Monday, July 19, 2010


300 Hadiri Malam Air Mata Ghaza

0 comments
300 hadiri Malam Air Mata Ghaza anjuran Pas Lembah Pantai. Majlis yang berlansung di kawasan Pantai Dalam itu dihadiri oleh bekas tahanan Israel terbaru Tuan Haji Jamaludin Elias yang terlibat dalam Misi Lifeline For Ghaza dengan kapal Mavimarmara dari Turki ke Ghaza. Beliau yang merupakan timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia telah menceritakan saat-saat berhafapan dengan serangan tentera Israel keatas kapal yang membawa barangan perubatan, makanan dan pembinaan ke Ghaza.

Ghaza yang panjangnya sekitar 40 km itu kini berada dalam keadaan dikepung darat dan lautnya oleh rejim Israel sehingga terjadi sebuah penjara terbuka terbesar di dunia. Penduduknya terpaksa menanam rumput untuk terus hidup disebabkan terputus bekalan makan sejak sekian lama. Ditambah pula dengan sekatan sempadan oleh sekutu Israel rejim Hosni Mubarak di Mesir menyebabkan keadaan semakin sulit.

Menurut Jamaludin, setiap bulan 150 orang warga Ghaza terkena penuakit barah yang disebabkan kesan terhidu bom posforus yang dilepaskan Israel ketika menyerang Ghaza tahun lalu. Sehingga ke hari ini Mesir yang bersempadanan dengan Ghaza menutup pintu sempadan Rafah yang menjadi satu-satunya saluran bantuan yang boleh diberikan yang tidak dikawal Israel.

Majlis pada malam tadi turut dihadiri penyair negara Syukri Dolah yang mendeklamasikan sajak berjudul Mengutuk Bangsa Terkutuk. Pelbagai sumbangan diterima pada majlis itu untuk disampaikan oleh Yayasan Amal Malaysia kepada penduduk Ghaza. Difahamkan pada bulan november dan disember akan datang 60 buah negara sudah menyatakan kesediaan untuk menghantar misi kedua melalui jalan laut bagi memecah sekatan laut yang dikenakan oleh Israel.
Read more...

Monday, July 12, 2010


50 Ahli Pas Sertai Gotong Royong Bersihkan Kubur

0 comments
Gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Bukit C2 Kerinchi ahad lalu disertai 50 orang ahli Pas Lembah Pantai. Program ini anjuran Pas Kawasan Lembah Pantai dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Bermula jam 8 pagi, majlis dimulakan dengan ucapan wakil-wakil parti dan seterusnya operasi pembersihan dijalankan.

Walaupun berlaku beberapa pertembungan program lain melibatkan Pas Lembah Pantai seperti sayap pemudanya yang terpaksa menghadiri reatret Pemuda Wilayah di Hulu Yam dan program melibatkan Jabatan Pilihanraya, namun ia tidak menjejaskan kehadiran ahli seperti kebiasaan.

Menurut YDP pas Lembah Pantai, Ustaz Mohd Adlin Soleh, gotong-royong seumpama ini merupakan acara tahunan yang sememangnya dibuat setiap tahun. Program ini merupakan satu khidmat masyarakat yang boleh diberikan oleh Pas dan Pakatan Rakyat selaras dengan konsep 'Negara Berkebajikan' yang diperjuangkan.

Turut hadir ke program ini ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Anwar dan beberapa pimpinan PKR Cabang Lembah Pantai. Pas Lembah Pantai mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli dan penyokong yang terlibat serta pihak-pihak yang turut membantu menyediakan peralatan.
Read more...

Labels:

Memenangi Kawasan Felda

0 comments
Pilihanraya tahun 1999 menyaksikan Barisan Alternatif menang 8 kerusi di Pahang. Pas menang 6 kerusi, PKR dan DAP masing-masing 1 kerusi. Daripada 8 kerusi ini 5 kerusi mempunyai Felda iaitu Cini, Jengka, Paya Besar, Guai dan Tahan. Di Jengka, Cini dan Guai, Pengundi Felda adalah majoriti. Daripada 10 UPU di Jengka, 9 daripadanya adalah kawasan Felda. Pas memenangi 6 UPU daripada 10 di dun ini. Begitu juga di Guai, adanya Felda Tementi, Bera, Mayam, Purun dan lain-lain.

Ini memberi makna, pilihanraya 1999 pernah menyaksikan Pas memenangi kawasan Felda di Pahang. Perlu diketahui bahawa 60 peratus daripada Felda terletak di Pahang dan 40 peratus pengundi di Pahang adalah daripada Felda. Maknanya Felda boleh menjadi faktor jatuh bangunnya negeri Pahang. Sebelum itu mari kita melihat faktor-faktor kemenangan kawasan Felda 1999. Jika alasan sekarang kita kalah di kawasan luar bandar disebabkan maklumat yang tidak sampai. PRU 1999 juga menyaksikan Barisan Alternatif bermasalah dalam hal yang sama. Jadi siapa yang memenangkan Felda pada tahun 1999.

Kita lihat peti undi yang dimenangi oleh BA pada tahun tersebut kebanyakannya saluran 3. Manakala saluran satu dan dua juga ada peningkatan walaupun tidak besar. Maknanya kemenangan ini disebabkan oleh undi anak muda dan kaum tua. Bagaimana perubahan ini berlaku? Kebanyakan anak muda ini bekerja di Lembah Klang dan tempias kebangkitan reformasi akibat penangkapan Anwar Ibrahim terkena pada mereka. Mereka balik ke kampung mengasak ibu bapa supaya turut berubah menyokong Pas dan BA. Maka perubahan berlaku. Pengundi saluran satu ini memang sukar diubah, tetapi jika ianya dilakukan atas pengaruh anak-anak khususnya yang makan gaji di luar, berpelajaran, peratus untuk berubah itu lebih besar. Maka dua golongan ini iaitu sebahagian saluran satu dan majoriti saluran 3 dan 4 telah memenangkan BA pada tahun tersebut.

Oleh itu tidak boleh kita mengatakan pengundi Felda tidak pernah berubah dan sukar berubah. Kerana di Pahang pernah menyaksikan Pas menang di kebanyakkan kawasan Felda yang ditandingi. Ada dun Felda yang kita tidak menang tetapi beberapa peti undi di dalamnya dimenangi oleh Pas seperti dun Jempol dalam Parlimen Maran. Pas memenangi 3 UPU daripada 9 UPU di dun ini.

Oleh itu situasi pada hari ini juga tidak jauh berbeza. Berlakunya satu lonjakan perubahan menolak BN besar besaran khususnya di Lembah Klang. Bezanya gelombang 1999 lebih emosi berbanding kini. Gelombang pada hari ini atas kesedaran dan separa senyap. Ceramah, demonstrasi, perbicaraan Anwar dan lain-lain program Pakatan tidak dihadiri ramai seperti 1999. Tetapi apabila tiba pilihanraya ramai pula mengundi Pakatan. Berbalik kepada Felda tadi, perubahan juga harus bermula di bandar. Sangat ramai anak, cucu dan menantu peneroka Felda berada di Lembah Klang. Mereka inilah yang perlu digarapkan untuk menjadi juru kempen Pakatan di felda-felda. Jika tidak merubah ibu bapa sekalipun, sekurang-kurangnya mengubah adik-adik atau anak-anak peneroka yang duduk di kampung-kampung. Saranan ini bukan percubaan atau impian tidak berjejak, kerana buktinya sudah berlaku pada pilihanraya 1999. Di Pahang 12 daripada 13 parlimen mempunyai kawasan Felda.

Perlu diingat, pengundi di felda kebanyakannya 50 peratus ke bawah sahaja dikalangan peneroka dan isteri peneroka. Manakala selebihnya adalah anak-anak peneroka, menantu dan cucu mereka. Golongan ini mewakili hampir 50 peratus atau lebih dan mereka mudah menerima perubahan. isu pada tahun 1999 lebih kepada pemecatan dan pemenjaraan Anwar Ibrahim. Tetapi isu pada hari ini ialah penipuan, penyelewengan dan penindasan peneroka Felda. Jika mereka faham isu sebenar, penolakan terhadap parti pemerintah akan berlaku secara sedar.
Read more...

Friday, July 9, 2010


Bengkel Pilihanraya 1: Daftar Pemilih Senjata Utama Kemenangan

0 comments

Parti-parti politik yang bekerja untuk memenangi pilihanraya perlu menguasai daftar pemilih. Jika program banyak sekalipun, tetapi ramai ahli dan penyokong tidak mendaftar memilih,ianya suatu yang malang. Demikian kenyataan Encik Zulkifli Mat Tan daripada Jabatan Pilihanraya Pas dalam sesi Bengkel Pilihanraya Pas Kawasan Lembah Pantai pagi tadi.

Bengkel yang diadakan di Markaz Pas Kawasan itu dihadiri 50 petugas Pas daripada cawangan-cawangan, Dewan Pemuda, Muslimat dan Nisa kawasan Lembah Pantai. Program ini diadakan khusus untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran dalam ilmu-ilmu pilihanraya. Tururt hadir YDP Pas kawasan Ustaz Adlin Soleh.

Sememangnya kita daripada Parti Islam meyakini akan bantuan Allah untuk mendapatkan kemenangan, namun ia tidak menjadikan kita golongan yang sekadar mengharap tanpa melakukan usaha. Dalam usaha inilah sasaran daftar pemilih harus menjadi keutamaan dalam kontek perjuangan Pas yang melalui jalan demokrasi.
Read more...

Monday, July 5, 2010


Labels:

Amanat Ustaz Hasan Syukri Buat Pemuda Pas Lembah Pantai

0 comments

Tidak dapat digambarkan terkejut, sedih dan entah apa perasaan lagi apabila mengetahui kematian Ustaz Hasan Syukri ketika diri tidak ada di tanah air. Jika ada pasti sejak petang, malam dan pagi sehingga ke kuburannya akan kuiringi jenazah Murabbi ini.

Baru beberapa bulan sahaja kami mengadakan usrah di rumahnya. Asalnya sekadar usrah biasa sahaja Dewan Pemuda Pas Lembah Pantai yang sememangnya diadakan dua minggu sekali, tetapi kali ini sengaja diusahakan dibuat di rumah Ustaz Hasan Syukri untuk meningkatkan kualiti usrah. Kami faham Ustaz Hasan biasanya hanya ada bersama isteri sahaja di rumah yang juga usia emas sepertinya. Jarang dilihat pada hari biasa adanya anak-anak di rumah. Begitu juga dengan orang gaji, sudah tentu tidak ada. Jika markaz Pas Taman Melewar itu boleh dibersihkannya setiap hari sehingga usia 71 tahun, apatah lagi rumahnya sendiri. Maka keperluan orang gaji tidak ada.

Kami sampai lebih awal daripada ustaz Hasan yang kebetulan solat di surau bersama isterinya. Setibanya beliau, terus sahaja dijemput masuk ke rumah. Jika tidak silap kami hadir seramai 15 atau 12 orang pada malam itu. Rumah ustaz Hasan sangat kemas dan teratur. Selesai usrah, beliau dan isteri menjemput ke dapur untuk sedikit jamuan. Terkejut bukan kepalang kami semua kerana tidak niat dantidak dijangka langsung kami akan dijamu. Sampai sahaja di meja makan, dua mangkuk besar pengat durian(bubur durian) dihidangkan, siap dengan roti dan pulut lagi. Ini bukan jamuan ringan, jamuan berat nampaknya. Ditambah dengan buah dan kuih rasanya. Ustaz Hasan mengangkat sendiri pinggan mangkuk bersama isteri ke meja.

Itupun Ustaz Hasan hendak cedukkan makanan untuk kami, tetapi cepat-cepat sahabat pemuda ambil senduk dan membantu. Demikianlah pertemuan secara dekat dan mesra buat kali terakhir dengannya. Ada dua pesanan yang diberikan pada malam itu khusus buat anak muda yang berpelajaran dan penggerak parti.

Pertamanya menjadi ahli gerakan islam, jangan sekali-kali fenatik kepada kepimpinan. Wajib untuk kita taati pimpinan tetapi tidak fenatik. Kerana mulianya seseorang pimpinan kerana Islam dan gerakan yang disertainya. Kata Ustaz Hasan, Mursyidul Am sendiri keluar daripada Pas, hanya beberapa ribu sahaja akan mengikutinya dan Pas akan terus mara. Ini dibuktikan dengan keluarnya Dato Asri, Dato Nakaie dan lain-lain. Itulah contoh yang dibuat. Alhamdulillah ustaz Hasan Syukri membuktikannya apabila dia meninggal dunia setelah berada dibawah 7 Presiden Pas. Walaupun dua daripadanya kembali kepada Umno, tetapi Ustaz Hasan istiqamah sehingga akhir hayatnya.

Keduanya, anak-anak muda berpelajaran perlu bantu bidang kesetiausaan dan organisasi. Jika Pas hendak maju dan berkembang, istitusi setiausaha di semua peringkat perlu kemas dan mantap. Dalam pas, pelbagai latar belakang ahli dan aktivisnya yang aktif. Ada setiausaha kawasan dan cawangan yang sudah tua dan tidak mampu menjalankan tugas dengan baik dan kemas terutama sekali dengan kecanggihan teknologi terkini. Maka anak muda berpelajaranlah perlu membantu. Jika tidak menjadi setiausaha sekalipun, tetapi membantu tugas setiausaha.

Inilah dua pesanan penting yang diulang-ulang pada usrah malam itu. Semoga roh pemimpin besar Pas ini ditempatkan bersama orang-orang soleh. lebih penting lagi, semoga kita yang hidup ini dapat mengikut jejak ustaz Hasan yang istiqamah sehingga akhir hayatnya.
Read more...

Labels:

Daftar Pemilih Automatik sebabkan Huru Hara: Alasan Sempit

0 comments

Suruhanjaya Pilihanraya SPR menolak pendaftaran pemilih secara automatik kerana akan menyebabkan huru hara. Demikianlah alasan sempit pemikiran yang dibuat oleh SPR. Alasan yang tidak dijelaskan ini menunjukkan SPR berada dalam kesempitan sehingga tidak sempat mereka reka alasan lain.

Jika dahulu SPR mengatakan masalah sistem akan berlaku kerana sukar untuk menyelaraskan pendaftaran diantara SPR dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Alasan ini tidak lagi diterima, namun lebih baik daripada alasan terkini, 'huru hara'. SPR memberi kenyataan seolah-olah mereka berada dibawah kuasa yang terasing diantara Jabatan Pendaftaran Negara. Sedangkan Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR sama-sama berada di bawah kerajaan persekutuan.

Jabatan pendaftaran mempunyai rekod rasmi yang sah tentang rakyat Malaysia yang dilahirkan dan meninggal dunia. Mereka mempunyai rekod setiap warganegara yang mencukupi usia 21 tahun dan layak mengundi. Maka apakah masalahnya nama ini secara automatik menjadi pengundi berdaftar. Begitu juga dengan masalah pengundi yang meninggal dunia. SPR tidak perlu menanti bantahan daripada parti politik setiap kali musim bantahan dibuat kerana Jabatan Pendaftaran Negara mempunyai rekod setiap kematian. Keluarkan sahaja nama yang sudah meninggal dunia daripada pendaftaran.

Jika hendak dikatakan SPR ini tunduk kepada kehendak parti pemerintah Barisan Nasional, apa untungnya Barisan Nasional jika ramai rakyat tidak mengundi? Pakatan Rakyat dan BN sama-sama perlukan undi. Jika untungnya BN boleh manipulasi sebahagian nama orang yang sudah mati untuk dijadikan pengundi hantu dengan diberikan kad pengenalan kepada hantu-hantu ini, sama sahaja faedahnya jika semua rakyat didaftarkan secara automatik sebagai pengundi. Manakan tidak, ketika pendaftaran pemilih perlu dibuat sendiri ini pun masih ada lebih 20 peratus rakyat yang tidak keluar menundi. Bayangkan jika semua orang didaftarkan sebagai pemilih. Boleh jadi rakyat yang tidak keluar mengundi meningkat sehingga 50 peratus iaitu kalangan yang tidak peka dengan politik dan pekak penderitaan diri sendiri.

Maka di sini juga ada ruang untuk dijadikan pengundi hantu yang mengundi bagi pihak BN. Inilah dilema SPR sejak berpuluh tahun ini. Bukan SPR tidak sedar, tetapi turut menjadi tidak cerdik sama seperti Barisan Nasional. Lihat sahaja bekas-bekas Pengarah SPR yang pencen. Setelah pencen sahaja, baru berani keluarkan kenyataan mengkritik peraturan-peraturan tidak telus SPR. Barulah hendak keluarkan cadangan-cadangan baik yang lebih dahulu Pas dan rakyat kemukakan.

Sudahlah peraturan untuk membuat bantahan nama-nama yang meninggal dunia dan nama-nama yang diragui menyusahkan. Setiap nama yang dibantah perlu dibayar RM10. Ada Pas negeri yang efisyen dan efektif melakukan gerak kerja pilihanraya terpaksa mengeluarkan berpuluh ribu wang untuk dibayar kepada SPR bagi membantah nama-nama pengundi yang meragukan. Apa peliknya, jika setiap suku pertama hingga keempat setiap tahun, setiap parlimen mempunyai 200 nama yang meragukan, satu negeri jika ada 15 parlimen, jumlah yang dibantah 3 ribu orang. Maka jumlah wang perlu dibayar RM30 ribu. tiga tahun buat bantahan, hampir RM100 ribu terpaksa dikeluarkan.

Inilah dilema pilihanraya di Malaysia apabila parti pemerintah takut untuk kalah.
Read more...

Bengkel Pilihanraya dan Gotong Royong Bersih Kubur

0 comments

Pas Kawasan Lembah Pantai bersama Dewan Pemudanya akan mengadakan bengkel pilihanraya Pas Kawasan pada sabtu ini 10 Julai 2010 di Markaz Pas Kawasan Lembah Pantai. Bengkel ini akan fokus kepada daftar pemilih dan persiapan petugas-petugas pilihanraya Pas Kawasan Lembah Pantai. Bengkel ini melibatkan ahli-ahli Pas kawasan sebagai satu proses pendidikan politik dan pilihanraya yang dijalankan berterusan.

Sementara itu keesokan harinya iaitu pada 11 julai 2010 akan diadakan satu gotong royong perdana membersihkan tanah perkuburan di Lembah Pantai akan diadakan. Program yang bermula pukul 8 pagi ini akan melibatkan setiap lapisan masyarakat.

Disamping itu sebelah tengaharinya akan diadakan majlis makan tengahari anjuran Jentera Pilihanraya Pas Wilayah Persekutuan di Restoran Haji Amjal di Jalan Pantai Baru.
Read more...
Blog Widget by LinkWithin