Wednesday, February 3, 2010


Pas Berjaya Adakan Lebih 20 Dialog Antara Agama

Ketika isu penggunan nama Allah masih belum diselesaikan oleh rejim Umno BN, Pas telah terkedepan apabila organisasinya pelbagai peringkat telah mengadakan dialog dengan pihak gereja dan penganut agama lain semenjak seminggu dua ini. Dialog ini membuka pintu dakwah yang sukar dilakukan sebelum ini.

Lebih hebat lagi apabila Pas kawasan-kawasan juga mengambil insiatif di tempat masing-masin seperti Pas Kelana Jaya, Pas Bagan Serai, Parit Buntar, temerloh dan Jerantut yang telah mula masuk ke gereja-gereja membawa agenda Pas. Begitu juga dengan proksi-proksi Pas di kampus-kampus turut mengadakan dialog antara agama.

Inilah situasi yang melemaskan Umno mutakhir ini. Ditambah pula Umno sedang bergelut mempertahankan diri apabila lapan orang suspek bakar gereja yang ditangkap adalah ahlinya.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin