Tuesday, January 5, 2010


Sampaikan Mesej Pas Untuk Semua: Usrah Pemuda


Pemuda Pas perlu mengusahakan supaya mesej perjuangan Pas sampai kesemua masyarakat khususnya pemuda. Mengambil pengajaran sejarah Baiatul Aqabah diantara penduduk Madinah dengan Nabi Muhammad saw untuk kali yang kedua, pulang sahaja daripada Aqabah, kesemua pintu rumah di Madinah diketuk oleh umat Islam. Tidak ada satu rumah pun yang tidak disampaikan mesej Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Mengambil semangat baiatul Aqabah inilah, ahli Pas perlu berazam untuk menyampaikan seruan Pas kepada semua golongan di kawasan masing-masing. Demikianlah resolusi usrah bulanan dewan pemuda Pas Lembah Pantai malam tadi. Usrah yang dihadiri 27 orang pimpinan pemuda Pas kawasan dan cawangan itu turut dihadiri YB Ustaz Nasir Zakaria ahli parlimen Padang Terap.

Rentetan itu pemuda Pas Lembah Pantai akan menggiatkan usaha mendekati golongan muda khususnya dengan memaparkan tema 'Orang Muda Geng Kita'. Antara program yang dirancang termasuklah futsal perdana, futsal mingguan, program-program rekriasi, kesenian dan juga usrah dwi mingguan.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin