Wednesday, February 3, 2010


Malam Nurkasih Ahad Ini

Anak-anak muda Lembah Pantai akan mempersembahkan teater berjudul 'taubat' pada hari ahad ini 7 februari di Dataran Bukit Angkasa. Program anjuran Yayasan Amal Malaysia, Nisa Lembah Pantai dan Persatuan Ulama Malaysia ini turut mempersembahkan juara Akedemik Nasyid Kebangsaan Ustaz Azhan Atan.

Azhan Atan akan tampil buat julung kalinya dengan kumpulan barunya iaitu Arrasy. Kumpulan yang terdiri daripada 4 anak muda ini menggabungkan unsur-unsur dikir barat dalam nasyid dan pemodenan muzik dikir. Selain itu, program akan diceriakan juga dengan persembahan Life Band kumpulan "Man John" atau Kamaruzzamann Husien. Seluruh penduduk Lembah Pantai pelbagai kaum dijemput hadir beramai-ramai.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin