Wednesday, January 6, 2010


Salam 1 Malaysia vs Salam 2 Kupang!


Pagi ini Perdana Menteri akan melancarkan klinik 1 Malaysia di Pantai Permai, Lembah Pantai. Bagaimanakah bentuk kliniknya belum dikenalpasti. Jika hendak dikatakan ianya klinik untuk semua kaum,sememangnya sudah lama wujud begitu. Jadi apa bezanya klinik 1 Malaysia ini? Kini sudah jadi kegilaan agensi agensi kerajaan untuk menambah perkataan 1 Malaysia dalam semua hal walaupun tiada beza pun. Selepas klinik 1 Malaysia, akan datang ada tandas awam 1 Malaysia, pasar 1 Malaysia, lebuhraya 1 Malaysia, masjid 1 Malaysia. Apa maknanya? Tidak ada, melainkan sama sahaja maksud, fungsi dan bentuk seperti sebelum ini. Oleh itu kenapa ada 1 Malaysia? Jawapannya kerana mengampu. Apa makna mengampu? Maknanya lemah daya fikiran untuk bangunkan negara, sebaliknya hanya mengampu istilah-istilah disukai pemimpin. Semua hal ini tidak boleh dinafikan kerana zaman Pak Lah dahulu semuanya jadi hadhari. Masjid Hadhari, sekolah hadhari, forum hadhari, dewan hadhari, ulama hadhari, kebudayaan hadhari, sukan hadhari. Jadi inilah budaya yang ditanam umno BN dalam kepala masyarakat yang menggambarkan ceteknya fikiran pemimpin-pemimpin negara.

Jika sempat Muhyidin Yasin menjadi PM entah istilah apa pula digunakan. Akhir sekali atas kedatangan PM Najib esok, pemuda lembah Pantai ingin mengucapkan bukan salam 1 Malaysia, tetapi ' salam 20 sen' atau salam dua kupang buat Najib atas kenaikan harga gula baru-baru ini.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin