Pas Kawasan Lembah Pantai bersama Dewan Pemudanya akan mengadakan bengkel pilihanraya Pas Kawasan pada sabtu ini 10 Julai 2010 di Markaz Pas Kawasan Lembah Pantai. Bengkel ini akan fokus kepada daftar pemilih dan persiapan petugas-petugas pilihanraya Pas Kawasan Lembah Pantai. Bengkel ini melibatkan ahli-ahli Pas kawasan sebagai satu proses pendidikan politik dan pilihanraya yang dijalankan berterusan.
Sementara itu keesokan harinya iaitu pada 11 julai 2010 akan diadakan satu gotong royong perdana membersihkan tanah perkuburan di Lembah Pantai akan diadakan. Program yang bermula pukul 8 pagi ini akan melibatkan setiap lapisan masyarakat.
Disamping itu sebelah tengaharinya akan diadakan majlis makan tengahari anjuran Jentera Pilihanraya Pas Wilayah Persekutuan di Restoran Haji Amjal di Jalan Pantai Baru.
KONGSI GELAP MENTADBIR MALAYSIA?
-
Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) melihat kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan
Sri Musa Hassan yang mengesahkan bahawa wujudnya pakatan sulit di antara
kongsi...
19 hours ago


0 comments:
Post a Comment