Wednesday, February 3, 2010


Ustaz Hasan Syukri Tokoh Pendamai 13 Mei

Ketika api pergeseran kaum masih membuak-buak di ibu kota dan Selangor ketuika peristiwa 13 Mei, Ustaz Hasan dipanggil oleh Tun Razak untuk mendamaikan sekumpulan orang Melayu dan Cina di Sabak Bernam yang akan merusuh. Orang-orang Melayu yang datang dari Sungai Manik Perak itu bersiap sedia dengan senjata untuk bertindak.

Apabila ustaz Hasan sampai dan menasihati mereka supaya berundur, mereka semua kendur dan bersurai. Begitu juga dengan orang Cina dan India. Mereka mengucapkan terima kasih kepada ustaz Hasan yang telah meleraikan konflik yang bakal berlaku. Demikianlah perkongsian kisah-kisah lama yang dilalui tokoh Pas ini ketika usrah bersama dewan pemuda Pas Lembah Pantai selasa lalu di rumah beliau.

Usrah yang dihadiri 16 orang ajk dan ahli pemuda Lembah Pantai itu diadakan dalam bentuk ziarah pimpinan yang diadakan setiap dua minggu sekali. Di dalam pertemuan itu, banyak nasihat berguna diberikan oleh Ustaz Hasan Syukri kepada pemuda-pemuda.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin