Sunday, January 24, 2010


Angkuh Hentikan Ceramah Anwar

0 comments

Ceramah Anwar bersama Tan Sri Khalid dan Dato Mahfuz Omar di Kerinchi malam tadi dihentikan dengan cara yang paling angkuh oleh pihak polis. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid telah menaiki pentas tanpa sebarang amaran dan terus mina program dihentikan.

Pemuda Pas menganggap ini cara yang biadap dan tidak sopan. Jika dalam demonstrasi sekalipun, polis biasanya akan menggunakan pembesar suara meminta supaya bersurai, kemudian memberi tempoh tertentu untuk orang ramai bersurai. Jika tidak begitu pun, biasanya pihak polis akan memanggil pengerusi atau sesiapa berkenaan di pentas mohon ceramah dihentikan, atau boleh juga ACP ini minta dari bawah pentas supaya Anwar menghentikan ceramah.

Ini terus mara dengan laju naik ke pentas minta dihentikan. Ini tindakan belagak sombong untuk menunjukkan kuasa. Anwar terus menghentikan ceramah, tidak berkeras dengan polis. Nasihat kami kepada ketua polis ini, "Wahai ACP Wan Abdul Bari, kamu baru bangkit daripada kesakitan, kamu akan mati suatu hari nanti dan kamu akan mengadap malaikat seorang diri. Pangkat dan kuasa kamu tidak boleh dibawa ke dalam kubur. Di sana jika manusia yang dizalimi di dunia ini oleh kamu atas dunia dahulu tidak memaafkan kamu, jawablah kamu seorang diri dengan malaikat. Jangan terlalu angkuh, FRU tidak boleh membantu kamu dikubur. Insaflah, jadilah seorang beriman.
Read more...

Wednesday, January 13, 2010


Kasihankan Rosmah Mansur! Mak Saudara Mati, Tidak Dilawati

0 comments

Saya kasihankan Rosmah Mansur. Dia jenuh berusaha untuk memulihkan imejnya selepas menjadi isteri Perdana Menteri. Imejnya tercalar dengan kes Altantuya. Juga kes perbelanjaan boros sejak belum Najib menjadi PM lagi. Kisah beliau terpaksa menyewa beberapa buah kereta untuk mengangkut barangan setelah shopping' di Paris. Kisah transaksi wang lebih setengah juta ke Dubai untuk beliau shopping. Lebih daripada itu kisah 'celupar' mulutnya dengan orang kelilingnya. Mudah bahsa apabila disebut Rosmah mansur atau isteri Najib Razak, orang akan tergambarkan seorang wanita bertubuh besar, kasar, celupar, boros dan ganas. Ini persepsi umum.

Setelah menjadi isteri PM dia berusaha menggunakan segala macam ngo nya untuk pulihkan imej. Pertamanya dia menjadi penaung kepada kempen kutipan derma untuk Palestin. Keduanya dia menjai penanung dan aktif dalam kempen mencegah dan merawat kanser. Dia juga keluar negara melakukan pelbagai program kebajikan. Terakhir sekali Rosmah menghubungi kerajaan Mesir menggunakan pengaruh diplomatiknya meminta Mesir membuka sekatan terhadap konvoi 'Viva Palestin'. Habis itu dengan bangganya beliau mengumumkan kegembiraan krana berjaya membantu 'Viva Palestin' menyampaikan bantuan ke Ghaza. Semuanya nilai positif digambarkan untuk Rosmah.

Namun sayang, balik ke dalam politik negara,imejnya kembali tercalar apabila wartawan Suara Keadilan ditahan di hadapan rumah saudaranya. Semua orang persoalkan kenapa hendak temuramah p8un diugut, diancam dan dirampas baha-bahan kewartawanan? Mengapa? Adakah ada lagi berita buruknya laku Rosmah terkini sehinggakan wartawan nak interview saudaranya sampai diugut? Berkemungkinan ianya bukan kerja Rosmah atau orang-orangnya, namun persepsi umum sedang memerhatikan beliau.

Maka pecah lah satu cerita, salah seorang mangsa pembunuhan empat beranak di Gemenceh minggu lalu adalah ibu saudara Rosmah. Katanya adik atau kakak kepada bapana Mansur. Apa masalahnya? Masalahnya arwah berkali-kali katanya berusaha hendak mnemui anak saudaranya Rosmah ini sebelum mati, namun tidak dilayan. Lebih buruk lagi, diberitakan dalam akhabar Suara Keadilan yang wartawannya diugut, bahawa Rosmah tidak pun menghadiri atau menziarahi emak saudaranya yang dibunuh itu. Maka dengan satu cerita sahaja, habis segala imej baik yang dicipta sebelum ini. Kasihan Rosmah. Namun apakan daya, umum mengatakan itulah hakikat perangai, watak dan perwatakan Rosmah yang sebenar. Jadi teruskan usaha kebajikanmu, namun jangan harapkan imejmu dipandang baik. Bravo Rosmah Mansur!
Read more...

TERKINI: Asyura Perdana Pas Lembah Pantai Ahad Ini.

0 comments
Pas Kawasan Lembah Pantai akan mengadakan Asyura Perdana pada 17 januari ini bertempat di dataran Pasti An Nur Jalan Kubur Pantai Dalam. Asyura ini dibuat bermatlamatkan kerjasama dikalangan masyarakat Lembah Pantai khususnya ahli-ahli Pas dan Pakatan Rakyat Lembah Pantai. Program ini merupakan siri kedua selepas kali pertama diadakan pada tahun lalu. Setakat hari ini dianggarkan sudah lebih 10 kawah bubur asyura Kelantan dan Asyura Kedah yang ditempah. Kepada yang berminat menyertai bolehlah menghubungi ketua Pas cawangan masing masing sebelum hari program. Gotong royong ini akan dilaksanakan bermula jam 7 pagi hingga 4 petang.
Read more...

Tuesday, January 12, 2010


Labels:

Kisah MB Bela Ketam dengan MB 'Belanda' Malaysia

0 comments

Mesyuarat Koridor Utara dihadiri oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan menteri-menteri besar negeri negeri utara seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Alkisah bermulalah Najib akan mesyuarat koridor itu. Ditanya Najib kepada setiap MB berkaitan dengan perancangan dan permintaan kepada pusat untuk membangunkan koridor negeri masing-masing.

Lalu si MB Haram Zamri pun mula bersuara. Katanya Perak mahukan kerajaan pusat turunkan projek pembangunan itu dan ini di seluruh negeri Perak. Tersenyum simbul Najib dan Mahyudin. Bukan apa, permintaan Zamri itu tidak kena pada tempatnya. Namun Zamri tidak faham. Ini menyebabkan MB Kedah Dato Azizan Razak terpaksa bersuara. Katanya, mesyuarat hari ini membincangkan tentang koridor utara. Bukan bincang pembangunan satu negeri. Sekadar koridor sahaja. Zamri tidak faham. Azizan menerangkan lagi, "kamu tahu tak koridor? Kalau di rumah kita, ada beranda atau anjung, tu lah koridor. Atau anjung. Bukan nak buat pembangunan satu rumah. Diuanjung saja. Di Perak, anjung utara sahaja. Bukan satu Perak. Tersenyum simpul si MB haram itu. Rupanya tidak pandai memerintah.

Kemudian pergi kepada MB Perlis pula. Mat Isa Sabu pun bersuara. Katanya, Perlis mahu jadi pengeluar ketam hijau. Jadi kita nak buat kolam ternak ketam di Perlis. Sekali lagi PM, TPM dan MB MB lain tersenyum simpul. Kini giliran Kedah pula membentangkan. Ustaz Azizan membentangkan tiga agenda utamanya dalam NCER atau pembangunan koridor utara ini. Pertamanya ingin menjadikan Kedah sebagai Belanda Maaysia. Beliau membentangkan fakta kekurangan makanan dunia, kekurangan bekalan nenas, jagung dan padi serta ikan di rantau ini. Kemudian beliau membentangkan perancangan untuk meluaskan tanaman padi, nenas, jagung, penternakan ikan kolam dan sangkar serta lain-lain projek.

Keduanya, beliau inginkan projek pembangunan rumah rakyat di Kulim, Sungai Petani dan Alor Star untuk keperluan rakyat. Ini kerana rumah yang ada sekarang tidak mencukupi untuk keperluan rakyat Kedah dalam masa 5 ke 10 tahun akan datang. Ketiganya beliau membentangkan hasrat Kedah untuk jadikan Kuala Ketil sebagai bandar pendidikan dengan pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah dan lain-lain prasarana pendidikan. Pembentangan beliau ini diberi perhatian serius oleh ahli-ahli mesyuarat dan ketiga-tioga permintaannya diluluskan.

Inilah beza MB Pas/Pakatan Rakyat dengan MB BN. MB BN sekadar minta nak bela ketam sahaj. Sedangkan MB Pas hendak bangunkan negeri dan rakyat. MB Pas/Pakatan memikirkan soal makanan untuk negara dan rakyat, perumahan untuk rakyat dan pendidikan untuk genrasi akan datang.
Read more...

Labels:

Kedah Bakal Jadi Belanda Malaysia

0 comments

Kerajaan kedah pimpinan Ustaz Azizan Razak ingin mengusahakan Kedah menjadi pengeluar makanan negara dan serantau khususnya dengan menguasai industri pertanian, penternakan dan perikanan. Belanda sebuah negara kecil sahaja di dunia barat, telah menjadi pengeluar utama pertanian untuk keperluan pemakanan penduduk Eropah.

dalam sektor pertanian, Kedah akan membangunkan lebih luas lagi kawasan sawah padi, menjadi pengeluar utama nanas serantau dan juga penanaman jagung.

Menteri Besar Kedah, YAB. Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan bahawa kerajaan negeri sedang berusaha memugar kawasan sawah baru seluas 6,000 ekar di kawasan luar pengairan MADA.

"Saya kurang setuju dengan polisi membenarkan tanah pertanian ditukar kepada tapak industri. Saya lebih condong kepada falsafah saya dahulu lagi iaitu mengambil langkah 'security' dengan melihat contoh apa yang berlaku di negara Russia.

"Mereka menghadapi kekurangan makanan kerana guna teknologi berat yang tidak memberi pertambahan kepada pertanian. Sedangkan Russia yang merupakan negara mengutamakan industri pertanian ketika itu mereka terkenal dan berjaya mewujudkan sistem koperasi untuk pertahan hak petani.

"Selepas mengalami revolusi 1917 rakyatnya menjadi miskin terpaksa berbaris untuk menndapatkan sebiji roti. Kita tidak mahu negeri kita jadi seperti itu," ujar Ustaz Azizan.

Menurut Menteri Besar itu lagi, Tasik Pedu akan dijadikan kolam memelihara ikan Patin oleh syarikat Amerika/Vietnam. Ikan-ikan akan dibekukan dan diekspot ke Amerika. Projek ini menggunakan teknologi baru memproses maakanan berasaskan ikan.

"Saya minta supaya diipindahkan teknologi ini kepada rakyat tempatan. Mereka hanya menggunakan isi ikan dan kepala ikan boleh difIkir cara lain supaya tidak membazir. Kita suka tahu rakyat tempatan memang makan gulai kepala ikan," ujarnya.

Kedah, katanya, bakal menjadi pembekal makanan negara ini dan selain dapat menambah pendapatan rakyat.

Sementara itu kerajaan baru Kedah berjaya menyelamatkan 4,500 relong tanah sawah yang telah menghasilkan padi berkualiti tinggi, daripada dimusnahkan oleh Projek Industri Petroleum Yan (ZIPY) mengikut perancangan kerajaan terdahulu.

Menteri Besar menjelaskan bahawa projek tersebut tetap diteruskan tetapi tapi tapaknya dialihkan ke laut iaitu dengan menambak laut. Dengan itu tidak ada tanah sawah yang periu dikorbankan. selain itu juga, bermula tahun ini, projek pengetinan rambutan untuk eksport keluar negara juga akan dimulakan. Ini dapat memberikan pendapatan kepada penduduk kampung yang biasanya buah rambutan itu dibazirkan sahaja apabila permintaan pasaran tempatan tidak menginginkan.

Usaha Kedah ini diakui oleh timbalan Perdana Menteri yang poernah menjadi menteri pertanian dan asas tani sebelum ini. Menurut belau, semangnya dunia tidak cukup bekalan nanas dan juga makanan berasaskan ikan. Begitu juga dengan keperluan beras negaradan serantau yang tidak cukup dan semakin mengecil. Oleh itu Muhyudin melihat Kedah berkeupayaan untuk
Read more...

Sunday, January 10, 2010


Labels:

Sukar Najib Kikis Imej Elit Kapitalis

0 comments

Kelibat Najib meneropong flat hantu di Bukit Sentosa dekat Rawang kelmarin bertujuan untuk menunjukkan kepada massa bahawa Najib PM prihatin, pro rakyat, dahulukan rakyat dan low profile. Selepas teropong, nyatakan kesedihan atas kerosakan bangunan, kedaifan dan usangnya bangunan itu. Lalu umumlah Najib bantuan akan diturunkan untuk rakyat. Ini perlu dibaca sebarang perancangan untuk mempopularkan imej Najib sahaja. Kalaulah tujuannya untuk membantu, tidak perlu seorang PM turun ke situ. Cukup wakil-wakil rakyat BN sebelum ini atau ketua umno bahagian yang laporkan, maka bantuan kerajaan berikan.

Persoalannya adakan rakyat dan dunia mengiyakan Najib ini pro rakyat, dahulukan rakyat atau PM prihatin. Jawapannya tidak kerana imej bapa kapitalis dan elit terpahat kuat dan mendominasi watak dan tindakan Najib. Perancangannya untuk melaksanakan GST yang melibatkan penstrukturan semula cukai-cukai dan penarikan balik banyak subsidi secara terancang menampakkan imej pro kapitalisnya dan ketepikan kepentingan rakyat. Kehendak tauke gula, tauke itu dan ini diutamakan. Subsidi untuk rakyat ditarik. Harga gula dan roti dinaikkan. Petrol distruktur kepada harga murah untuk yang kurang kualiti. Lebih daripada itu, gelagat isterinya seorang uyang boros berbelanja di luar negara menjadi bualan ramai. Ditambah pula dengan kes-kes melibatkan jenayah yang terpalit pada dirinya. Semua ini memonopoli imej Najib yang sebenar. Oleh itu pelancaran 'umno juara rakyat' dan roadshow ke seluruh negara tidak memulihkan imej elit Najib dan beliau gagal dilihat pro rakyat. Satu lagi yang pastinya sememangnya Najib bukan pro rakyat pun. Jadi untuk memulihkan sokongan pengundi, bukan sekadar tukar imej pimpinan atau tukar pimpinan sahaja gagal. Malah BN itu sendiri dilihat perlu ditukar.
Read more...

Labels:

BN Makin Ribut: Majlis Murugiah(PPP) Diserang

0 comments

Perebutan jawatan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) diantara M Kavies dengan Murugiah yang juga timbalan menteri dijabatan perdana menteri belum selesai lagi, malah semakin kecoh. Ini rentetan serangan yang dilakukan oleh 50 penyokong Kavies terhadap program taklimat kepada ketua-ketua cawangan PPP seluruh Malaysia bersama Murugiah. Majlis yang diadakan di Petaling Jaya itu dihadiri oleh dua ribu yang mendakwa penykong Murugiah. Namun ketika baru memulakan ucapnnya, Murigiah terpaksa menghentikan sementara setelah majlisnya cuba hendak disekat 50 penyokong Kavies. Insiden ini memberi gambaran perebutan jawatan Presiden PPP ini masih berlaku. Sekaligus menampakkan perpecahan dasyat BN dizaman rejim Najib ini.
Read more...

Friday, January 8, 2010


Labels:

Juara Rakyat: Umno Juara Khianat Rakyat

0 comments

Presiden Umno Najib Razak melancarkan slogan umno juara rakyat di Bukit Sentosa,Hulu Selangor hari ini. Ia dirancang untuk mewujudkan gelombang menarik sokongan rakyat. Namun Najib berucap dalam keadaan difensif, apabila terperangkap dengan mainan politik sendiri dalam isu nama Allah. Pemerhati politik melihat pelancaran ini tepat dengan masanya ketika kerajaan menaikkan harga gula dan roti baru-baru ini. Inilah gambaran parti juara rakyat. Dalam masa rakyat menanggung kenaikan harga gula dan roti, kerajaan BN terbabit dalam skandal kehilangan enjin pesawat TUDM dan juga isu PKFZ yang membabitkan kerugian dan penyelewengan belasan bilion wang rakyat. Begitu juga dengan kes pembinaan padang futsal di kawasan felda dengan kos 10 kali ganda daripada yang sebenar. Akibatnya wang negara berkurangan dan subsidi gula untuk rakyat dikurangkan. Kesalahan dan penyelewengan kerajaan, rakyat yang terpaksa tanggung. Inilah yang dikatakan umno juara khianat rakyat.
Read more...

Labels:

'Take Beer': Umno Persenda Nama Allah

0 comments

Tentu pembaca ingat ketika riuh isu kuil dan arak di Selangor tahun lalu, pemuda Umno berdemonstrasi di Shah Alam dan juga dalam demo kepala lembu, mereka mempersenda Pas dengan tulisan 'take bare' menggantikan 'takbir'. Malah mereka tanpa malu melaungkan 'take bare' beberapa kali dan ramai-ramai menyahut 'Allahuakbar'. Inilah tindakan jahil dan jahat Umno yang bagi mereka tujuannya untuk mempersendakan Pas, tetapi hakikatnya mereka mempersendakan Allah. Jika hari ini ada bukan Islam mempersendakan Allah, Umno lah gurunya.

Dalam sejarah, Umno lah yang mula mempersendakan hukum hudud, mempersendakan janggut, menghina ulama, mengatakan hukum Al Quran tidak sesuai dizaman ini, laksana hudud akan habis batu di jalan raya dan bermacam lagi.Jangan lupa Umno juga memecat mufti Dato Ishak Baharum kerana fatwanya ratu cantik haram. Oleh itu rakyat perlu tahu, umno pengkhianat agama di Malaysia.
Read more...

Demo: Musa Kata Jangan, Najib Kata Kita Tak Halang!

0 comments

Celaru habis negara apabila orang berkepentingan politik bercakap dengan pelaksana dasar kerajaan. Apabila Perkasa dan Pakida serta Umno umumkan akan berdemonstrasi isu nama Allah di ibu negara, Najib kata kerajaan tidak menghalang. Apa motif Najib? Apabila akhbar menanyakan soalan berkaitan pembakaran gereja di ibu negara, Najib terus melenting supaya jangan libatkan Umno. Tetapi bagaimana pula sebagai seorang Perdana Menteri One Malaysia yang sepatutnya jadi bapa perpaduan negara keluarkan kenyataan kerajaan tidak menghalang demo isu sensitif. Itu nada pemimpin pembangkang yang tiada kuasa. Najib yang punya kuasa sepatutnya umumkan kerajaan menghalang sebarang demo isu sensitif. Dalam masa yang sama Ketua Polis Negara Musa Hasan melarang diadakan himpunan. Inilah masalah besar Najib. Namun bukanlah suatu yang pelik, tokoh yang bercelaru ini pernah terbabit dalam operasi Lalang suatu masa dahulu.
Read more...

Thursday, January 7, 2010


Felda Belanja RM3 Juta Satu Padang Futsal: Tuan Ibrahim

0 comments

Felda GLC milik kerajaan kedua terbesar selepas petronas telah membelanjakan sebanyak RM48 juta untuk pembinaan padang futsal di kawasan felda. Padang futsal berjumlah 16 buah itu dibina dengan nilai 3 juta setiap satu. Kos ini terlalu besar dan berkali ganda daripada kos sebenar. Padang futsal yang berkeluasan sekitar 20 meter x 10 meter itu hanya memerlukan kos tidak sampai RM300 ribu untuk sebuah padang yang lengkap. Namun felda yang ditadbir pemimpin Umno menghabiskan kos 10 kali ganda daripada jumlah sebenar. Ini bermakna felda sepatutnya mengeluarkan RM 5 juta sahaja untuk seluruh pembinaan tersebut.

Menurut Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, naib presiden Pas, padang futsal yang hanya hanya melibatkan pembinaan lantai padang, tiang gol dan dinding sahaja sangat tidak logik dihabiskan kos sebanyak 3 juta. Menurut beliau lagi, keborosan dan pengaliran wang rakyat ke tempat yang tidak sepatutnya inilah yang menjadi punca kos hidup rakyat meningkat. Kerajaan boleh memberi alasan menaikkan harga gula disebabkan untuk mengurangkan subsidi, namun dalam masa yang sama wang rakyat dibazirkan ke tempat tidak sepatutnya. Bina stadium runtuh, bina jambatan retak, bina masjid, dewan, hospital semuanya runtuh. Inilah masalah besar yang menimpa negara hari ini apabila wang negara dibazirkan pemimpin, rakyat yang menanggung bebannya. Dato Tuan Ibrahim berkata demikian ketika berucap di Lembah Pantai malam semalam.
Read more...

Wednesday, January 6, 2010


Salam 1 Malaysia vs Salam 2 Kupang!

0 comments

Pagi ini Perdana Menteri akan melancarkan klinik 1 Malaysia di Pantai Permai, Lembah Pantai. Bagaimanakah bentuk kliniknya belum dikenalpasti. Jika hendak dikatakan ianya klinik untuk semua kaum,sememangnya sudah lama wujud begitu. Jadi apa bezanya klinik 1 Malaysia ini? Kini sudah jadi kegilaan agensi agensi kerajaan untuk menambah perkataan 1 Malaysia dalam semua hal walaupun tiada beza pun. Selepas klinik 1 Malaysia, akan datang ada tandas awam 1 Malaysia, pasar 1 Malaysia, lebuhraya 1 Malaysia, masjid 1 Malaysia. Apa maknanya? Tidak ada, melainkan sama sahaja maksud, fungsi dan bentuk seperti sebelum ini. Oleh itu kenapa ada 1 Malaysia? Jawapannya kerana mengampu. Apa makna mengampu? Maknanya lemah daya fikiran untuk bangunkan negara, sebaliknya hanya mengampu istilah-istilah disukai pemimpin. Semua hal ini tidak boleh dinafikan kerana zaman Pak Lah dahulu semuanya jadi hadhari. Masjid Hadhari, sekolah hadhari, forum hadhari, dewan hadhari, ulama hadhari, kebudayaan hadhari, sukan hadhari. Jadi inilah budaya yang ditanam umno BN dalam kepala masyarakat yang menggambarkan ceteknya fikiran pemimpin-pemimpin negara.

Jika sempat Muhyidin Yasin menjadi PM entah istilah apa pula digunakan. Akhir sekali atas kedatangan PM Najib esok, pemuda lembah Pantai ingin mengucapkan bukan salam 1 Malaysia, tetapi ' salam 20 sen' atau salam dua kupang buat Najib atas kenaikan harga gula baru-baru ini.
Read more...

Tuesday, January 5, 2010


Sampaikan Mesej Pas Untuk Semua: Usrah Pemuda

0 comments

Pemuda Pas perlu mengusahakan supaya mesej perjuangan Pas sampai kesemua masyarakat khususnya pemuda. Mengambil pengajaran sejarah Baiatul Aqabah diantara penduduk Madinah dengan Nabi Muhammad saw untuk kali yang kedua, pulang sahaja daripada Aqabah, kesemua pintu rumah di Madinah diketuk oleh umat Islam. Tidak ada satu rumah pun yang tidak disampaikan mesej Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Mengambil semangat baiatul Aqabah inilah, ahli Pas perlu berazam untuk menyampaikan seruan Pas kepada semua golongan di kawasan masing-masing. Demikianlah resolusi usrah bulanan dewan pemuda Pas Lembah Pantai malam tadi. Usrah yang dihadiri 27 orang pimpinan pemuda Pas kawasan dan cawangan itu turut dihadiri YB Ustaz Nasir Zakaria ahli parlimen Padang Terap.

Rentetan itu pemuda Pas Lembah Pantai akan menggiatkan usaha mendekati golongan muda khususnya dengan memaparkan tema 'Orang Muda Geng Kita'. Antara program yang dirancang termasuklah futsal perdana, futsal mingguan, program-program rekriasi, kesenian dan juga usrah dwi mingguan.
Read more...

Monday, January 4, 2010


Pas Lembah Pantai Bantu Pesakit Lumpuh di PPR Cempaka

0 comments

Seorang penduduk PPR Cempaka, Lembah Pantai terlantar sakit sejak enam bulan yang lalu. Rosdi Mamat bekas pemandu lori berusia 45 tahun itu mengidap sejenis penyakit yang tidak dapat dikenal pasti. Beliau tidak dapat bergerak dan bercakap sejak beberapa bulan yang lalu dan hanya terlantar di atas katil. Menurut anaknya, bapanya terpaksa diberi makan melalui saluran makanan yang dimasukkan ke badan. Begitu juga hendak membuang najis terpaksa dibantu oleh keluarga. Keadaan ini menyebabkan keluarga ini berhadapan masalah kewangan yang meruncing. Ini kerana isterinya terpaksa bekerja untuk menyara 3 anaknya dan suami yang terlantar. Dalam masa yang sama, isterinya juga terpaksa menjaga suaminya sepenuh masa apabila anak-anaknya ke sekolah. Buat masa ini Rosdi dijaga oleh anaknya yang sedang bercuti.

Oleh itu, Pas kawasan Lembah Pantai telah menghulurkan sedikit bantuan kewangan untuk membantu meringan beban keluarga ini. Bantuan ini telah diserahkan wakil Pas Lembah Pantai Wan Mustafa, Ketua Pemuda Kawasan dan wakil pejabat ahli parlimen Lembah Pantai en Parthiban. Selain itu, Pas juga bersama pusat khidmat ahli parlimen akan berusaha didalam menguruskan bantuan berpanjangan daripada pihak baitul mal, jabatan kebajikan masyarakat dan lain-lain pihak.
Read more...

Umno: Nak Solat Jumaat Kena Undi Dulu?

0 comments

Bapa saya pernah menjadi pemimpin Umno cawangan dan bahagian.Ketika di Kampung asal
Perak dia pernah menjadi Ketua Pemuda Umno bahagian. Apabila berpindah ke Jengka Pahang,
dia pernah menjawat jawatan naib ketua Umno cawangan.

Satu pengalaman besar dalam Umno yang tidak dapat dilupakan ialah ketika menghadiri perhimpunan agung Umno sekitar tahun 70-an.
Ketika majlis sedang berlansung,ada perwakilan bangun mohon usul supaya majlis ditangguhkan
bagi membolehkan semua pergi solat jumaat. Kebetulan hari itu hari jumaat. Setelah dibahaskan, pengerusi meminta
perwakilan mengundi dahulu sama ada setuju atau tidak majlis ditangguhkan.

Setelah undian dibuat, majoriti menolak majlis ditangguhkan. Jadi secara rasminya majlis besar Umno itu diteruskan
Juga ketika orang solat jumaat. Inilah sejarah Umno memperlekehkan agama Islam di Malaysia.
Read more...

Umno Mahu Buang Perkataan Islam Pada Pertubuhan

0 comments

Sejarah telah mencatatkan Umno pernah berusaha membuang perkataan Islam pada pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia seperti Pas,Abim,Jim dan lain-lain. Usaha ini dilakukan beberapa kali termasuk secara serius
pada tahun 2000.Demikian kenyataan Dr Mujahid Yusuf Rawa ajk Pas pusat.
Beliau yang juga pengerusi lajnah perpaduan nasional PAS pusat, mengaitkan perkara itu dengan satu cadangan sebelum ini untuk menghalang mana-mana pertubuhan "menggunakan Islam" dalam nama pergerakan mereka.

Mujahid dipercayai merujuk kepada kempen Umno sekitar tahun 2000 supaya PAS tidak dibenarkan menggunakan perkataan 'Islam' dalam nama parti itu.
"Golongan inilah yang yang satu ketika dahulu pernah mencadangkan supaya nama Islam dibuang dari dikaitkan kepada mana-mana pertubuhan kerana "menggunakan Islam" untuk kepentingan," tulis Mujahid dalam kolumnya di sebuah portal berita.

"Alhamdulillah, Raja-Raja Melayu menolak cadangan ini bahkan menggalakkan supaya nama Islam dalam pertubuhan digunakan," tambahnya.

