Sunday, January 3, 2010


Lembah Pantai: Pakatan Rakyat Menang, Pembangunan Bercambah


Najib dan Lembah Pantai sangat sinonim semenjak beberapa bulan ini. Manakan tidak, belum sampai setahun menjadi Perdana Menteri, sudah dua kali secara rasmi Najib telah dan akan melawat Lembah Pantai. Kali pertama di padang PPR untuk mengumumkan 'habuan' yang sudah lama dijanjikan iaitu penjualan rumah PPR kepada penduduk. Keduanya khamis ini dia akan hadir ke Pantai permai untuk merasmikan Klinik 1 Malaysia di kawasan perumahan tersebut.

Begitu juga dengan isterinya turut hadir ke Kg Kerinchi bagi melawat mangsa kebakaran pada tahun lalu. Selain itu, beberapa bulan yang lalu juga, timbalannya Mahyudin Yasin turut hadir ke kawasan perumahan Bukit Angkasa bagi merasmikan program pendidikan percuma untuk anak-anak. Namun kedatangan Najib kali ini dikala rakyat sedang marah dengan kenaikan harga gula dan barangan lain dipasaran.

Selain najib, menteri Wilayah yang juga ketua Umno Bahagian Lembah Pantai juga banyak melimpahkan program-program dan projek dibawah kuasanya selaku menteri yang menjaga DBKL ke kawasan ini. Hampir setiap minggu akan ada sahaja program rasmi dan tidak rasmi yang beliau lakukan di kawasan Lembah Pantai. Sehinggakan ada warga Kuala Lumpur menggelarkan Raja Nong Chik ini sebagai Menteri Lembah Pantai, bukan menteri Wilayah. Ditambah pula dengan perlantikan bekas ahli parlimen Lembah Pantai Dato Seri Syahrizat sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat telah memperbanyakkan lagi program pembangunan di kawasan ini.

Jika pengundi yang kurnag bijak akan mengatakan istimewanya parlimen ini jika terus dikuasai oleh Barisan Nasional. Dalam keadaan ahli parlimennya daripada Pakatan Rakyat Yb Nurul Izzah, Lembah Pantai tetap mendapat projek, program dan pembangunan yang semakin giat. Jadi kalaulah BN sendiri yang menjadi ahli parlimennya, alangkah baik kata pengundi tidak cerdik ini.

Tapi awas, dahulu BN sudah menjadi ahli parlimen sejak zaman berzaman. Jarang sampai dua tahun PM datang sampai dua kali, isteri PM sekali dan TPM sekali. Menteri sampai dua orang satu parlimen. Mengapa dahulu tidak dititik beratkan. Kerana bila menang pemimpin BN akan lupakan rakyat.

Tetapi rakyat Lembah Pantai istimewa seperti hari ini kerana kawasan ini dimenangi Pakatan Rakyat. Apabila Pakatan Rakyat menang, kita menjuarai isu kebajikan rakyat dan BN pula berusaha memikat hati pengundi. Jadi barulah Lembah Pantai menjadi tumpuan program dan projek. Jika BN kembali menang, usah harap PM hendak datang lagi ke Lembah Pantai.

begitulah juga suasana politik Malaysia di kawasan-kawasan lain dan negeri yang tidak diperintah BN. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat buat pembangunan. BN pun turun buat pembangunan. Inilah istimewanya kawasan dimenangi Pakatan Rakyat. Oleh itun untuk terus menjadi kawasan yang istimewa, teruskan mengundi calon Pakatan Rakyat di Lembah Pantai ini dalam pilihanraya yang akan datang. Jika BN kembali menang, jangan harap mereka akan bagi perhatian kepada rakyat. Tapi jika BN kalah, dia akan lebih prihatin. Kesimpulannya, kekalahan BN diperlukan berterusan untuk teruskan pembangunan.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin