Thursday, January 7, 2010


Felda Belanja RM3 Juta Satu Padang Futsal: Tuan Ibrahim


Felda GLC milik kerajaan kedua terbesar selepas petronas telah membelanjakan sebanyak RM48 juta untuk pembinaan padang futsal di kawasan felda. Padang futsal berjumlah 16 buah itu dibina dengan nilai 3 juta setiap satu. Kos ini terlalu besar dan berkali ganda daripada kos sebenar. Padang futsal yang berkeluasan sekitar 20 meter x 10 meter itu hanya memerlukan kos tidak sampai RM300 ribu untuk sebuah padang yang lengkap. Namun felda yang ditadbir pemimpin Umno menghabiskan kos 10 kali ganda daripada jumlah sebenar. Ini bermakna felda sepatutnya mengeluarkan RM 5 juta sahaja untuk seluruh pembinaan tersebut.

Menurut Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, naib presiden Pas, padang futsal yang hanya hanya melibatkan pembinaan lantai padang, tiang gol dan dinding sahaja sangat tidak logik dihabiskan kos sebanyak 3 juta. Menurut beliau lagi, keborosan dan pengaliran wang rakyat ke tempat yang tidak sepatutnya inilah yang menjadi punca kos hidup rakyat meningkat. Kerajaan boleh memberi alasan menaikkan harga gula disebabkan untuk mengurangkan subsidi, namun dalam masa yang sama wang rakyat dibazirkan ke tempat tidak sepatutnya. Bina stadium runtuh, bina jambatan retak, bina masjid, dewan, hospital semuanya runtuh. Inilah masalah besar yang menimpa negara hari ini apabila wang negara dibazirkan pemimpin, rakyat yang menanggung bebannya. Dato Tuan Ibrahim berkata demikian ketika berucap di Lembah Pantai malam semalam.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin