Monday, January 4, 2010


Umno Mahu Buang Perkataan Islam Pada Pertubuhan


Sejarah telah mencatatkan Umno pernah berusaha membuang perkataan Islam pada pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia seperti Pas,Abim,Jim dan lain-lain. Usaha ini dilakukan beberapa kali termasuk secara serius
pada tahun 2000.Demikian kenyataan Dr Mujahid Yusuf Rawa ajk Pas pusat.
Beliau yang juga pengerusi lajnah perpaduan nasional PAS pusat, mengaitkan perkara itu dengan satu cadangan sebelum ini untuk menghalang mana-mana pertubuhan "menggunakan Islam" dalam nama pergerakan mereka.

Mujahid dipercayai merujuk kepada kempen Umno sekitar tahun 2000 supaya PAS tidak dibenarkan menggunakan perkataan 'Islam' dalam nama parti itu.
"Golongan inilah yang yang satu ketika dahulu pernah mencadangkan supaya nama Islam dibuang dari dikaitkan kepada mana-mana pertubuhan kerana "menggunakan Islam" untuk kepentingan," tulis Mujahid dalam kolumnya di sebuah portal berita.

"Alhamdulillah, Raja-Raja Melayu menolak cadangan ini bahkan menggalakkan supaya nama Islam dalam pertubuhan digunakan," tambahnya.

Menurut keputusan Majlis Raja-raja pada 22 Mac 2001 itu, "tiada pihak berhak menentukan keIslaman seseorang itu dengan mengenakan syarat-syarat tambahan setelah orang itu menepati rukun Iman dan rukun Islam."

Perlu diingat, sebahagian besar pemimpin Umno yang lantang mahu perkataan Islam dibuang ketika itu masih lagi menjadi pemimpin Umno hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin