Sunday, March 28, 2010


Labels:

Talkin Untuk Ibrahim Ali

0 comments

Bermula sebagai seorang pemimpin mahasiswa di era 70-an bersama Haji Muhamad Sabu di Uitm (Ketika itu ITM, nama Ibrahim dikenali ramai. Tamat pengajian, beliau menyertai Umno sehinggalah pernah menjadi exco Pemuda Umno sekitar tahun 1987. Beliau sempat berada di bawah Najib Razak dan Anwar Ibrahim sebagai ketua Pemuda Umno.

Apabila Kuli menubuhkan Parti Melayu Semangat 46, Ibrahim Ali keluar Umno dan menyertai kem Kuli. Belum pun Kuli membubarkan Parti Semangat 46 pada tahun 1996, Ibrahim terlebih dahulu lompat kali kedua kepada Umno. Ketika Anwar dipecat daripada Umno, Ibrahim lah antara juara mempertahankan tindakan Mahathir memecat Anwar. Dia menepuk meja menjerkah Anwar dalam mesyuarat terakhir disertai Anwar pada malam 3 September 1998 di PWTC. Ketika itu usianya baru 45 tahun. Masih muda dan bertenaga.

Walaupun ada sejarah dia keluar Umno dan menyerang Mahathir ketika dalam Parti 46, beliau cuba membuktikan kesetiaannya kepada Mahathir kesempatan kes Anwar dipecat. Ke hulu ke hilir dia berceramah membela tindakan Mahathir dan menyerang Anwar dan Pas. Masih ingat beberapa ceramah beliau di sekitar Gombak sebelum dan selepas pilihanraya 1999, Ibrahim berceramah dengan semangat walaupun kehadiran pendengar sekitar 20 orang. Anak-anak muda nakal lebih kurang 50 orang hadir, membunyikan "ong,ong gedek-gedek" beramai-ramai ketika Ibrahim berucap. Ibrahim hanya ketawa. Dia teruskan juga ceramah dihari-hari berikutnya.

Masih ingat dalam satu ceramah, dia diganggu 'bunyi-bunyi katak jadian' yan lebih ramai daripada pendengarnya, ada seorang hadirin melaung, 'piirah pengampu'. Ibrahim sepontan menjawab, "takpa mengampu pun, nanti dapat jadi menteri. Terang lagi bersuluh jawapannya yang jelas memaksudkan tujuan ceramahnya selama ini. Usahanya tidak gagal apabila selepas pilihanraya, Dr Mahathir melantik beliau sebagai timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Walaupun kalah pilihanraya di Pasir Mas kepada Ustaz Ismail Noh, beliau dilantik sebagai Senator.

Masih ingat dalam satu ceramahnya di Sekolah Teknik Pasir Mas seperti dilaporkan akhbar Harakah ketika itu, Ibrahim memperli Pas. Katanya yang dikatakan panas api neraka ini macam panas minyak goreng keropok sahaja. Sebaik majlis selesai, datang angin ribut yang mencabut kesemua bumbung bangunan sekolah tersebut. Tidak cukup dengan itu, Ibrahim juga menulis satu buku kecil berbentuk satira berjudul 'Babi'. Ia bagi melawan buku sastera SN Shahnon Ahmad berjudul 'Anjing'. Dalam buku 'babi' itu, ditulis kata-kata dan lakaran gambar yang menghina pimpinan Pas. Ada babi berserban (dituju Presiden dan Mursyidul Am), babi berambut belah tengah (dituju Naib Presiden ketika itu Dr Hasan Ali) dan lain-lain jenis babi yang di sinonemkan dengan perwatakan pemimpin Pas.

Apabila Pak Lah menjadi Presiden Umno pada tahun 2003, beliau merombak jawatan ketua-ketua Umno bahagian termasuk Ibrahim Ali. Ada yang kekal dan ada yang digantikan. Ibrahim sebagai ketua Bahagian Pasir Mas digantikan dengan Dato Rahim. Mak gelap politik Ibrahim sementara waktu. Dia sangat marah dan mengadakan pertemuan besar dengan pengikutnya. Ratusan pengikutnya menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Mulalah satu penentangan terhadap PM baru ini. Kemuncaknya pada pilihanraya 2004, beliau bertanding juga atas tiket bebas dan kalah teruk sehingga mendapat undi yang sangat sedikit. Beliau dipecat terus daripada Umno.

Bergeraklah beliau secara bebas dengan menubuhkan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dan berbagai ngo sehingga hari ini dan terkini Perkasa. Berbaiklah beliau dengan Tok Guru Nik Aziz dan lain-lain pemimpin Pas. Apabila berlaku pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, beliau bertanding dan hanya mendapat 415 undi sahaja. Muka beliau kerap dilihat dipentas-pentas pembangkang. Berbagai kata dihemburkan kepada Pak Lah. Paling kerap beliau menyebut dalam ceramahnya ialah perkataan 'babi'. Ni babi ni. Kata-kata melepas geram beliau. Kerap beliau diperli oleh Haji Muhamad Sabu ketika dalam ceramah bersama. Tetapi beliau buat tak hendah sahaja hatta depan Tok Guru Nik Aziz.

Apabila menang pilihanraya 2008 atas tiket Pas, beliau mula menunjukkan belang sebenar. Diserang Pakatan Rakyat, Anwar, Tok Guru dan Pas dan bermacam-mcam adegan yang diketahui ramai. Kelmarin kemuncaknya beliau melakukan AGM persatuan penaja Perkasa. Pelik, Perkasa ini baru penaja, belum diluluskan, tetapi KDN sudah meluluskan akhbar untuknya. Jelas alat siapa ini? Penulis mahu menyimpulkan yang segala tindakan Ibrahim Ali ini kerana mahu dapatkan perhatian 'bos-bos' besar kerajaan ini. Jika dahulu tindakan mati-matiannya menyebabkan Mahathir melantik jadi timbalan menteri, sekurang-kurangnya kali ini diterima kembali masuk Umno dan jadi menteri. Boleh jadi itu sahaja.

Namun zaman telah menelan kebijakan politik Ibrahm Ali. Umurnya kini 57 tahun. 10 tahun lagi menghampiri 70 tahun. Maka daripada segi usia sahaja, dia bukanlah orang yang berpotensi lagi untuk diambil Najib. Muka-muka baru diambil Najib semuanya muda-muda seperti Ahmad Maslan, Fuad Zarkasyi dan Saifuddin Abdullah. Citarasa mereka juga selaras dengan 1 Malaysia idaman Najib. Daripada segi fikiran dan tindakan pula, Ibrahim menjadi lebialiti pada Umno. Semangat Melayu tiada hujung pangkal, menghentam kaum lain menyebabkan golongan yang seang menolak Umno hari ini semakin lari daripada BN jika Ibrahim Ali diambil. Ibrahim sebenanrnya duduk dizaman 70-an seperti diawal kemasukannya dalam Umno dahului, namun realiti zaman ini sudah jauh berubah. Maka jika Umno tidak menerimanya kembali dan beliau bertanding atas tiket bebas dalam PRU akan datang, maka secara rasminya tamatlah riwayat politik beliau.

Sejarah pilihanraya 2004 dan PRK Permatang Pasir menunjukkan rakyat Pasir Mas menolak Ibrahim Ali, sebaliknya beliau menang sebelum dan selepas itu disebabkan parti yang ditandingi. Jadi usah berangan untuk terus menjadi MP lagi selepas ini. Galilah sedalam-dalamnya kubur kamu, dengan bermusuhan bersungguh-sungguh dengan Pakatan Rakyat, kelak rakyat dan zaman akan menanam kamu dalam-dalam. Insya Allah, talkin untuk Ibrahim Ali dua tahun lagi.
Read more...

Tuesday, March 23, 2010


Labels:

Gambar Malam Kesenian Nur Kasih

0 comments
'
Bukit Angkasa, 7 Februari - Pemuda PAS Lembah Pantai tampil lagi dengan program mendekati anak muda melalui Lujnah DACS dengan menganjurkan Malam Kesenian Nur Kasih yang menampilkan persembahan nasyid oleh Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid) dan kumpulan Ar Rasy, indi-band Man John dan kumpulan teater Purnama LP.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar yang turut sudi menyampaikan hadiah cabutan bertuah..Lebih 1000 masyarakat sekitar Lembah Pantai hadir memeriahkan program pada malam tersebut.
Read more...

Labels:

Liqa Fikr : Kefahaman Wala' wal Barra..

0 comments

Surau Al Falah, Pantai Dalam - Liqa Fikr anjuran PAS Wilayah Persekutuan telah berjaya diadakan di Surau Al Falah malam tadi yang disampaikan oleh YB Nasir Zakaria (MP padang Terap) menggantikan Ust. Nasarudin Tantawi yang terlibat mensyuarat Majlis Syura PAS di Jln Raja Laut.

Lebih 100 ahli PAS kawasan sekitar Wilayah Persekutuan hadir mengikuti kuliah haraki yang diadakan setiap bulan ini. Liqa kali ini membincangkan tajuk Wala' wal barra'. Teks penuh artikel Wala' wal Barra' lihat lagi..


Al Wala' wa Al Bara' :


1.0 Muqaddimah
Konsep al Wala’ dan al Bara’ perlu difahami malah dihayati oleh setiap individu muslim amnya dan pemimpin Gerakan Islam khasnya. Asasnya ialah untuk meletakkan kita jernih aqidah , tulen ibadah , benar amalan dan jelas fikrah bersama perjuangan Islam yang kita dokong biarpun kita berhadapan dengan apa jua situasi .

2.0 Pengertian Al Wala’ dan Al Bara’

2.1 Pengertian Al Wala’ dari segi bahasa

Berasal daripada perkataan ولى- يلى- وليا ولاية ولاءyang membawa maksud dekat, kasih, mengikut, memberi pertolongan, memberi perlindungan dan sebagainya[1].

2.2 Pengertian Al Bara’ dari segi bahasa

Berasal daripada perkataan برئ- يبرأ- براء براءة yang membawa maksud bebas, peringatan, tajarrud atau berlepas diri[2].

2.3 Pengertian Al Wala’ dari segi istilah

Tidak ada satu kalimah dalam bahasa Melayu yang dapat mengungkapkan secara keseluruhan makna wala’. Al Wala’ biasa ditakrifkan sebagai meletakkan kecintaan yang sebenar serta kesetiaan dan penghormatan yang tinggi kepada pimpinan yang disertakan dengan sokongan dan bantuan sama ada berbentuk nyata atau tidak.

Secara tepatnya kalimah wala’ terangkum di dalamnya beberapa pengertian iaitu;

• Memberikan kasih-sayang
• fdf Memberikan ta’at-setia yang tidak berbelah-bagi
• Mengangkat sebagai pemimpin
• Mengormati,
• Menjadikannya sebagai teman-rapat atau sekutu,
• Memberi kepercayaan,
• Tempat mencurahkan bantuan dan pertolongan




2.4 Al Bara’ dari segi istilah

Syaikh Muhammad Al Qahtani menyebutkan Al Bara’ adalah[3]:

“Menjauhkan dan mengasingkan diri, bermusuhan setelah memberi peringatan”

Ia juga boleh difahami sebagai, tidak meletakkan kecintaan yang sebenar serta kesetiaan dan penghormatan yang tinggi kepada pimpinan, seterusnya membenci, menamatkan hubungan dan mengadakan permusuhan sama ada berbentuk nyata atau tidak

3.0 Konsep Al Wala’ dan Al Bara’ dalam Jama’ah Islam

3.1 Kepentingan Al Wala’ dan Al Bara’ dalam Jamaah Islam

Wala’ merupakan asas terpenting dalam sesebuah jamaah Islam. Setiap orang yang berada di dalam jamaah tersebut mestilah memberikan wala’ kepada pimpinan kerana tanpa wala’, sesebuah jamaah akan hancur dan mudah diperkotak-katikkan oleh pihak musuh yang akan mengakibatkan matlamat untuk menegakkan agama Allah SWT tinggal angan-angan sahaja. Saidina Umar ada menyatakan:

لا إسلام بلا جماعة ولا جماعة بلا أمير ولا أمير بلا طاعة

Tiada Islam tanpa jama’ah, tiada jama’ah tanpa pemimpin, tiada pemimpin tanpa ketaatan.

Islam mewajibkan penganutnya memberikan wala, ketaatan dan kesetiaan yang sepenuhnya kepada pimpinan dan haram sama sekali menderhaka atau enggan menurut perintah. Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada "Ulil-Amri" dari kalangan kamu[4].

Rasulullah juga menjelaskannya di dalam hadis Baginda:

حدَّثنا مسدَّد حدَّثَنا يحيى بن سعيد عن شعبةَ عن أبي التيّاح عن أَنس بن مالك رضيَ اللَّه عنه قال: قال رسول اللَّه صلى الله عليه وسلم: «اسمعوا وأطيعوا وإنِ استعملَ عليكم عبدٌ حبشيٌّ كأنَّ رأسه زَبيبة».

Dengar dan taatilah, walaupun kamu dipimpin oleh seorang hamba Habasyi yang rambutnya seperti kismis.[5]

Di dalam kitab النظام السياسى فى الاسلام Doktor Muhammad Abdul Qodir Abu Faris ada menyatakan tentang empat rukun utama kepada siasah atau pemerintahan Islam yang sebenar. Setiap pentadbiran atau kerajaan yang tidak memenuhi ciri-ciri tersebut, tidak boleh dinamakan dengan pentadbiran atau kerajaan Islam.

Rukun tersebut ialah:

1- الحاكمية لله
2-العدل والمساواة
3-الطاعة
4-الشورى

3.2 Syarat-syarat Al Wala’

Di sini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Al Wala’ dan Al Bara’ merupakan suatu perkara yang sangat ditekankan oleh Islam. Namun, wala’ kepada pimpinan bukan berbentuk mutlak seperti Al-Wala’ yang diberikan kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Ia perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

1- Pemimpin tersebut hendaklah menjalankan syariat Islam. Mana-mana pemimpin yang menolak hukum Allah SWT, maka haram kita memberikan wala’ kepada mereka. Firman Rabbul Izzati:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik, dan lebih elok pula kesudahannya[6].

Ulamak tafsir menyatakan bahawa perkataan أطيعوا tidak diletakkan sebelum perkataan أولى الأمر kerana tidak semua pemimpin mesti ditaati. Seterusnya mereka menyatakan bahawa sekiranya pemimpin tidak mengikut syariat Islam maka rakyat yang berada di bawah tidak boleh taat dan hendaklah kembali kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W.

2- Pemimpin tersebut mestilah memerintah dengan adil dan saksama bertepatan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Maka kita hendaklah berlepas diri (bara’) daripada pemimpin yang zalim, melakukan penyelewengan dan tidak memerintah dengan adil. Kata Khaliq Azza Wa Jalla:

Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menyerahkan amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat[7].

3- Pemimpin tersebut hendaklah sentiasa menyuruh rakyatnya melakukan kebaikan dan melarang mereka daripada melakukan maksiat. Ketaatan tidak boleh diberikan kepada pemimpin yang menyuruh atau menggalakkan rakyatnya melakukan maksiat seperti mendirikan pusat-pusat pelacuran, hiburan, judi dan sebagainya.

Imam Muslim meriwayatkan satu kisah yang berlaku kepada utusan Nabi Muhammad S.A.W. yang diperintahkan oleh pemimpin mereka untuk masuk ke dalam api yang dinyalakan:

حدّثنا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَ ابْنُ بَشَّارٍ وَاللَّفْظُ لابْنِ الْمُثَنَّىٰ. قَالاَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ. حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ زُبَيْدٍ عَنْ سَعْدِ بْنِ عُبَيْدَةَ عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَـٰنِ عَنْ عَلِيَ ، أَنَّ رَسُولَ اللّهِ بَعَثَ جَيْشاً وَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ رَجُلاً. فَأَوْقَدَ نَاراً. وَقَالَ: ادْخُلُوهَا. فَأَرَادَ نَاسٌ أَنْ يَدْخُلُوهَا. وَقَالَ الآخَرُونَ: إنَّا قَدْ فَرَرْنَا مِنْهَا. فَذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللّهِ فَقَالَ، لِلَّذِينَ أَرَادُوا أَنْ يَدْخُلُوهَا: «لَوْ دَخَلْتُمُوهَا لَمْ تَزَالُوا فِيهَا إلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ» وَقَالَ لِلآخَرِينَ قَوْلاً حَسَناً. وَقَالَ: لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللّهِ. إنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ

Nabi bersabda kepada golongan yang ingin mentaati perintah tersebut: “Sekiranya kamu masuk ke dalamnya nescaya kamu akan kekal di dalamnya sehingga hari kiamat.” Dan bersabda kepada mereka yang mengingkarinya dengan kata-kata yang baik: “Tiada ketaatan pada maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan hanya kepada yang makruf.”[8]

Al-Imam ِAs-Syahid Hasan Al-Banna ada menyatakan:

"Apabila kerajaan itu dapat menunaikan kewajipan-kewajipan ini dengan sempurna, maka wajiblah ke atas rakyat seluruhnya menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepadanya serta memberikan pelbagai pertolongan dengan jiwa raga dan harta benda. Kita juga harus memahami bahawa pemimpin berhak menyuruh orang bawahannya melakukan perkara-perkara yang wajib, sunat dan harus. Manakala dalam masalah khilafiyah, rakyat wajib akur kepada arahan atau ijtihad pimpinan meskipun arahan atau ijtihad tersebut bercanggah dengan pendapat mereka supaya jamaah Islam tetap utuh dan tidak tergolong ke dalam mereka-mereka yang di murkai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW".

Sabda Rasulullah SAW:

حدّثنا أبو النُّعمان حدَّثنا حمادُ بن زيدٍ عن الجَعدِ أبي عثمانَ حدَّثني أبو رجاءٍ العُطارديُّ قال: سمعت ابنَ عباسٍ رضي اللَّهُ عنهما عنِ النبيِّ صلى الله عليه وسلم قال: «من رأى من أميرِه شيئاً يكرَهه فلْيصبرْ عليه، فإِنه من فارقَ الجماعةَ شبراً فمات إلا مات مِيتةَ جاهليةً

Sesiapa yang melihat pemimpinnya perkara yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang memecah-belahkan jamaah walaupun sejengkal lalu mati, maka tidaklah matinya itu kecuali mati dalam keadaan jahiliyyah.[9]

Dan sabdanya lagi:

وَأَنَا آمُرُكُمْ بِخَمْسٍ الله أَمَرَنِي بِهِنَّ: السَّمْعِ وَالطَاعَةِ وَالْجِهَاد وَالْهِجْرَةِ وَالْجَمَاعَةِ، فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ قِيْدَ شِبْرٍ، فَقَدْ خَلَعَ رِبْقَةَ الإِسْلاَمِ مِنْ عُنُقِهِ إِلاَّ أَنْ يرَجِعَ. وَمَنْ ادَّعَى دَعْوَى الْجَاهِلِّيةِ، فَإِنَّهُ مِنْ جُثَى جَهَنَّمَ، فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولُ الله وَإِنْ صَلَّى وَصَامَ؟ فَقَالَ وَإِنْ صَلَّى وَصَامَ. فَادْعُوا بِدَعْوَى الله الَّذِي سَمَاكُم المُسْلِمِينَ المُؤْمِنينَ عِبَادَ الله...

“Aku menyuruh kamu dengan lima perkara yang Allah memerintahkan aku dengannya: Dengar, taat, jihad, hijrah dan jama’ah. Sesungguhnya sesiapa yang memecah belahkan jama’ah walau sejengkal, maka ia telah mencabut Islam dari lehernya, kecuali jika dia kembali. Sesiapa yang menyeru dengan seruah jahiliyyah, maka sesungguhnya dia sedang berjengket di atas neraka”. Lalu berkata seorang lelaki: “Wahai Rasulallah, walaupun dia solat dan puasa?” Jawab baginda: “Walaupun dia solat dan puasa. Serulah Allah yang menamakan kamu sekalian Muslimin Mukminin sebagai hamba-hamba Allah.”[10]

Kaedah menyebutkan:

الولاء لأهل الحق والبراء من أهل الباطل

al Wala' bagi ahli Haq ( orang yang perjuangkan kebenaran ) dan al Bara' daripada ahli batil ( orang yang melakukan kebatilan )

[1] Lihat Ibnu Manzur, Lisanul Arab, jld 3, m.s 985 – 986 dan Alfairuz Abadi, Alqamusul Muhit, jld 4, m.s 294, cet. 3
[2] Ibid, Ibnu Manzur, jld 1, m.s 183, ibid, Alfairuz Abadi, jld 1, m.s 8
[3] Lihat, Al Wala’ Wal Bara’ Fil Islam, m.s 90
[4] Surah An Nisa’ : 59
[5] Sahih Bukhari, jld 6,hadis 6723
[6] Surah An-Nisa : 59
[7] Surah An-Nisa : 58
[8] Sahih Muslim, jld 3, hadis no. 1840
[9] Sahih Bukhari, jld 6, hadis no. 6646
[10] Sunan Tirmizi, jld 8, hadis no. 2941





Al Wala' dan al Bara':
Satu Aplikasi Harmoni
di Era Pakatan Rakyat

Siri kedua ( akhir )
Allah berfirman:

Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung hukum hakam Allah).[1]

Dalam ayat di atas, Allah menegaskan bahawa wala’ dari seorang muslim hanya boleh diberikan kepada tiga golongan iaitu;

Allah
Rasulullah
Mukminin (orang-orang beriman)

Namun tidak semua orang yang mengaku beriman harus diberikan Wala’ kepada mereka. Ini kerana Allah mengikatnya dengan tiga syarat iaitu;

Yang menunaikan solat,
Yang mengeluarkan zakat,
Yang tunduk-patuh kepada Syari’at Allah.

Dalam suasana hari ini, Wala’ kepada orang-orang beriman secara umumnya merangkumi beberapa pengertian;

1. Wala’ kepada kelompok orang-orang beriman iaitu memberi kesetiaan kita kepada ummah mukminin. Contohnya; dalam pertembungan antara kuasa Islam dan kuffar hari ini, jiwa, perasaan dan hati-sanubari kita adalah bersama dengan kelompok beriman walau di mana saja mereka.

2. Wala’ kepada jama’ah atau kelompok orang beriman yang memperjuangkan Islam iaitu dengan menyertai jama’ah tersebut dan menjadi sebahagian dari anggotanya.

3. Menta’ati pemimpin Islam yang menta’ati Allah sama ada pemimpin umum sekelian kaum muslimin (iaitu Khalifah) atau pemimpin jama’ah yang menerajui gerakan Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w.;

ثلاثة لا تسأل عنهم: رجل فارق الجماعة وعصى إمامه ومات عاصيا، وأمة أو عبد أبق من سيده فمات، وامرأة غاب عنها زوجها وقد كفاها مؤونة الدنيا تزوجت بعده، فلا تسأل عنهم

“Tiga golongan jangan engkau bertanya tentang mereka (kerana mereka termasuk dalam orang-orang yang bakal musnah) iaitu;

1. Orang yang berpisah dengan jamaah dan menderhakai imamnya serta mati dalam maksiat,
2. Hamba perempuan atau lelaki yang lari dari tuannya lalu menemui kematian,
3. Seorang perempuan yang suaminya keluar bermusafir dan telah dicukupinya biaya keduniaannya lalu ia bertabarruj sesudahnya (untuk menarik perhatian lelaki lain).[2]

4. Aplikasi Al Wala’ di dalam Tahaaluf Siasi

4.1 Al Wala’ dan Tahaluf Siasi

Tahaluf Siasi atau perjanjian politik yang berlaku antara sesebuah jemaah Islam dengan gerakan politik lain tidak sama sekali menyebabkan berlakunya pertindihan Wala’. Wala’ yang diberikan oleh ahli jamaah kepada jamaah Islam dan kepimpinannya sebenarnya akan mengharmonikan lagi sesebuah pakatan atau perjanjian politik.

Ini kerana ahli gerakan Islam sepatutnya memahami tuntutan Wala’ kepada gerakan Islam seperti mana telah disebutkan sebelum ini di dalam Al-Quran:

( Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada "Ulil-Amri" dari kalangan kamu[3].

Juga hadis:

«اسمعوا وأطيعوا وإنِ استعملَ عليكم عبدٌ حبشيٌّ كأنَّ رأسه زَبيبة».

Dengar dan taatilah, walaupun kamu dipimpin oleh seorang hamba Habasyi yang rambutnya seperti kismis.[4]

Namun begitu, syarat-syarat perjanjian yang telah disebutkan oleh para Fuqaha’ mestilah dipatuhi bagi memberikan wala’ sedemikian. Antara yang terpenting adalah:

الصّلْحُ جَائِزٌ بَيْنَ المُسْلِمِينَ. إلاّ صُلْحاً حَرّمَ حَلاَلاً أوْ أحَلّ حَرَاماً.
والمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ، إلاّ شَرْطاً حَرّمَ حَلاَلاً أوْ أحَلّ حَرَاماً

Perjanjian harus antara orang Islam, melainkan perjanjian yang mengharamkan yang halal, atau yang menghalalkan yang haram. Orang Islam patuh pada syarat-syarat mereka melainkan syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram[5].

Ini kerana, tidak ada ketaatan pada sesuatu perkara yang haram, seperti yang disebutkan di dalam hadis:

لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللّه . إنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ

Tiada ketaatan pada maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan hanya kepada yang makruf.”[6]

Selain itu jika perjanjian itu dapat mendorong ke arah kebaikan atau mempertahankan kebenaran maka ia diterima dan dibenarkan oleh Islam . Sementara perjanjian dalam perkara yang dilarang dan merugikan Islam maka ia bertentangan dengan Islam .

Al Imam an Nawawi Rhm berpendapat :

Yang dilarang ialah mengadakan perjanjian (tahaaluf) untuk memberikan hak perwarisan dan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam . Adapun perjanjian (tahaaluf) yang berasaskan ketaatan kepada Allah , menolong orang yang dizalimi dan jalinan persaudaraan kerana Allah merupakan perkara yang dianjurkan oleh Agama.

Perlu diberi perhatian, Tahaaluf bukan bererti memberikan wala’ mutlak kepada kesemua kepimpinan yang bersama-sama di dalam tahaaluf tersebut. Wala’ masih lagi perlu diberikan kepada pemimpin Jamaah Islam. Ini kerana tahaaluf yang berlaku hanyalah satu perjanjian yang melibatkan jamaah dengan organisasi lain, dan bukan penggabungan mutlak.

4.2 Akibat Wala’ bukan kepada pemimpin jamaah

Antara perkara yang boleh terjadi jika memberi wala’ bukan kepada pemimpin Jamaah Islam adalah:

1. Kasih kepada orang lain dan membantu mereka menghancurkan jamaah samaada secara langsung mahupun tidak.

2. Mengatakan syariat Islam sudah ketinggalan zaman, serta tidak sesuai dilaksanakan pada masa kini.

3. Menggunakan undang-undang ciptaan manusia dan meninggalkan undang-undang Allah.

4. Syak dan ragu-ragu terhadap Sunnah Rasulullah serta cuba memutarbelitkan kefahaman sunnah tersebut dan meragui kesahihan sesuatu hadis.

5. Menghina, memfitnah ulamak dan meragui kemampuan mereka dalam memimpin sesebuah kerajaan.

6. Merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat melalui pelbagai saluran yang ada.

7. Mewujudkan semangat perkauman dan taksub kepada bangsa atau negara tertentu.

8. Menggunakan fahaman-fahaman penjajah seperti sekularisme, kapitalisme, liberlasime dan sebagainya.

9. Taat kepada arahan kuffar dan sentiasa meminta buah fikiran mereka.

Keharmonian Al Wala’ dan Al Bara’ di Era Pakatan Rakyat

Era Pakatan Rakyat yang menyaksikan persefahaman politik antara PAS, PKR dan DAP, memerlukan kefahaman yang jelas kepada konsep Al Wala’ dan Al Bara’, samaada oleh ahli PAS mahupun dari parti-parti yang lain, bagi mencapai keharmonian.

5.1 Al Wala’ dan Al Bara’ adalah fitrah organisasi

Seperti mana yang disebutkan sebelum ini wala’ adalah meletakkan kecintaan yang sebenar serta kesetiaan dan penghormatan yang tinggi kepada pimpinan. Perkara ini suatu kewajipan kepada mana-mana jua ahli di dalam organisasi di seluruh dunia, samaada gerakan Islam mahupun tidak. Setiap organisasi tentu sekali meminta agar ahli atau pekerjanya memberikan kesetiaan dan penghormatan yang tertinggi kepada kepimpinan dan organisasi tersebut.

Oleh kerana itu, pihak lain di dalam Pakatan Rakyat perlulah memahami konsep wala’ yang dipegang oleh ahli PAS dan tidak mempersoalkan apabila kepimpinan PAS menyebut dan menuntut hal ini daripada ahli-ahlinya.

5.2 Perbezaan Al Wala’ dan hubungan baik

Apabila disebutkan bahawa wala’ hanya boleh diberikan kepada Allah, Rasul dan orang yang beriman, bukanlah bererti tidak boleh mengadakan hubungan yang baik dengan non-muslim. Wala’ dan muamalah adalah dua perkara yang berbeza.

Allah Ta’ala berfirman:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil[7].

Sayidah Asma’ binti Abi Bakr Radhiyallahu ‘Anha pernah bertanya Rasulullah adakah dibolehkan baginya untuk menyambung silaturrahim dengan ibunya yang masih musyrikah. Maka Rasulullah menjawab:

نعم صلي أمك

Ya, sambunglah (silaturrahim) dengan ibumu![8]

Ibnu Hajar menukilkan kata-kata Alkhattabi berkenaan hadis ini:

Hadis ini menunjukkan seorang Kafirah disambung silaturrahimnya dengan harta dan sebagainya seperti mana silaturrahim dengan seorang muslimah. Ia juga menunjukkan wajibnya nafkah ibu bapa non-muslim walaupun anaknya muslim[9].

Allah berfirman:

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, Ibnu Sabil, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri[10].

Ibn Qayyim menyebutkan:

Setiap golongan yang disebutkan di dalam ayat ini wajib ditunaikan haknya, walaupun non-muslim[11].

Jelas di sini, walaupun wala’ hanya boleh diberikan kepada orang Islam, namun kasih sayang dan hubungan baik dengan bukan Islam dibolehkan, malah dituntut seperti mana yang disebutkan kepada golongan di atas.

5.3 Berkerjasama atau meminta bantuan dari non-muslim

Islam membenarkan penganutnya mengambil manfaat daripada non-muslim pada ilmu kimia, fizik, teknologi, astronomi, perubatan, pembuatan, pertanian, pengurusan dan sebagainya[12].

Ini berdasarkan hadis sahih, bahawa Rasulullah dan Abu Bakr Assiddiq pernah meminta bantuan daripada seorang dari Bani Dayyal dan kemudian daripada Bani ‘Abd bin ‘Adi yang belum memeluk Islam dalam urusan hijrah ke Madinah[13].

Akan tetapi Islam tidak membenarkan penganutnya daripada mengambil urusan aqidah, tafsir dan sebagainya daripada orang yang tidak beriman dengan Islam.[14]

5.4 Hukum memberi dan menjawab salam non-muslim

Terdapat hadis yang melarang seorang muslim memberi salam kepada non-muslim[15], namun begitu terdapat pula sebuah hadis lain yang menunjukkan Rasulullah memberi salam kepada non-muslim[16]. Malah ia juga dilakukan oleh para sahabat.

Maka para ulamak menyimpulkan bahawasanya larangan tersebut adalah jika memberi salam tanpa sebab dan keperluan. Manakala jika ada sebab dan keperluan, maka tidaklah dilarang memberi salam kepada non-muslim[17].

Adapun menjawab salam non-muslim, maka terdapat perbezaan pendapat para ulamak. Majoriti ulamak menyatakan wajib menjawab salamnya. Rasulullah ada bersabda:

Jika diberi salam ke atas engkau oleh seorang Ahli Kitab, maka katakanlah, Wa ‘Alaikum (juga ke atas kamu)[18]

5.5 Hukum menziarahi non-muslim

Anas Radhiyallahu ‘Anh meriwayatkan bahawa seorang khadam Nabi beragama Yahudi sakit, lalu diziarahi oleh Baginda[19]. Selain itu, Abu Talib ketika sakit dan hampir meninggal dunia, turut diziarahi oleh Baginda[20].

Ibn Hajar menyebutkan bahawa hukum menziarahi non-muslim berbeza mengikut tujuan-tujuannya[21].

5.6 Hukum menyerupai non-muslim

Islam bukan sahaja menitik beratkan agar orang Islam berbeza dari sudut kandungan Islam semata-mata, akan tetapi juga aspek luaran seorang Islam serta masyarakatnya. Oleh kerana itu Islam melarang penganutnya menyerupai non-muslim. Terdapat banyak dalil daripada Al-Quran dan hadis yang menyebutkan perkara ini. Rasulullah bersabda dengan jelas:

من تشبه بقوم فهو منهم

Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dari kalangan mereka[22].

Islam melarang ummatnya menyerupai non-muslim dari sudut zahir kerana ia akan menyebabkan kepada kerosakan dalaman pula. Ini kerana jiwa manusia amat mudah cenderung dan meniru perkara di sekitarnya.

5.7 Al Wala’ tidak menyebabkan jumud

Wala’ kepada jamaah Islam dan kepimpinan jamaah Islam sama sekali tidak menyebabkan pemikiran yang beku dan jumud seperti mana disangka oleh sebahagian pihak. Ini kerana Islam sentiasa mengalu-alukan pemikiran ummatnya, malah sering kali Allah berfirman di dalam Alquran dengan ayat seperti (أفلا تعقلون) dan (أفلا تتفكرون).

Wala’ melahirkan pengikut yang benar-benar mengasihi kepimpinan dan jamaah, menyebabkan pengikutnya lebih kuat berfikir untuk kebaikan jamaahnya. Ia sekali gus akan dapat membuka lagi minda para pengikut.

Namun ketaatan kepada pemimpin dan jamaah mengatasi idea individu yang tidak maksum. Wala’ yang tidak berbelah bahagi sebenarnya melahirkan ahli yang dapat mengenengahkan ideanya dengan lebih baik dan tersusun mengikut saluran organisasi yang tepat.

Jika wala’ yang kurang, maka berlakulah unsur tidak berpuas hati dengan keputusan jamaah hingga meluahkan idea-ideanya yang bercanggah di luar saluran yang tepat.

Kesimpulannya wala’ tidak menyempitkan pemikiran anggota jama’ah, akan tetapi membuka minda jama’ah lalu disalurkan mengikut saluran yang sempurna.

6.0 Penutup

Semoga al Wala’ dan al Bara’ yang difahami secara jelas dan benar akan meletakkan kita sebagai anggota Gerakan Islam dilandasan yang betul bersama perjuangan Islam tanpa mengurungnya dalam serkap yang sempit dan tidak pula ia bebas dan tersasar ke tengah padang lapang tanpa tujuan dan arah yang jelas dan tepat.

Sekian .

Nasrudin bin Hassan at Tantawi .
Syed Abdul Kadir Aljoofre

[1] Al-Maidah : 55
[2] Imam at-Thabrani, al-Hakim dan al-Baihaqi dari Fadhalah bin ‘Abid r.a.
[3] An-Nisa’ : 59
[4] Sahih Bukhari, jld 6,hadis 6723
[5] Tirmizi, hasan sahih
[6] Sahih Muslim, jld 3, hadis no. 1840
[7] Surah Al-Mumtahanah : 8
[8] Sahih Albukhari, jld 5, m.s 233, no. hadis 2620 dan Sahih Muslim, jld 2, m.s 696, hadis no. 1003
[9] Fathul Bari, jld 5, m.s 234
[10] An-Nisa : 36
[11] Ahkam Ahlizzimmah, jld 2, m.s 417-418
[12] Sayyid Qutub, Ma’alim Fittoriq, m.s 131-132
[13] Sahih Albukhari, jld 4, m.s 42, no. hadis 2263
[14] Sayyid Qutub, Op.cit, m.s 131
[15] Sahih Muslim, jld 4, m.s 1707, no. hadis 2167 dan Abu Daud, jld 5, m.s 384, no. hadis 5205
[16] Sahih Al-Bukhari, jld 11, m.s 38, no. hadis 6254 dan Sahih Muslim, jld 3, m.s 1422, no. hadis 1798
[17] Tafsir Al-Qurthubi, jld 11, m.s 112
[18] Sahih Al-Bukhari jld 11, m.s 42, no. hadis 6258 dan Sahih Muslim, jld 4, m.s 1705, no, hadis 2163
[19] Sahih Al-Bukhari, jld 3, m.s 219, no. hadis 1356
[20] Sahih Al-Bukhari, jld 3, m.s 222, no. hadis 1360
[21] Fathul Bari, jld 10, m.s 119
[22] Sunan Abi Daud, jld 4, m.s 314, no. hadis 4031

Read more...

Labels:

Ceramah oleh YB Nasarudin Daud di Pantai Permai

0 comments


Read more...

Labels:

Muktamar Pemuda selamat berlangsung, memacu gerakan..

0 comments

Read more...

Saturday, March 20, 2010


Labels:

Liqa' fikri bersama Usz. Nasarudin Tantawi

0 comments

Dimaklumkan DPP Wilayah Perseketuan akan menganjurkan satu Liqa' fikri bersama Usz. Nasarudin Tantawi pada 23 hb. Mac 2010, jam 8.30 malam di Al Falah lama. Pastikan tuan puan hadir dan juga kesemua ahli PAS dijemput hadir bersama.
Read more...

Friday, March 19, 2010


Muktamar Dewan Pemuda Pas Lembah Pantai

1 comments

Dewan Pemuda Pas akan mengadakan Muktamar Dewan Pemuda Pas Lembah Pantai kali ke-26. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 20 Mac 2010 (Sabtu)
Masa: 8.00 - 11.00 malam
Tempat: Dewan Orang Ramai Jalan Gasing
Perasmi: Sdr Mohd Adram Musa (Bendahari DPP Pusat)

Semua pemuda Pas Lembah Pantai dijemput hadir.

Terima kasih.

Read more...

Monday, March 15, 2010


Labels:

Kedah Tidak Membangun? Mukhriz Tuli Maklumat

0 comments

Kenyataan Mukhriz Mahathir ahli Parlimen Jerlun dalam media kelmarin bahawa Kedah tidak membangun setelah dua tahun diperintah Pakatan Rakyat suatu yang memelikkan. Dia juga mengatakan tidak ada perubahan kepada pentadbiran negeri selepas MB baru memerintah Kedah.

Kalaulah Yb Jerlun ini malas membaca laporan ekonomi, laporan kementeriannya sendiri iaitu kementerian Perdagangan Antarabangsa yang dia menjadi timbalan menterinya, sepatutnya dia tidak tuli telinga untuk mendengar maklumat daripada pegawainya. Kementerian beliau sendiri yang mengumumkan Kedah menjadi negeri kelima tertingggi dimasuki pelabur bagi tahun lalu dengan jumlah pelaburan sebanyak RM800 juta lebih. Bayangkan sebelum ini Kedah duduk dalam 'Top Five' negeri termiskin di Kedah, dalam masa satu tahun sahaja berjaya membuka keyakinan kepada pelabur untuk melabur sehinggalah cukup dua tahun, Kedah menduduki tangga kelima. Dikhabarkan juga dua negei Pakatan Rakyat duduk dalam 'Top Five' negeri tertinggi menerima pelaburan dalam dan luar negara.

Jadi baki negeri Pakatan hanya satu. Maka negeri manakah yang duduk dalam baki 7 negeri tercorot menerima pelaburan terendah di Malaysia. Selain Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, negeri-negeri lain ini diperintah oleh siapa? Adakah negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Melaka, Perlis, Perak dan Sabah ini diperintah oleh AKIM atau Berjasa, atau Parti Semangat 46 yang dibubarkan atau IPF atau Parti Makkal Sakti atau Parti milik Nallakarupan atau Ibrahim Ali. Yang pasti negeri-negeri mundur ini tidak diperintah oleh Pakatan Rakyat. Boleh jadi parti yang disertai Mukhriz agaknya yng memerintah negeri kurang pelabur masuk ini.

Di zaman BN, sekolah-sekolah agama rakyat diketepikan. Pondok Tuan Guru Haji Saleh Musa di Sik memohon tar kepada 3 menteri besar BN sebelum ini tidak pernah dapat. Tidak sampai setahun memerintah MB baru Ustaz Azizan memberikan tar lengkap sampai ke Pekan Sik. Sehingga hari ini lebih 4 ribu pengunjung menghadiri kuliah pagi jumaat di Pondok Tok Guru Haji Saleh ini yang semakin selesa. Guru-guru sekolah agama rakyat dan pondok diberi bantuan. Begitu juga dengan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah yang dijanjikan oleh tiga MB zaman BN. Tetapi belum cukup dua tahun MB Pas memerintah, kampus induk Insaniah sudah mula dibina.

Dalam hal pertanian, di zaman BN kawasan sawah padi semakin mengecil. BN mahu mengambil tanah rakyat di Yan beribu ekar untuk dibangunkan projek petrokimia. Namun Pas menentang ketika menjadi pembangkang. Kini tanah sawah beribu ekar itu tidak diambil dan projek dipindahkan ke kawasan ditambak di pesisir laut Yan. Kerajaan Pakatan Rakyat juga menambah sebanyak 6000 hektar kawasan baru tanaman padi bagi memenuhi keperluan negara. Begitu juga projek ternakan keli kanvas di Sungai Pau Sik yang baru dilancarkan, tetapi sudah mendapat tempahan sebanyak 680 tan metrik sebulan. Jumlah ini juga dijangka meningkat sebanyak 1200 tan sebulan apabila mula dieksport keluar negara. Keli yang dijadikan sardin dan fishball ini mendapat tempat di negara-negara luar. Projek tanaman jagung di Changloon Kedah yang mula mengeluarkan hasil menjadi kawasan tanaman jagung terbesar di Malaysia. Permintaan pasaran tempatan oleh pasaraya-pasaraya besar seperti Tesco sahaja tidak dapat ditampung. Usaha-usaha sedang dijalankan untuk menjadikan Kedah negeri jagung, padi dan nanas untuk keperluan tempatan dan luar negara giat dijalankan di Pokok Sena, Changlon, Sik dan Baling. Tanah-tanah milik rakyat yang terbiar diusahakan oleh kerajaan negeri untuk tanaman-tanaman ini.

Begitu juga dengan pembangunan insan. BN dizaman pemerintahan Abdullah Badawi mengwa-warkan pembangunan insan untuk ditekankan. Namun tiada program dibuat di negeri Kedah. Sebaliknya selepas Pakatan memerintah, hari ini dimulakan diadakan Kem Bina Sakhsiah selama 21 hari untuk remaja 15 tahun ke atas dan Kem Anak Soleh di tujuh tempat serentak untuk anak-anak bawah 12 tahun. Kesemua kem ini melibatkan pembangunan sahksiah remaja seramai dua ribu orang satu tahun. Dijangka jumlah ini akan meningkat kepada tiga ribu ke lima ribu orang remaja setahun bergantung kepada kewangan dan tenaga kerja. Jika jumlah dua ribu itu kekal, sepanjang lima tahun insyaAllah Pakatan Rakyat pimpinan Ustaz Azizan memerintah, seramai 10 ribu remaja berjaya dididik dengan sahksiah dan amalan agama yang baik seterusnya dapat mengurangkan masalah sosial dikalangan remaja.

Pendedahan penulis ini hanya 5 peratus daripada perubahan sebenar yang berlaku selama dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat. Belum bercakap lagi soal pelancongan yang meningkat di Langkawi pada tahun lepas, soal kutipan hasil cukai, perbandaran dan kerajaan tempatan. Yang besarnya juga, tidak ada exco, adun dan pegawai besar kerajaan negeri yang disabitkan dengan kesalahan rasuah sepanjang pemerintahan. Adakah ini bukan perubahan wahai Mukhriz. Penulis syorkan Mukhriz tumpu kepada penyelesaian konflik merebut calon di Kota Seputih dalam parlimennya terlebih dahulu sebelum bercakap hal pentadbiran negeri.
Read more...

Hari Kecemerlangan, Smart Solat dan Kenduri Pak Amjal Ahad Lalu

0 comments

Pas Kawasan Lembah Pantai telah mengadakan program hari kecemerlangan pendidikan pada ahad 14 mac yang lalu. Program ini dibuat untuk menataan penghargaan Pas kepada anak-anak ahli yang cemerlang dalam akedemik. Ramai dikalagan anak-anak ahli Pas Lembah Pantai yag cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM. Peserta anugerah kecemerlangan menerima saguhati daripada Pas Kawasan. Majlis dihadiri Ketua Pemuda Pas Wilayah, Kamaruzzaman Muhammah dan Ydp Pas Lembah Pantai.

Pada waktu yang sama, Pas cawangan Pantai Permai juga mengadakan program 'Smart Solat' untuk anak-anak remaja. Program ini dibuat bagi memberi tunjuk ajar kepada anak-anak muda berkitan kaedah menunaikan solat dan lain lain ibadah secara betul. Diwaktu yang sama kenduri besar perkahwinan anak bongsu Haji Amjal, aktivis Pas terkenal juga menjadi sebahagian program Pas di Lembah Pantai.

Seramai 30 petugas pemuda, unit amal, nisa dan ahli-ahli Pas cawangan-cawangan terlibat menjadi petugas majlis ini. Program yang dihadiri lebih dua ribu tetamu itu dihadiri oleh timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden dan Bendahari Agung Pas Dr Hatta Ramli, ketua Muslimat Pas Ustazah Nuridah Salleh, pimpinan-pimpinan Pas seperti ustaz Hasan Syukri, Ustaz Abu Bakar Abdullah dari Terengganu, Haji Subki Latif, Sdr Kamaruzzaman Muhammad (S/u dppp), Yb Saari Sungip, Cikgu Ishak Surin dan lain-lain.

Parti Sosialis Malaysia juga turut hadir seperti Presidennya Dr Nasir Hashim, Aruselvan (SUA PSM), aktivis Reformis dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Read more...

Wednesday, March 10, 2010


Labels:

Penahanan Mazlan Aliman:Felda Ingat Anak Peneroka Buta Huruf?

0 comments

"Mazlan dilokap lagi," panggilan telefon dari mahkamah Raub meyebabkan air mata penulis menitis tidak henti-henti. Saudara yang memaklumkan itu adalah anak peneroka yang juga teman rapat Mazlan Aliman. Berita penangkapan Mazlan semalam tidak lah mengejutkan sangat. Ini kerana semua orang fikir Mazlan ditahan sebentar sahaja. Rupa-rupanya dia tidur di lokap polis Raub malam tadi.

Kisahnya bermula apabila Mazlan Aliman menziarahi peneroka Lembah Klau di Raub Pahang. Dalam ziarah itu juga dia telah mengadakan dialog dengan beberapa orang peneroka di dalam rumah mereka. Tidak semena-mena, datangnya pegawai-pegawai felda termasuk polisko(keselamatan felda) dan menghalang Mazlan meneruskan dialog. Berlaku pertengkaran di sana. Mazlan dengan beberapa orang peneroka ke Balai Polis bagi membuat laporan gangguan yang dikenakan kepadanya.

Selepas membuat aduan, dia telah ditahan polis dan tidur dilokap semalaman. Malam ini malam kedua beliau mendekap di lokap polis. Ini semua gara-gara tindakan pihak felda yang dikatakan telah mengarahkan semua felda melarang Mazlan memasuki semua tanah rancangan felda. Ini arahan bodoh yang tidak masuk akal. Sedangkan Mazlan itu sendiri anak peneroka. Malah peneroka-peneroka memiliki tanah mereka sendiri dan mereka berhak mengajak siapa sahaja bertandang ke rumah mereka.

Sebenarnya felda semakin panas dengan laporan suhakam yang dibuat Mazlan minggu lepas berkaitan dengan penipuan dan penindasan felda kepada peneroka. Sebelum itu mereka berhadapan dengan tindakan mahkamah peneroka felda di Kelantan atas penipuan gred sawit. Mahkamah telah mengarahkan felda membayar ganti rugi kepada peneroka-peneroka ini. Selepas itu, mereka tertekan dengan ratusan dialog dan ceramah penerangan yang dibuat oleh Mazlan Aliman bersama kumpulannya di seluruh felda di Malaysia mendedahkan kepincangan dan penindasan felda kepada peneroka. Boleh dikatakan lebih 80 peratus felda di Malaysia sudah dimasuki Mazlan Aliman. Malah ada felda yang dimasuki tiga hingga lima kali atas permintaan peneroka-peneroka sendiri.

Ini menyebabkan felda tertekan dengan kebangkitan rakyat peneroka yang mula reti erti undang-undang dengan membawa berbagai-bagai kes ke mahkamah, membuat pendedahan kepada media, mengajurkan konvensyen dan kemuncaknya berhimpun di Suhakam membuat aduan. Laporan Suhakam itu mendapat liputan besar-besaran oleh media seperti Harakah, Suara Keadilan, Malaysia Kini dan juga akhbar-akhbar arus perdana. Dunia luar felda terkejut dengan laporan-laporan ini kerana sangkaan mereka, peneroka felda ini orang yang sangat dimanjakan oleh kerajaan sejak dahulu kerana selama ini berita-berita manis sahaja didengar mereka. Namun laporan kepada Suhakam itu menyebabkan tekanan yang felda hadapi semakin memuncak.

Isu yang menjadi tumpuan ialah potongan tanam semula yang berjumlah sekitar RM40 setiap bulan sejak mula peneroka keluarkan hasil 30 tahun lebih yang lalu tidak dipulangkan semula kepada peneroka. Sedangkan ianya bukan peruntukan kerajaan atau apa-apa subsidi, sebaliknya ia duit peneroka yang dipotong sehingga kini dikatakan berjumlah RM17 ribu setiap orang. Felda tidak membayar kembali simpanan yang dibuat untuk tujuan tanam semula itu setelah peneroka-peneroka kini menanam semula getah dan sawit mereka. Penipuan felda dalam gred sawit juga berlaku ketara sehingga peneroka felda Kemahang menang di mahkamah apabila kes ini dibawa oleh mereka.

Tidak tahan dengan suara Mazlan Aliman ini, maka arahan bodoh menyekat kemaraan beliau dibuat dan kemuncaknya juga semalam mereka cuba menyekat Mazlan di Lembah Klau sehingga beliau ditahan polis. Peringatan yang hendak penulis berikan kepada felda, bahawa anak-anak peneroka kini bukan lagi seperti diawal kemasukan mereka di felda pada tahun 70-an yang lalu. Anak-anak peneroka sudah ada yang menjadi peguam, jurutera, PTD, pensyarah, ahli politik dan CEO syarikat-syarikat besar. Ribuan anak peneroka yang memiliki ijazah, master dan Phd. Kami bukan golongan buta membaca dan lemah berfikir seperti kamu fikirkan. Apabila peneroka Kemahang membawa kes ke mahkamah, baru kamu sedar kami juga punya kepandaian malah lebih cerdik daripada kamu.

Jadi usaha menyekat Mazlan yang dilakukan, tidak akan memadamkan usaha mendedahkan penindasan kepada peneroka dan usaha-usaha memperjuangkan nasib peneroka akan semakin bersemarak. Daripada ramai yang tidak tahu, kini isu ini semakin diketahui ramai. Seorang Mazlan ditahan, 100 orang watak 'Mazlan' yang baru sedia menanti. Jika selama ini hanya Mazlan dan beberapa kerat anak-anak peneroka terlibat sebagai 'leader' kepada isu ini. Selepas penangkapan Mazlan ini, berpuluh anak peneroka akan terus menggempur isu-isu ini sampai ianya diberi keadilan. Insya Allah dalam masa terdekat ini sebuah akedemik latihan kepimpinan anak-anak peneroka akan dibuat untuk tujuan ini.

Di gugusan Chini dan Keratong kita ada Ustaz Fadhil Nor dan Ustaz Nasarudin Tantawi. Di Jengka kita punya Ustaz Syahril Azman dan Aris Faizol. Malah naib presiden Pas yang arif dalam masalah felda, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man juga tinggal di kawasan felda. Lagi sekat, lagi kami bangkit.
Read more...

Labels:

Tragedi Peneroka dan Anaknya Diheret Keluar Felda

0 comments

Sekitar tahun 80-an dahulu seorang peneroka di salah sebuah rancangan Felda di Jengka telah menghadiri satu program Menteri bersama rakyat. Menteri itu ialah menteri yang menjaga hal ehwal Felda iaitu Dato Rais Yatim. Dalam lawatan itu, Rais Yatim menyatakan hasrat hatinya untuk tidur di rumah salah seorang peneroka untuk melihat lebih dekat kehidupan sebenar peneroka.

Pihak pengurusan Felda pun memilih sebuah rumah peneroka dan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan. Kemudian dicari beberapa ekor ayam hutan untuk dijamu si menteri. Puaslah menteri dilayan di rumah peneroka ini. Keesokan harinya Rais Yatim pun berucaplah dihadapan peneroka-peneroka. Dia menyatakan terkejut dengan kehidupan peneroka yang sangat baik. Katanya dia tidak sangka dengan peneroka yang hidup senang dan mudah mendapatkan ayam hutan sebagai sajian hari-hari.

Tiba-tiba bangun seorang peneroka dan berucap. Katanya apa yang menteri katakan itu sesuatu yang palsu. Ia hanya disiapkan setelah mengetahui menteri hendak tidur di rumah tersebut. Padahal kehidupan sebenar peneroka sangatlah daif. Mereka hidup dalam kesusahan. Gambaran makan ayam hutan dan rumah yang penuh dengan peralatan itu hanyalah satu lakonan sahaja. terkejut Rais Yatim. Rupa-rupanya dia tertipu dengan layanan tersebut.

Ucapan peneroka tersebut mendatangkan kemarahan pihak berkuasa Felda. Lalu banyaklah usaha dibuat untuk menyingkirkan dia dari tanah rancangan Felda. Maka dia dituduh melakukan kesalahan bekerja di luar Felda. Ini kerana dasar Felda ketika itu tidak membenarkan peneroka bekerja lain-lain pekerjaan. Mereka mesti tumpu kepada ladang sahaja. Namun disebabkan tidak cukup pendapatan untuk menyara keluarga, ramai peneroka Felda yang part time sebagai jaga, boroh binaan dan lain-lain. peliknya orang lain yang turut kerja di luar tidak dikenakan tindakan.

Maka peneroka ini mendapat notis arahan keluar dari Felda. Dia cuba beberapa kali mempertahankan haknya. Sehinggalah suatu hari, dia dipaksa dengan kekerasan untuk keluar dari Felda tersebut. Anak-anaknya yang sedang bersekolah diherek balik untuk keluar terus dari Felda tersebut. Semua ini sebenarnya disebabkan peneroka terbabit mempersoalkan layanan palsu yang Felda berikan kepada menteri. Inilah sejarah yang mungkin generasi hari ini tidak ketahui. Boleh rujuk satu buku yang dikarang oleh Suhaimi Said peguam Pas yang membela peneroka ini ketika itu (kini Suhaimi Ketua PKR Cabang Kuala Krau Pahang).

nasaieismail.blogspot.com
Read more...

Tuesday, March 9, 2010


Labels:

PAS santuni golongan gelandangn Ibu Kota

0 comments


Tanggungjawab sosial : Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat mengadakan khidmat perubatan, kaunseling, syifa' dan guaman secara percuma bagi mereka yang berada di sekitar Jalan Raja Laut - Lrg Hj. Taib. Turut mengedarkan makanan secara percuma.
Read more...

Monday, March 8, 2010


Labels:

Hari Kecemerlangan Pelajar Lembah Pantai

0 comments

PAS Lembah Pantai menerusi Lajnah Pendidikannya akan mengadakan Hari Kecemerlangan bagi pelajar-pelajar di Kawasan Lembah Pantai. Sambutan Hari Kecemerlangan ini akan diadakan pada 14 Mac 2010 (Ahad) 8.30 pagi di PASTI Al-Furqan. Ianya bertujuan untuk memberikan anugerah dan hadiah kepada pelajar-pelajar yang telah cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR pada tahun 2009.

Sambutan Hari Kecemerlangan ini akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Saudara Kamaruzaman Mohamad selaku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Sambutan ini akan dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis dan bacaan al-Quran sebagai pembuka majlis. Kemudian ianya akan diikuti dengan ucapan Ust. Mohd Adlin Salleh sebagai YDP Lembah Pantai dan ucapan perasmian majlis oleh Yang Berbahagia Saudara Kamaruzaman Mohamad selaku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Kemuncak kepada majlis ini ialah penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Majlis akan diakhiri dengan jamuan pagi kepada semua hadirin.

Sehubungan dengan itu, semua hadirin dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Sambutan Hari Kecemerlangan Pelajar-Pelajar Lembah Pantai.

Read more...

500 Hadiri Futsal Piala Ketua Pemuda

0 comments




Pertandingan Futsal piala Ketua Pemuda Pas Lembah Pantai kali kedua semalam dihadiri 500 orang pengunjung termasuk pemain. Sejumlah 300 peserta terdiri daripada 37 team menyertai futsal kali ini. Walaupun disebotaj tempat dan promosi pada peringkat awalnya, ia tetap mendapat sambutan menggalakkan. 70 peratus team yang menyertai futsal kali ini, terdiri daripada anak-anak muda Lembah Pantai dan 30 peratus daripadanya peserta luar Lembah Pantai seperti dari Taman Medan, Petaling Jaya, Keramat dan Shah Alam. Pertandingan yang dirasmikan oleh ketua pemuda Pas Wilayah itu berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Tempat yang asalnya hendak dibuat di Gelanggang DBKL itu diubah ke Samba De Futsal Petaling Jaya.

Pertandingan ini dijuarai oleh kumpulan Abe FC dan tempat kedua dimenangi Popeye FC. Respon daripada peserta keseluruhannya amat baik. Sebahagian daripada mereka adalah kumpulan yang telah menyertai pada tahun lepas. Mereka setia menanti perlawanan seterusnya pada tahun-tahun akan datang. Dewan Pemuda juga menggunakan pasukan pengadil bertauliah daripada FAM. Diakhir perlawanan, rata-rata anak muda ini bertanya program seterusnya yang akan dianjurkan oleh Pas.

Menurut maklumat yang diberikan, pertandingan Futsal yang dianjurkan oleh Umno pada hari yang sama di Lembah Pantai telah dibatalkan kerana tiada sambutan. Turut hadir di gelanggang Futsal ini ialah Yang Dipertua Pas Lembah Pantai, Ustaz Adlin Soleh. Perlawanan kali ini turut disertai 4 team daripada kaum India. Perlawanan yang dibantu oleh 25 urusetia pemuda itu berakhir sekitar jam 2.30 petang.
Read more...

Thursday, March 4, 2010


Soi Lek Letak Jawatan: MCA Bergolak Lagi, BN Hampiri Kehancuran

0 comments
Formula Najib dan Mahyudin ternyata tidak bijak atau bahasa kasarnya formula bodoh apabila menyatukan dua musuh dalam MCA diantara Ong Tee Keat dengan Chua Soi Lek. Ianya kononnya untuk memperkukuhkan parti. Namun gelojak ketamakan dan gelojoh mendapatkan kuasa sesama pemimpin BN dalam MCA tidak dapat ditahan lagi. Elok pada asalnya berpecah dua, kini MCA berpecah tiga pula.

Hari ini Chua Soi Lek timbalan Presiden MCA bersama 7 ajk pusat MCA meletak jawatan menjadikan jumlah semua meletakkan jawatan seramai 21 orang termasuk kumpulan Dato Liew. Ini menunjukkan dua pertiga sudah meletakkan jawatan. Jadi berapa kerat sahaja yang tinggal dalam MCA? Maka kegembiraan Najib dengan 3 Katak Lompat daripada PKR hanya sementara sahaja. Najib masih belum selesa untuk laksanakan pilihanraya. Nak tak nak, pengundi semuanya sedar Umno BN sememangnya dipenghujung hayat kerana konfliknya tidak berhenti-henti.

Harus dibezakan konflik dalam Pakatan adalah konflik politik baru dan biasa berlaku dalam rumah tangga yang baru. Namun konflik dalam BN adalah konflik politik lama atau orang tua yang pasti hampir dengan mautnya. Talkin untuk Umno. ^---^... Itulah bentuk kubur Umno>
Read more...

Pendekatan Politik Pondan Dizaman Raja Nong Chik

0 comments
Semenjak Raja Nong Chik menjadi ketua Umno Bahagian Lembah Pantai dan Menteri Wilayah, satu pendekatan politik baru telah berlaku di Lembah Pantai. Perlawanan politik hanya digunakan secara pukul curi atau memperalatkan orang lain untuk berhadapan lawan politik mereka. Jika sebelum zaman Raja Nong Chik, jarang baner program Pas dan PKR yang dibuang di Lembah Pantai. Namun pada masakini ia kerap berlaku.

Begitu juga dengan usaha menutup Pusat Asuhan Tunas Islam di Lembah Pantai yang langsung tidak berbau politik. Ianya jelas atas hasutan orang yang membawa politik baru ini. Terkini pembatalan tempahan gelanggang futsal DBKL. Ketika pemimpin Umno yang lain bercakap soal transformasi politik, kebebasan suara, namun di Lembah Pantai, mereka kembali ke zaman silam dengan menyekat lawan politik untuk bergerak.

Inilah pendekatan politik pondan di zaman Raja Nong Chik.
Read more...

Futsal Perdana Pemuda Lembah Pantai DiSebotaj

0 comments
Perlawanan Futsal Piala Ketua Pemuda kali ke-2 anjuran Dewan PemudaPas Kawasan Lembah Pantai bersama Pas Cawangan Bukit kerinchi C2 telah disebotaj pihak tidak bertanggungjawab. Perlawanan yang sepatutnya diadakan di Padang Futsal DBKL di Pantai Hillpark terpaksa berpindah tempat. Ini disebabkan pihak pengurusan telah membatalkan pengakuan kebenaran penggunaan tempat ini. Alasannya adalah, ada pihak yang telah menempah tempat ini pada tarikh yang sama. Namun bila diajukan soalan, kenapa sewaktu tempahan dibuat dahulu, tidak ada pihak yang menempah tarikh tersebut, mereka menjawab, "ini arahan pihak atasan." Itu sahaja alasan mereka.

Menurut maklumat yang diberikan, khabarnya Puteri Umno akan mengadakan Futsal sehari sebelum tarikh tersebut iaitu pada 6 mac. Oleh itu pihak penganjur telah mengubah lokasi ke sebuah Gelanggang Futsal persendirian di Petaling Jaya. Perlawanan akan tetap dijalankan seperti dijadualkan iaitu pada 7 Mac bermula jam 8 pagi.
Read more...
Blog Widget by LinkWithin