Menurut keputusan Majlis Raja-raja pada 22 Mac 2001 itu, "tiada pihak berhak menentukan keIslaman seseorang itu dengan mengenakan syarat-syarat tambahan setelah orang itu menepati rukun Iman dan rukun Islam."

Perlu diingat, sebahagian besar pemimpin Umno yang lantang mahu perkataan Islam dibuang ketika itu masih lagi menjadi pemimpin Umno hari ini.
Read more...

Sunday, January 3, 2010


Lembah Pantai: Pakatan Rakyat Menang, Pembangunan Bercambah

0 comments

Najib dan Lembah Pantai sangat sinonim semenjak beberapa bulan ini. Manakan tidak, belum sampai setahun menjadi Perdana Menteri, sudah dua kali secara rasmi Najib telah dan akan melawat Lembah Pantai. Kali pertama di padang PPR untuk mengumumkan 'habuan' yang sudah lama dijanjikan iaitu penjualan rumah PPR kepada penduduk. Keduanya khamis ini dia akan hadir ke Pantai permai untuk merasmikan Klinik 1 Malaysia di kawasan perumahan tersebut.

Begitu juga dengan isterinya turut hadir ke Kg Kerinchi bagi melawat mangsa kebakaran pada tahun lalu. Selain itu, beberapa bulan yang lalu juga, timbalannya Mahyudin Yasin turut hadir ke kawasan perumahan Bukit Angkasa bagi merasmikan program pendidikan percuma untuk anak-anak. Namun kedatangan Najib kali ini dikala rakyat sedang marah dengan kenaikan harga gula dan barangan lain dipasaran.

Selain najib, menteri Wilayah yang juga ketua Umno Bahagian Lembah Pantai juga banyak melimpahkan program-program dan projek dibawah kuasanya selaku menteri yang menjaga DBKL ke kawasan ini. Hampir setiap minggu akan ada sahaja program rasmi dan tidak rasmi yang beliau lakukan di kawasan Lembah Pantai. Sehinggakan ada warga Kuala Lumpur menggelarkan Raja Nong Chik ini sebagai Menteri Lembah Pantai, bukan menteri Wilayah. Ditambah pula dengan perlantikan bekas ahli parlimen Lembah Pantai Dato Seri Syahrizat sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat telah memperbanyakkan lagi program pembangunan di kawasan ini.

Jika pengundi yang kurnag bijak akan mengatakan istimewanya parlimen ini jika terus dikuasai oleh Barisan Nasional. Dalam keadaan ahli parlimennya daripada Pakatan Rakyat Yb Nurul Izzah, Lembah Pantai tetap mendapat projek, program dan pembangunan yang semakin giat. Jadi kalaulah BN sendiri yang menjadi ahli parlimennya, alangkah baik kata pengundi tidak cerdik ini.

Tapi awas, dahulu BN sudah menjadi ahli parlimen sejak zaman berzaman. Jarang sampai dua tahun PM datang sampai dua kali, isteri PM sekali dan TPM sekali. Menteri sampai dua orang satu parlimen. Mengapa dahulu tidak dititik beratkan. Kerana bila menang pemimpin BN akan lupakan rakyat.

Tetapi rakyat Lembah Pantai istimewa seperti hari ini kerana kawasan ini dimenangi Pakatan Rakyat. Apabila Pakatan Rakyat menang, kita menjuarai isu kebajikan rakyat dan BN pula berusaha memikat hati pengundi. Jadi barulah Lembah Pantai menjadi tumpuan program dan projek. Jika BN kembali menang, usah harap PM hendak datang lagi ke Lembah Pantai.

begitulah juga suasana politik Malaysia di kawasan-kawasan lain dan negeri yang tidak diperintah BN. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat buat pembangunan. BN pun turun buat pembangunan. Inilah istimewanya kawasan dimenangi Pakatan Rakyat. Oleh itun untuk terus menjadi kawasan yang istimewa, teruskan mengundi calon Pakatan Rakyat di Lembah Pantai ini dalam pilihanraya yang akan datang. Jika BN kembali menang, jangan harap mereka akan bagi perhatian kepada rakyat. Tapi jika BN kalah, dia akan lebih prihatin. Kesimpulannya, kekalahan BN diperlukan berterusan untuk teruskan pembangunan.
Read more...

Saturday, January 2, 2010


Kem Bestari Remaja siri (2), 5 dan 6 Februari

0 comments

Dewan Pemuda Pas Lembah Pantai akan mengadakan kem remaja bistari siri dua pada 5 dan 6 februari ini. Program ini adalah rentetan siri pertama yang diadakan pada hujung desember yang lalu.
Kem ini akan menekankan pembinaan sahsiah,akhlak dan kepimpinan remaja. Program ini juga diharap menjadi satu alternatif untuk mengelakkan remaja membuang masa dan terjebak dengan masalah sosial. Selain pengisian dalaman seperti motivasi, tayangan dan smart group, kem juga akan melibatkan aktiviti luar seperti sukan dan rekriasi. Selain peserta-peserta lama, kami juga membuka penyertaan peserta-peserta baru yang berusia 13 hingga 17 tahun. Program ini akan dikendalikan oleh bekas-bekas graduan universiti dalam dan luar negara berserta pemuda Lembah Pantai.
Sebarang penyertaan bolehlah menghubungi khairul 0132967869.
Read more...

Pasti Lembah Pantai: Peningkatan Pelajar Baru 35 Peratus

0 comments

Pasti Kawasan Lembah Pantai telah berjaya meningkatkan kemasukan pelajar baru sebanyak 35 peratus setakat hari ini.
Pada tahun lepas, jumlah keseluruhan pelajar Pasti di Lembah Pantai seramai 130 orang. Namun untuk tahun 2010 setakat
ini sudah 200 orang pelajar baru didaftarkan. Peningkatan mendadak ini dijangka disebabkan dengan kesedaran yang tinggi
dikalangan ibu bapa terhadap kecemerlangan dan keperibadian pelajar pasti yang memberangsangkan. Disamping itu, kejayaan pasti diperingkat kebangsaan yang silibusnya diiktiraf ISO. Malah Raja Permaisuri Agung juga berkenan untuk menghadiri taklimat khas kecemerlangan Pasti.

Pihak pengurusan Pasti Lembah Pantai masih lagi mengalu-alukan penyertaan pelajar baru untuk sesi tahun baru ini di beberapa cawangan Pasti sekitar Lembah Pantai
Read more...

Pasti Al Furqan Kg Pasir Berwajah Baru

0 comments

Pasti Al Furqan Kg Pasir Baru berwajah baru bermula tahun baru ini. Bangunan asal yang telah dibaik pulih itu kini semakin luas,selesa dan cantik pemandangannya. Hiasan dalaman dan luaran yang diatur khas oleh pakar-pakar perhiasan telah menambahkan keceriaan bangunan dan kelas Pasti ini
setaraf atau lebih baik daripada tadika milik kerajaan. Oleh itu dewan pemuda Pas Kawasan Lembah Pantai mengalu-alukan penyertaan dan pendaftaran pelajar baru berusia 4,5 dan 6 tahun. Ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak diharap dapat terus ke Pasti Al Furqan atau menghubungi no yang tertera.
Pengarah Pasti Wilayah Ustaz Adlin Soleh mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang menghulurkan derma menyiapkan Pasti ini.
Read more...

Presiden Pas Wakili Dunia Selesai Konflik Yaman

0 comments

Presiden Pas Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili majlis ulama dunia ke misi perdamaian konflik persaudaraan di Yaman. Konflik yang melibatkan rakyat Yaman berbeza mazhab itu telah meletuskan peperangan yang telah membunuh ratusan nyawa. Oleh itu majlis ulama dunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al Qardhawi telah melantik Dato Seri Abdul Hadi sebagai ketua perunding damai mewakili ulama-ulama dunia untuk berunding dengan kerajaan Yaman dan puak yang bertelagah yang terdiri daripada penganut sunnah dan syiah di Yaman.
Presiden Pas yang ditemani Dr Syed Azman Syed Ahmad (pengerusi lujnah antarabangsa Pas pusat) dan juga setiausaha politiknya Dr Shamsuri Mukhtar.

Dalam kunjungan itu, Abdul Hadi telah menemui naib presiden Yaman Abid Rabu Mansur dan menteri luar Yaman. Turut mengiringi rombongan presiden ialah duta besar Malaysia di Yaman Abdul Samad Othman. Untuk makluman juga, perbincangan kearah penyelesaian konflik ini berlaku dalam satu mesyuarat khas pimpinan Pas bersama Dr Yusuf Qardhawi di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Read more...

Ceramah Dato Tuan Ibrahim di Lembah Pantai

0 comments

Dewan Pemuda Pas Kawasan Lembah Pantai bersama Pas Kawasan Lembah Pantai akan mengadakan ceramah perdana isu isu semasa pada 7 januari ini di Markaz Pas Kg Pasir Baru. Penceramah utama ialah Ustaz Dato Tuan Ibrahim Bin Tuan Man,naib Presiden Pas. Majlis ini akan bermula jam 9 malam. Oleh itu pihak penganjur menjemput seluruh penyokong Pakatan Rakyat sekitar Lembah Pantai untuk menghadirinya.
Read more...

Friday, January 1, 2010


Majlis Asyura Pas Lembah Pantai 17 Januari

0 comments
Pas Kawasan Lembah Pantai akan mengadakan majlis gotong royong memasak bubur asyura pada 17 Januari ini. Majlis yang akan bermula jam 8 pagi itu akan diadakan di dataran Pasti Jalan Kubur. Pihak penganjur menjemput semua ahli dan penyokong Pas dan Pakatan Rakyat untuk sama sama hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Read more...
Blog Widget by LinkWithin