Monday, July 12, 2010


50 Ahli Pas Sertai Gotong Royong Bersihkan Kubur

Gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Bukit C2 Kerinchi ahad lalu disertai 50 orang ahli Pas Lembah Pantai. Program ini anjuran Pas Kawasan Lembah Pantai dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Bermula jam 8 pagi, majlis dimulakan dengan ucapan wakil-wakil parti dan seterusnya operasi pembersihan dijalankan.

Walaupun berlaku beberapa pertembungan program lain melibatkan Pas Lembah Pantai seperti sayap pemudanya yang terpaksa menghadiri reatret Pemuda Wilayah di Hulu Yam dan program melibatkan Jabatan Pilihanraya, namun ia tidak menjejaskan kehadiran ahli seperti kebiasaan.

Menurut YDP pas Lembah Pantai, Ustaz Mohd Adlin Soleh, gotong-royong seumpama ini merupakan acara tahunan yang sememangnya dibuat setiap tahun. Program ini merupakan satu khidmat masyarakat yang boleh diberikan oleh Pas dan Pakatan Rakyat selaras dengan konsep 'Negara Berkebajikan' yang diperjuangkan.

Turut hadir ke program ini ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Anwar dan beberapa pimpinan PKR Cabang Lembah Pantai. Pas Lembah Pantai mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli dan penyokong yang terlibat serta pihak-pihak yang turut membantu menyediakan peralatan.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin