Thursday, April 29, 2010


Muktamar Pemuda Wilayah di Lembah Pantai

0 comments

Lembah Pantai akan menjadi tuan rumah Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan pada ahad 2 Mei ini. Muktamar ini akan diadakan di dewan baru Markaz Pas Kawasan Lembah Pantai di Kampung Pasir Baru.

Dijangka seramai 200 perwakilan dan pemerhati akan menghadiri muktamar tersebut. Majlis yang bermula pukul 9 pagi itu akan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan dan seterusnya perasmian oleh Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Nasaruddin Tantawi.

Turut hadir majlis perasmian ini ialah Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, MP Lembah Pantai, Yb Nurul Izzah Anwar,wakil-wakil parti kompenen Pakatan Rakyat dan Dewan Himpunan Penyokong Pas kaum Cina dan India.
Read more...

Monday, April 19, 2010


Hulu Selangor: Pas Wilayah Berkampung di Rasa

0 comments

Pas Wilayah Persekutuan berkampung di Pekan Rasa berhampiran Batang Kali. Jentera Pas Wilayah yang diketuai Haji Azmi sudah mula bertapak di sana sebelum penamaan calon lagi. Setakat semalam, setiap waktu lebih 30 petugas Pas Wilayah Persekutuan berada di sana. Jentera Pas Wilyah ini dibantu oleh jentera Pemuda, Muslimat dan Unit Amal Wilayah Persekutuan.
Read more...

Tuesday, April 13, 2010


Pasti As Salam Juarai Bola Sepak Wilayah 5 Kali Berturut-Turut

0 comments

Pasti As Salam di perumahan teres Pantai Permai telah menjuarai kejohanan bola sepak Pasti-pasti Wilayah Persekutuan di Sri Rampai minggu lepas. Kemenangan bergaya ini mengulangi kejayaan lima kali berturut-turut menjadi johan sejak lima thun yang lalu.

Menurut Pengurus Pasti Assalam, Abd Rahman bakri, kejayaan ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada pelajar-pelajar untuk maju dalam lain-lain bidang.
Read more...

Kebajikan Menjadi Teras Pas Lembah Pantai

0 comments

Lujnah Kebajikan Pas kawasan Lembah Pantai diberi pujian oleh perwakilan muktamar Pas Lembah Pantai ahad lalu atas kecemerlangan gerak kerjanya. Walaupun tidak mendapat sebarang peruntukan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta, Pas Lembah Pantai berjaya membantu ratusan fakir miskin, anak yatim, golongan kurang upaya, uzur, lumpuh dan juga aktivis parti.

Sumbangan yang diberikan dalam bentuk sumbangan kewangan, khidmat untuk mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan, pengurusan jenazah dan perubata telah mendapat perhatian pihak media. Kerap kali program-program kebajikan Pas Lembah Pantai mendapat perhatian akhbar-akhbar seperti Sinar Harian dan akhbar berbahasa Cina.

Perkembangan ini selara dengan hasrat Pas untuk merealisasikan konsep Negara Berkebajikan apabila memerintah negara nanti. Dengan sumbangan wang yang dikutip daripada ahli, kerja-kerja ini berjaya dijalankan. Selain itu, Pas juga telah memberikan anugerah akedemik kepada anak-anak ahli yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.
Read more...

Muktamar Pas Kawasan Berakhir Dengan Jaya

0 comments

Pas Kawasan Lembah Pantai telah menjayakan mesyuarat agung tahunannya di Dewan pas Lembah Pantai di Kampung Pasir ahad lalu. Mesyuarat agunng itu dirasmikan oleh Yb Dr Hatta Ramli, Bendahari Pas Pusat. Turut hadir menyaksikan perasmian itu ialah saudara Kamaruzzaman Muhammad Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat, Yb Nurul Izzah Anwar ahli Parlimen Lembah Pantai dan Saudara Al Ghazali, Timbalan Ketua PKR Cabang lembah Pantai.

Majlis perasmian dimulakan dengan pemeriksaan barisan anggota Unit Amal Pas Lembah Pantai. Seramai 40 anggota Unit Amal Lembah Pantai mengambil bahagian diketuai Komander Unit Amal Lembah Pantai saudara Asmawari Abd Manaf. Yang Dipertua Pas Kawasan Lembah Pantai Ustaz Adlim Soleh telah menyampaikan ucapan dasar di mesyuarata agung ini.

Mesyuarat Agung juga dimaklumkan dengan penambahan ahli baru Pas Lembah Pantai hampir 100 orang untuk dalam masa stahun yang lalu. Usaha untuk meningkatkan keahlian dan pengukuhan cawangan juga akan menjadi agenda bersama Pas Lembah Pantai. Pas Lembah Pantai juga mempunyai hubungan yang baik dengan parti-parti Pakatan Rakyat yang ada di Lembah Pantai.

Mesyuarat Agung yang bermula pukul 9 pagi itu berakhir sekitar pukul 2 petang.
Read more...

Saturday, April 3, 2010


Perbandingan Isteri Najb Dengan Isteri Khalifah Othmaniah

0 comments

Apabila membaca sejarah kerajaan Islam Othmaniah yang berpusat di Turki, kita akan menemui fakta-fakta beberapa campur tangan isteri sultan atau khalifah dalam pemerintahan. Beberapa orang Khalifah Othmaniah yang mempunyai isteri kedua atau ketiga, keempan dikalangan bukan orang Turki, mereka ini telah terlibat campur tangan dalam pentadbiran. Bukan sekadar itu, ada isteri khalifah yang sanggup berkomplot membunuh anak tiri dari ibu pertama dan juga adik beradik sultan, semata-mata hendak memastikan tahta kerajaan turun kepada anaknya.

Inilah diantara banyak sebab yang melemahkan kerajaan Othmaniah. Perkara ini disedari Sultan Abdul Hamid 2 dan dialah yang memulakan langkah menghalang isteri-isteri terlibat dalam pentadbiran. Namun keadaan ketika itu sudah parah sehinggalah membawa kepada penggulingan Sultan Abdul Hamid 2 daripada jawatannya. Dia telah dilarikan keluar dari Turki dan menetap beberapa tahun.

Inilah perkara yang menjadi bualan peminat-peminat politik Malaysia sama ada dikalangan rakyat Malaysia atau pemerhati luar negara. Mereka mula memperkatakan campur tangan isteri Perdana Menteri dalam pentadbiran. Beberapa menteri baru, CEO GLC dan jawatan politik dilantik atas kehendak isteri Perdana Menteri ini. Kerap dilihat isteri Perdana Menteri ini merasmikan pelbagai acara kerajaan dan bukan kerajaan yang jauh lebih kerap berbanding isteri-isteri Perdana Menteri yang lepas-lepas.

Jika Khalifah Othmaniah dilemahkan dengan campur tangan isteri-isteri kedua Khalifah, isteri Perdana Menteri Malaysia ini juga bukanlah isteri pertama Najib. Dia adalah isteri kedua Najib setelah bercerai dengan suami pertamanya seorang selebriti. Maka apabila berbalik kepada sejarah, tidak mustahil ianya akan berulang. Bukan sekadar negara terdedah dan terserah kepada asing seperti Apco milik Yahudi, malah paling bimbang suami itu sendiri akan dicampak entah ke mana selepas ini apabila tidak disukai isteri.

Dipetik www.nasaieismail.blogspt.com
Read more...

Labels:

Dr Hatta Rasmikan Muktamar Pas Lembah Pantai 11 April

0 comments

Pas kawasan Lembah Pantai akan mengadakan mesyuarat agungnya pada minggu hadapan pada 11 april 2010 di Dewan Pas Lembah Pantai Kg Pasir Baru. Muktamar ini akan dirasmikan oleh Yb Dr Hatta Ramli Bendahari Pas Pusat. Dijangka 500 perwakilan dan pemerhati akan menghadirinya.

Majlis akan dimulakan dengan perbarisan Unit Amal Lembah Pantai ang dijangka akan disertai 60 anggota Unit Amal Malaysia.

Manakala Dewan Muslimat Pas Lembah Pantai pula akan bermuktamar pada 4 April 2010 (ahad) juga di tempat yang sama. Muktamar Dewan Muslimat ini akan dirasmikan oleh Dr Rosni Adam exco dewan Muslimat Pas Pusat yang juga Pengerusi Nisa Malaysia.
Read more...

Labels:

Larang Pakatan Guna Dewan: Raja Nong Chik Berbohong Di Parlimen

0 comments

Ahli Parlimen dilantik (bukan dipilih rakyat) Senator Dato Raja Nong Chik telah diasak oleh Dr Lo Lo Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa) dan Yb Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai/dipilih rakyat) dalam sesi pergulungan Parlimen minggu ini. Dia yang berucap atas kapasiti menteri Wilayah disoal berkaitan serkatan kepada Yb Pakatan dan parti-parti selain BN untuk menggunakan dewan orang ramai dan pelbagai kemudahan awam milik DBKL. Jawapannya, mereka tidak halang tapi benarkan.

Berbohong. Di Lembah Pantai sahaja, tempahan kita untuk gunakan padang Futsal ditolak atas desakan politik. Tempahan pentas DBKL yang dibuat dua bulan awal dibatalkan kerana sangkaan mereka program hiburan yang hendak dilaksanakan itu ada kaitan dengan pembangkang dan pembangkang akan gunakan untuk kempen dengan membuat ceramah politik. Ini pembohongan kerana buktinya tidak ada ceramah poliik dimalam Nur Kasih yang dibuat ngo.

Begitu juga dengan campur tangan Nong Chik dalam usaha menutup Pasti di Lembah Pantai dan menyuruh dihantar pelajar ke Kemas yang tidak rama pelajar. Ini bukankah sekatan? Oleh itu Pemuda Pas Lembah Pantai istiharkan Raja Nong Chik pembohong besar.

Persidangan Umno Bahagian boleh pula dibuat di dewan Pusat Komuniti DBKL. Umno juga menggunakan masjid Ikhlasiah untuk program politik. Umno menggunakan later head masjid unuk dapatkan kemudahan logistik DBKL untuk program mereka di masjid. Umno juga mengusahakan untuk merampas mana-mana jawatankuasa masjid surau yang dikuasai oleh orang-orang bukan Umno. Ya Nong Chik, anta Khaaazib! Kamu pendusta. Saya mahu tanya Nong Chik, asjid mana yang kamu solat jemaah setiap hari di Lembah Pantai ini? Jika solat berjemaah di masjid pun malas, usah belagak sombong untuk kuasai masjid.

Kesimpulan mudah, sememangnya Menteri Wilayah ini dan DBKL diskriminasikan Pakatn Rakyat dalam menggunakan harta awam. Ingat! Kami bukan peminta sedekah yang mahukan percuma dewan ini. Kami mampu untuk menyewanya dengan duit kami. Bukan seperti Umno yang menumpang pejabat hanya di bangunan Kema milikkerajaan dibina atas duit rakyat.
Read more...

Labels:

Terkini: Lagi Tangkapan Di Lembah Klau

0 comments

Isu Felda tidak terhenti setakat ini sahaja. Maklumat yang diperolehi sebentar tadi, seorang peneroka Felda Lembah Klau ditangkap kerana memasuki ladang sawitnya sendiri. Ini lah kerja pengurus Felda lembah Klau,Raub buat kali kelima. Sebelum ini tiga penduduk ditahan atas kes yang sama, kemudian Mazlan Aliman ditahan atas tuduhan menceroboh walaupun tuan rumah yang menjemput Mazlan ke sana dan beberapa hari lepas Dato Tuan Ibrahim Tuan Man cuba ditahan ketika hendak berceramah di markaz Pas Lembah Klau.

Wakil Dewan Pemuda Pas Pahang sedang bergerak ke Balai Polis Raub untuk mendapatkan maklumat terkini dan memberi bantuan guaman.
Read more...

Labels:

Selepas Mazlan, Tuan Ibrahim Pula Disekat Felda

0 comments

Cerita Encik Awang Sulung Pengurus Felda Lembah Klau belum berakhir. Dia yang bertanggungjawab merehatkan 3 orang peneroka termasuk yang berusia 72 tahun di lokap polis IPD Raub dan kemudiannya mengepong rumah Hj Borhan tempat Mazlan Aliman sedang berdialog, seterusnya membawa kepada penahanan Mazlan dua hari di lokap sama,beberapa hari lepas buat gila lagi.

Kali ini mangsanya ialah Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang ingin bertemu ahli ahli PAS di Markaz Cawangan. Awang Sulong seperti sebelumnya mengarahkan pihak keselamatan Felda(FELSCO) membuat roadblock di jalan masuk ke Felda tersebut. Dia mengambil alih kerja polis untuk jaga pimpinan PAS.

Awang Sulung bagi alasan tidak ada permit sedangkan ceramah di markaz tak perlu permit. Selepas Dato Tuan bertegas ,ceramah dapat dijalankan. Tapi ceramah tak boleh guna pembesar suara. Selepas jam 12 malam mesti keluar.

Pengurus Felda yang berlagak sebagai polis tunggu hingga jam 12. Selepas itu dia datang lagi minta Dato Tuan segera bersurai. Gelagat dia macam OCPD! Yang nyata nya Awang Sulung dah ambil alih tugas Umno untuk ganggu ceramah PAS yang di sisi undang-undangnya tak perlukan permit. Dato Tuan sempat nasihatkan dia ,jangan sibuk hal politik,lebih baik balik tidur!

Masa dia ganggu ceramah Mazlan, mungkin ada yang berkata si Awang Sulung bertindak 'macam orang gila',tapi bila dia teruskan perangai buruknya,bolah lah saya pinjam ayat ayat dari sajak Dinsman,'dia benar benar gila'.

Peguam Fadhli tolonglah percepatkan fail saman ke atas Awang Sulung sebelum dia betul betul gila.Bimbang nanti mahkamah lepaskan dia kerana di sahkan gila!
Read more...
Blog Widget by LinkWithin