Monday, January 4, 2010


Pas Lembah Pantai Bantu Pesakit Lumpuh di PPR Cempaka


Seorang penduduk PPR Cempaka, Lembah Pantai terlantar sakit sejak enam bulan yang lalu. Rosdi Mamat bekas pemandu lori berusia 45 tahun itu mengidap sejenis penyakit yang tidak dapat dikenal pasti. Beliau tidak dapat bergerak dan bercakap sejak beberapa bulan yang lalu dan hanya terlantar di atas katil. Menurut anaknya, bapanya terpaksa diberi makan melalui saluran makanan yang dimasukkan ke badan. Begitu juga hendak membuang najis terpaksa dibantu oleh keluarga. Keadaan ini menyebabkan keluarga ini berhadapan masalah kewangan yang meruncing. Ini kerana isterinya terpaksa bekerja untuk menyara 3 anaknya dan suami yang terlantar. Dalam masa yang sama, isterinya juga terpaksa menjaga suaminya sepenuh masa apabila anak-anaknya ke sekolah. Buat masa ini Rosdi dijaga oleh anaknya yang sedang bercuti.

Oleh itu, Pas kawasan Lembah Pantai telah menghulurkan sedikit bantuan kewangan untuk membantu meringan beban keluarga ini. Bantuan ini telah diserahkan wakil Pas Lembah Pantai Wan Mustafa, Ketua Pemuda Kawasan dan wakil pejabat ahli parlimen Lembah Pantai en Parthiban. Selain itu, Pas juga bersama pusat khidmat ahli parlimen akan berusaha didalam menguruskan bantuan berpanjangan daripada pihak baitul mal, jabatan kebajikan masyarakat dan lain-lain pihak.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin