Saturday, February 13, 2010


Pub Jalan P Ramlee: DBKL Batal Lesen, Raja Nong Chik Luluskan!

Semua warga Kualau Lumpur mengetahui situasi Jalan P Ramlee tidak jauh dari KLCC yang penuh dengan Pub atau kelab malam. Setiap malam jalan itu akan sesak apabila ribuan anak muda pelbagai bangsa dari seluruh dunia berpesta dengan arak, menari dengan pasangan, berpeluk pelukan, berciuman sehingga jam 2 pagi. Selepas jam 2 pagi, maka aktiviti sebahagian besarnya akan tertumpu ke hotel pula. Pada tahun ini DBKL tidak menyambung lesen pusat hiburan ini. Namun atas kuasa Raja Nong Chik, 5 pusat ini dibuka kembali untuk anak-anak muda berpesta mabuk arak setiap malam. Apa nak jadi dengan Ketua Umno bahagian Lembah Pantai ini? Dahulu berbohong dalam isu demonstrasi ISA dengan mewakili penjaja jalan masjid india kononnya rugi sebanyak RM10 juta. Sampai sekarang tidak dibuktikan. Kini luluskan pula lesen pusat arak. Beberapa hari lali persatuan Hindu Sangam istiharkan perang terhadap alkohol. Orang bukan Islam pun tidak mahu lagi melihat kerosakan masyarakat akibat arak. Apa nak jadi dengan menteri wilayah seorang ini? Inilah bahananya apabila lantik menteri dikalangan yang tidak dipilih rakyat.

1 comments:

konta on April 14, 2010 at 12:57 AM said...

Begini lah jika perjuangan tidak berlandaskan Islam..dasyatnya umno hingga tak nampak lagi yg mana baik yg mana buruk..orang bukan Islam dah mula menolak arak,dia yg mengaku Islam pulak yg menggalakkan arak dan maksiat...

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin