Monday, February 8, 2010


Kursus Keselamatan Pasti di Lembah Pantai


Lembah Pantai telah menjadi tuan rumah kursus keselamatan Pasti pada hari ahad lalu. Menurut pengarah program, seluruh guru dan pengurus Pasti di Wilayah Persekutuan menyertai program sehari ini. Antara pengisiannya ialah taklimat undang-undang oleh Tuan Haji Zamri daripada dewan pemuda Pas Wilayah dan juga latihan mencegah kebakaran bersama bomba Lembah Pantai. Menurut Khaidir yang juga exco dewan Pemuda Pas Lembah Pantai, program ini dianggap berjaya kerana kehadiran yang menggalakkan ketika kawasan Lembah Pantai sibuk dengan program Tahun Baru Cina pada masa yang sama. Ia juga adalah kali pertama diadakan bagi memenuhi keperluan Pasti yang semakin meningkat pada tahun ini.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin