Monday, July 19, 2010


300 Hadiri Malam Air Mata Ghaza

300 hadiri Malam Air Mata Ghaza anjuran Pas Lembah Pantai. Majlis yang berlansung di kawasan Pantai Dalam itu dihadiri oleh bekas tahanan Israel terbaru Tuan Haji Jamaludin Elias yang terlibat dalam Misi Lifeline For Ghaza dengan kapal Mavimarmara dari Turki ke Ghaza. Beliau yang merupakan timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia telah menceritakan saat-saat berhafapan dengan serangan tentera Israel keatas kapal yang membawa barangan perubatan, makanan dan pembinaan ke Ghaza.

Ghaza yang panjangnya sekitar 40 km itu kini berada dalam keadaan dikepung darat dan lautnya oleh rejim Israel sehingga terjadi sebuah penjara terbuka terbesar di dunia. Penduduknya terpaksa menanam rumput untuk terus hidup disebabkan terputus bekalan makan sejak sekian lama. Ditambah pula dengan sekatan sempadan oleh sekutu Israel rejim Hosni Mubarak di Mesir menyebabkan keadaan semakin sulit.

Menurut Jamaludin, setiap bulan 150 orang warga Ghaza terkena penuakit barah yang disebabkan kesan terhidu bom posforus yang dilepaskan Israel ketika menyerang Ghaza tahun lalu. Sehingga ke hari ini Mesir yang bersempadanan dengan Ghaza menutup pintu sempadan Rafah yang menjadi satu-satunya saluran bantuan yang boleh diberikan yang tidak dikawal Israel.

Majlis pada malam tadi turut dihadiri penyair negara Syukri Dolah yang mendeklamasikan sajak berjudul Mengutuk Bangsa Terkutuk. Pelbagai sumbangan diterima pada majlis itu untuk disampaikan oleh Yayasan Amal Malaysia kepada penduduk Ghaza. Difahamkan pada bulan november dan disember akan datang 60 buah negara sudah menyatakan kesediaan untuk menghantar misi kedua melalui jalan laut bagi memecah sekatan laut yang dikenakan oleh Israel.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin