kelapa sawit yang dijual di Kilang Felda.

Gred kelapa sawit yang dihantar kebiasaannya akan diletakkan oleh kilang Felda sebanyak 18 atau 19 sahaja. Namun apabila dibawa ke makmal bebas dan makmal Felda sendiri, ternyata gred sawit mereka ialah 24 hingga 26. Dianggarkan penipuan nilai greding sekitar 6 angka yang mewakili setiap gred itu sejumlah lebih kurang RM30. Bermakna apabila 6 gred, jumlah penipuan setiap tan ialah RM180. Jika peneroka menghantar sejumlah 10 tan kelapa sawit sebulan, maka mereka mendapat bayaran yang kurang sebanyak RM1800. Jumlah ini sangat besar. Hampir sama nilai dengan gaji pokok guru berijazah yang memulakan tugas.

Jika didarabkan setahun, maka jumlahnya melebihi RM20 ribu. Keadaan ini berlarutan sejak sekian lama. Bagi peneroka Felda Serting dan Raja Alias negeri Sembilan, mereka menghadapi gred yang rendah ini sejak tahun 1995 lagi. Bermakna sudah hampir 15 tahun. Jika lama ini tem,poh diambil kira, maka RM20 ribu didarabkan dengan 15 tahun, jumlahnya menjangkau RM300 ribu. Maknanya selama ini peneroka ditipu sebanyak RM300 ribu sejak tahun 1995. Ini bukan satu tuduhan, kerana mahkamah tinggi Kota Bharu sudah memutuskan sememangnya Felda menipu peneroka dan dikehendaki membayar saman sejumlah RM11 juta. Malah rayuan dan semakan kehakiman yang dibuat oleh Felda di mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan juga menemui kegagalan. Dengan makna yang jelas, mahkamah sepenuhnya bersetuju dengan saman peneroka tersebut dan terbukti jelas Felda menipu peneroka.

Di seluruh negara seramai 90511 peneroka adalah daripada kawasan sawit. Mereka mewakili 80 peratus peneroka Felda secara keseluruhan. Jika kesemua mereka berhadapan dengan masalah yang sama dan kemungkinan untuk itu adalah dekat, maka RM300 ribu didarabkan dengan 80511 peneroka sawit ini, maka jumlahnya ialah RM 24 bilion. Jumlah yang sangat besar. Kita mengharapkan jumlah ini tidak benar, tetapi untuk menafikan keseluruhannya suatu yang tidak boleh diterima sama sekali. Belum lagi dikira dengan kos tanam semula yang meragukan. Penyata yang dikeluarkan pejabat Felda, kos tanam semula ini termasuk kawat-kawat letrik yang dipasang di ladang-ladang ini. Namun hakikatnya seinci kawat letrik pun tidak ada.

Inilah perhambaan zaman moden. Yang menjadi mangsa Felda ini lebih 90 peratus adalah bangsa Melayu. Yang memegang lembaga pengarah Felda juga Melayu, yang menjadi Menteri yang menjaga Felda juga adalah Melayu. Apabila diserang Felda, mulalah dikatakan fitnah. tetapi kes di Felda Kemahang 3 sampai kehari ini tidak diulas Menteri atau timbalan menteri yang takut debat itu.
Read more...

Thursday, August 5, 2010


Program Penyampaian Sumbangan di Ambang Ramadhan

0 comments
DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI
Read more...

Sunday, August 1, 2010


Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM)

0 comments




TABUNG Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) ditubuhkan atas kesedaran betapa perlunya suatu wadah atau platform yang membiayai usaha-usaha pemerkasaan dan memurnikan sistem demokrasi di Malaysia.

Ini termasuk menimbulkan kesedaran dan mendidik masyarakat apakah tanggungjawab mereka sebagai rakyat di sebuah negara demokratik dari aspek perlembagaan, pemerintahan Negara dan proses pilihanraya.

Tumpuan juga akan diberikan kepada kerja-kerja penyelidikan dan mempromosikan system demokrasi yang sihat bagi mempertingkatkan komitmen seluruh rakyat ke arah Negara yang lebih demokratik dan adil.


Objektif :
  • Mengumpul dana bagi tujuan membiayai usaha-usaha:-
  • Membentuk kesedaran dan mendidik masyarakat tentang tanggungjawab mereka sebagai rakyat di sebuah negara yang demokratik samada dari aspek perlembagaan, sistem pilihanraya dan pemerintahan negara.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dan mempromosikan system demokrasi yang sihat kepada seluruh rakyat di Malaysia.

Maklumat Lanjut Hubungi :

Pejabat TIRAM di Blok B, Worlwide Business Center, 40675 Shah Alam, Selangor.

No.Tel. Pej. : 03-55104611 (Nurani/Diana) | No.Fax: 03-55111302 | Sobri Said (019-385 7160) | Ismahali Ismail (019-282 5716)

Website: http://tirammalaysia.blogspot.com

Email : tiram.rakyatmalaysia@gmail.com



Read more...
Blog Widget by LinkWithin